Sunday, June 28, 2009

HATI YANG DIPERSEMBAHKAN

لا رياء فيها ولا سمعة

Aslmua'lykum w.b.t
Salam pertemuan dan salam kesejahteraan buat anda sekalian

Nak halim mulakan cerita mcm mane ek?! Nak dimulakan dgn basmalah?
Atau dimulakan dgn Alhamdulillah?
Atau dimulakan dgn tangisan atau dimulakan penulisan kali ini dgn kegembiraan?

بسم الله الحمد لله

Sesungguhnye setinggi-tinggi kesyukuran halim panjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat-nikmat-Nya yg terbesar pernah halim rase. Sesuatu yg tidak dapat halim kalimahkan dgn mulut atau dizahirkan dgn perlakuan. Dalam hidup ni, byk benar nikmat kurniaan Allah s.w.t yg telah halim perolehi, telah halim gunekan dan manfaatkan. Tp sayang benar, sedikit pula yg halim syukuri dan hargai. Benarlah firman Allah di dalam Al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang direzekikan kepadamu, dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar hanya beribadat kepada Allah s.w.t"
(Surah Al-Baqarah : 172)

Menulis bait-bait kalimah di atas cukup menyedarkan halim. Halim sendiri tidak tahu, kerap kali kebelakangan ini menitiskan air mate, terase menyesali kehidupan yg halim lalui, yg halim tempuhi setiap hari begitu sie-sie. Halim sedar dgn kekufuran yg halim lakukan selame ini. Kalau boleh halim tidak mahu mengungkapkan ini terlalu awal. Tetapi keadaan halim ketike ini mendesakkan halim melafazkannye. Tahukah anda semue, bahawe halim sebenarnye telah lama

gagal menjadi hamba Allah yg baik
gagal menjadi ummat Muhammad yg baik
gagal menjadi anak yg baik
gagal menjadi teman/kawan yg baik
gagal menjadi penuntut ilmu yg baik
gagal menjadi diri sendiri yg baik

Kerana itu, halim rase, halim tidak hadir menjadi tetamu Allah minggu lepas dlm keadaan spt anda. Halim percaye, anda hadir ke Tanah Suci tersebut dgn hati naluri yg sempurne dan bersih. Kerana anda inginkan keredhaan Allah s.w.t. Anda taubat sblm pun perjalanan anda ke sana. Anda hadir menjadi tetamu dgn memparsembahkan segale yg baik daripada diri anda. Tp bagaimana pula halnye dgn diri halim?!!!

Entah la, halim tidak berasekan pula diri halim sedemikian. Halim rase begitu hine menjadi tetamu Allah dlm keadaan demikian. Halim hadir dlm keadaan hati dan diri ini kotor. Dipenuhi dosa dan kezaliman yg halim lakukan terhadap diri sendiri dan orang lain. Ape la hine nye menjadi manusie seperti halim.. Kenape halim lalai dalam tanggungjawab halim?! Kenape halim melanggar batasan yg telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya?! Kenape halim membiarkan diri dikuasai syaitan dan nafsu?! Halim sendiri sukar memberikan jawapan yg sebenar..

Ape pun, halim berase terlalu bersyukur, walau pun inilah kali pertame rezeki yg Allah kurniakan kpd halim menjadi tetamu. Hikmah Allah s.w.t menerime halim menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya itu, halim sendiri tidak tahu. Biarlah ia menjadi rahsia Allah s.w.t yg Maha Mengetahui lagi Bijaksana dalam perencanaan-Nya terhadap hitung nasib manusia. Ape yg halim percaye hanyelah, bahawe setiap yg menjadi tetamu Allah s.w.t di Tanah Suci itu, ade bagi mereka rezeki masing-masing. Sama ada mereka perasan atau tidak, mereka mengetahui atau tidak, mereka merasai nikmat itu atau tidak, mereka mencarinya atau tidak, mereka menjumpai atau tidak.. tetap itulah rezeki masing-masing.

Lalu untuk apakah dipersoalkan. Utk mereka yg melakukan ibadah dgn ikhlas semata-mata kerana Allah, baginya bahagian yg ditentukan Allah. Utk mereka yg melakukan ibadah dgn menunjuk-nunjuk juga baginya bahagian yg ditentukan oleh Allah. Bagi mereka yg tidak bercukur rambut tetapi ikhlas dlm ibadat, ganjarannya ditentukan oleh Allah s.w.t. Dan apa pula halnya, bagi mereka yg konon-kononnya ingin melakukan sbg mane yg disunnahkan Nabi s.a.w dgn mencukur rambut, tetapi menunjuk-nunjuk dan berbangga-bangga "aku botak, aku botak".. Rupanya tersalah konsep dan akhirnya ke mana sunnah yg ingin diamalkan?!! Masih bagi amalannya itu tetap apa-apa yg Allah tentukan baginya.

