Halim suggest yg nak bace cerite2 kali ni, bace setiap 2 hari 1 cerite. Sbb nnti halim nak bercuti rehat. Susah pulak nak menghapdet cerite-cerite terbaru lagikan terkini. Kalau anda membace 2 hari satu cerite, dlm pade habis cerite terakhir tu nnti, InsyaAllah halim dah kembali semule ke arena penulisan penuh DRAMA ini.
Kenape penuh drama, anda tnye halim?!! Kerane kehidupan ini hanyelah lakonan di pentas dunia. Yang suatu masa nnti, selepas SENTAPAN IZRAIL akan membawe kite dalam rehat yg panjang, maka, drama lakonan kite di pentas dunia ini --/ mampu pentas Istana Budaye nak kalahkan luas dan gemilangnye pentas dunia ini?!! akan dipertontonkan semula. Dan ketika itu, kakulah bibir dan lidah sbg anggota mulut drp berkate-kate sedangkan anggota tubuh badan yg lain menjadi saksi perbicaraan kita di hadapan Tuhan, Yg Maha Menguasai Hari Pembalasan, Allah s.w.t, sepertimane firman-Nya;
"Yang kamu saksikan sekarang adalah Neraka Jahannam, yg sering kamu diancam memasukinya. RASAlah kamu bakaran api neraka disebabkan oleh perbuatan kufurmu. Sedang hari ini, Kami (Allah) menutup mulut-mulut kamu drp berbicara dan berkata-katalah tangan-tangan kamu serta bersaksilah kaki-kaki kamu memberitahu dosa masing-masing tentang apa-apa yg telah mereka lakukan"
(Surah Yaasiin: Ayat 63-65)
(Surah Yaasiin: Ayat 63-65)
**sambil tunduk menitiskan air mata, menyesali kesilapan dan kesalahan serta tipu daya DRAMA dunia**
CERITA 1
PETIKAN AKHBAR, biarpun PICISAN NAMUN, AKU MENGAMBIL BERAT AKANNYA
--/ sah2 la ade yg mencebik bibir tu kan..
***
Johor kurang doktor, jururawat gigi - petikan drp Utusan Malaysia, Jumaat 12 Jun 09
JOHOR BAHRU 11 Jun - Johor yang mempunyai 3.24 juta penduduk mengalami masalah kekurangan doktor dan jururawat pergigian, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai.
Beliau berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, seorang doktor gigi terpaksa berkhidmat kepada 10,590 orang dan jumlah tersebut termasuk yang berkhidmat dengan pihak swasta.
"Selain itu, Johor turut mengalami masalah kekurangan jururawat pergigian iaitu seorang pekerja perlu merawat 5,751 orang," katanya selepas merasmikan Persidangan Pergigian Johor 2009 dan Profil Kesihatan Pergigian 2006 - 2010 di Auditorium Hospital Sultan Ismail, di sini semalam.
Pada majlis itu, Robia turut melancarkan buku bertajuk Assorted Abstracts-Yesterday and Today dan Garis Panduan Pelaksanaan 5S yang merupakan sebahagian budaya kerja Jepun.
5S itu adalah sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Johor, Dr. Mahrusah Jamaluddin.
Robia berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan doktor gigi dalam jangka panjang, peranan ibu bapa amat penting untuk menyemaikan minat anak-anak mereka dalam bidang pergigian.
"Selain minat, ibu bapa juga boleh membantu menggalakkan anak-anak agar menceburi bidang pergigian yang mempunyai skop meluas itu," katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam menghadapi fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering sekarang.
Katanya, walaupun keadaan di Johor masih terkawal, namun langkah berjaga-jaga perlu diutamakan.
Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September ini.
"Sesiapa yang ingin melakukan pembakaran terbuka, hentikanlah. Ibu bapa juga jangan biarkan anak-anak berkeliaran di luar dan kalau perlu pakai penutup mulut," katanya
***
Jadi, ape pandangan anda sidang pembace yg dihormati sekalian. Halim percaye halim akan dapat pandangan dan komenan yg pelbagai drp anda semue kerane pernah ketika itu halim meletakkan status di ym.. Ade la beberape hambe Allah tu membalas;
"hek eleh.. sy tgk ramai je dentist tu abg halim kat bandar JB"
"dah tu kau nak bekerje kat kampung sendiri la...?!!"
"weii.. belaja pun belum habis lagi. Wat pe sebuk pasal bende tu"
"haruz la menanti doktor gigi yg HEBAT mcm kau.."
Halim sgt terbuka menerime pandangan dan teguran anda semue. Anda ade pandangan anda, begitu juga halim. Kalau anda mengambil ringan hal ini. Tapi tidak halim. Halim anggap perkare tersebut seolah-olah bebanan yg perlu digalas dan perkare tersebut juga menjadi pemangkin semangat meneruskan pembelajaran sehingga mencapai sasaran yg diinginkan.

Halim mengambil pendekatan bahawe halim tidak boleh menjatuhkan hukuman terlalu awal terhadap sesuatu. Lantas itu di sini, halim ingin kongsikan kpd anda semue akan perihal sebenar situasi yg berlaku. Sama ada anda mengatekan nnti, halim ini terlalu memperjuangkan bangse dan melupekan perjuangan agame, atau segale perkare yg lain itu. Itu hukuman yg anda jatuhkan. Halim terime seadanye secare positif.
Dalam ceramah kali pertama halim berkaitan "Penjagaan kesihatan dan Kebersihan, Gigi dan Mulut", halim dgn tegas telah menyatakan bahawe kesedaran masyarakat kite, rakyat Malaysia terhadap penjagaan kesihatan secare umumnye sgt lemah. Dan kesedaran mereka terhdp penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut adalah jauh lebih rendah. Tidak kire masyarakat bandar atau masyarakat luar bandar, org kaya atau miskin di negare kite Malaysia, kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut bukan perkare yg perlu diberi keutamaan. Masyarakat kite hanye akan sedar akan peri pentingnye perkare tersebut sekirenye keadaan dan komplikasi sesuatu penyakit itu telah memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Dan dalam aspek pergigian, apabila mereka kehilangan semue gigi atau menghidapi penyakit kanser mulut dgn kadar suvival 5 tahun yg rendah atau mereka terpakse melabur sejumlah wang yg besar bg mendapatkan rawatan implant gigi. Maka, adakah dgn sbb itu anda hendak berlepas tangan?!!
Seterusnya, sblm ini.. halim pernah melawat laman web Persatuan Pergigian Malaysia, Jabatan Pergigian Negeri Johor, Jabatan Pergigian dan Bedah Mulut Hospital Pakar Sultanah Aminah JB termasuk Jabatan Pergigian Muar.. Ape yg halim perolehi?!! Drp laman web Persatuan Pergigian Malaysia, sbhgian kerusi pentadbiran dipegang oleh MASYARAKAT INDIA. Kbykan ketua-ketua jabatan drp unit pergigian disandang oleh doktor-doktor berbangsa India. Kebykan klinik swasta di negeri Johor pula, adalah klnik swasta milik kepunyaan doktor-doktor pergigian India dan Cina. Hello....!!!!!!! Yuuuuhuuu... mane doktor-doktor pergigian drp bangse Melayu?!! Mane doktor-doktor PAKAR drp bangse Melayu. Tidakkah ini sgt2 mengacau fikiran kite?!! Maka, halim hanye perlu memandang ringan isu yg digemburkan di akhbar?!!
Harus lah anda ketahui juga, kewujudan 2 kolej swasta khusus bidang pengajian pergigian, Malacca Manipal Dental College dan Penang International Dental College, milik siapa?!! Orang Melayu kah?!! Bukan sidang pembace sekalian. Milik masyarakat India. Mahukah mereka terime bangsa Melayu dan kaum Bumiputera menyambung pelajaran di situ?! Mengikut enrolmen pelajar, keutamaan mereka adalah pelajar-pelajar bangsa mereka sendiri, hanye 4-5 tempat sahaje diberikan kpd bangsa lain. Tp mereka tegas menyahut seruan dan saranan bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan kolej pergigian supaye hasrat kerajaan utk memberi perkhidmatan pergigian terbaik kpd masyarakat tercapai. Anda salahkan siape?!! Tun Dr M, kerane memberi kebenaran kpd mereka utk menubuhkan kolej tersebut?!! Atau anda menghukum saye sbg pro-kerajaan?!! Hei melayu!!!!!!!! jgn la terlalu naif menjadi bangse yg terlalu bersenang dgn keistimewaan2 yg kau dapat!!!! --/ maaf kerane berkasar..

