Friday, July 31, 2009

MEMULIAKAN

SALAM SAIYIDUL AYYAM

Aslmua'lykum wbt

Alhamdulillah.. halim bersyukur sgt2 masih diberi kesempatan utk berbicara dalam blog yg tidak ade ape sgt ni. Blog halim ni bukan la sepanas blog kawan-kawan halim yg lain. Mampu mengeluarkan kenyataan media drp pihak editorialnye. Tidak juge blog ini semeriah blog sorang lg kawan yg tak habis-habis menghapdet, menceritekan pengalamannye ke sane ke mari, meletakkan skor markah game bowling die dgn average more than 200 --/ jgn risau la, die takkan marah nye halim tulis ni.. hahaha.. Tak mcm kawan2 yg lain gak, yg byknye mengemukakn isu bercuti semester dan kembali ke Malaysia. Tak mcm blog peribadi tuan pres, yg mengajak org ramai turut bersamenye berkarya. HAH kan.. mantap-mantap derang ni.. Halim sahaje la yg masih terus melate dgn sunyi, sepi keseorangan di atas muka bumi ini.

Anda semue,
Hari ini, ade sesuatu yg menyentuh perasaan halim. Sentuhan nye tidak same seperti selalu. Sentuhan ini tidak selalu berlaku kpd mane2 manusia. Sentuhan ini hanye kadang2 berlaku, khususnye bagi mereka yg diberi kelebihan. Sentuhan ini adelah sentuhan kurniaan. Bagi mereka yg merasekan, akan berase begitu kehambaan. Tidak kerap halim diberi peluang merasai nikmat sentuhan ini. Sukar utk halim nyatekan, namun, tatkala merasekan nye air mate terus berlinangan. Mungkin ini satu pengajaran. Walaupun selalu kedengaran melalui pembacaan insan, atau dibace sendiri pada satu halaman.. tidak semue mampu mendapat anugerah sentuhan ini. Siapekah yg mampu menafikan penangan bacaan al-Quran yg sungguh menenangkan..

Yang akan halim tuliskan ini, bukanlah edisi ke-2 Ayat-ayat cinta spt mane yg pernah disiarkan dlm blog seorang teman.. Inilah ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran sbg peringatan;

"Sudahkah sampai kepada kamu (Muhammad) perihal hari kiamat yang sungguh huru-hara. Wajah muka (orang-orang kafir) pada hari itu tunduk kerana berasa hina. Mereka telah bekerja berat dan telah pula berpenat lelah. Namun mereka tetap menderita merasai bakaran api neraka yg sangat panas membakar-bakar. Mereka diberi minum daripada matair yang menggelegak panasnya. Tiada pula makanan bagi mereka di situ melainkan daripada pokok-pokok berduri. Yang tidak menggemukkan dan tidak juga menghilangkan kelaparan. Sebaliknya wajah muka (orang-orang yang beriman itu) berseri-seri pada hari itu. Lantaran berpuas hati dengan usaha yang mereka kerjakan dan mendapat keredhaan. (Mereka) tinggal di dalam Syurga yang tinggi (martabat kedudukannya). Mereka tidak mendengar di dalamnya satu pun perkataan yang sia-sia. Di dalam Syurga itu ada matair yg mengalir. Dan singgahsana-singgahsana yang tinggi (berhias). Dan piala-piala minuman yang disediakan untuk mereka. Dan bantal-bantal yang tersusun atur (untuk mereka bersandar). Serta hamparan-hamparan yang terbentang indah" (Surah Al-Ghaasiyah, ayat 1-16)

Begitulah pembace sekalian, perihal hari kebangkitan yg diceritakan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran yg mulia. Dengan pilihan yg Allah berikan kpd kita. Utk menjadi hina atau mulia. Utk kite menjadi hamba yg kufur atau bersyukur. Balasan kufur telah dijelaskan dgn sejelas-jelasnye, ketike itulah air mate halim berlinang mengingatkan kezaliman yg halim lakukan terhadap diri sendiri. Sungguh sentuhan itu makan dalam di lubuk hati. Ganjaran kebaikan bg keimanan yg jati juga diterangkan dgn berkesan melalui ayat-ayat-Nya, mengalirkan lg air mate lantaran lemahnye iman diri. Inilah surah yg sering dibacekan oleh imam. Kalau di Malaysia tu, mmg surah ni la derang bace khususnye hari-hari kebesaran, Hari Raya pasti, hari Jumaat sekali-sekale.. Tp selame ini, tidak diperhati isi dan makna yg tersembunyi. Lalu impikan yang mane anda semue?! Kehinaan atau kemuliaan..

So, halim saje je share ngan anda semue.. kalau tak mo terime tak pe la. Halim tak kesah. Skang ni pulak, tgh bulan Sya'ban.. Terase syahdu nak menerime kunjungan Ramadhan.. rase berdebar mcm sblm menjadi tetamu ke Tanah Suci hari tu.. nnti halim nak share gak lirik satu lagu, walaupun tu adelah iklan Perbadanan Islam Johor, namun, liriknye sungguh bermanfaat tau.. insyAllah nnti ye..

Skang ni, nak masukkan beberape video nasyid katenye.. Sejak bilekan halim minat sgt nasyid ni.. TAKTAU!! Cume tumpang bangge ngan kejayaannya sahaje.. Apepun, lirik lagu2 nye sungguh bermanfaat..




>> teringat kat ustaz yg jadi guru pembimbing pasukan ini.. nnti balik nnti saye jumpe ustaz ok!! <<



>> dulu nak sgt tgk ade mane2 team yg menang kebangsaan.. skang ni, mcm2 dah.. pasukan bahas nye, pasukan nasyid nye.. berjaye akhirnye membine menare kejayaan yg menjadi kekaguman.. bukan sahaje warge sekolah, bahkan yg BEKAS pelajar pun bangge <<



>> cume yg diharapkan agar kecemerlangan akademik juga lebih diperkase.. termasuklah tidak mengubah sikap warge sekolah.. tidak sombong, tidak pula bongkak.. sbb halim masih lg sayangkan sekolah <<

Sunday, July 26, 2009

MERANCANG PELAN TINDAKAN SENDIRI

PERLU MENGISI RUANG KOSONG ITU..

Salam pertemuan..
Hari ini aku hanye nak letak beberape gambar.. pandai2 la anda semue fahamkan.. haha..

>> suatu ketike dulu.. seawal mengenal dunie dan menjadi penuntut ilmu <<


>> semakin besar, menjadi penuntut di sekolah menengah.. melalui pelbagai pengalaman yg kini menjadi kenangan <<


>> apabile menjadi penuntut di universiti pula.. yg dicite-citekan tidak kesampaian.. namun, jalan pilihan yg diberikan, diterime dan direntas dgn keyakinan.. bahawe setiap 'jalan' itu ade kelebihan.. <<


>> sehingge kini, dalam rangka menuju perhentian kejayaan utk meneruskan perjalanan <<


>> yg kosong dan perlu diisi <<


>> yg kosong juge dan perlu diisi <<


>> yg kosong lagi dan perlu juga diisi <<


>> masih tetap kosong dan perlu diisi <<


>> terus kosong utk diisi.. dan terus.. <<

Saturday, July 25, 2009

Pendidikan Global: IPT unggul Jordan

JUST DALAM BERITA HARIAN
-ruangan pendidikan..

JUST laksana pendekatan sains dan teknologi tingkatkan mutu pengajian


SEBAGAI antara institusi terbaik di Timur Tengah, Jordan University of Science and Technology (JUST) berazam memartabatkan institusi itu di arena antarabangsa melalui pendekatan sains dan teknologi.

Presidennya, Prof Wajih M Owais, berkata bagi merealisasikan sasaran itu, peranannya sebagai universiti unggul di Jordan dan mempunyai reputasi baik di kalangan dunia Arab serta mempunyai rangkaian kuat dengan institusi berteraskan sains di seluruh dunia perlu dijaga.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat menambah baik infrastruktur bidang sains termasuk makmal, kemudahan di pusat kajian dengan peralatan dan teknologi canggih serta menjadikannya kampus pertama di Jordan mempunyai frekuensi internet wifi digital.

Katanya, teknologi penting untuk membantu kejayaan akademik universiti dan JUST akan menggunakan sebaiknya pendekatan teknologi dalam kurikulum serta kajian.

Sebagai contoh, penggunaan laman web sebagai alat penghubung antara pihak pengurusan kakitangan, pelajar dan orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat melalui rangkaian internet dalaman.

“Keutamaan kami kepada pusat kajian saintifik dan kecemerlangan. Setakat ini, kami mempunyai beberapa pusat kajian seperti Pusat Kajian Sains Alam Sekitar dan Teknologi Queen Rania Al-Abdullah, Pusat Kajian Bioteknologi Princess Haya, Pusat Kajian Farmaseutikal, Pusat Kesihatan Veterinar, Pergigian dan Pusat Perkembangan Akademik.