Perlukah diperhebah-hebahkan ape yg anda dapat, dan ape pula yg orang lain dpt dalam ibadah ini. Habis dicanang kepada manusia, aku mendapat Raudhah di Masjid Nabi 9 kali, mendakap multazam 3 kali, dapat melakukan umrah 2 kali, bersolat malam dan bermalam di Masjidil Haram setiap hari, mengucupi Hajarul Aswad setiap kali tawaf dilakukan. Atau perlukah juga dihebahkan bahawa ihram yg dipakai itu berharga sekian, atau dapat bershopping sehingga 6 plastik besar --/ siap beg kertas lagi dapat, tak nak kalah.. dah sorang dapat, die pun nak dapat, atau dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang musafir kita menjadi tetamu itu, atau diberitakan kepada manusia akan doa yg awal2 lagi telah diperkenankan oleh Allah s.a.w serta juga mendapat sesuatu yg lain drp org lain..

Jangan. Jangan ada dalam ibadah itu sombong dan takbur, riya' dan bongkak. Khuatir ibadah yg dilakukan itu hanya sia-sia biarpun masih lagi diri kita ini mampu melihat Kaabah --/ ini tak, bace cerite mastika sikit, dah diniatkan takut tak nampak kaabah la segale.. cubelah optimis.. ni tak dgr sgt cerite-cerite mcm tu. Hakikatnye, diperjelaskan skali lg, semue itu adalah rezeki yg Allah berikan kpd mereka yg bertamu di Rumah-Nya.

Antare lain yg halim nak cakapkan kat sini, berhenti dan JANGAN ade gak kalimah-kalimah sukhriyah ini (itulah kalimah-kalimah penghinaan). Jgn sbb kau botak, kau bercukur, kau hina yg tidak bercukur atau pun memotong rambut tu. Tak perlu lah nak menghina mereka "kau ni tak dapat rahmat, tau nye nak bersenang-senang dalam ibadah je.. kitorg nabi doakan 3 kali kerahmatan.. kau nabi doakan skali, ade tu yg tak termasuk golongan dalam doa nabi pun". Baik-baik malaikat rahmat nak berikan anda kerahmatan tersebut, dgn sbb perbuatan ini, terus tak dapat, ditarik balik kerahmatan tu drp anda.

Halim tegaskan tak perlu la nak menghina-hina manusia lain. Walhal anda sendiri yg tersalah konsep, takut-takut jatuh hukum bid'ah pulak kat anda --/ bagi yg dah tersalah faham konsep hadis tersebut ye. Tak payah la pun nak mensyarahkan hadis nabi tersebut bersungguh-sungguh depan orang tersebut, nak malukan dirinya depan orang ramai. Ceramah sblm berangkat menunaikan ibadah umrah ini, mereka dah ikut, dah dgr dan halim yakin mereka sendiri paham akan hadis nabi tersebut, termasuk halim. Tp, pilihan mereka, biarlah. Cukup lah dgn ape yg dah mereka pelajari dan ape pun keputusan yg mereka pilih. Agaknya masyarakat PERMAI ni dah tak boleh berhenti drp mengate org agaknye. Pantang kan. Mesti nak bercakap pasal org kan.. BERHENTILAH!!!!

Rezeki Allah utk buat diri masing-masing. Sama ada kesyukuran, ketenangan, kedamaian, nilai kehebatan, nilai kehambaan, bertambah iman, ketaqwaan dan sebagainya. Atau boleh jadi juga dugaan, ujian, kehilangan barang, terlepas subuh berjemaah di masjid, bersolat masbuk dan sebagainya. Semue itu rezeki Allah bagi halim bg hamba-hamba Allah yg bertamu di Tanah Suci dan Rumah-Nya. Anda yg menjadi tetamunya, anda yg seharusnya merasai dan bermuhasabah diri sendiri.

Bagi diri halim sendiri, cukuplah Allah dan Rasul-Nya sbg saksi doa yg dilafazkan seawal ihram tempoh hari;
"Ya Allah ya Tuhanku, inilah umrah, yg tiada riya' dalamnya dan tiada pula bongkak".. semoga Allah menerima...

No comments: