Showing posts with label kompromi. Show all posts
Showing posts with label kompromi. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

)) KINI SUDAH MENJALAR SEGENAP ((

HARUSKAH AKU KIRIM SURAT PERMOHONAN!!

Sblm aku menulis bicara hari ini, aku tetibe la pulak suke kat satu lagu tu.. Lagu lama pun, tp aku tetap nak kongsikan di sini. Terimelah drp saye utk anda semue..

KETULUSAN HATI, Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Demi rahmat-Mu ya Allah.. aku memohon petunjuk utk dan drp penulisan ini..

Baik, ape sebenarnya yg aku nak bicarekan hari ini. Ade beberape perkare yg ingin diluahkan pada pertemuan kali ini. Tengok la bape byk yg mampu aku tulis nnti kan.. sbb aku ni kalau dah bercerita, start menulis, habis la. Mane penah pendek entri aku buat. Kalau tak lebih 3 perenggan tu mmg tak puas lagi la tu. Pantang ye jari-jemari ni. Bile bertemu je papan kekunci laptop, pasti akan menari-nari ligat di atasnya sehingga sukar utk berhenti. --/ aceceh aku.. tak nak kalah namenye.. dah tu yg sblm ni buat post-post batal ape hal kan.. Nak dikatekan bakat terpendam. Tak mungkin, sbb aku ni bukan sasterawan yg mampu nak menghasilkan novel dan cerpen yg hebat, shingga penyunting pun gamam dgn penulisannye. Siap dihebohkan lagi serate dunia hebatnye penulisan die dan di mana boleh mendapatkan novelnya di pasaran. Haruslah aku tidak sehebat org itu. Tettaapi!!!!!!! sbg mane yg aku katekan, aku akan tetap menulis, biarpun musim panas ini, selalunye kering kontang dah dgn penulisan, entri dan post sgle. Namun, musim panas kali ini berlainan la pulak. Ibarat air hujan pulak yg mencurah-curah sbg rahmat drp langit dgn izin Allah s.w.t yg membasahi bumi. Begitulah hubungan bumi dgn langit..

>> aku bukan drp kalangan mereka. Mereka hebat! <<

Amik nafas jap. Tarik dalam-dalam. Hembus kan.. --/ mati la bau kentot org.. hahaha.. laarriiiii

Semalam, satu peristiwa besar berlaku dlm hidup aku. Selama mane hari demi hari yg dilalui ini, sekian lama aku diamkan, semenjak awal permulaannya. Semalam menoktahkan sgle nye. Ibarat sebuah cerpen yg dikarang dgn baik. Ayat-ayat dan plot cerite disusun dgn cantik. Latar masa, tempat dan peristiwa diceritakan dgn penuh teliti dan kesopanan. Cerita dibina dgn permulaan yg berkesan, kemuncak / klimaks yg menggemparkan dan penutup yg mantap. TETAP tanda '.' ini menjadi kesudahannya. Begitulah ibaratnya situasi yg berlaku kpd ku semalam.

Sekembali drp kelas, dgn penuh kepenatan. Pakaian ke klinik disalin dgn pakaian basahan di rumah. Lantas, diri direbahkan ke katil dan berlalu bersama mimpi-mimpi di siang hari. Tetapi, bgun sahaja drp lena. Tgn menggapai tetikus laptop --/ boleh kan aku gune istilah Bahasa Melayu bab2 komputer ni.. Kursor dihalakan ke penanda buku (bookmark), dihalakan pula ke folder bloggerzz... 26 senarai blog dlm pengetahuan --/ tu pun kau nak mention la.. tau dah, ade yg lagi byk drp aku.. SURRENDER, tak nak lawan!!! Tetap, blog sendiri yg menjadi pilihan.. Perkare pertama aku lakukan bile aku buka blog aku ade lah ape?!! Siape boleh teka.. haruslah aku tgk visitors counter tu dulu.. mulai sekarang kene bersedia utk menerima visitor ke 4444.. so bagi sesiape yg menjadi pengunjung bertuah itu, sile la amik gambar no tersebut dan serahkan kpd aku. HAHAHAHAHAHA.. Poyo kan aku.

Perkare seterusnya yg perlu dilakukan adalah meneliti sekirenya terdapat komen pada post atau komenan di chatbox "Saling berborak" aku itu. TADA!!!!!! Ade org datang merepot, atau dlm bahase kami di sekolah; me'retort'.. sehingge mereka yg duk asyik mengadu ini dipanggil kaki retort --/ asbestos sungguh kan gelaran tersebut!! asbestos pula adalah bahase sopan yg membawe maksud CILAKAK = CELAKA. Hebat tak kitorg mencipta perkataan. TERUS MEMPERJUANGKAN BAHASA! Oh ya, kate org itu di chatbox tersebut, blog aku telah dilinkkan di blog terbaru blogger Irbid. Mamai kepale hotak. Terus menjerit ala2 filem KL Menjerit. Tp kali ni, adalah filem Irbid Menjerit. TTIIIIIIIIIIIIIIDDDAAAAAKKK.. tidak dilupekan, haruslah mengucapkan ribuan terime kasih kpd yg MERETORT itu. Kene bagi hadiah sagu hati kew?!! --/ opsss.. opsss.. jgn sebut.. kang ade org demand

>> kaki retort sungguh.. tungku kaki tiga betul kan.. cari la maksudnye <<

Ape pun, urusan dgn blogger tersebut dah pun selesai. Tak perlu la nak diperbesarkan kan.. AC.. Tak gitu. Kite ni kene la berbuat baik sesame kite. Chewah aku. Boleh perasan?!! Cukup la aku nyatekan isunye, aku terangkan prinsip dan kehendak aku. Dan aku yakin, org tersebut paham dan mengambil tindakan sewajarnya. Bravo utk die drp aku. --/ suke la tu kan..

