Sunday, July 5, 2009

*-* sebuk sane sini *-*

UNTUK AKU TINGGALKAN

Dah pun bermula pengajian semester musim panas ni. Hari ini, adalah satu permulaan yg tidak sihat tentang sikap diri tetapi adalah satu permulaan yg baik pula berkaitan hal-hal yg berlaku di klinik. Hmm.. mmg dah salah sendiri, perlukah aku menyalahkan org lain. Padan muka, siapa suruh tido lambat kan mlm td. NO. NO. Aku tak nak dgr pun alasan drp kau diri sendiri. Lalu, pagi td agak terlewat ke Dental Teaching Center (DTC) JUST. Mujur juga, lecture yg sepatutnye bermula, tp tidak pula pagi td kerana ketidakhadiran doktor. NASEB BAIK. Maka, menunggulah kan smpai pukul 9, sbb klinik mmg start pukul 9. --/ naseb tak baik pun ade, dah tergopoh-gapah lmbt, aku terlupe plak pasang getah yg ikat gigi aku ni.. patut la rase lengai je kat klinik td

1st clinic
semester ini, dimulakan dgn Orthodontics. Orthodontics also not so bad --/ mati la aku gunekan statement sesorg kat 1 tempat tu. It'snt the same ortho clinic likes the previous 2 semesters, coz last 2 semesters was not clinic actually, instead, we'r doing the lab work n dealing with appliances. Tp hari ni pula berbeza. We start looking after patients, did examinations, reaching the most appropriate diagnosis and planning the treatment. Makanya, klinik hari ini adalah sesuatu yg baru bagi aku. Walaupun secare general nya, maklumat yg kite perlu perolehi drp pesakit hampir same di setiap klinik, namun, there'r certain aspects or specific information that we have to concentrate more pada klinik-klinik tersebut. Mcm klinik orthodontics ni, kite kene tahu patientnya facial symmetry, facial profile (3D analysis), everything inside oral cavity, occlusal analysis and those things associated with occlusion and malocclusion, detail teeth relationships - half unit, full unit etc.. That's just fun to me. Walaupun, awal2 nye mcm takut gak la n blerrr2 kan.. dgn supervisor kitorg yg mcm serius je orgnye. Sekali bile wat case presentation, punye la baik. Best sgt doktor tu, aku terus rase sgt hormat kat die, itulah die Prof. Dr. Elham Abu Al-Haija, Professor of Orthodontics. 1-1 nye dlm fakulti wanita yg dah pun jd Full Professor.. tak men dah Prof. Madya-Prof. Madya ni.. KAGUM!!

-- TINGGALKAN YG DI ATAS --

Sejak 2-3 minggu ni, riiiiiiiiiuuuh benar la aku rase situasi kat Jordan ni. Mungkin sbb panas kot. Maklum la bile summer sem start je, selalunye harus la ade status2 yg gempak panas boleh kite bace kat ym atau kat arena2 penulisan yg lain. Cthnye; "panas gampang" la, "panas tak berlagu" la, "kipas dibuka tahap tertinggi" la dan "PANAS BETUL AKU" kan.. Namun, begitu sbhgian kite tak la pula berase terlalu panas. Maklum la, bilik die ade PENGHAWA DINGIN.. KAU ADO?!! Kalau dah tak mampu, tak payah mention la kat aku -- / ni yg panas betul aku ni.. hahaha

Terus terang nye la, yg riuh rendah kat Jordan ni, di kalangan student Malaysia, biasalah.. Dah bulan Julai ni kan. Haruslah peralihan tampuk pemerintahan pertubuhan-pertubuhan yg ADO kat Jordan ni. Daripada Majlis nye sampai la ke Badan Kebajikan nye. Drp AMT nye sampai la ke AJK kecil biro. Sekarang ni, memasing tgh sebuk pemilihan ni. Menaikkan calon yg UNGGUL la di mate memasing. Yg dinamekan, haruslah MESRE AHLI katenye. KOMITED harus ade. Berketerampilan, berdedikasi, ber"PERSONALITI", ber"KARISMA".. MITHALI.. senang kate, harus la yg mempunyai karakter2 yg baik ni. Dalam istilah islamik nye, BERAKHLAK MULIA --/ kau jgn memain, kat sini kalau takde ala2 islamik tu, tak jadi.. tu yg sebuk pertikai kat tagbox blog aktiviti KEMBANG mppmj.. ISLAMIK sgt kan, 'uruf sgle.. tak sesuai ngan pengajian kan..tak puas hati la?!!!!