“Bagi memastikan kualiti pengajian terus terjamin, kami menambah bilangan tenaga pengajar. Kini, JUST mempunyai 750 profesor berbanding 110 pada peringkat awal penubuhan dan 109 daripada mereka adalah profesor penuh.

“Selain itu, enrolmen pelajar juga ditingkatkan. Sehingga kini kami mempunyai 18,850 prasiswazah dan setiap tahun lebih 3,000 pelajar pascaijazah diambil, peningkatan berbanding 2,300 pada 1989,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Wajih berkata, pengambilan lebih ramai pelajar itu memenuhi visi untuk meningkatkan standard pengajian tinggi di Jordan sejajar dengan polisi pendidikan kebangsaan seterusnya mencapai wawasan menjadi universiti antarabangsa menjelang 2012.

Sejak ditubuhkan 20 tahun lalu, beliau berkata, JUST berjaya mengeluarkan kira-kira 30,000 graduan dalam pelbagai bidang dari lebih 56 negara.

“Di sini, kami terkenal dengan kapasiti mengadaptasi trend teknologi moden, komitmen dalam bidang pendidikan tinggi, pengurusan berkesan dan perkhidmatan penyelidikan.

“Bagaimanapun, pelajar adalah keutamaan dan kami berbangga dengan graduan dihasilkan yang kebanyakannya memegang jawatan penting dalam dunia pekerjaan serantau,” katanya.

Beliau menjelaskan, JUST juga memainkan peranan penting dalam membantu memacu ekonomi Jordan dengan menekankan kualiti semua jurusan yang ditawarkan iaitu perubatan, pergigian, kejururawatan, kejuruteraan, pertanian, perubatan veterinar, sains komputer dan sains semula jadi.

Selain akademik, Wajih berkata, pihaknya turut membantu komuniti dengan menjalankan tanggungjawab sosial melalui penyelidikan berteraskan teori dan praktikal berserta tradisi saintifik serta inovasi akademik untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam menjayakan visi universiti, beliau berkata, pihaknya memerlukan penyelidik pakar dengan pembiayaan biasiswa JUST pada peringkat awal, kemudian menggunakan dana penyelidikan daripada pelbagai pihak.

“Kini kami mempunyai 400 penyelidik yang mendapat pembiayaan dana penyelidikan untuk menyambung pengajian di universiti terkemuka dunia.

“Kerana pencapaian cemerlang, JUST kini berada dalam kedudukan universiti penyelidikan terbaik di Jordan dan tiga daripada institusi dunia Islam terbaik berdasarkan kajian ‘Ankara-based Statistical, Economic and Social Research and Training Center for Islamic Countries’,” katanya.

** PENTING dlm akhbar **

"Sementara itu, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia akan menyambung pelajarannya selama empat tahun dalam bidang Fizik di JUST."
--/ ni la point paling penting senanye wartawan nak mention.. pandai berbelit-belit smpai 12-13 perenggan..


>> logo rasmi JUST <<

ape pun, aku tetap bangge krn institut pengajian tinggi tempat aku menimba ilmu mendapat perhatian.. dunie lagi tau.. it's just JUST!!!

Friday, July 17, 2009

,") MENJENGAH PERTAMBAHAN USIA

- sepatutnye minggu lepas lg dah publish, tp tertangguh sbb internet lak wat hal.. tetap kene publish sbb nak masuk cite baru dah ni..

HU HA HU HA MINGGU INI

Aslmua'lykum w.b.t

Tetap halim mulekan perbualan kite 'hati ke hati' kali ni dgn lafaz salam sejahtera buat pembace sekalian. Ikutkan tajuk kat atas tu, nak je halim mulakan perbualan dan bicare kite dgn kalimah -PITAM-. Tau tak sbb ape, sbb bagi halim minggu ini (sblm berakhir esok).. terlalu byk peristiwe yg berlaku. Terlalu byk dan terlalu dahsyat drama yg mampu halim tonton dan lihat bahkan yg halim sendiri lakonkan --/ mampu Fahrin Ahmad nak berlakon cam halim?! Ape yg dapat halim simpulkan minggu ini adalah kalimah ranggi HU HA HU HA.. maksud paling ringkas boleh halim definisikan "eehhh... boleh gile la aku mcm ni". Tu yg kalau boleh mmg nak gune kalimah -PITAM- memulekan bicare. Tapi kang kalau halim dah start gune kalimah tu, anda semue yg membace pun, awal2 nye turut same -PITAM- mcm halim. Waaah.. fan club sgt kan.. Artis pitam, anda semue pun nak ikut pitam.. Dah tu nak buat cam mane?!

Ok la, bab merepek ni, bukan bab halim. Bab merepek meraban ni, bg kat sorang kawan halim tu. Die mmg hebat. Boleh, tajuk post nmpk dah mantap dah. Kite yg duk nak bace ni, terus berkobar-kobar. Tak sabar2 ni. Pula tu, preview yg dibuat tgk mcm panjang je post die kan. Ha ah, anda semue bace perenggan awal je tau dah, yg die akan merepek, start drp atas smpai la bawah. Penutup pun tetap merepek. Bg la kat die. Point yg anda boleh jumpe dlm 10 perenggan post die, 1 je sebenarnye. Tp die punye huraian REPEKAN PUAKA NIYANG RAPIK die tu, mak datuk.. chef wan pun boleh kalah la celoteh. --/ tak tau ke, award best top 5 chef in the world yg chef wan menang tu, senanye no 5.5 tu la hak milik die. Terpalit sikit je.. kalau tak harus la award tu bg kat die je..

Anda semue.. bermula hujung minggu lepas je, dunie Bukit Bintang Irbid Jordan ni kecoh dah. Ala, yg minggu lepas tu, tentu la pasal program MEGA lg ni, MPPM, MEKAR MPPM 2008/2009. Kite tak payah ulas la program tu kan. Konsepnye, dah tak pegi tu, diam2 sudeh. Tp ape pun, tetap drp jauh ni, kite mendoakan kontijen Irbid berjaye la dlm semue acare. Haruslah doa yg paling dipohon kpd Allah s.w.t adalah kejayaan skaud bahas Irbid. Ye la, mcm cerite kanak2 dulu.. kalau cahaye doa-doa tu boleh kite nmpk la, bersimpang-siur naik ke langit Ilahi utk diperkenankan, kate nye la, doa utk skuad bahas ni la yg paling menyerlah dan paling laju ala2 hanye sekelip mata je la. Hah mcm tu gamaknye.

Halim ni pun sedar, hakikatnye, kite ni tak la semantap sorang kawan tu. Anda semue tau la, bab stage performance ni, dicanangkan die la MAHAGURU. Hello.. stage dewan Al-Farabi tu adelah amat basic ok bg die. Ala, takat stage dewan Al-Khindi tu, tak payah la gamaknye nak bg kat die. Maklum la die kan optimistik, kite pula realistik sudah.. Whatever, manakan sama nak bandingkan diri halim ngan die yg digelar jurulatih pasukan bahas Irbid gamaknye. Konsep mendidik dan mentarbiyah anak buahnye itu, dengan galakan, dgn sokongan, dgn pembinaan psikologi cemerlang katenye.. --/ motif takde modal, tiru halim.. nak psikologi cemerlang jugak. Kite pun tak mampu nak menafikan pengorbanan dan sumbangan, air tangan segale kawan halim sorang ni, sampai pasukan bahas pimpinannye berjaye menjadi juare. Halim yg mendoakan dari jauh ni, berpuas hati dan bersyukur je, smbil bertepuk-tepuk tangan skit tanda nak meraikan kejayaan itu jugak. Selalunye bile dah juare ni, nnti die start la buat jamuan sikit. Kot tak dapat buat on the spot, adelah nnti edisi-edisi tertunde. Konsep Astro sgt kan.. takde la konsep live talk show oprah winfrey.. --/ terus tempah tiket flight Sydney, Australia.. cabut lariiiiiiii
Hmmmm.. minggu lepas, hu ha hu ha nye ade pelbagai lagi peristiwe.. Termasuk la yg paling gempar sekali, haruslah kempen menyokong dan mengundi calon pilihanraya persatuan zon dan badan kebajikan. Well, calon2 yg bertanding, halim dapati hebat belaka. Halim sangat2 seronok melihat barisan calon yg halim rasekan ade nilai kepimpinannye. Halim mungkin bukanlah org yg mulie sgt nak bg komentar terhdp calon2 ni. Kang ade la org hine halim nnti. Yerla kan, kite mane la penah pegang ape2 jawatan. Nnti dituduhnye, tak penah tahu pasal pentadbiran tapi duk sebuk mengomen org. Secare umumnye la, ramai calon yg naik pd tahun ini halim dapati masih perlu byk belajar hal-ehwal pentadbiran persatuan atau badan kebajikan. Kite ni bukan la nak masuk campur urusan pentadbiran kan.. tp klu pemimpin dah terlalu bongkak sgt pun susah. Menaikkan calon menjadi MT mmg bagus, lelagi pilihan kite. Byk kriterie pemilihan perlu dipertimbangkan. Kesemue calon, tidak diNAFIkan mempunyai POTENSI, kebolehan, berkeupayaan memimpin, kematangan ke sgle. Atau mungkin, calon disokong atas kepetahan berbicare, mesre rakyat dan sgle nye. Pada halim, masih ade calon yg masih perlu byk belajar, walaupun hakikatnye ramai betul penyokong die utk kerusi panas Presiden. Ade juge calon yg perlu diberi ruang awal, bukan didiskriminasikan kedudukannye. Dan ade pule calon yg perlu mengubah sikap dan tingkah lakunya agar die akan dihormati sekirenye menjadi anggota badan pentadbir.

Ade seorg calon itu, pd pandangan halim, sekirenye diberi peluang naik pentadbiran sedikit demi sedikit, tidak dinaikkan menduduki tangga teratas secara drastik. Die akan byk belajar, dan apabile mase yg sesuai utk die naik kerusi tertinggi itu tibe, pasti die la pemimpin unggul.. di mata halim sekurang-kurangnye. Ade pulak calon itu, kalau bergandingan dgn beberape calon lain, halim dapat rasekan bahawe mereka adalah kombinasi yg cemerlang. Ape pun, bukan halim yg mampu menentukan keputusan kerana mengundi adalah hak ahli persatuan.

Dalam pada orang sebuk-sebuk berkempen pulak, adelah kawan halim sorang ni pergi membawe diri, pulang ke tanah air. Bg halim, kepulangannye itu tidak perlukan dispekulasikan oleh banyak pihak. Tidak dinafikan kawan halim sorang ni agak bising ye tentang isu pemilihan 2-3 minggu kebelakangan ini. Halim sgt menyanjung la die yg berani mengambil tindakan yg tak penah-penah org lain amik. Tp, tak perlu la kepulangan kawan halim sorang ni ke tanah air dijadikan isu. Bagi anda semue yg tak tahu sbb dan alasan kepulangannye ke Malaysia, u better shut up!! Instead, anda semue sebuk duk bercakap pasal org lain - atas dasar CONCERN kat kawan, kononnye -, baik la amik pi amik wudhu' capai Al-Quran dan bace. Dapat pahale dan bukan dose ok!

Khusus utk kawan halim yg tersebut, halim tak kesah pun. Tak pe je paham sbb anda nak balik Malaysia sgt. Kite ni bukan la jenis yg tak amik peduli kawan2. Mcm la kite tak perasan kat chatbox blog awak tu ape yg berlaku. So, halim paham je. Isu mungkir janji tak mungkir janji tu, pada halim.. tak perlu la nak diperbesarkan. Adepun msg ala2 merajuk ke hape ke tu, adelah gurauan semata-mate. Takkan la nak bagi ayat biadap pulakkan mcm "balik la ko!! tak payah nak minta maaf sgle.. sudah la". Perlu ke mcm tu kan..?!! Harus la tak perlu. Kite dah berkawan lame ok. Perlulah kpd toleransi dan keterbukaan, ruang dan peluang. Itulah yg selalunye takde dalam berkawan. Tp dgn halim tidak!! Jujurnye, halim sentiase cube utk bertoleransi, terbuke dan berlapang dada, bahkan sentiase memberi ruang dan peluang kpd kawan2 halim utk melakukan ape-ape yg mereka rasekan terbaik utk diri mereka. Mungkin cume org je tak paham..

* SERTA UCAPAN RIBUAN TERIME KASIH ATAS HADIAH YG DIBERIKAN *

Terus kite masuk kpd agenda utama kite. Pertambahan usia kate org. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih lagi memberi kesempatan utk Halim melata di atas muka bumi-Nya dan terus mendongak ke atas menyaksikan keluasan langit Ilahi. Satu keagungan dan kekuasaan yg tidak terperi nikmatnya, Maha Sempurna, SubhanAllah. Konsep kawan2 kite pulak, bile bertambah je usie kawan2 yg lain, "woi.. ko dah tue". Tu la konsep yg paling popular sejak zaman dulu lg. Atau antare konsep lain, "woi.. tak ingt nak mati kew?! umur skang dah 2*, ajal dah dekat ok". Ye la, paham je la halim dgn anda semue. Sbb ape timbul konsep2 ini, sbb derang dah takde modal lain dah.

Hakikatnye, bukan hanye dgn pertambahan usie itu, MATI terus mendekati kite. Seolah-olah ingin digambarkan bahawe, apebile tibe sahaje tarikh lahir anda saban tahun, MATI yg dulu nye jauh, terus mendekati. Lepas tarikh lahir tersebut berlalu, maka MATI kembali pada kedudukan asal nye iaitulah jauh drp kite. Itu satu konsep yg salah. MATI tidak pernah jauh drp manusie. Bahkan rapatnye dgn kite ibarat 2 jari yg bersebelahan diganding bersama. Bahkan pernah juga Imam Al-Ghazali menasihatkan manusie dgn nasihat beliau yg mahsyur;

"Perkara yang paling dekat dengan manusia bukanlah kawan-kawan atau keluarga, tetapi adalah MATI. Perkara yang paling jauh daripada manusia pula, bukanlah bulan atau bintang, tetapi adalah MASA LALU. Perkara yang paling besar bagi manusia, bukanlah gunung atau matahari, tetapi adalah NAFSU. Perkara yang paling berat buat manusia bukanlah besi atau gajah, tetapi adalah TANGGUNGJAWAB. Perkara yang paling ringan bagi manusia pula, bukanlah angin atau pelepah burung, tetapi adalah MENINGGALKAN SOLAT dan MELENGAHKANNYA. Dan perkara yang paling tajam pula, bukanlah pisau, walhal adalah LIDAH"

Jgn salahkan konsep penafsiran orang lain. Tetapi lihat bagaimana pula konsep penafsiran kite akan kematian; halim andaikan nyawa halim yang dikurniakan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t umpama pita pengukur (ala pita ukur yg nak ukur badan nak buat baju melayu tu). Pada pita pengukur itu, ada permulaan dan ada hujungnya. Padanya juga ada senggatan metrik. Bagi halim, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, setiap kali bertambahnya usia, setiap itulah bertambahnye juga senggatan pada pita pengukur tersebut. Usah dikire pertambahan usie itu sedari permulaan pita pengukur, tetapi bandingkanlah pula jaraknya dgn penghujung pita tersebut. Bahawa semakin bertambahnya umur, hakikat yg jelas drp analogi halim, semakin singkat atau semakin pendeklah umur kita. Semakin dekatlah, tanpa pernah menjauh kematian itu drp kita. Itulah perkare yg sentiase halim ingt dan sematkan di hati. Perkare pertama yg halim bawekan berkenaan pertambahan usie ini.

>> bagi yg tak kenal pita ukur.. <<

Perkare ke-2, bukanlah dgn partambahan usie itu bermaksud kite semakin tue. Andai hari ini halim sudah tue, halim akan bertongkat, berjalan terbongkok, seluruh tulang luluh, seluruh otot sudah pun mengecut menzahirkan kulit yg berkedut. Mengikut kpd carta perkembangan fizikal dan fisiologi, pada usie 20-an ini lah usie belie remaje. Yg mane kbykn aktiviti dapat dilakukan tanpa kepayahan. Melainkan ditakdirkan Allah s.w.t, anda diuji dgn masalah kesihatan atau kecacatan fizikal. Pada usia 20-30-an inilah, manusie diberikan tenage perkase, kuase kerja dan usahe yg dahsyat. Sampaikan gunung ditawan, lautan dijajah renang, langit diterokai dan pelbagai lagi termasuklah berkeupayaan utk berpeleseran di shopping kompleks 12 jam setiap hari --/ opss.. sentap!!

>> tetap akan tue suatu mase nnti.. tp mati tetap hampir dgn manusie, sama ade mude atau tue <<

Kalau la, orang memperkatekan bahawe pada usie ini, adalah peringkat usie klimaks atau kemuncak, bagitu jugelah yg harus terjadi pada ibadah pengabdian kite kpd Allah s.w.t --/ kan.. tazkirah katenye.. Sbg muhasabah diri halim dan kite semue, rujuk kembali pd nasihat yg diberikan oleh Imam Al-Ghazali yg diperkatekan di atas. Pada waktu belie ramaje inilah, sgle kudrat dan tenage harus dikerah, merangkumi gerakan anggota badan dan akal fikiran. Bagi melakukan aktiviti harian, bagi memenuhi keperluan dan kehendak diri, memberi khidmat bakti kpd masyarakat, bangsa dan negare serta bagi melaksanakan tuntutan dan suruhan Agama Islam. Semue nye dalam rangka ta'abbudiyah kite kpd Allah s.w.t.. Maka, usie mude belie remaje ini haruslah digunekan sebaik mungkin sblm datangnye hari tue. Gunekanlah juge kesempatan hidup ini sblm bertandangnye kematian utk membawe kite kpd rehat yg panjang bagi menemui Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t..

>> gunekan kesempatan yg masih Allah s.w.t kurniekan kpd kite.. IGHTANIM!!! rebutlah!! <<

Mengimbau hari tatkale mane usie aku ini bertambah..

1st of all, nak umumkan who was the 1st wishing me happy birthday.. so that nnti, takde la yg duk claim die la yg paling awal, die la yg no 1 sgle. Adekah die yg tersebut adelah Z, atau T, atau M, atau D atau pule F.. atau mungkin S.. Semue nye tidak, kerane yg pertama mengucapkan selamat hari lahir kpd halim adelah K. Dato' K kah.. Tentulah tidak, coz dato' k tu setie gamaknye dgn Siti Nurhaliza. Dielah kakak kesayangan halim, drp ahli keluarge sendiri senanye ye. Berturutan dgn kakak halim juge adelah K. Itulah bakal kakak ipar halim. Sbb memasing tgh bercuti dan memasing ni mmg kalau duk menggelitis, mesti berdue.. payah betul diorg ni, u dah la same walaupun berbeda kursus pengajian. So, kalau keluar bershopping ke, melepak-lepak ke, wat aktiviti ke, mesti bersame. Kenekan org pun boleh tag team same2.. Geram!

Kemudian disusuli pula dgn ucapan melalui sms dan panggilan telefon oleh beberape org kawan lain, sblm panggilan telefon oleh seorg teman yg sering diingatan. Punce panggilan telefonnye adlh halim sendiri, yg menghantar msg sende gurau dgn nye.. Lalu pagi itu, halim mendapat panggilan telefon. Menjawab panggilan telefon nye, halim berase cukup seronok. Tp, mendgr ayat yg dikatekannye, halim sedikit tersentuh dan tersinggung. Seolah-olah ayat itu memberi satu petande kpd diri halim. Seolah-olah itulah tanda putus sahabat antare kami. Kerane suatu ketike dulu, halim pernah dipasrahkan dgn ayat yg hampir serupe. Ayat tersebut terlalu menusuk kalbu, pergi jauh ke lubuk hati dan merayap ke seluruh jiwe.

"halim, org tak boleh ckp lame2 ni tau.. Mak org tak kasi ckp telefon lame2 ngan halim", katenye melalui telefon --/ maaf, halim terpakse tuliskan ayat ini supeye mereke yg membace lebih mudah faham.. maaf skali lagi
saling tiade bezanye dgn sejarah yg pernah berlaku pade halim suatu ketike dulu, yg mane kawan paling rapat dgn halim ketike itu memutuskan persahabatan antare kami;

"erm.. weyh.. aku tak boleh cakap ngan kau ni.. mak aku tak kasi..", kate kawan halim tu dlm keadaan berbisik-bisik, cube menjadikan perbualan kami ini tidak didgr oleh ibunye. Seraya itu gagang telefon diletakkan dan panggilan diputuskan.

Pade halim, halim tak kisah andai semue ini sudah tersurat menjadi takdir yg harus halim terime. Pengalaman yg lepas mmg byk mengajar halim menjadi manusie yg kenal kpd realiti hidup dan perlu sentiase bersabar. Biar org kate halim lemah pade fizikal tp kuat lagi tegar emosi dan naluri ini menerime sgle ujian dan dugaan yg telah Allah tentukan buat halim. Satu yg halim tahu, halim bukanlah org yg memutuskan persahabatan. Kerane bg halim, spt yg halim telah katekan dlm penulisan sblm ini - April 2008 - di bawah tajuk "dalam berkawan ade kompromi ker?!!", telah halim tegakkan pendirian halim bahawe "setelah perkenalan itu bermula, maka, di situlah kawan.. dan apabile telah berkawan, TIADA AKHIRNYE". Mungkin itu hanye halim, tidak pula bg kawan2 yg lain. Entah la.. biarlah, biar halim teruskan hidup halim ini. Andai teman halim tersebut ingin membuat pengakuan, maka, halim sedie mendgr dan menerimenye. Itu saje.

>> konsepnye.. <<

>> 4ever <<

Beberape rakan lain juge sempat memberikan ucapan, walau hnye melalui kiriman sms. Halim ucapkan ribuan terime kasih. Dan halim ingin kisahkan juge kiriman sms yg mengejutkan halim drp seorg kawan halim. Katenye dlm sms tersebut;

"..sweet 22.. moga sgle dicita tercapai.. lama sgt x borak bersama.. sedar2 setahun j lg bersama alim", terime kasih la sgt2 kat kawan tersebut atas ucapan dan ingtn drpnye.

slps tu halim pun balas msg die, dan die pun balas msg halim.. dlm 3 kali kot berbalas msg ngan kawan halim sorang ni. Anda semue, ye.. dah lame kami tak berborak same. Konsepnye halim la yg mengelak drp bersembang dgnnye. Entah, halim takde sbb yg kukuh pun kenape halim sungguh mengelak drp bercakap dan berbual dgn kawan halim yg sorang ni. Ye anda semue, halim sedar kesilapan halim. Halim tahu kurangnye halim, sukarnye menghargai kawan spt die. Halim sekadar tahu bhwe halim akan rase tidak senang apebile halim berbual dgnnye. Seolah halim rase sudah kurang menghormatinye sbg kawan halim sdg halim nmpk ramai kawan2 halim di luar sane yg terlalu menyanjung tinggi kawan halim sorang ni. Inilah satu kesilapan yg telah halim lakukan krn telah meletakkan perspektif negatif terhadapnye. Ye salah halim. Salah halim krn melakukan perkare yg same manusie lain lakukan terhdp halim, menjatuhkan hukum terhadap kawan halim ini

Tinggal setahun shje lg.. halim tidak tahu selame halim melata di bumi Allah di Jordan ini, adekah baik mahupun tidak. Adekah setiap keputusan dan perlakuan itu betul atau tidak. Menoleh lukisan yg halim lakarkan di kanvas kehidupan halim di sini, amat menyesakkan dade. Adunan warne tidaklah seharmoni yg halim bayangkan pade awalnye. Hasil lukisan itu tidak la sesempurna yg halim mahukan. Andai dijual, diletakkan harge, pasti lukisan inilah yg paling murah, yg tiade hargenye dan tiade pule nilainye. Ape lah yg ade pade sebuah lukisan abstrak - kehidupan - yg buruk lagi hine krn pelukisnye bukan la pelukis yg mahir, yg bijak bermain dgn warne. Sekadar menghabiskan mase yg dikurnie selame ini dgn sie-sie.. Malangnye hidup yg semakin bertambah usie..

>> sebuah lakaran kehidupan <<

Friday, July 10, 2009

! Yang Ku Sanjung !

DAN YANG KU TAK SANJUNG

Sidang hadirin yang dihormati sekalian
Salam pertemuan diucapkan kpd kalian
Aslmua'lykum w.b.t

Anda semua,
Semalam halim berkesempatan berbual melalui ym dgn seorg kawan yg sgt2 halim rindui. Seorg kawan yg halim kurang hargai suatu ketika dulu saat mane kami bersame menuntut di sekolah. Perkenalan halim dgn kawan ini bermula seawal tingkatan 5. Apabile die berpindah drp sekolah lame nye ke sekolah kami. Sbb die berpindah sekolah tidak pula halim ketahui. Perlukah halim ketahui. Andai diketahui perpindahannye ke sekolah kami atas masalah disiplin, maka, akan menjadikan halim berpaling drp berkawan dgnnye.

>> sekolah yg byk mengajar aku erti kehidupan.. kini mencari lagi.. dan terus mencari <<

>> dgn visi suatu ketike dahulu, menjelang tahun 2006, SMKA Maahad Muar akan menjadi antare 5 SMKA terbaik seluruh Malaysia. Kini, sekolah semakin cemerlang <<

Kenape halim kurang menghargai nye sbg kawan suatu ketike dulu?! Itulah persoalannya. Hari ni halim menyesal dgn perkare tersebut pula. Perlukah diperbahaskan isu 'ANDAI' dan 'KALAU' pula pada ketike ini. Pada halim tidak perlu. Ape yg halim tahu, halim sedar kesilapan halim, kerane mungkin halim terlalu memandang rendah sebahagian drp rakan-rakan di sekolah dulu. Halim terlalu sebuk berjuang utk mengatasi beberape rakan yg lain yg merendah-rendahkan kemampuan halim. Tetapi halim tidak mengajak bersame kawan halim seorg ini utk berjaye seperti halim.

Pada pandangan halim, ketike itu, die tidak punye kelebihan ape-ape. Die tidak hebat dlm pelajaran kecuali halim amat hormat pada nye utk matepelajaran Bahase Arab Tinggi. Die tidak hebat dalam sukan, kecuali die pernah mewakili sekolah kami dlm sukan hoki yg ketika itu muncul juare daerah. Die juge tidak kehadapan dalam aspek kepimpinan. Tapi die adelah seorg yg lurus dalam tingkah lakunye. Walau pernah suatu ketike ditangkap warden atas kesalahan keluar asrama tanpa kebenaran. Halim tetap bersedih atas tindakan luar kawalnye itu. Tertanye kenape sanggup die melanggar peraturan asrama. Halim akui juge, die seorg yg baik hati, walau kadang kale lagaknye agak menggeramkan. Dan halim juga suke melihatnye, kerane die adelah seorg yg kelakar, sering menyakat halim dan bergurau. Termasuklah die seorg yg kemas drp segi berpakaian, skema la kate org.

Cerite antare kami tidak banyak. Selepas tamat sekolah, kami membawe haluan masing-masing. Terakhir halim berhubung dgn nye melalui sms dan panggilan telefon ketike halim berade di INTEC utk kursus persediaan. Terakhir berhubung melalui email pule, seawal halim memasuki tahun 2 di Jordan. Termasuk waktu itulah yg terakhir halim berhubung dgn nye melalui testimonial dan komenan di ruang sosial Friendster. Ye, halim rupenye telah melupekannye sekian lame ini. Halim tidak menghubungi lebih kurang 2 hingge 3 tahun ini, tidak pule mengetahui perkembangannye. Sayang seribu kali sayang, halim ketinggalan terlalu jauh akan perihal dan berite kawan2 halim di Malaysia. Tidak bertanye khabar, melupekan die seolah-olah kami tidak pernah berkawan. Inilah fakta yg membuktikan pengakuan halim sblm ini, bahawe halim gagal menjadi seorang kawan yg baik.

>> masih kekal lagi name grup ini sbg UNESCO.. pernah dibangkitkan dlm perbualan aku bersame seorg teman yg lain <<

>> asrama dan kehidupan.. terkenangkan pelbagai peristiwe suatu ketike dulu di asrama SMKA Maahad Muar.. suke dan duke, susah dan senang, hine dan mulie <<

Ape pun, perbualan semalam, membangkitkan nostalgia lame cerite hidup, cerite persahabatan antare kami. Laksane memberi sinar utk menyambung semule novel persahabatan yg tergendale sebelum ini, walau kami tidak pernah berjanji utk berkawan dunia akhirat --/ tak mcm cerite persahabatan 'UNESCO' (grup kami di sekolah dulu) yg kononnye berikat janji, kawan dunie akhirat, akhirnye mereka menyingkirkan halim drp kelompok mereka.. halim tetap redha. Siape sangke, die yg memulekan bicare. Walau dgn semudah lafaz 'hello'. Pahale tetap ade utk die atas sapaan tersebut. Seraye itu menyentak sanubari dan penglihatan. Lantas jari ini membalas sapaan tersebut. Terus perbualan antare kami menjadi panjang lebar.

Yang menarik dalam perbualan kami, halim diberitahu bahawe die sedang bekerja ketike ini. Walaupun bukanlah sepenuhnye sbg pegawai farmasi. Tetapi dlm pengakuannye, memberitahu halim yg die bekerje sbg pembantu pegawai farmasi di Hospital Pantai Batu Pahat, Johor sudah cukup menggembirekan halim. Mesti anda tertanye, kenape pambantu pegawai farmasi?! Kerane die hanye lulusan diploma, dalam bidang Farmasi. Kat Malaysia demikian ye pembace sekalian, mane-mane lulusan peringkat diploma, pangkat tertinggi boleh dipegang adelah pembantu pegawai. Spt kakak halim yg ditawarkan bekerja di sebuah firma guaman, dan kakak halim setakat ini hanye lulusan peringkat diploma, ditawarkan kerja sbg pembantu pegawai undang-undang.

>> tugas sbg pembantu pegawai farmasi <<

>> aiyo mcm mane la boleh tahan bergelumang dgn ubat-ubatan.. dah la kene hapal name semue ubat.. kalau aku la.. mati sbb tak hapal name ubat je.. patient pun mati gak.. haha..<<

Utk pengetahuan anda, sewaktu di INTEC dulu, halim hanye mengetahui bahawe die menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi peringkat diploma di UiTM cawangan Penang. Kalau tidak silap halim, ini kerane beliau tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi. Lalu, beliau memilih melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang yg halim sebutkan td, itulah Farmasi. Seawal berite ini, halim menyangkekan bahawe bidang yg die pilih tidak sesuai dgn karakter dan personaliti die yg halim tahu. Rupenye sangkaan halim silap. Siape tahu rezeki Allah ingin kurniakan kpdnye kan.. Kini die sedang bertugas dan bekerje dalam bidang yg tidak byk bezenye dgn bidang yg halim ceburi. Khidmat kesihatan. Halim lahirkan kekaguman halim terhdpnye atas kejayaan yg die kecapi. Tiade ape yg halim dpt katekan melainkan halim cukup hormat dgn insan sepertinye. Syabas dan Tahniah!

Di sini, halim juge ingin sebutkan, kehebatan kawan halim seorg ini. Kesungguhan dan ketekunan nye dlm menuntut ilmu masih belum luntur. Semalam die memberitahu halim, bahawe die dapat peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda. Bagaimane perasaan anda sekirenye sahabat anda memberitahu berite ini kpd anda. Halim sbg kawan die, sekirenye berite ini diberitahu olehnye sendiri di hadapan halim, die berdiri dan melafazkannye.. nescaye perkare pertame halim akan lakukan adelah memeluk dan mendakap die sbg tande halim sgt2 kagum dan hormat dan menyanjung tinggi usahenye itu. Die mengkhabarkan halim juge bahawe die telah pun menerime tawaran melanjutkan pelajaran tersebut. Ape yg halim mampu lakukan ketike itu hanyelah mengalirkan air mate kegembiraan tande keterujaan halim terhadapnye. Semester depan, die akan memulekan pengajian nye di peringkat Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Halim tidak kesah dgn bidang pengajian yg diperolehi nye, walaupun tidak cocok dgn pengajiannye di peringkat diploma, itulah Kursus Sains Kimia Analisis Forensik, namun, halim tetap bangge berkawan dan mempunyai kawan spt die, serta bangge dgn keputusan die menerime tawaran dan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat yg lebih tinggi.

>> dan UiTM tetap pilihan.. <<

Sidang pembace budiman,
Hari ini halim ingin menyatekan kpd anda, anda di luar sana adelah kawan2 halim. Halim ingin nyatekan, tiadalah halim hormat dan menyanjung tinggi anda melainkan kerane perkare ini. Halim tidak mampu meletakkan setinggi mane sanjungan, sebesar mane sanjungan tersebut. Kerane bg halim, anda adelah seorang yg sgt hebat sekirenye anda mengambil keputusan utk terus maju dlm pelajaran, pengajian, dalam kerjaye, kemahiran, kepakaran, perkhidmatan dan potensi diri. Andai 7 petala langit ini dijadikan ukuran, sanjungan halim terhadap anda lebih tinggi drp itu. Andai 7 petala bumi ini juga dijadikan ukuran, penghormatan halim berikan kpd anda lebih dalam drp 7 lapisan itu. Dan andai juga halim mampu utk membine istane, nescaye akan halim dudukkan anda bersemayan di singgahsane. Kerane bagi halim, anda terlalu mulia. Di sisi halim, adelah ape-ape yg telah halim nyatekan. Dan kemuliaan anda di sisi Allah, adelah sesuatu yg tidak memerlukan pertikaian.

>> akan ku bine istane, dan ku dudukkannye bersemayan di singgahsane.. KAU NAK?!!! <<

ANDALAH YANG KU SANJUNG

Bagaimane pula dgn anda yg TIDAK KU SANJUNG

Sidang pembace yg halim hormati sekalian.
Sesungguhnye halim juge kecewe dgn sikap manusia yg terlalu sombong dan bongkak dgn dengan pengajian dan ilmunye. Mereka ini tidak halim sanjung. Bahkan mengetahui sikap mereka dgn pengajian dan ilmu mereka, menyebabkan halim menyampah dan benci. Kenape perlu ade sikap sedemikian terhadap ilmu pengetahuan. Bukankah mutiare kate pernah menyebutkan;

"Jadilah anda seperti resminye padi. Semakin berisi tunduk ke bumi. Semakin berilmu merendah diri. Itulah sikap yg terpuji"

>> resmi padi, tunduk bile berisi.. resmi perantau?! tak perlu menguak di kandang kerbau <<

Tetapi halim nampak je, sebahagian kite, dan mungkin halim sendiri termasuk dalam golongan ini. Terlalu bermegah dgn pengajian. Kenape begitu?! Kerane mungkin pengajian kite dilabelkan sbg pengajian dan kerjaya kritikal oleh kerajaan Malaysia. Sebut sahaje perubatan. Masyarakat di luar sane, akan harus terus mendongak melangut melihat anda. Anda pula, bagaimane, hanye menjeling kpd masyarakat.. Begitu bukan?! Sebut kan lagi, pergigian.. di minda masyarakat anda adalah antare golongan manusia dalam kasta kelas pertame. Sbahagian kite bermegah kerane ape?! Kerane kite adalah pelajar tajaan. Tidak kire Jabatan Perkhidmatan, atau Majlis Amanah, atau Majlis Agama, atau Bank Negara, kite adelah pelajar yg ditaje utk menyambung pelajaran. Kite berbangge, kite bongkak. Serta sebahagian kite pula sebuk mencanang legasi keluarge yg dibine dlm bidang pekerjaan yg same. Apetah lagi, setiap dlm keluarge yg memilih kerjaye tersebut mendapat tajaan melanjutkan pelajaran drp pihak yg same. Lagaknye seperti mereka telah berjaye membine empayar kekuasaan.

Begitu juge dgn bidang keagamaan. Sebahagian terlalu dambakan gelaran ustaz utk mereka. Pantang disebut isu agame, dimulakan dgn ayat ringkas berbentuk persoalan. Tetapi lantaran rase hebatnye mereka, mereka berhujah panjang, dilengkapi hujah itu dgn dalil-dalil dan nas-nas drp Al-Quran dan Sunnah Rasul Junjungan. Nilai tingginye ilmu mereka itu, betul.. hebat. Tak perlu dipertikaikan. Tetapi kenape perlu bermegah dgn ilmu dan pengajian mereka. Bile masuk dalam perbincangan manusie lain, mendapati perbincangan tersebut berbentuk keduniaan. Ayat utame yg keluar drp mulut mereka; "alah.. ni dunie je semue". Sedangkan dunie ini adelah bendang akhirat. Seolah-olah mahu manusie nmpak bahawe ustaz ini hebat dlm urusan2 akhirat. Rupenye yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran. Persoalannye, perlukah mereka dihormati dan disanjung kerane sikap dan tingkah laku mereka, sedang mereka lupe sepatutnye situasi mereka adelah spt mane yg difirmankan Allah di dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya mereka yang paling takut dan bimbang (melanggar perintah-perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaku, hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
(Surah Faatir: Ayat 28)


Itu satu. Perkare seterusnye yg halim kecewekan kerane kedapatan antare kawan-kawan halim yg hilang semangat dalam meneruskan pelajaran. Hakikatnye mereka sudah pun menerime peluang, tetapi di pertengahan jalan, mereka mengambil langkah mengundur diri. Orang kate menuntut ilmu itu jihad, sedang yg mati dalam usahe menuntut ilmu itu syahid. Tetapi bagaimane pula halnye dgn mereka?! Layakkah mendapat syahid itu?! Tidak melampau halim katekan, susah utk halim menyanjung insan-insan sebegini. Nampak aral dan ranjau merintang jalan. Mengangkat kaki dan berundur diri. Kpd seorg kawan yg berhadapan dgn situasi ini, mgkin kau anggap percakapan aku sblm ini sbg main-main. Tetapi, harus la bersungguh sebenarnye, serius ni. Ayat "Jgn mengade la nak berenti belajar.. kau jgn tak habis belajar pulak" adelah ikhlas nak kau teruskan pengajian dan jauh di sudut hati, aku percaye kau mampu teruskan hingga berjaye. Bukan dgn kehilangan, kau hilang sglenye. Lihat sekeliling kau masih ade manusia yg sanggup memberikan sokongan dan dorongan utk kau teruskan pengajian. Kerane aku tidak mahu menjatuhkan hukum hine terhadap kau. Itu seorg teman. Halim tahu masih ramai lagi yg begini.

Hal yg same halim rasekan bagi mereka yg tak pun mengambil inisiatif menyambung pelajaran setelah tamat alam persekolahan. Kerane dgn sikap mereka ini, itulah masalah sosial berleluase. Merempit ke sane ke mari. Mendatangkan pelbagai masalah kpd masyarakat dan negare. Mcm mane sekali pun, cube lah menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Tidak kirela anda mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, atau anda mengambil pengajian peringkat Sijil di mana-mana institusi pengajian. Dan anda teruskan lg usahe utk menyambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana seterusnye doktor falsafah. Anda seharusnye mendapat penghormatan dan sanjungan yg tinggi, kerane anda hebat, gigih dan sabar merentas perjalanan menuntut ilmu.

>> teruskan lah pengajian slps SPM, walau bermula dgn STPM <<

>> ke peringkat yg lebih tinggi <<

>> sampai dah takde peringkat lagi kau nak panjat! <<

Fokus halim adelah drp sudut ilmu dan pengetahuan. Hal yg same sbenarnye pendirian yang halim bawe bagi perkare-perkare lain seperti drp sudut kemahiran dan kepakaran. Contoh nye seperti kawan2 yg berade dalam bidang pendidikan. Mencurahkan pula ilmu pengetahuan kpd anak-anak bangse. Siape sangke, satu hari nnti.. berkat usahe keras, gigih dan tekun, anda berupaye menjadi seorang Guru Pakar atau Guru Kanan Matapelajaran atau ketua-ketua jabatan atau pegawai di Jabatan Pendidikan atau juga di Kementerian. Anda akan halim sanjung spt mereka yg halim nyatekan. Maka, fikir-fikirkan lah dan amati-amatikan lah perbincangan yg halim bawe kali ini.

Adelah menjadi kekecewaan halim juge, persoalan kenape tidak sedari dulu lagi mereka sedar keupayaan dan potensi mereka seperti kini. Anda tahu, ramai antare kawan2 halim kini sedar bahawe tindakan mereka dulu memberi implikasi pada hari kemudian. Sesungguhnye menyesal kemudian tidak bergune. Hakikatnye, mereka boleh lebih cemerlang spt hari ini dulu sekirenye mereka tersentak awal drp lena. Namun, ramai yg hanyut di alam fantasi dunie remaje alam persekolahan mereka. Sayang, dan halim sendiri turut berase kecewe kerane gagal menjadi kawan mereka yg baik suatu ketike dulu. Hanye kini, terase mahu menghargai mereka setelah tidak lagi bersame dlm satu medan perjuangan. Halim berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar dipertemukan dgn mereka utk halim nyatekan penghargaan halim buat mereka. Dan ape yg lebih menyedihkan dan juga terase di hati ini kini, sebahagian kawan-kawan yg bersama-sama dalam medan perjuangan pula, halim semakin tidak mengerti. Sejujurnye, wujud di hati rase tidak mahu menghargai mereka.. Kenape?! Salah halim kah, atau mereka kah?! Halim mencari jawapan dan halim memerlukan jawapan juga...

Wednesday, July 8, 2009

)) KINI SUDAH MENJALAR SEGENAP ((

HARUSKAH AKU KIRIM SURAT PERMOHONAN!!

Sblm aku menulis bicara hari ini, aku tetibe la pulak suke kat satu lagu tu.. Lagu lama pun, tp aku tetap nak kongsikan di sini. Terimelah drp saye utk anda semue..

KETULUSAN HATI, Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Demi rahmat-Mu ya Allah.. aku memohon petunjuk utk dan drp penulisan ini..

Baik, ape sebenarnya yg aku nak bicarekan hari ini. Ade beberape perkare yg ingin diluahkan pada pertemuan kali ini. Tengok la bape byk yg mampu aku tulis nnti kan.. sbb aku ni kalau dah bercerita, start menulis, habis la. Mane penah pendek entri aku buat. Kalau tak lebih 3 perenggan tu mmg tak puas lagi la tu. Pantang ye jari-jemari ni. Bile bertemu je papan kekunci laptop, pasti akan menari-nari ligat di atasnya sehingga sukar utk berhenti. --/ aceceh aku.. tak nak kalah namenye.. dah tu yg sblm ni buat post-post batal ape hal kan.. Nak dikatekan bakat terpendam. Tak mungkin, sbb aku ni bukan sasterawan yg mampu nak menghasilkan novel dan cerpen yg hebat, shingga penyunting pun gamam dgn penulisannye. Siap dihebohkan lagi serate dunia hebatnye penulisan die dan di mana boleh mendapatkan novelnya di pasaran. Haruslah aku tidak sehebat org itu. Tettaapi!!!!!!! sbg mane yg aku katekan, aku akan tetap menulis, biarpun musim panas ini, selalunye kering kontang dah dgn penulisan, entri dan post sgle. Namun, musim panas kali ini berlainan la pulak. Ibarat air hujan pulak yg mencurah-curah sbg rahmat drp langit dgn izin Allah s.w.t yg membasahi bumi. Begitulah hubungan bumi dgn langit..

>> aku bukan drp kalangan mereka. Mereka hebat! <<

Amik nafas jap. Tarik dalam-dalam. Hembus kan.. --/ mati la bau kentot org.. hahaha.. laarriiiii

Semalam, satu peristiwa besar berlaku dlm hidup aku. Selama mane hari demi hari yg dilalui ini, sekian lama aku diamkan, semenjak awal permulaannya. Semalam menoktahkan sgle nye. Ibarat sebuah cerpen yg dikarang dgn baik. Ayat-ayat dan plot cerite disusun dgn cantik. Latar masa, tempat dan peristiwa diceritakan dgn penuh teliti dan kesopanan. Cerita dibina dgn permulaan yg berkesan, kemuncak / klimaks yg menggemparkan dan penutup yg mantap. TETAP tanda '.' ini menjadi kesudahannya. Begitulah ibaratnya situasi yg berlaku kpd ku semalam.

Sekembali drp kelas, dgn penuh kepenatan. Pakaian ke klinik disalin dgn pakaian basahan di rumah. Lantas, diri direbahkan ke katil dan berlalu bersama mimpi-mimpi di siang hari. Tetapi, bgun sahaja drp lena. Tgn menggapai tetikus laptop --/ boleh kan aku gune istilah Bahasa Melayu bab2 komputer ni.. Kursor dihalakan ke penanda buku (bookmark), dihalakan pula ke folder bloggerzz... 26 senarai blog dlm pengetahuan --/ tu pun kau nak mention la.. tau dah, ade yg lagi byk drp aku.. SURRENDER, tak nak lawan!!! Tetap, blog sendiri yg menjadi pilihan.. Perkare pertama aku lakukan bile aku buka blog aku ade lah ape?!! Siape boleh teka.. haruslah aku tgk visitors counter tu dulu.. mulai sekarang kene bersedia utk menerima visitor ke 4444.. so bagi sesiape yg menjadi pengunjung bertuah itu, sile la amik gambar no tersebut dan serahkan kpd aku. HAHAHAHAHAHA.. Poyo kan aku.

Perkare seterusnya yg perlu dilakukan adalah meneliti sekirenya terdapat komen pada post atau komenan di chatbox "Saling berborak" aku itu. TADA!!!!!! Ade org datang merepot, atau dlm bahase kami di sekolah; me'retort'.. sehingge mereka yg duk asyik mengadu ini dipanggil kaki retort --/ asbestos sungguh kan gelaran tersebut!! asbestos pula adalah bahase sopan yg membawe maksud CILAKAK = CELAKA. Hebat tak kitorg mencipta perkataan. TERUS MEMPERJUANGKAN BAHASA! Oh ya, kate org itu di chatbox tersebut, blog aku telah dilinkkan di blog terbaru blogger Irbid. Mamai kepale hotak. Terus menjerit ala2 filem KL Menjerit. Tp kali ni, adalah filem Irbid Menjerit. TTIIIIIIIIIIIIIIDDDAAAAAKKK.. tidak dilupekan, haruslah mengucapkan ribuan terime kasih kpd yg MERETORT itu. Kene bagi hadiah sagu hati kew?!! --/ opsss.. opsss.. jgn sebut.. kang ade org demand

>> kaki retort sungguh.. tungku kaki tiga betul kan.. cari la maksudnye <<

Ape pun, urusan dgn blogger tersebut dah pun selesai. Tak perlu la nak diperbesarkan kan.. AC.. Tak gitu. Kite ni kene la berbuat baik sesame kite. Chewah aku. Boleh perasan?!! Cukup la aku nyatekan isunye, aku terangkan prinsip dan kehendak aku. Dan aku yakin, org tersebut paham dan mengambil tindakan sewajarnya. Bravo utk die drp aku. --/ suke la tu kan..

Daripada cerite pepanjang kat atas tu, paham ke tak?!! Maksud aku, blog aku ni tak pernah pun aku publish secare terang-terangan selama ini. Tibe2 je semalam, blog ini dilinkkan di blog blogger tersebut dgn penuh keTATASUSILAan. Hebatkan blogger tu. So, secare gempaknye pulak, blog aku ini dah tak berape nak privasi. Boleh tu pulak, aku pergi program semalam.. ade org ni duk tanye. Org tu pulak duk menganjeng beberape kalimah pernah aku gunekan. Org lain pula, duk perli-perli aku. Makhluk asing pula duk kononnye NAK SENTAP aku la?! Hah?!! kau ingat aku ni makan sentap org la. Aku ni landasan terhempas geseran tau --/ dah kan.. aku gune balik kalimah-kalimah kat sek dulu.. kitorg mmg suke gune istilah2 makmal ni.. Dah puas dah org hina aku, org jatuhkan hukuman kat aku. Cukuplah aku masih lagi sabar.

>> thanks kpd mereka yg menjadi pelangut setia.. Setia ku di sini kan.. Ziana Zain sgt <<

Aku tak kisah la pasal blogger tu kan. Antare aku ngan die dah selesai urusan. Aku tau dan aku terus berbincang dgn die. Selesai CERPEN kisah aku n die. HAL ANA QESSOH?! LA, ANA LA QESSOH.. boleh?!! Paham tak.. Ade aku kesah ke?! tu maksud die --/ ni budak2 bertuah semalam la ni mengajar ayat-ayat pelik ni.. Yg aku kesahkan la.. Aku rase aku pernah je buat kenyataan sblm ini, bahawe sesungguhnya, aku tidak mahu blog aku ni dilinkkan.. Aku tak publish pun blog aku, aku tak mahu org lain publishkan. Aku tegas ni. Permohonan ini dilakukan scare bertulis ini.. Kat blog aku ni.. Kepada pelangut-pelangut kat blog aku ni, adelah sesungguhnye aku tak kesah korang melangut, menjadi pengunjung, pembace blog aku. Tetapi aku memohon dgn sbnr2 permohonan agar blog ini TIDAK DILINKKAN di mana-mana blog, website atau apa-apa jua medium sebaran am. Aku tak mahu, aku tak nak!! Jadi lah pembace, jadi lah pengomen, jadi lah penjatuh hukuman terhadap aku. Aku tak pernah salahkan korang. Tp tak perlu la aku nye blog ini dilinkkan.. TOLONG!!

>> kalau korang tak leh terime.. aku buat surat permohonan nak.. hitam putih lagi <<

Selagi mane aku rase, aku masih belum bersedia utk ke hadapan dalam arena berblogging ini, selagi mane aku tidak bersedia utk canangkan blog ini kpd umum. Maka, aku harap org lain turut memahami aku. Penuh KETULUSAN HATI ini aku cakap. Tolong la sesiape yg telah berbuat demikian, lepaskan la link yg anda buat terhadap blog aku ni.

>> setulus hati ni aku minta.. nk merintih mcm mane lagi?! <<

Penyelesaiannya, aku telah memikirkan beberape perkare yg mungkin aku akan laksanekan sekirenye hal ini berterusan.

1. aku tukar domain blog ini.. termasuk akaun blogspot aku.. so, sesiape yg nak membace, cari la balik blog ni.. peduli hape aku kan.. boleh ke camtu?!! ke tak strong tindakan aku ni?!!

atau

2. aku tukar setting, allow only certain manusia yg aku pilih utk menjadi TETAMU blog aku..

atau

3. aku tutup je la blog ni.. dan cari alternatif lain nak meluah perasaan dlm bentuk penulisan mcm ni.. sbb aku tak leh berhenti menulis gamaknye ni.. tp wordpress bukan alternatif pilihan aku.. haha.. --/ tapi sayang uuu.. dah 3 tahun blog ni bergerak.. bukan beginner mcm sesetengah org tu kan.. tuptup dah ade follower.. menyampah la plak aku

>> sebelum tindakan drastik diambil <<

>> akan ku tutup pintu rumah ku ini drp dimasuki oleh mereka yg melangut <<

>> selamat.. bye bye utk anda sekalian <<

ISU AKU ISU KECIL

Ermm.. ade org cakap kat aku

"Pehal yg kau rase bagus sgt tulis sgle mcm bende kat blog kau. Isu kecik je pun. Bukan cerite pasal ummat pun. Bukan boleh bine negare pun. Yg kau rase hebat sgt tulis mcm tu pehal?! Kau cari gaduh ngan org ade la. Pehal kau nak sentap org plak?! Blah la wei kalau bg alasan nak meluah perasaan.."