Daripada cerite pepanjang kat atas tu, paham ke tak?!! Maksud aku, blog aku ni tak pernah pun aku publish secare terang-terangan selama ini. Tibe2 je semalam, blog ini dilinkkan di blog blogger tersebut dgn penuh keTATASUSILAan. Hebatkan blogger tu. So, secare gempaknye pulak, blog aku ini dah tak berape nak privasi. Boleh tu pulak, aku pergi program semalam.. ade org ni duk tanye. Org tu pulak duk menganjeng beberape kalimah pernah aku gunekan. Org lain pula, duk perli-perli aku. Makhluk asing pula duk kononnye NAK SENTAP aku la?! Hah?!! kau ingat aku ni makan sentap org la. Aku ni landasan terhempas geseran tau --/ dah kan.. aku gune balik kalimah-kalimah kat sek dulu.. kitorg mmg suke gune istilah2 makmal ni.. Dah puas dah org hina aku, org jatuhkan hukuman kat aku. Cukuplah aku masih lagi sabar.

>> thanks kpd mereka yg menjadi pelangut setia.. Setia ku di sini kan.. Ziana Zain sgt <<

Aku tak kisah la pasal blogger tu kan. Antare aku ngan die dah selesai urusan. Aku tau dan aku terus berbincang dgn die. Selesai CERPEN kisah aku n die. HAL ANA QESSOH?! LA, ANA LA QESSOH.. boleh?!! Paham tak.. Ade aku kesah ke?! tu maksud die --/ ni budak2 bertuah semalam la ni mengajar ayat-ayat pelik ni.. Yg aku kesahkan la.. Aku rase aku pernah je buat kenyataan sblm ini, bahawe sesungguhnya, aku tidak mahu blog aku ni dilinkkan.. Aku tak publish pun blog aku, aku tak mahu org lain publishkan. Aku tegas ni. Permohonan ini dilakukan scare bertulis ini.. Kat blog aku ni.. Kepada pelangut-pelangut kat blog aku ni, adelah sesungguhnye aku tak kesah korang melangut, menjadi pengunjung, pembace blog aku. Tetapi aku memohon dgn sbnr2 permohonan agar blog ini TIDAK DILINKKAN di mana-mana blog, website atau apa-apa jua medium sebaran am. Aku tak mahu, aku tak nak!! Jadi lah pembace, jadi lah pengomen, jadi lah penjatuh hukuman terhadap aku. Aku tak pernah salahkan korang. Tp tak perlu la aku nye blog ini dilinkkan.. TOLONG!!

>> kalau korang tak leh terime.. aku buat surat permohonan nak.. hitam putih lagi <<

Selagi mane aku rase, aku masih belum bersedia utk ke hadapan dalam arena berblogging ini, selagi mane aku tidak bersedia utk canangkan blog ini kpd umum. Maka, aku harap org lain turut memahami aku. Penuh KETULUSAN HATI ini aku cakap. Tolong la sesiape yg telah berbuat demikian, lepaskan la link yg anda buat terhadap blog aku ni.

>> setulus hati ni aku minta.. nk merintih mcm mane lagi?! <<

Penyelesaiannya, aku telah memikirkan beberape perkare yg mungkin aku akan laksanekan sekirenye hal ini berterusan.

1. aku tukar domain blog ini.. termasuk akaun blogspot aku.. so, sesiape yg nak membace, cari la balik blog ni.. peduli hape aku kan.. boleh ke camtu?!! ke tak strong tindakan aku ni?!!

atau

2. aku tukar setting, allow only certain manusia yg aku pilih utk menjadi TETAMU blog aku..

atau

3. aku tutup je la blog ni.. dan cari alternatif lain nak meluah perasaan dlm bentuk penulisan mcm ni.. sbb aku tak leh berhenti menulis gamaknye ni.. tp wordpress bukan alternatif pilihan aku.. haha.. --/ tapi sayang uuu.. dah 3 tahun blog ni bergerak.. bukan beginner mcm sesetengah org tu kan.. tuptup dah ade follower.. menyampah la plak aku

>> sebelum tindakan drastik diambil <<

>> akan ku tutup pintu rumah ku ini drp dimasuki oleh mereka yg melangut <<

>> selamat.. bye bye utk anda sekalian <<

ISU AKU ISU KECIL

Ermm.. ade org cakap kat aku

"Pehal yg kau rase bagus sgt tulis sgle mcm bende kat blog kau. Isu kecik je pun. Bukan cerite pasal ummat pun. Bukan boleh bine negare pun. Yg kau rase hebat sgt tulis mcm tu pehal?! Kau cari gaduh ngan org ade la. Pehal kau nak sentap org plak?! Blah la wei kalau bg alasan nak meluah perasaan.."

1st of all, aku nak bgtau kat yg mempertikaikan tersebut la ye. Aku ni, baik orgnye. Org tak cakap, tp aku tau. Dah korang juga kan yg suruh aku SEDAR DIRI. Aku sedar diri la ni. Aku masih bersabar la ni. Masih kawal diri lagi. Masih lagi berada pada stage pemikiran yg waras, sbb aku belum lagi masuk level loss of conciousness (LOC). Level LOC aku ni, bukan atas disbbkan oleh epilepsy ke, anaphylactic shock ke.. hypertension ke.. Tang aku punye LOC ni, die len sikit. So, tak payah la menguji kesabaran aku. Kalau kau konsep cakap jujur, aku pun konsep cakap paling jujur antare korang.. Baik kan care aku memberi balasan dan tindak balas. Tak payah la puji aku ni. Nak buat ape la melakukan kezaliman dgn membalas pulak dgn kejahatan kan. Pujangga melayu pernah menyebut

~ Membalas kebaikan dgn kejahatan adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan. Membalas kejahatan dgn kejahatan adalah perbuatan hina dan kezaliman. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah perkara biasa. Membalas kejahatan dgn kebaikan adalah toleransi dan berpekerti mulia ~

>> sedar diri dan kembali ke pangkal jalan.. dalam mencari redha-Mu <<

2nd notation.. kalau kau tak anggap ape yg aku tulis ini adalah luahan perasaan aku, aku paham je. Sbb manusia mmg ade pelbagai persepsi. Aku sedari awal lagi mengatekan, penulisan aku adalah luahan perasaan aku. Dan terpulang kpd pembace nak menginterpretasikan ia sebagai mane rupe, menerima atau menolaknye juga adelah terpulang kpd pembace. Aku memberi nilai aku terhadap penulisan aku. Kau pun ade penilaian kau tentang penulisan aku. Kau yg duk sebuk membace, dah la tak malu membace.. Tak bagi salam masuk umah org. Aku ulang sekali lagi, tak payah la duk bg alasan.. dah terjumpe blog aku ni, kau bace je la pula. Pendirian aku, kalau dah kau tak suke bace penulisan aku, aku dgn baik kate, kau tak payah la bace.. berundur diri. Dgn penegasan aku, tak payah la nak bagi lecture pulak kat aku. Dah jelak la.. dah muak, paham?! Cukup la sgle lectures aku kat u, khutbah jumaat lagi, ceramah lagi, tazkirah sgle, Al-Kuliyyah, bicare siswa, forum perdana dan sgle mcm bentuk wahana dakwah yg aku dengar dan tonton utk aku sendiri bermuhasabah diri. Kau tu khutbah jumaat pun tido, dtg masjid lmbt, ala2 org nak iqamat baru nak terhegeh-hegeh dtg. Ade hati nak jadi direct sounder --/ aiyo.. matila.. ade ke kalimah ni?! lantak la.. aku gune je

>> aku bukan ekstremis, lelagi pasal isu kepartian.. change!!! berubah!!! <<

3rd point. Aku nak mengaku, sesungguhnya aku bertanggungjawab terhadap penulisan aku secara total. Ape-ape sahaje yg terdapat dlm blog ini, pada dasar nya adalah kehendak aku menulis mengikut kehendak dan keperluan semasa. Aku yg menulis, maka, aku bertanggungjawab. Aku merepek ke, aku menyentap ke, aku menghebahkan ke.. tanggungjawab aku. Dan atas sbb tanggungjawab aku, maka, penulisan aku hakikatnya bukanlah didasari sepenuhnye oleh emosi, perasaan dan akal fikiran. Sbhgian isu yg ditulis didasari oleh kajian dan penyelidikan. Dan fokus aku, tidak mahu memperkatekan isu-isu besar spt yg dibawa oleh sesetgh blogger yg lain. Fokus aku adalah isu-isu yg melingkari kehidupan. Yg mana, bagi mereka yg bijak pandai, akan nmpk bahawe isu tersebut sbnarnye boleh membawe kpd isu yg lebih besar. Relasi antare isu yg aku bawe dgn isu-isu "besar" adalah secara tidak langsung bg mereka yg mempunyai akal fikiran utk menilainya.

Aku amik satu contoh; isu sekarang, kedptan kelompok masyarakat yg ikhlas ingin memperjuangkan isu Palestin. Wacana pemikiran mereka, pada aku hebat. Tiupan smgt dan ruh jihad mereka bersungguh. Aku mengandaikan mereka inilah syabab yg diperlukan oleh agama Islam demi memartabatkan kesucian Agama Islam di atas muka bumi. Dan bagaimane pulak hal nye sekirenye aku mengaitkan isu ini dgn isu yg pernah aku tulis suatu ketika dahulu, membincangkan berkenaan isu PEMBINAAN PSIKOLOGI CEMERLANG.. Hari ini ummat Islam bagaimane, diserang drp segale bentuk.. fizikal, mental, spiritual dan material. Lantaran serangan segenap segi ini, ummat Islam lemah, ummat Islam ditindas dan dimomokkan dgn pelbagai ideologi yg akhirnye menjadikan ummat Islam itu takut dgn diri mereka sendiri. Namun, hebatnya ummat Islam spatutnye daripada sudut psikologi yg cemerlang. Hadis Nabi s.a.w dan Kalam Allah telah memberi pelbagai rangsangan buat golongan Muslimin lagi Mu'minin ke arah pembentukan psikologi cemerlang ini, tetapi ummat Islam sendiri gagal membinanye. Ke mane perginya psikologi ummat Islam kini, spt hadis Nabi s.a.w, yg diriwayatkan drp Thauban dgn mafhumnya;

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. Sahabat bertanya; "adakah pada ketika itu ummat Islam lemah dan sedikit sedang musuh sangat kuat?". Sabda Nabi s.a.w lagi; “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya tentang perihal ummat seperti buih di lautan. Jawab Nabi s.a.w; “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. Itulah cintakan dunia dan takutkan kematian"

Begitu juga dgn isu yg pernah berbangkit dlm blog aku, terhadap nilai dan sikap membeze-beze?! Ke mane perginye ruh Islam, dalam ketike mane kite sebuk melaung-laungkan isu UKHUWAH, tp kite juga sebuk membeze-bezekan antare satu same lain. Aku mengaku, aku tidak mampu membawe isu kenegaraan dgn baik. Tetapi, bg yg membuke mate, membace dgn mate hati mampu melihat relasi antare isu "HARI INI KITA MENCIPTA SEJARAH" dgn kemajuan dan peradaban negare. Dan yg paling penting, aku tidak mahu menjadi seperti sbhgian manusia, yg ekstrem membidas itu ini dgn mempertahankan pendirian berbentuk kepartian. Itu bukan prinsip aku!

>> menggoncang dunia.. mencipta sejarah.. lirik lagu sgt.. <<

Mudahnye, ingin membincangkan isu-isu besar spt keagamaan, politik dan kepartian, kenegaraan dan sbg nye, bukan lah minat aku. It's jas not my taste. Aku sesungguhnye tidak mahu bertanggungjawab sekirenye berlaku kesalahan dan pembohongan dalam penulisan aku berkaitan isu-isu besar ini. Kerane ingin menulis artikel berkaitan isu-isu sebegini memerlukan kajian yg sgt2 mendalam dan teliti dgn fakta-fakta yg betul, agar penulisan berkaitannya tidak terlalu didasari oleh emosi dan nilai ekstremisme. Sesungguhnye aku khuatir jika aku telah merintis jalan pembohongan terhadap fakta andainya aku menulis isu-isu besar spt yg mereka pertikaikan. Saham pembohongan itu, pemegang share terbesar nye akan menjadi aku dan aku TAK NAK perkare itu terjadi pada diri aku. So, bagi mereka yg suke sgt menulis artikel berkaitan isu-isu ini, berhati-hatilah dgn penulisan anda. Aku telah menyatekan pendirian aku dan aku yakin, anda pasti kekal dgn pendirian anda.

nota:

1. selalunye lepas 5 Julai takkan ade cerite kat blog ini sehingge raye berkunjung tibe.. booom!! pecah tradisi

2. puas hati dgn pengumuman isu PPSMI?!! aku terime seadanye.. (n_n)smile..

Wednesday, May 27, 2009

^v^ AMIK IKTIBAR ^v^

INDIVIDUALISME KE KERJASAMA-risme
(mati la, potong markah tatabahase..)

Ni mungkin adelah penutup post utk Mei 2009, andai katenye takde pape lg sblm 31 Mei ni utk dikongsikan bersame lg. Post kali ni dibuat ala-ala tak sedar diri esok exm. Tp kerane melihatkan beberape peristiwe yg berlaku lewat kebelakangan ini, lalu terpakse juga berbicare sesuatu di sini. Post kali ini diambil drp satu pertandingan yg dijalankan sempena satu program. Itulah pertandingan pengucapan awam dlm program pra-PERTAMA. Program yg hadir dgn sesuatu yg lain drp yg lain, cuba utk mengubah corak pemikiran mahasiswa Malaysia Jordan, yg antara lain objektifnye; Melahirkan mahasiswa yg berFIKIRAN TERBUKA dan KEHADAPAN, BERANI dan TIDAK TAKUT dalam memberi pandangan terhadap isu-isu semase setempat, nasional dan antarabangsa. Tahniah buat pengarah program dan ajk beliau.

Ayuh dengarkan --/ terus ala-ala naik stage, pegang mic dan test2 mic takut2 org sabotaj ke kan.. senyum sikit kat juri dan...

>> eh baru nek stage, baru nak start.. org dah tepuk tangan dah <<

KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK

Pembuka bicara, hadirin yg dihormati sekalian,

Tajuk pidato saye pada hari ini; "KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK"

Pinjamkan saya konsentrasi anda buat seketika sidang hadiri yg dihormati sekalian utk kita sama-sama renungi sebuah cerita bagi memberi pemahaman yg jelas kepada anda akan maksud individualistik.

Pada suatu musim panas sblm datangnya musim dingin (Ziana Zain, tetap), kedapatanlah sekumpulan semut yg sedang tekun bekerja mencari makanan utk menampung keperluan harian mereka dan sbg bekalan menghadapi musim sejuk yg bakal tiba tidak lama lg. --/ cerite kanak-kanak sgt kan.. Sang semut begitu rajin bekerja, perihal mereka tidak seperti sang belalang. Sang belalang terlalu suka berhibur. Bahkan belalang-belalang ini menghina pekerjaan sang semut "wahai kawan-kawan semut ku sekalian, kalian terlalu rajin bekerja. Bukankah musim sejuk akan tiba lambat lagi. Berhiburlah seperti kami selagi belum tibanya musim sejuk. Tidak perlu utk rajin bekerja, memenatkan badan dan berpeluh di bawah pancaran cahaya matahari yg terik begini"

>> kurang ajar sungguh kan kate-kate sang belalang <<

>> sang semut membalas; "berhiburlah kau sebelum azab Allah sampai kepada mu" <<

Begitu sang belalang, namun sang semut tidak mengendahkannya dan berlalu membiarkan sang belalang yg terlalu suka berhibur.

Hadirin yg dihormati sekalian,
Daripada cerita sebentar td, apakah yg dapat kite simpulkan?! Siapakah sebenarnya antara 2 golongan ini yg individualistik?! Sang belalangkah atau sang semutkah?! Adakah individualistik itu ditujukan kpd seorang individu sahaja?!

Menjawab persoalan tersebut sidang hadirin yg dihormati sekalian, ayuh diungkai satu per satu

PenDEFINISIan saya,
Individualistik menggambarkan sikap, tingkah laku atau perilaku manusia (sbg makhluk yg diciptakan oleh Allah s.w.t utk merase dan mempunyai perasaan) yg cuba memisahkan diri mereka daripada naungan penyatuan, bekerjasama, hidup bermasyarakat dan kebersamaan. Individualistik tidak hanya dilihat sbg mengasingkan diri drp jemaah, tetapi haruslah diketahui bahawa apa-apa jua usaha atau perbuatan cuba menguasai perbuatan, budaya, hasil usaha dan hasil bumi, corak pemikiran dan gerak kerja insan-insan lain juga dapat diinterpretasikan sbg individualistik kerana akhirnya nnti merekalah yg berkuasai dan merekalah yg beraja.

>> bicare kite pada hari ini sidang hadirin sekalian <<

Maka, daripada cerite yg saye bawekan terdahulu, pada pandangan saya, sang semut bersikap individualistik dan begitu juga sang belalang yg terlalu individualistik.

Penerangan saye sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Sang semut terlalu sombong bekerja dan mereka melupakan tanggungjawab mereka utk mengajak belalang menyertai mereka dalam usaha mencari bekalan makanan. Sekiranya sang semut mempunyai prinsip hidup bersatu padu, mereka akan tentunya mengajak sang belalang bersama-sama mencari makanan. Nah, kan barulah di situ keharmonian hidup bekerjasama dapat dirasa.

Sang belalang pula tidak harus memperlekeh dan mempersendakan usaha murni dan rajin bekerja sang semut, bahkan tidak boleh pula menghasut sang semut mengikut sikap mereka yg suka berhibur. Maka, mereka telah cuba mempengaruhi dan menguasai budaya dan cara kerja sang semut. Kan jelas di situ gambaran sikap individualistik masing-masing.

>> individualistik sgt!!! <<

>> rajin cek mut kite.. contohi lah mereka <<

Lalu di sini, saya lontarkan pula persoalan individualistik ini kepada anda semue. Lihatlah sekeliling, perhatikanlah suasana persekitaran. Amati-amatikanlah kondisi dan keadaan hidup kita di sini. Lalu, jawablah dgn kebenaran. Aura manakah yg lebih kuat baranya dan marak nyalanya.. Hidup berpersatuan dan berpasukan atau individualistik dan PLASTIK. Simpanlah jawapan itu di hati, jangan diluah tanpa permisi, takut ada yg tersinggung tersentaplah diri.

Dan kerana bicara saya ketika ini adalah kita semakin individualistik, makan jelas, individualistik ini bukanlah suatu nilai yg statik iaitu adanya individualistik ini dgn sbb adenye atau sudah sedia ada --/ ape istilah dalam Aqidah, aku lupe la plak, jawabkan z... Tetapi, semakin individualistik ini membawe maksud satu proses yg dinamik. Bermula dgn penyatuan, nikmat hidup dirasa bersama; engkau gembire aku bahagia, angkau sedih aku pedih. Namun, akhirnya kacang hijau menjadi bubur kacang, nilai-nilai individualistiklah yg bertandang; aku duduk di Am3ari punye bangunan kau duduk di sakan. Aku pergi ke jami3ah dulu naik bas, kau tertinggal kelas. Ape pula hal nya dgn "AKU BELAJAR SYARI3AH, KAU BELAJAR LUGHAH 3ARABIAH, DIA PELAJAR IQTISAD WAL MASARIH ISLAMIAH, KAMI PULA PELAJAR KULIYYAH TIBBIAH"

Hancur-punahlah fungsi dan peranan persatuan, khususnya PERMAI yg menjulang cogan kata "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" sekiranya individualistik di kalangan ahli semakin tidak keruan. Ya, bersatu dan penyatuan.. Dan benar juga, individualistik dan perpecahan

Kalaulah dulu ya sidang hadirin yg dihormati sekalian; aku masak ayam kari, kau masak nasi dan die masak sayur sawi, lalu makanan itu kita bersama nikmati. Kini, aku masak nasi lauk ayam masak merah, kau nak makan sekali?!! Tak payah!!! Pinggan dan mangkuk terbiar, periuk dan senduk tidak berbasuh. Nah, apakah sikap yg digambarkan tersebut?!! TOLERANSI dan KESALINGAN?!! Atau SOMBONG dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?!! Maka, tidak melampau sekiranya nnti satu usul akan diutarakan utk meminda perlembagaan persatuan, fasal 5, perkara 5.1; moto persatuan "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" kpd "INDIVIDUALISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN". Mahukah kita?!! Sesuatu yg tidak mustahil sekiranya kondisi dan suasana inilah yg berlaku di kalangan kita.

Justeru, apakah yg perlu kita lakukan?! Apakah tindakan kita?! Jgn biarkan sikap ini berleluasa, kelak meranalah kita, ummat Islam dan kemajuaannya pula tidak terbela. Hadirin sekalian, ayuh kita buangkan segera semangat enau, di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buangkan juga semangat menara, di dalam bandar melepaskan puncak masing-masing drp kamus peribahasa kita.

Paluan gendang semangat mentera,
Wassalamua'lykum penutup kata,


Salam undur diri
--/ dgn muka konfiden sambil tarik nafas dalam2.. mic dilepaskan.. dan turun stage perlahan-lahan.. smbil perhatikan juri memberi komen sesame mereka; "juare ni, best pidato die, insyaAllah juare ni.." dan di luar dewan, tersenyum kepuasan.. HAHAHAHAHA.. perasan sgt

>> tgk terus dpt standing ovation drp juri.. terime kasih (2x) <<

>> terime kasih, terime kasih.. saye ucapkan terime kasih.. jumpe lagi <<

PENGAJARAN;

1. Kenape tahun ni program pra-PERTAMA takde?! Adekah kerane hasil laporan yg dikeluarkan oleh pengarah berdasarkan pencapaian matlamat program?! Sedangkan pengarah hanye berkate jujur, tidak seperti pengarah program lain.. skdr meletak matlamat2 program yg biasa dgn laporan mengatekan matlamat tercapai.. lalu program itu berterusan dijalankan tahun demi tahun.. suatu yg tidak menunjukkan kematangan pemikiran.. sedangkan dlm program tersebut, pengarah telah dtg dgn idea dan matlamat yg berbeza, bukan spt kebiasaannye.. dan pengarah berkate benar dalam laporan beliau terhadap pencapaian objektif.. tp lihat, ke mane perginye program tersebut?!! tidak berterusan

2. Sekarang ni ade pulak program yg dijalankan atas sbb peribadi. Nak adekan program atas kepentingan diri sendiri.. Individualistik sgt.. Atas sbb nak name, sanggup ni melobi ydp/presiden persatuan.. tp tak nak jd pengarah.. pengarah ngan ajk org lain . Ape yg pelik lg, semue keje pulak die nak buat.. KISAH BENAR ni

3. beruntung jugak kan ade sahabat yg mithali.. semue org suke die, semue org terime ape yg die lakukan.. demi kebaikan..

4. ya mmg situasi dah berubah.. baik ke buruk itu, memasing ade pandangan memasing.. bile berlaku perubahan ni, ramai pulak yg memberi komenan kan. Bagus lah. Tp komen-komen org tak tgk diri sendiri. Pentingkan diri ke.. individualistik ke.. TAK TAU.. ape yg diketahui, mereka yg dikomen tu sekurang-kurang nye ade kelebihan diorg. Tp kite yg dok asyik komen org ni, ke mane?! Ape kelebihan kite. Dulu betul, kite ade kelebihan.. tp sekarang semakin renggang sebenarnye..

5. Apehal la gaye penulisan aku ni kali ni.. mcm dah terikut-ikut gaye penulisan seseorang je..

Thursday, March 19, 2009

KAU TAHU???!!!

4 PeRKare PerNaH Aku PeRJuangKAN...

Kali ni nak bercerite. Kan main lg kan ade org tu, bercerite sakan dalam blog.. amboi3x.. Ade je die stori nak ditulis, ade plak tu mase dikautnye utk menghapdet blog. Nak harap aku, ni ha.. seminggu skali baru hapdet. Itu pun seb baik hapdet. Korang tunggu la skit mase lagi, dah nak masuk fatrah (oh ade org tak suke fatrah2 -kalimah arab- ni), waktu2 exm ni. YANG ADO!! aku hapdet blog nnti. Hahaha..

Bab2 cerite ni, mcm2 cerite skang ni ado! Terbaru, org duk tak habis2 lg cerite pasal result SPM nyer. Dihubungkaitkan nye skali ngan isu PPSMI, katenye demi tak ketinggalan dengan isu2 semase. Hebatkan org2 kite ni bab bercakap. Buk bak buk bak buk bak... susu anak pun lum disiapkan nye lg. Belum lg diikutkan skali dengan emosi, tangan bergerak ni melintang patah, kaki membujur lalu, kalah tarian zapin .. Tp apo yg ko ado?!!! TETAP motor kapcai honda petak ko.. preeettt.. preeettt kat hujung kampung, dah mcm nak roboh motor tu. Ape ko menang? ko menang cakap sajo!!>>

>> tak habis2 lagi isu ini.. rakyat makin pening.. tulun la kami <<

Nih lum masuk cite MU kalah ngan Liverpool lg ni. Tak habis2, memasing pertahankan club bola yg diminati. Yg tu megah betul bile Liverpool berjaye menghancur-leburkan kemenangan tanpa kalah MU kan.. Waaaah, kau kah yg main?!! Kau kah yg menyarung jersi pasukan?!!. Dah tu yg kau megah sgt pehal plak. Tak tgk lg hard fan MU, mcm2 alasan dok bg demi menyokong club bola sepak tersebut.. sbhgn katenye "MU rindukan kekalahan", sbhgn lain plak mengatekan "MU gemuruh di tempat sendiri". Eh.. kau kah yg kalah dlm match hari tu?!! kau kah yg dibayar lebih 200 juta hanye utk bermain bola sepak?!! Toksah berangan.. jaguh kampung pun belum tentu milik kau.. Dah lepas pun match tu, dah la. Yg kau dok sentap sane, sentap sini.. ape kau dapat?!!


>> jgn korang ingt aku tak amik tau pasal bende2 ni tau.. kau tau?!! <<

Tak nak kalah ngan situasi itu gak, mcm2 lg cerite yg kedengaran khususnya di sini. Paling latest, haaaaa... kau dok bingit2 pasal 'intikhobat jami3ah'- university election. Dah kate korang ade hak mengundi, mengundi je la. Dan takde masalahnye ko pegi ke tak mengundi tu. Yg pasal sape korang pilih nnti dlm election tu, terpulang la kat korang. Hatta kalau korang nak undi calon perseorgan pun, undi la. Jgn la duk persoalkan kenape perlu undi KII (Kotlah Ittihad Islamiah) jer.. Skrg ni, bukan pikir pasal budak2 Mesia undi sape, tak kesahla undi KII ke atau calon2 lain. Yg penting diri sendiri. Tak payah la nak dipengaruhi dgn org len (budak Mesia) yg duk sebuk suh undi KII. Yg korang pikir skang ni, diri korang sendiri. Ape yg korang nmpk ADO pada calon2 tersebut drp sudut manifesto mereka, matlamat, gerak kerja, sumbangan dan personaliti --/ walaupun kan.. rate2 students Mesia ni pro KII. Takde masalah pun nak undi sokong mane2. Pehal nak pertikaikan org. Tak payah la dok bicare pasal efek ape2 bile undi mane2 calon. Kalau undi KII, ade efek sekali pun, berani la berhadapan.. Kate BERANI KERANE BENAR --/waaah kan, sblum ni punyela berapi kau ckp mcm tu. Ha ape lg buktikan la. Tak gune bercakap je pandai ooiii...

MAHASISWA intelek yg amik tau pasal semue bende kan.. katenye jgn mengundi golongan -zaaaaassss- (dirahsiekan). Kate die.. eiii teruknye kau!! Kan.. -no comment-

>> university election.. parti mane menang?!! sape undi sape?!!.. jawab la <<

Kan dah.. intro dah panjang lebar la plak. Nak cite len punye hal, aku duk pi tibai bende lain plak. Now, lets go to our discussion today, nak berkongsi lg ni ngan korang. Bile dikate berkongsi tu, terpulang la bg korang nak terime ke tak. Korang tak nak terime pun, aku tak marah.. perumpamaan berdasarkan al-Qurannya mcm ni la kot; "Lakum diinukum waliya diin" (Benarlah kate2 Allah yg Maha Agung)

1. Kebudayaan; irama dan tarian zapin

Ye ini perjuangan aku. Peringkat awalnya aku tak mempunyai sbb yg kukuh utk perjuangkan warisan budaya ini. Ape lah sgt aku. Sekadar yg simple2 tentang tarian zapin ini boleh la. Tp aku optimis --/ kate org. Semakin hari, semakin aku mengerti kenape aku memperjuangkan warisan budaye tarian zapin ini. Segalanye bermula ketika program Hari Apresiasi Budaya dan Sejarah Negeri Johor ingin diadekan. Berkait rapat dgn pentadbiran BKAN yg pernah aku pegang. Aku mendapati bhwe negeri Johor adalah negeri yg kaye dgn kebudayaan dan kesenian yg tersendiri --/tak nafikan kesenian dan kebudayaan negeri lain gak. Kang ade yg makan hati kang. Tetapi kenape takut mengetengahkan kesenian dan kebudayaan ini?! Di situlah bermulenye.

Lalu, melalui program HASB ini aku ketengahkan seni warisan tarian zapin ini. Tohmahan bukan nak kate sedikit, tp byk. Betape byk nye mulut2 bercakap tentang program dan slot kembare warisan ketike itu. Tp ade aku mengalah?! Dan sejak itu aku mendalami dan mengkaji zapin dan gerak tarinye. Korang tau ape?! Menghine?! Tak puas lagi ke?! Kerane pade aku, tak de sbb kukuh pun utk kite malu belajar, menari dan mengetengahkan tarian ini. Bahkan aku sbg wargenegeri Johor, berbangga kerane inilah antare keunikan dan keindahan warisan budaye negeri. At least belajar dan tahu, biarla canggung mane pun rentak dan gerak tari korang.. tak cube, tak bersungguh, mane nak dpt hasilnye.

>> keseragaman dalam tarian zapin paling penting <<

Akhirnye, baru-baru ini, selepas usahe dan keringat diperah dan dikerah.. Yg malu, yg menghine tarian ini, sebuk plak nak menyaksikan dan belajar tarian zapin. Eh.. korang kan malu?! Nape sebuk?! Nape baru ade rase nak tgk nak belajar tarian ni?! Nah, prejudis kau makan diri. Hari ini, aku masih la berusahe memperjuangkan kebudayaan negeri ini. Masih belajar dan mengkaji setiap perkare berkaitan tarian zapin ini. Semakin nmpak balasan usahe yg dicurahkan, cume tenage dan kerjesame je yg tak masih belum ade peningkatan.. --/ mengeluh..

2. Pengajian dan Kerjaya Dentistry

Kenape?!! Salah ke kalau aku perjuangkan bidang pengajian dan kerjaye ni? Kenape tidak. Sedangkan aku skang ni tgh belajar dlm bidang pergigian, bakalan pula menjadi seorg dr gigi. InsyaAllah, rezeki tu Allah bg kat sape2 jer. Tinggal percaye atau tak, semue bergantung kpd keimanan kite --/ khutbah malam jumaat katenye. Ye, sbg mane yg diberitahu sblm ni, tentang hakikat dan persepsi masyarakat terhadap bidang ini. Maka, bebanan utk memperjuangkan bidang ini terletak di atas bahu sape?! Aku adalah antare org yg berase same utk menggalas bahu ini memikul beban membuke minda masyarakat yg mengatekan bhwe bidang pengajian dan kerjaye sbg dentist ini tidak boleh pergi jauh. Telah aku buktikannye dalam post sblm ni. Kerane itu aku masih lagi mencari ruang dan peluang utk pergi kpd "masyarakat" utk mengatekan bhwe tiade hine nye kerjaye dlm bidang dentistry ini. Begitu juga, utk klinik mini JUST yg bakal berlangsung nnti, aku la yg berkerje keras agar diadekan bahagian atau unit drp fakulti pergigian. Biarlah susah mane, kalau nak kene berusahe --/ kate orang.

>> kerjaye sbg dentist <<

Dan telah aku maklumkan, bhwe kerjaye sbg dentist di Malaysia nnti, tidak la sepopular dan semegah kerjaye ini di negare maju. Pernah suatu ketike dahulu berbual dgn org yg agak rapat dgn aku. Die kate begini "alah, korang buat ape je nnti. Tampal gigi org JE pun. Tak pun cabut gigi yg sakit". Nak tau jwpn aku, "Ha betul tu" (nada sinis sebenarnye ye). Korang ke yg belajar kat fakulti pergigian?! Korang ke yg sebuk kluo masuk klinik ngan lab?!! Jadi, jgn la cepat sgt kluokan statements yg korang tau x berape tahu pun tentang nye, tp konon2nye tau semue perkare. Tak salah pun mengaku kurang nye ilmu tu. Dan dgn sebab kurang tu la tambahkan lg. Apepun, tak kesahla ape yg orang nak cakap tentang bidang kerjaye ini, biarlah tidak popular, biarlah tidak sehebat mane, tp bidang ini tetap ade kelebihannye. Dan inilah yg aku perjuangkan.

Selain itu juga, perjuangan aku yg aku kire tidak mungkin berkesudahan adalah utk memberi kesedaran kepada orang ramai akan peri pentingnye penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut. Kerane itu, status aku beberape ketike ini kebykannya aku letak >> THE MOST IMPORTANT THING IS TO MAINTAIN GOOD ORAL HYGIENE. Biarlah status tu nmpak remeh pd pandangan orang, tp amat signifikan bg aku. Bukan kwn2 kat sini je leh tau, kwn2 kat tempat len pun leh amik tau. Sbhgn yg mengambil berat sebuk bertnye itu ini. Semuenye ini agar gaye hidup kite dapat dperbaiki.