>> harus la yg dipilih tu berakhlak mulia.. nak memimpin jemaah ni.. <<

Mmg, kat sini, tanye la student-student kat sini, amik Irbid je la. Kalau tanye ahli persatuan zon sini kan, nak naik kan sape nnti sbg calon. Drp A sampai Z karakter calon yg sesuai disebut. Disyarahkan lagi, ditambah dgn dalil-dalil dan nas-nas drp Al-Quran dan As-Sunnah. Mantap derang ni. Calon pilihan pun disenaraikan dah awal2 lagi ni.. Awal-awal dah minta list name. Gunekan konsep "potong tolak" --/ pernah kau tau konsep ni, mane pernah kan.. korang kan gune konsep sokong yg korang suke.. Maksudnye, dah tak suke, benci.. name org tu dalam senarai akan dipotong, secare langsung name itu akan tertolak drp dicalonkan. Mcm tu la keadaannya di sini.

>> when u r not the popular calon, ur name will be canceled serta-merta <<

SAH-SAH LA LEPAS NI ADE YG NAK BUAT KENYATAAN BALAS KAN.. ha ah, AMT yg dilantik itu adalah mereka yg berkelayakan. HEBAT sungguh pertahan hujah. Tanpa bidasan la. AKU SETUJU JE..

Wateve.. tu pasal pemilihan
Ni belum biacare pasal hal ehwal pentadbiran. Bukan nak cakap ape la, nnti org cakap, aku bukan pernah terlibat dalam pentadbiran pulak. Tp ni nak dikesahkan kat seantero dunia ni, mcm mane manusia ni kan bile dah dapat pangkat sgle, terlupe 'Perlembagaan' yg telah menggariskan sekian-sekian. Ape yg derang tahu, aktiviti harus ade, tetap konsep islamik. Name harus sbg pengarah, name tag kene byk. Hubungan HIPOKRIT dgn org atasan harus kukuh. Mengampu jgn lupe. Pendirian tegas walaupun terpesong. Semangat awal2 harus meletop. Pastikan bile kite bercakap org harus dgr. Kene jage hati pengikut. Buat-buat baik dgn org. Tu sbb, bile Allah s.w.t berfirman ketika mane Allah s.w.t nak menciptakan manusia, Allah berfirman; "Aku lebih mengetahui apa-apa yg tidak kamu ketahui"

Maksudnye, Allah s.w.t ni tau dah.. atas sifat sempurna Maha Mengetahui Allah s.w.t itu, sikap manusia. Dah diciptakan tetapi akan melanggar perlembagaan hidup yg telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Maka, begitu juga hal nye dgn persatuan. Perlembagaan ada, tapi siape antare mereka yg di luar sana, setelah TERLANTIK memegang apa-apa jawatan sekali pun, merujuk dan membelek buku perlembagaan. Siape?!! Itu yg terlupa, itu yg berlepas tangan drp tanggungjawab. Ke mane perginya istilah PERWAKILAN?! Ke mana suburnya nama dan peranan BADAN KEBAJIKAN?! Kalau yg bermain di sekeliling adalah antare kite-kite. Tu yg resolusi persidangan; Menyeru mahasiswa ke arah kesedaran dalaman dan ilmiah utk melahirkan mahasiswa yg berkualiti..?!!! --/ should not fullstop, tp question mark..

'Kesedaran' ape yg akhirnye menyebabkan mahasiswa ni berkualiti?! Ukhuwah harus!! Tp masih sebuk mengate sane mengate sini. Yg ni dimuliakan yg ni dihina. Sbb pe?! Sbb kesedaran la ni. Belum ckp bab isu-isu semase.. Isu ape kat Malaysia tu yg kite sbg mahasiswa ni hebat sgt nak bicarekan smpai mmpu nak ubah polisi dan dasar?! AUKU harus, sbb mahasiswa pun nak berpolitik katenye, nak tubuhkan parti. Bg la, bg la mahasiswa ni pegang tampuk pentadbiran negare.. Tgk drp kemajuan smpai kemunduran mane yg derang berikan kpd rakyat jelate. JIWE MUDE.... Org tawarkan kapal terbang, nak beli. Tawarkan nak bine bangunan pencakar langit terima, tp tanah kau hilang kat tangan org. Belum lagi yg sebuk nak zakat semue harte sgle. Hebat la tu mahasiswa. Peka dgn isu semase. BAGUS!! tuuuuuuuiiiiiiewwww...

