Sblm aku menulis bicara hari ini, aku tetibe la pulak suke kat satu lagu tu.. Lagu lama pun, tp aku tetap nak kongsikan di sini. Terimelah drp saye utk anda semue..
KETULUSAN HATI, Marshanda
Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah
Demi rahmat-Mu ya Allah.. aku memohon petunjuk utk dan drp penulisan ini..
Baik, ape sebenarnya yg aku nak bicarekan hari ini. Ade beberape perkare yg ingin diluahkan pada pertemuan kali ini. Tengok la bape byk yg mampu aku tulis nnti kan.. sbb aku ni kalau dah bercerita, start menulis, habis la. Mane penah pendek entri aku buat. Kalau tak lebih 3 perenggan tu mmg tak puas lagi la tu. Pantang ye jari-jemari ni. Bile bertemu je papan kekunci laptop, pasti akan menari-nari ligat di atasnya sehingga sukar utk berhenti. --/ aceceh aku.. tak nak kalah namenye.. dah tu yg sblm ni buat post-post batal ape hal kan.. Nak dikatekan bakat terpendam. Tak mungkin, sbb aku ni bukan sasterawan yg mampu nak menghasilkan novel dan cerpen yg hebat, shingga penyunting pun gamam dgn penulisannye. Siap dihebohkan lagi serate dunia hebatnye penulisan die dan di mana boleh mendapatkan novelnya di pasaran. Haruslah aku tidak sehebat org itu. Tettaapi!!!!!!! sbg mane yg aku katekan, aku akan tetap menulis, biarpun musim panas ini, selalunye kering kontang dah dgn penulisan, entri dan post sgle. Namun, musim panas kali ini berlainan la pulak. Ibarat air hujan pulak yg mencurah-curah sbg rahmat drp langit dgn izin Allah s.w.t yg membasahi bumi. Begitulah hubungan bumi dgn langit..

>> aku bukan drp kalangan mereka. Mereka hebat! <<
Amik nafas jap. Tarik dalam-dalam. Hembus kan.. --/ mati la bau kentot org.. hahaha.. laarriiiii
Semalam, satu peristiwa besar berlaku dlm hidup aku. Selama mane hari demi hari yg dilalui ini, sekian lama aku diamkan, semenjak awal permulaannya. Semalam menoktahkan sgle nye. Ibarat sebuah cerpen yg dikarang dgn baik. Ayat-ayat dan plot cerite disusun dgn cantik. Latar masa, tempat dan peristiwa diceritakan dgn penuh teliti dan kesopanan. Cerita dibina dgn permulaan yg berkesan, kemuncak / klimaks yg menggemparkan dan penutup yg mantap. TETAP tanda '.' ini menjadi kesudahannya. Begitulah ibaratnya situasi yg berlaku kpd ku semalam.
Sekembali drp kelas, dgn penuh kepenatan. Pakaian ke klinik disalin dgn pakaian basahan di rumah. Lantas, diri direbahkan ke katil dan berlalu bersama mimpi-mimpi di siang hari. Tetapi, bgun sahaja drp lena. Tgn menggapai tetikus laptop --/ boleh kan aku gune istilah Bahasa Melayu bab2 komputer ni.. Kursor dihalakan ke penanda buku (bookmark), dihalakan pula ke folder bloggerzz... 26 senarai blog dlm pengetahuan --/ tu pun kau nak mention la.. tau dah, ade yg lagi byk drp aku.. SURRENDER, tak nak lawan!!! Tetap, blog sendiri yg menjadi pilihan.. Perkare pertama aku lakukan bile aku buka blog aku ade lah ape?!! Siape boleh teka.. haruslah aku tgk visitors counter tu dulu.. mulai sekarang kene bersedia utk menerima visitor ke 4444.. so bagi sesiape yg menjadi pengunjung bertuah itu, sile la amik gambar no tersebut dan serahkan kpd aku. HAHAHAHAHAHA.. Poyo kan aku.
Perkare seterusnya yg perlu dilakukan adalah meneliti sekirenya terdapat komen pada post atau komenan di chatbox "Saling berborak" aku itu. TADA!!!!!! Ade org datang merepot, atau dlm bahase kami di sekolah; me'retort'.. sehingge mereka yg duk asyik mengadu ini dipanggil kaki retort --/ asbestos sungguh kan gelaran tersebut!! asbestos pula adalah bahase sopan yg membawe maksud CILAKAK = CELAKA. Hebat tak kitorg mencipta perkataan. TERUS MEMPERJUANGKAN BAHASA! Oh ya, kate org itu di chatbox tersebut, blog aku telah dilinkkan di blog terbaru blogger Irbid. Mamai kepale hotak. Terus menjerit ala2 filem KL Menjerit. Tp kali ni, adalah filem Irbid Menjerit. TTIIIIIIIIIIIIIIDDDAAAAAKKK.. tidak dilupekan, haruslah mengucapkan ribuan terime kasih kpd yg MERETORT itu. Kene bagi hadiah sagu hati kew?!! --/ opsss.. opsss.. jgn sebut.. kang ade org demand

>> kaki retort sungguh.. tungku kaki tiga betul kan.. cari la maksudnye <<
Ape pun, urusan dgn blogger tersebut dah pun selesai. Tak perlu la nak diperbesarkan kan.. AC.. Tak gitu. Kite ni kene la berbuat baik sesame kite. Chewah aku. Boleh perasan?!! Cukup la aku nyatekan isunye, aku terangkan prinsip dan kehendak aku. Dan aku yakin, org tersebut paham dan mengambil tindakan sewajarnya. Bravo utk die drp aku. --/ suke la tu kan..
Daripada cerite pepanjang kat atas tu, paham ke tak?!! Maksud aku, blog aku ni tak pernah pun aku publish secare terang-terangan selama ini. Tibe2 je semalam, blog ini dilinkkan di blog blogger tersebut dgn penuh keTATASUSILAan. Hebatkan blogger tu. So, secare gempaknye pulak, blog aku ini dah tak berape nak privasi. Boleh tu pulak, aku pergi program semalam.. ade org ni duk tanye. Org tu pulak duk menganjeng beberape kalimah pernah aku gunekan. Org lain pula, duk perli-perli aku. Makhluk asing pula duk kononnye NAK SENTAP aku la?! Hah?!! kau ingat aku ni makan sentap org la. Aku ni landasan terhempas geseran tau --/ dah kan.. aku gune balik kalimah-kalimah kat sek dulu.. kitorg mmg suke gune istilah2 makmal ni.. Dah puas dah org hina aku, org jatuhkan hukuman kat aku. Cukuplah aku masih lagi sabar.

>> thanks kpd mereka yg menjadi pelangut setia.. Setia ku di sini kan.. Ziana Zain sgt <<
Aku tak kisah la pasal blogger tu kan. Antare aku ngan die dah selesai urusan. Aku tau dan aku terus berbincang dgn die. Selesai CERPEN kisah aku n die. HAL ANA QESSOH?! LA, ANA LA QESSOH.. boleh?!! Paham tak.. Ade aku kesah ke?! tu maksud die --/ ni budak2 bertuah semalam la ni mengajar ayat-ayat pelik ni.. Yg aku kesahkan la.. Aku rase aku pernah je buat kenyataan sblm ini, bahawe sesungguhnya, aku tidak mahu blog aku ni dilinkkan.. Aku tak publish pun blog aku, aku tak mahu org lain publishkan. Aku tegas ni. Permohonan ini dilakukan scare bertulis ini.. Kat blog aku ni.. Kepada pelangut-pelangut kat blog aku ni, adelah sesungguhnye aku tak kesah korang melangut, menjadi pengunjung, pembace blog aku. Tetapi aku memohon dgn sbnr2 permohonan agar blog ini TIDAK DILINKKAN di mana-mana blog, website atau apa-apa jua medium sebaran am. Aku tak mahu, aku tak nak!! Jadi lah pembace, jadi lah pengomen, jadi lah penjatuh hukuman terhadap aku. Aku tak pernah salahkan korang. Tp tak perlu la aku nye blog ini dilinkkan.. TOLONG!!

>> kalau korang tak leh terime.. aku buat surat permohonan nak.. hitam putih lagi <<
Selagi mane aku rase, aku masih belum bersedia utk ke hadapan dalam arena berblogging ini, selagi mane aku tidak bersedia utk canangkan blog ini kpd umum. Maka, aku harap org lain turut memahami aku. Penuh KETULUSAN HATI ini aku cakap. Tolong la sesiape yg telah berbuat demikian, lepaskan la link yg anda buat terhadap blog aku ni.

>> setulus hati ni aku minta.. nk merintih mcm mane lagi?! <<
Penyelesaiannya, aku telah memikirkan beberape perkare yg mungkin aku akan laksanekan sekirenye hal ini berterusan.
1. aku tukar domain blog ini.. termasuk akaun blogspot aku.. so, sesiape yg nak membace, cari la balik blog ni.. peduli hape aku kan.. boleh ke camtu?!! ke tak strong tindakan aku ni?!!
atau
2. aku tukar setting, allow only certain manusia yg aku pilih utk menjadi TETAMU blog aku..
atau
3. aku tutup je la blog ni.. dan cari alternatif lain nak meluah perasaan dlm bentuk penulisan mcm ni.. sbb aku tak leh berhenti menulis gamaknye ni.. tp wordpress bukan alternatif pilihan aku.. haha.. --/ tapi sayang uuu.. dah 3 tahun blog ni bergerak.. bukan beginner mcm sesetengah org tu kan.. tuptup dah ade follower.. menyampah la plak aku


ISU AKU ISU KECIL
Ermm.. ade org cakap kat aku
"Pehal yg kau rase bagus sgt tulis sgle mcm bende kat blog kau. Isu kecik je pun. Bukan cerite pasal ummat pun. Bukan boleh bine negare pun. Yg kau rase hebat sgt tulis mcm tu pehal?! Kau cari gaduh ngan org ade la. Pehal kau nak sentap org plak?! Blah la wei kalau bg alasan nak meluah perasaan.."
1st of all, aku nak bgtau kat yg mempertikaikan tersebut la ye. Aku ni, baik orgnye. Org tak cakap, tp aku tau. Dah korang juga kan yg suruh aku SEDAR DIRI. Aku sedar diri la ni. Aku masih bersabar la ni. Masih kawal diri lagi. Masih lagi berada pada stage pemikiran yg waras, sbb aku belum lagi masuk level loss of conciousness (LOC). Level LOC aku ni, bukan atas disbbkan oleh epilepsy ke, anaphylactic shock ke.. hypertension ke.. Tang aku punye LOC ni, die len sikit. So, tak payah la menguji kesabaran aku. Kalau kau konsep cakap jujur, aku pun konsep cakap paling jujur antare korang.. Baik kan care aku memberi balasan dan tindak balas. Tak payah la puji aku ni. Nak buat ape la melakukan kezaliman dgn membalas pulak dgn kejahatan kan. Pujangga melayu pernah menyebut
~ Membalas kebaikan dgn kejahatan adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan. Membalas kejahatan dgn kejahatan adalah perbuatan hina dan kezaliman. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah perkara biasa. Membalas kejahatan dgn kebaikan adalah toleransi dan berpekerti mulia ~

>> sedar diri dan kembali ke pangkal jalan.. dalam mencari redha-Mu <<
2nd notation.. kalau kau tak anggap ape yg aku tulis ini adalah luahan perasaan aku, aku paham je. Sbb manusia mmg ade pelbagai persepsi. Aku sedari awal lagi mengatekan, penulisan aku adalah luahan perasaan aku. Dan terpulang kpd pembace nak menginterpretasikan ia sebagai mane rupe, menerima atau menolaknye juga adelah terpulang kpd pembace. Aku memberi nilai aku terhadap penulisan aku. Kau pun ade penilaian kau tentang penulisan aku. Kau yg duk sebuk membace, dah la tak malu membace.. Tak bagi salam masuk umah org. Aku ulang sekali lagi, tak payah la duk bg alasan.. dah terjumpe blog aku ni, kau bace je la pula. Pendirian aku, kalau dah kau tak suke bace penulisan aku, aku dgn baik kate, kau tak payah la bace.. berundur diri. Dgn penegasan aku, tak payah la nak bagi lecture pulak kat aku. Dah jelak la.. dah muak, paham?! Cukup la sgle lectures aku kat u, khutbah jumaat lagi, ceramah lagi, tazkirah sgle, Al-Kuliyyah, bicare siswa, forum perdana dan sgle mcm bentuk wahana dakwah yg aku dengar dan tonton utk aku sendiri bermuhasabah diri. Kau tu khutbah jumaat pun tido, dtg masjid lmbt, ala2 org nak iqamat baru nak terhegeh-hegeh dtg. Ade hati nak jadi direct sounder --/ aiyo.. matila.. ade ke kalimah ni?! lantak la.. aku gune je

>> aku bukan ekstremis, lelagi pasal isu kepartian.. change!!! berubah!!! <<
3rd point. Aku nak mengaku, sesungguhnya aku bertanggungjawab terhadap penulisan aku secara total. Ape-ape sahaje yg terdapat dlm blog ini, pada dasar nya adalah kehendak aku menulis mengikut kehendak dan keperluan semasa. Aku yg menulis, maka, aku bertanggungjawab. Aku merepek ke, aku menyentap ke, aku menghebahkan ke.. tanggungjawab aku. Dan atas sbb tanggungjawab aku, maka, penulisan aku hakikatnya bukanlah didasari sepenuhnye oleh emosi, perasaan dan akal fikiran. Sbhgian isu yg ditulis didasari oleh kajian dan penyelidikan. Dan fokus aku, tidak mahu memperkatekan isu-isu besar spt yg dibawa oleh sesetgh blogger yg lain. Fokus aku adalah isu-isu yg melingkari kehidupan. Yg mana, bagi mereka yg bijak pandai, akan nmpk bahawe isu tersebut sbnarnye boleh membawe kpd isu yg lebih besar. Relasi antare isu yg aku bawe dgn isu-isu "besar" adalah secara tidak langsung bg mereka yg mempunyai akal fikiran utk menilainya.
Aku amik satu contoh; isu sekarang, kedptan kelompok masyarakat yg ikhlas ingin memperjuangkan isu Palestin. Wacana pemikiran mereka, pada aku hebat. Tiupan smgt dan ruh jihad mereka bersungguh. Aku mengandaikan mereka inilah syabab yg diperlukan oleh agama Islam demi memartabatkan kesucian Agama Islam di atas muka bumi. Dan bagaimane pulak hal nye sekirenye aku mengaitkan isu ini dgn isu yg pernah aku tulis suatu ketika dahulu, membincangkan berkenaan isu PEMBINAAN PSIKOLOGI CEMERLANG.. Hari ini ummat Islam bagaimane, diserang drp segale bentuk.. fizikal, mental, spiritual dan material. Lantaran serangan segenap segi ini, ummat Islam lemah, ummat Islam ditindas dan dimomokkan dgn pelbagai ideologi yg akhirnye menjadikan ummat Islam itu takut dgn diri mereka sendiri. Namun, hebatnya ummat Islam spatutnye daripada sudut psikologi yg cemerlang. Hadis Nabi s.a.w dan Kalam Allah telah memberi pelbagai rangsangan buat golongan Muslimin lagi Mu'minin ke arah pembentukan psikologi cemerlang ini, tetapi ummat Islam sendiri gagal membinanye. Ke mane perginya psikologi ummat Islam kini, spt hadis Nabi s.a.w, yg diriwayatkan drp Thauban dgn mafhumnya;
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. Sahabat bertanya; "adakah pada ketika itu ummat Islam lemah dan sedikit sedang musuh sangat kuat?". Sabda Nabi s.a.w lagi; “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya tentang perihal ummat seperti buih di lautan. Jawab Nabi s.a.w; “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. Itulah cintakan dunia dan takutkan kematian"
Begitu juga dgn isu yg pernah berbangkit dlm blog aku, terhadap nilai dan sikap membeze-beze?! Ke mane perginye ruh Islam, dalam ketike mane kite sebuk melaung-laungkan isu UKHUWAH, tp kite juga sebuk membeze-bezekan antare satu same lain. Aku mengaku, aku tidak mampu membawe isu kenegaraan dgn baik. Tetapi, bg yg membuke mate, membace dgn mate hati mampu melihat relasi antare isu "HARI INI KITA MENCIPTA SEJARAH" dgn kemajuan dan peradaban negare. Dan yg paling penting, aku tidak mahu menjadi seperti sbhgian manusia, yg ekstrem membidas itu ini dgn mempertahankan pendirian berbentuk kepartian. Itu bukan prinsip aku!

>> menggoncang dunia.. mencipta sejarah.. lirik lagu sgt.. <<
Mudahnye, ingin membincangkan isu-isu besar spt keagamaan, politik dan kepartian, kenegaraan dan sbg nye, bukan lah minat aku. It's jas not my taste. Aku sesungguhnye tidak mahu bertanggungjawab sekirenye berlaku kesalahan dan pembohongan dalam penulisan aku berkaitan isu-isu besar ini. Kerane ingin menulis artikel berkaitan isu-isu sebegini memerlukan kajian yg sgt2 mendalam dan teliti dgn fakta-fakta yg betul, agar penulisan berkaitannya tidak terlalu didasari oleh emosi dan nilai ekstremisme. Sesungguhnye aku khuatir jika aku telah merintis jalan pembohongan terhadap fakta andainya aku menulis isu-isu besar spt yg mereka pertikaikan. Saham pembohongan itu, pemegang share terbesar nye akan menjadi aku dan aku TAK NAK perkare itu terjadi pada diri aku. So, bagi mereka yg suke sgt menulis artikel berkaitan isu-isu ini, berhati-hatilah dgn penulisan anda. Aku telah menyatekan pendirian aku dan aku yakin, anda pasti kekal dgn pendirian anda.
nota:
1. selalunye lepas 5 Julai takkan ade cerite kat blog ini sehingge raye berkunjung tibe.. booom!! pecah tradisi
2. puas hati dgn pengumuman isu PPSMI?!! aku terime seadanye.. (n_n)smile..
No comments:
Post a Comment