Halim hanye bersyukur kerane apabila halim melawat website-website Fakulti Pergigian Universiti-universiti awam di Malaysia, Dekannya masih lagi orang Melayu dan kebykan ketua-ketua jabatan juga masih lagi org Melayu. Tetapi sedih menyaksikan Jabatan Pergigian di kebykan hospital-hospital kerajaan yg dikuasai dipegang oleh pakar-pakar pergigian Cina dan India. Maka, halim salah?!!! kerana memandang isu ini sbg isu penting utk dibicarakan?!! Oh ye, kite masih lagi mahasiswa. Masih belajar, tak perlu fikir hal-hal kerjaye dan masa depan.. Jawapan paling 'BERNAS' halim pernah terime --/ sinikal dan sarkastik. Perlukah isu ini dijadikan topik perbincangan dlm Persidangan?!! anda lah yg menentukan.. atau masih lagi berlegar dgn isu kemahasiswaan yg perlu keluar drp KOTAK atau aku-tidak-pedulisme atau cabaran MAHASISWA MUSLIM di alaf baru?!!

Balik ini, saye mohon kpd anda, terokai segenap penjuru kampung dan pekan anda.. Tgk berape byk klinik swasta milik doktor-doktor pergigian Melayu. Dan bandingkan pula dgn berape byk klinik pergigian swasta milik doktor-doktor pergigian berbangsa Cina dan India.. Di tempat saye sndiri, kbykn nye adelah dipunyai oleh masyarakat Cina dan India. Satu kekecewaan?!! Untuk ape dikecewekan, tetapi haruslah menjadi pembakar smgt meneruskan cite2 dah harapan, menggapai impian utk anda suatu hari nnti pulang ke negare sendiri berbakti kpd masyarakat dan lebih membantu masyarakat sendiri, bangsa Melayu tetapi jgn lupa juga membantu menegakkan syiar Islam yg murni.
Secara peribadi halim sendiri katekan, halim tidak mahu memohon posting bekerja nnti di Johor. Halim lebih prefer posting di Melaka atau Negeri 9. Kerana halim takut?!! Atau ada sbb kukuh halim memilih posting di sana.. Untuk apa perlu anda tahu. Itu pilihan halim. Tapi anda bagaimana?!! Apapun, halim cukup tertampar dan terpempan dgn kenyataan dan situasi yg berlaku sptmane yg disebutkan oleh akhbar di atas.. Maka, halim turut sama berasa menggalas bebanan dan tanggungjawab. Anda?!! --/ LU PIKIRLAH SENDIRI
Sama ada bermanfaat info ini bg anda atau tidak.. Terpulang. Atau anda rasakan bahawe halim hanye bercakap mengikut emosi. Halim bercakap di luar fakta. Atau halim hanye mengade-adekan cerita, anda sememangnye berhak menjatuhkan hukum. Hebat anda. Halim bersalah, kerana fakta yg PINSANG (pincang dan songsang) atas dasar halim tidak mengkaji dgn lebih mendalam.. Sekurang-kurangnye, perkare tersebut, halim tidak mengambil enteng. Bahkan halim anggap perkare itu sbg utk membangkitkan smgt mahu berjaye dan akhirnye dpt memberi khidmat bakti kpd masyarakat.......
3 comments:
dude are you living under a rock? what's with the super-racist statements - what's wrong with chinese or indians taking up posts in admin? it's based on one's own merits, skills and abilities - NOT race.
mana taknya melayu tak maju macam ni - fikiran sempit.
terima atas informasi tersebut....dulu penah gak bincng ngn kawan2 pasal isu ni....smpai bila kita nk lihat bdang pergigian didominasi org india n cina....
lepas baca post yg abg.halim tulis...smkin bersmngt ana tuk belajr dalm bdng ni....doakan kejayaan ana....
terbaikkkkkkkkk
Post a Comment