>> ye pemilihan dlm perwakilan.. nntikan keputusannya nnti <<

Cube kalau hari ni, kite usulkan satu perkare.. Contohnye la, urusan pembaharuan visa. Kite minta MPPM wakilkan. Agar urusan pembaharuan yg selame ini senang, tetibe jd gile sbb mcm2 prosedur sgle. Ape kate MPPM.. Die akan salahkan MSD ngan Embassy punye. Kompem derang ckp "MSD ngan Embassy kate, tak boleh nak wat pape.. sbb dah kerajaan Jordan tetapkan mcm tu". Hal2 yg mewakilkan rungutan pelajar ni pula, tak nak amik tau. Tolak tepi. Inilah hakikatnye fungsi 'MAJLIS PERWAKILAN'. Itu pun haruslah diberikan kemulian sbb atas usaha tabung dana Palestin yg mereka anjurkan tu kan. Tu pun sekejap. Ade angin, ade la pokok tu meliuk-lentuk. Takde angin, berhenti la. Tu pun, sekadar kumpul dana, serahkan pada pihak yg menguruskan. Kalau betul hebat mahasiswa ini, hari ini kite buat memorandum bantahan pendudukan Yahudi di Palestin, kumpul semue tandatangan pelajar, bukan sahaje di Jordan, malah yg menuntut di Timur Tengah ini. Hantar ke PBB. Itu baru suare mahasiswa utk dunia. Pengantarabangsaan!!!!! Then how?! Ke mane visi tersebut?!

Badan kebajikan pun same je hal nye. Terlupe la tu peranan dan tanggungjawab. Ape kebajikan utk ahli?!! Ooooo... sediekan makanan setiap kali aktiviti?!! Mcm tu?! Derma khairat atas kematian, derma kilat pulak atas kemalangan. Mcm tu?! Rekod akaun 1 badan kebajikan tahun 1996-1997-1998, dgn kewangan melebih JD 15 000 ketika itu, sbhgian duit diasingkan utk kebajikan ahli. Bantuan kewangan dan pinjaman. Sbb ahli dulu mmg susah. Duit dpt drp kerajaan negeri dan pertubuhan2 naungan didahulukan utk kebajikan ahli drp sudut ini. Demi hamba Allah tersebut berjaya dlm pelajaran dan dapat menguruskan kehidupan yg baik di bumi Jordan ini. Sekarang?! Ahli mengemis, nak hidup 5 tahun lg tapi duit belanja tinggal JD 15.. dalam bab-bab jamuan pulak tak nak kalah, AYAM BBQ.. Nasi tomato spesel.. Nasi lemak kak pah?! --/opss...

>> contoh je.. badan kebajikan.. peranannya?!! pepandai cari sendiri <<

Cukup la ckp pasal perwakilan ngan badan kebajikan. Perlu ke aku cakap pasal persatuan zon pulak?!! Tak pernah pun di hati sbb persatuan zon tu DI KAKI!!! --/ puas aku melepaskan perasaan.. thanks kat seseorg yg mengajarkan ayat ini.. tu kang tuduh-tuduh org la tu kan.. tak tau sape yg ajar aku ayat ni, men tuduh-tuduh je la nnti..

>> dee-car-key mcm tu la kedudukan nya <<

Perlembagaan persatuan bukan main-main. Tak gune cakap perlembagaan itu tak beerti kalau mase nak menubuhkan persatuan, perkare utama yg perlu dilaksanakan adelah pemeteraian Perlembagaan Rasmi persatuan. Tak payah memain la dgn aku pasal perlembagaan ni. Tak payah.. kalau hari ini baru sebuk nak mencari, nak membace perlembagaan. Tak payah la nak bg alasan memcm; "tak perlu rigid dgn perlembagaan" la, itu la ini la. Hakikatnye jelas kesalahan, kerane dlm perlembagaan tertulis sekian, tp ade pula yg melanggar perlembagaan tersebut. Tu la, lain kali.. dah dpt pangkat, dah naik jawatan, tgk balik perlembagaan, semak. Ikut!!!!!!!! Bukan dah kesalahan tu jelas ahli nyatekan dlm mesyuarat, baru terhegeh-hegeh cari helah nak berdalih pulak. Yerla, manusia kan, TAK SEMPURNA.. Tiket paling laris terjual. Kalau rase tak nak rigid dgn perlembagaan, tak payah diPERKASAkan dulu, tak payah diRASMIkan semula.

>> perlembagaan Malaysia je belum pernah di'stadi'.. tak larat.. kat umah ade bukunye.. tp sampai 7-8 jilid.. seb baik dulu tak amik Undang-undang, silap2 jadi lawyer aku.. lawyer buruk pun ade gak <<

Jom ulas next isu
AHLI : KERBAU DICUCUK HIDUNG.

Isu ni berbangkit agak recent. Baru2 ni je. Analogi nya begini.. Kalau la diibaratkan sebuah bilik itu perjara, dan ada ahli di dalamnya. Perjara itu umpama dasar/warta/kawalan/sekatan yg dilakukan oleh AMT. Ahli di dalam penjara itu pula, tidak pernah berhenti drp merungut, membuat aduan dan menyatakan ketidakpuasan hati. Tetapi mereka masih dilingkungi dan dibelengu di dalam penjara. Jd, konsep nye ape yg ingin di bawa di sini. Ahli tetap perlu mengikut telunjuk MT. Itulah yg dikatekan ibarat kerbau di cucuk hidung. Lalu, keadaan ini direlasikan oleh org tersebut dgn situasi yg berlaku dalam dunia realiti di sini.

>> kerbau dicucuk hidung kan.. mantap statement derang.. tak berderau darah korang bile dengar?!! <<

Meh, kerbau kan.. Biar aku YANG TAK PERLU MENGUAK DI KANDANG KERBAU ni menjawab. Biar aku bina persoalan atas kenyataan. Siapa yg terlebih penting dalam persatuan?!! Ahli kah atau MT kah?!! Menjawab persoalan ini, kite kembalikannya kpd Perlembagaan. Cukup la aku bagi hint, lihat bab pembubaran persatuan. Kalau suatu ketika nnti, ahli dah naik menyampah, ahli memohon pembubaran persatuan melalui mesyuarat Agung Khas, dgn persetujuan pembubaran melebihi yg ditentukan spt dlm perlembagaan.. Nak cari hujah ape, pertahankan kedudukan persatuan?! Ape kuase MT?! Cukup la satu contoh itu. Tak payah aku bg 10 contoh yg lain yg didasari melalui perlembagaan. Sbb tu tak payah memain la pasal perlembagaan dgn aku ni.

Satu je la nak cakap kat sini, tak payah pertikai la hak ahli dlm mesyuarat Agung. Tak kire la tahunan ke, khas ke.. HAK MESYUARAT AGUNG itu je dah jelas, adelah HAK MUTLAK AHLI. Jadi, tak perlu la kpd penafian hak kan.. Cume masalah utama, ahli pulak yg tak pandai nak gunekan hak mutlak ini.

>> ahli, gunekan la medan mesyuarat agung sebaik mungkin <<

Cukup la tu kan.. kang lagi aku membebel, lagi org kate aku ni "barking at the wrong tree" kan.. Ha ah, aku je yg menyalak. Yg lain tu berzikir. Baru balik umrah la kate org. Dan cukup la aku berpegang dgn perlembagaan-perlembagaan ini sewajarnya. Inilah semue perkara yg perlu aku tinggalkan --/ sbb dah jemu dan jelak.. utk aku terus melangkah ke hadapan.. Dan cukup la setiap masa ini, aku berpegang dgn Perlembagaan Kehidupan itulah Al-Quran yg tiada keraguan padanya, tiada pula keraguan pada pegangan ku.

>> ade org dah suruh aku berhenti menyalak.. tak tahan la tu kan.. dah tak dpt terime salakan.. <<

** refreshment **

tetibe malam ni nak makan popeye lak.. pi la beli dan makan dgn tenteram.. Alhamdulillah.. oh.. bile balik umrah dah tak boleh makan popeye la.. mcm tu konsepnye, hah?!!

No comments: