-ruangan pendidikan..
JUST laksana pendekatan sains dan teknologi tingkatkan mutu pengajian
SEBAGAI antara institusi terbaik di Timur Tengah, Jordan University of Science and Technology (JUST) berazam memartabatkan institusi itu di arena antarabangsa melalui pendekatan sains dan teknologi.
Presidennya, Prof Wajih M Owais, berkata bagi merealisasikan sasaran itu, peranannya sebagai universiti unggul di Jordan dan mempunyai reputasi baik di kalangan dunia Arab serta mempunyai rangkaian kuat dengan institusi berteraskan sains di seluruh dunia perlu dijaga.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat menambah baik infrastruktur bidang sains termasuk makmal, kemudahan di pusat kajian dengan peralatan dan teknologi canggih serta menjadikannya kampus pertama di Jordan mempunyai frekuensi internet wifi digital.
Katanya, teknologi penting untuk membantu kejayaan akademik universiti dan JUST akan menggunakan sebaiknya pendekatan teknologi dalam kurikulum serta kajian.
Sebagai contoh, penggunaan laman web sebagai alat penghubung antara pihak pengurusan kakitangan, pelajar dan orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat melalui rangkaian internet dalaman.
“Keutamaan kami kepada pusat kajian saintifik dan kecemerlangan. Setakat ini, kami mempunyai beberapa pusat kajian seperti Pusat Kajian Sains Alam Sekitar dan Teknologi Queen Rania Al-Abdullah, Pusat Kajian Bioteknologi Princess Haya, Pusat Kajian Farmaseutikal, Pusat Kesihatan Veterinar, Pergigian dan Pusat Perkembangan Akademik.
“Bagi memastikan kualiti pengajian terus terjamin, kami menambah bilangan tenaga pengajar. Kini, JUST mempunyai 750 profesor berbanding 110 pada peringkat awal penubuhan dan 109 daripada mereka adalah profesor penuh.
“Selain itu, enrolmen pelajar juga ditingkatkan. Sehingga kini kami mempunyai 18,850 prasiswazah dan setiap tahun lebih 3,000 pelajar pascaijazah diambil, peningkatan berbanding 2,300 pada 1989,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Wajih berkata, pengambilan lebih ramai pelajar itu memenuhi visi untuk meningkatkan standard pengajian tinggi di Jordan sejajar dengan polisi pendidikan kebangsaan seterusnya mencapai wawasan menjadi universiti antarabangsa menjelang 2012.
“Di sini, kami terkenal dengan kapasiti mengadaptasi trend teknologi moden, komitmen dalam bidang pendidikan tinggi, pengurusan berkesan dan perkhidmatan penyelidikan.
“Bagaimanapun, pelajar adalah keutamaan dan kami berbangga dengan graduan dihasilkan yang kebanyakannya memegang jawatan penting dalam dunia pekerjaan serantau,” katanya.
Beliau menjelaskan, JUST juga memainkan peranan penting dalam membantu memacu ekonomi Jordan dengan menekankan kualiti semua jurusan yang ditawarkan iaitu perubatan, pergigian, kejururawatan, kejuruteraan, pertanian, perubatan veterinar, sains komputer dan sains semula jadi.
Selain akademik, Wajih berkata, pihaknya turut membantu komuniti dengan menjalankan tanggungjawab sosial melalui penyelidikan berteraskan teori dan praktikal berserta tradisi saintifik serta inovasi akademik untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat,” katanya.
Dalam menjayakan visi universiti, beliau berkata, pihaknya memerlukan penyelidik pakar dengan pembiayaan biasiswa JUST pada peringkat awal, kemudian menggunakan dana penyelidikan daripada pelbagai pihak.
“Kini kami mempunyai 400 penyelidik yang mendapat pembiayaan dana penyelidikan untuk menyambung pengajian di universiti terkemuka dunia.
“Kerana pencapaian cemerlang, JUST kini berada dalam kedudukan universiti penyelidikan terbaik di Jordan dan tiga daripada institusi dunia Islam terbaik berdasarkan kajian ‘Ankara-based Statistical, Economic and Social Research and Training Center for Islamic Countries’,” katanya.
** PENTING dlm akhbar **
"Sementara itu, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia akan menyambung pelajarannya selama empat tahun dalam bidang Fizik di JUST."
--/ ni la point paling penting senanye wartawan nak mention.. pandai berbelit-belit smpai 12-13 perenggan..
ape pun, aku tetap bangge krn institut pengajian tinggi tempat aku menimba ilmu mendapat perhatian.. dunie lagi tau.. it's just JUST!!!
No comments:
Post a Comment