1st of all, aku nak bgtau kat yg mempertikaikan tersebut la ye. Aku ni, baik orgnye. Org tak cakap, tp aku tau. Dah korang juga kan yg suruh aku SEDAR DIRI. Aku sedar diri la ni. Aku masih bersabar la ni. Masih kawal diri lagi. Masih lagi berada pada stage pemikiran yg waras, sbb aku belum lagi masuk level loss of conciousness (LOC). Level LOC aku ni, bukan atas disbbkan oleh epilepsy ke, anaphylactic shock ke.. hypertension ke.. Tang aku punye LOC ni, die len sikit. So, tak payah la menguji kesabaran aku. Kalau kau konsep cakap jujur, aku pun konsep cakap paling jujur antare korang.. Baik kan care aku memberi balasan dan tindak balas. Tak payah la puji aku ni. Nak buat ape la melakukan kezaliman dgn membalas pulak dgn kejahatan kan. Pujangga melayu pernah menyebut

~ Membalas kebaikan dgn kejahatan adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan. Membalas kejahatan dgn kejahatan adalah perbuatan hina dan kezaliman. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah perkara biasa. Membalas kejahatan dgn kebaikan adalah toleransi dan berpekerti mulia ~

>> sedar diri dan kembali ke pangkal jalan.. dalam mencari redha-Mu <<

2nd notation.. kalau kau tak anggap ape yg aku tulis ini adalah luahan perasaan aku, aku paham je. Sbb manusia mmg ade pelbagai persepsi. Aku sedari awal lagi mengatekan, penulisan aku adalah luahan perasaan aku. Dan terpulang kpd pembace nak menginterpretasikan ia sebagai mane rupe, menerima atau menolaknye juga adelah terpulang kpd pembace. Aku memberi nilai aku terhadap penulisan aku. Kau pun ade penilaian kau tentang penulisan aku. Kau yg duk sebuk membace, dah la tak malu membace.. Tak bagi salam masuk umah org. Aku ulang sekali lagi, tak payah la duk bg alasan.. dah terjumpe blog aku ni, kau bace je la pula. Pendirian aku, kalau dah kau tak suke bace penulisan aku, aku dgn baik kate, kau tak payah la bace.. berundur diri. Dgn penegasan aku, tak payah la nak bagi lecture pulak kat aku. Dah jelak la.. dah muak, paham?! Cukup la sgle lectures aku kat u, khutbah jumaat lagi, ceramah lagi, tazkirah sgle, Al-Kuliyyah, bicare siswa, forum perdana dan sgle mcm bentuk wahana dakwah yg aku dengar dan tonton utk aku sendiri bermuhasabah diri. Kau tu khutbah jumaat pun tido, dtg masjid lmbt, ala2 org nak iqamat baru nak terhegeh-hegeh dtg. Ade hati nak jadi direct sounder --/ aiyo.. matila.. ade ke kalimah ni?! lantak la.. aku gune je

>> aku bukan ekstremis, lelagi pasal isu kepartian.. change!!! berubah!!! <<

3rd point. Aku nak mengaku, sesungguhnya aku bertanggungjawab terhadap penulisan aku secara total. Ape-ape sahaje yg terdapat dlm blog ini, pada dasar nya adalah kehendak aku menulis mengikut kehendak dan keperluan semasa. Aku yg menulis, maka, aku bertanggungjawab. Aku merepek ke, aku menyentap ke, aku menghebahkan ke.. tanggungjawab aku. Dan atas sbb tanggungjawab aku, maka, penulisan aku hakikatnya bukanlah didasari sepenuhnye oleh emosi, perasaan dan akal fikiran. Sbhgian isu yg ditulis didasari oleh kajian dan penyelidikan. Dan fokus aku, tidak mahu memperkatekan isu-isu besar spt yg dibawa oleh sesetgh blogger yg lain. Fokus aku adalah isu-isu yg melingkari kehidupan. Yg mana, bagi mereka yg bijak pandai, akan nmpk bahawe isu tersebut sbnarnye boleh membawe kpd isu yg lebih besar. Relasi antare isu yg aku bawe dgn isu-isu "besar" adalah secara tidak langsung bg mereka yg mempunyai akal fikiran utk menilainya.

Aku amik satu contoh; isu sekarang, kedptan kelompok masyarakat yg ikhlas ingin memperjuangkan isu Palestin. Wacana pemikiran mereka, pada aku hebat. Tiupan smgt dan ruh jihad mereka bersungguh. Aku mengandaikan mereka inilah syabab yg diperlukan oleh agama Islam demi memartabatkan kesucian Agama Islam di atas muka bumi. Dan bagaimane pulak hal nye sekirenye aku mengaitkan isu ini dgn isu yg pernah aku tulis suatu ketika dahulu, membincangkan berkenaan isu PEMBINAAN PSIKOLOGI CEMERLANG.. Hari ini ummat Islam bagaimane, diserang drp segale bentuk.. fizikal, mental, spiritual dan material. Lantaran serangan segenap segi ini, ummat Islam lemah, ummat Islam ditindas dan dimomokkan dgn pelbagai ideologi yg akhirnye menjadikan ummat Islam itu takut dgn diri mereka sendiri. Namun, hebatnya ummat Islam spatutnye daripada sudut psikologi yg cemerlang. Hadis Nabi s.a.w dan Kalam Allah telah memberi pelbagai rangsangan buat golongan Muslimin lagi Mu'minin ke arah pembentukan psikologi cemerlang ini, tetapi ummat Islam sendiri gagal membinanye. Ke mane perginya psikologi ummat Islam kini, spt hadis Nabi s.a.w, yg diriwayatkan drp Thauban dgn mafhumnya;

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. Sahabat bertanya; "adakah pada ketika itu ummat Islam lemah dan sedikit sedang musuh sangat kuat?". Sabda Nabi s.a.w lagi; “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya tentang perihal ummat seperti buih di lautan. Jawab Nabi s.a.w; “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. Itulah cintakan dunia dan takutkan kematian"

Begitu juga dgn isu yg pernah berbangkit dlm blog aku, terhadap nilai dan sikap membeze-beze?! Ke mane perginye ruh Islam, dalam ketike mane kite sebuk melaung-laungkan isu UKHUWAH, tp kite juga sebuk membeze-bezekan antare satu same lain. Aku mengaku, aku tidak mampu membawe isu kenegaraan dgn baik. Tetapi, bg yg membuke mate, membace dgn mate hati mampu melihat relasi antare isu "HARI INI KITA MENCIPTA SEJARAH" dgn kemajuan dan peradaban negare. Dan yg paling penting, aku tidak mahu menjadi seperti sbhgian manusia, yg ekstrem membidas itu ini dgn mempertahankan pendirian berbentuk kepartian. Itu bukan prinsip aku!

>> menggoncang dunia.. mencipta sejarah.. lirik lagu sgt.. <<

Mudahnye, ingin membincangkan isu-isu besar spt keagamaan, politik dan kepartian, kenegaraan dan sbg nye, bukan lah minat aku. It's jas not my taste. Aku sesungguhnye tidak mahu bertanggungjawab sekirenye berlaku kesalahan dan pembohongan dalam penulisan aku berkaitan isu-isu besar ini. Kerane ingin menulis artikel berkaitan isu-isu sebegini memerlukan kajian yg sgt2 mendalam dan teliti dgn fakta-fakta yg betul, agar penulisan berkaitannya tidak terlalu didasari oleh emosi dan nilai ekstremisme. Sesungguhnye aku khuatir jika aku telah merintis jalan pembohongan terhadap fakta andainya aku menulis isu-isu besar spt yg mereka pertikaikan. Saham pembohongan itu, pemegang share terbesar nye akan menjadi aku dan aku TAK NAK perkare itu terjadi pada diri aku. So, bagi mereka yg suke sgt menulis artikel berkaitan isu-isu ini, berhati-hatilah dgn penulisan anda. Aku telah menyatekan pendirian aku dan aku yakin, anda pasti kekal dgn pendirian anda.

nota:

1. selalunye lepas 5 Julai takkan ade cerite kat blog ini sehingge raye berkunjung tibe.. booom!! pecah tradisi

2. puas hati dgn pengumuman isu PPSMI?!! aku terime seadanye.. (n_n)smile..