Aslmua'lykum wbt
Alhamdulillah, halim bersyukur sgt kite dipertemukan sekali lagi dlm waktu yg cukup singkat ini. Halim pun tgh dalam pelbagai urusan dan tergesa-gesa. Halim harapkan agar semue dpt bertenang dan berehat-rehat sebentar --/ bersama kinder bueno yg rangup dan lazat, sambil menjadi pembace post kali ni.
Ewah.. ewah.. ewah.. berseronok sakan kengkawan halim kat sini ni hah. Maklum la, baru lepas habis exm kate org. Walau pun ade yg habis awal, ade yg habis kendian. Yg penting skang ni semue org dah pun habis exm mereka. Sah2 la lepas ni, memasing merancang pelbagai program yg nak dilaksanekan sempena cuti semester kali ni kan. Ini semue agar, mase yg ade diisi sebaik mungkin kan. Tak la duk melangu je kat tepi jendela ngintai org.. --/ ops.. sape tu?!! halim tak tau.. Paling tidak pun, ramai yg dah pegi melancung halim dgr cerite nye la. Bagus la, duit dah banyak kan. Boleh la melancung sesuke hati anda!!! Yg pi main bowling pun ade, yg pi tgk wayang pun ade. Beruntung sgt.
Eh.. eh.. la apesal pulak ni. Nape ade yg tarik muke lak bile halim cakap pasal ni. OOOOOO... ade yg dah nak nek semester gak rupenye. Ha ah bagusla tu. Anda pun beruntung. Sbb dapat sambung semula usaha jihad anda menuntut ilmu tu kan.. TAK CUKUP-CUKUP ke bercuti tu hah?!! --/ motif emosi.. Hatta anda pun sebenarnye menyambung ibadah anda kpd Allah s.w.t. Supaye ibadah itu berterusan dan mengiringi setiap langkah perjalanan kite. Tak gitu?!! Dah2 la tu.. yg pegi Aqabah cuti2 ni, reti-reti la balik ke tempat permukiman ni. Yg memandu tu pulak.. berhati-hati la di jalan raye. Mohon takde la tragedi yg menimpa kengkawan di sini kan..
CERITA 3
DOA SEMOGA DITERIMA MENJADI TETAMU..
Sepanjang 2-3 minggu ni, halim sentiase berdoa agar halim diberi peluang utk menjadi Tetamu. Sbb halim sendiri mmg jarang bertandang ke rumah org. Segan ngan malu la. Tak berape biase menjadi tetamu ni. Cukup la sekadar meniti kehidupan sbg orang biase. Tapi kali ni, halim mmg nak sgt jadi tetamu, cume khuatir andai kehendak dan harapan kali ini tidak kesampaian. Halim buat permohonan sgt2 kepada Zat yg empunye RUMAH, yg menjaga dan memelihara kesucian RUMAH tersebut. Agar diberikan peluang kpd halim menjadi TETAMU RUMAH-NYA.

>> berihram jgn lupe yg anda semue, mane ade umrah haji tanpa anda berihram <<
Dalam permohonan itu, halim menyatakan kedhaifan. Halim mengakui kesalahan dan kebiadapan sbg manusia yg hidup di atas muka bumi milik-Nya ini. Halim merayu dan merintih --/ siape tahu kan.. yg anda semue nmpak.. halim tergelak-gelak.. tu la masalah anda semue, menilai luaran semate-mate.. Halim cukup sedar dosa dan tindakan melampaui batas serta kezaliman yg dilakukan terhadap diri halim sendiri. Kerana itu halim, amat berharap dan halim bermohon bersungguh-sungguh agar halim diberikan peluang ini utk menjadi tetamu Allah, di Tanah Suci.. Halim menyesali kesalahan dan kesilapan, kedosaan dan kenodaan yg manusia lain tidak tahu, sedangkan halim dan Dia sahaje yg Maha Mengetahui.. Sesungguhnya ya Allah halim sgt2 merindui Lambaian Kaabah, Tanah Suci dan Keampunan yg berikan bagi mereka yg hadir ke RUMAH-MU dgn hati tu murni dan suci..

>> haruslah membetulkan niat menghadap Allah s.w.t <<
Doakan halim agar dapat menjalankan ibadah ini dgn sempurna
Ayuh bersama-sama halim.. kite bertalbiyah
Terus tarik lagu Raihan, Haji Menuju Allah
(cume jgn salah paham.. ni halim nak wat umrah bukan haji ok.. haji haruslah pada waktu tertentu itulah bermula dgn wukuf pada 9 Dzulhijjah.. hari ni baru berapa kengkawan sekalian, 24 Jumadal Akhir.. umrah pulak bile2 je nak lakukan, lakukanlah --/ mohon rujuk kpd yg lebih berilmu)
- amik iktibar sebenarnye drp lagu ni..
Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba
No comments:
Post a Comment