3. Budaye kerja; fleksibiliti, keterbukaan, profesionalisme dan bermatlamat

Aku sgt2 perjuangkan bende ni. Semuenye start mase jd Yang di Pertua BKPJJ dulu. Byk masalah wei mase tu. Bengang sgt. Pentadbiran kucar-kacir. Lalu aku rangke semule kertas kerja dan pelan tindakan utk menyuburkan semule gerak kerja BKAN kitorg. Sejak itu, bukan utk BKAN je aku duk perjuangkan smpai ke MPPM pun aku bw skali isu ni. PZ lagi, mmg kene bertubi-tubi ngan aku mase mesyuarat agung lepas. Kite ni bukan la nak tunjuk pandai ke ape kan. Tp kalau dah buat perangai, masalah kite nmpak, kite cakap la. Dah la bersalah, tp tak nak terime kesalahan, susahla mcm tu. Pimpinan nak betul juga, tak boleh la mcm tu.

Sepatutnye dlm setiap perkare tu, tak kire la pimpinan ke ahli ke, kene la ade fleksibiliti dan keterbukaan. Bukan dgn sbb bende ni, pimpinan dikatekan tidak tegas. Takde maksud itu pun. Kenape perlu ade diskriminasi dlm persatuan, kenape bile ahli suarekan pandangan, pimpinan degil tak nak dengar. Sombong nye mcm tu. Kenape pertikaikan komentar dan pandangan ahli. Bile ahli buat komentar bernada sarkastik (sarcastic / sinis), ape balasan pimpinan.. Ahli dituduh tidak optimis. Bile ahli beri pandangan akan keterbukaan, ahli dicop sbg liberal. Ahli pun same, bile pimpinan buat aktiviti, mcm2 la alasan utk tak nak pegi. Stadi la, byk keje la. Tp pegi amman enjoy senanye. Demi kau tak nak involve ngan aktiviti persatuan. Kenape susahnye nilai fleksibiliti ni. Ahli pun ade mendiskriminasikan ahli lain. Masing2 takde nilai keterbukaan. Aiyo..

Profesionalisme; tgkla skang ni.. mcm2 berlaku. Akaun entah mcm mane. Bile kite minta penyate kewangan, diberi plak akaun bulanan. Ape ke "pandai"nye korang ni. Belum lagi cite pasal perbendaharaan. Aset2 lintang pukang dah. Itu ke mane, ini ke mane. Malas nak ungkit pasal butiran dan maklumat ahli. Kang makin melarat-larat plak. Perlaksanaan program pun, bukan ade pembaharuan. Matlamat dan wacane kerje persatuan pun tak jelas. Hmm.. ntah mcm mane la kan. Orang kate; ikut rase binase, ikut hati mati --/ matila tak kene ngan topik senanye

>> budaye kerja dlm persatuan, adenye aku karate je kang <<

4. Sikap membeze-beze
Kenape la ramai skang ni bersikap mcm ni kan. Kenape perlu ade; dentist dentist, medicine medicine. Kenape bile sebut name aku, Halim, halim, wakil dentist.. Wakil dentist tu. Sedangkan perkare tersebut adelah general. Tak melibatkan mane2 bidang pengajian. Nak tarbiyah org, satu batch katenye, kenape bangkitkan isu dentist ngan medicine? Perlukah semue tu. Lain la berkaitan pelajaran, mcm back to school talk ke, stadi smart ke.. Ni tak, semue bende nak ckp mcm tu. Pi makan pun same. Abeh tu mcm ne? Kalau dah kitorg balik klinik ke terus pi makan, tup tup korang masuk restoran tu nmpk kitorg; terus korang buat statement tak tentu pasal pehal.. Kalau tak menyakitkan hati takpe. Ni tak; "weii, weii.. budak dentist weii". Mcm gak dlm majlis, kalau kitorg duk same2 bincang pasal akademik berkaitan dentistry.. Ape masalahnye?! Korang pun same, bincang pasal Internal Med, Surgery ke Peads, kitorg duk melangu je. Drp mcm tu, kitorg bincang la pasal akademik kitorg gak. Skang nak salahkan kitorg..?!

Mase cuti tu lg la geram. Mentang2 la aku tak balik Malaysia, bile nmpak aku.. "waaaah.. bestkan cuti". Eh, kenape kau sebuk pertikaikan rezeki org.. Ade manusia tu plak; "seronoknye cuti awal, cuti panjang lak tu". Kau ingt aku tak tau ke yg korang nye senyuman, nada dan lirik mate yg sinis tu.

Perkare ni terjadi, bukan dlm batch kite je. Skang ni merentet smpai batch2 bawah pun sebuk duk pertikai antare 1 same lain. Kenape ngan dunie ni?! Korang dulu kat intec bukan main lg mesre, tak pernah pun terlintas aku dentist kau medicine. Tp kenape skang ni semakin nmpak jurang tersebut. Dan kerane itu, aku terpakse memberitahu setiap batch --/ kecuali batch sendiri yg tak sampai hati nak luahkan perkare ini, tolongla jgn duk ungkit2 sebut2 pasal perkare ini. Setiap bidang pengajian tu, ade kelebihan masing2. Kalau kami cuti byk mase stadi ni, korang gaji lg byk nnti mase kerje.. Tak kire lg cuti sblm exm korang tu. Same je. Kalau korang rawat pesakit, apehal plak kami rawat gigi. Takde la mcm tu. Kami pun rawat pesakit gak, cume sakit nye tu kat gigi da orofacial tissues. Kalau korang exm material byk, tp exm korang sikit. Kitorg plak terbalik, exm berturut-turut smpai 10 exm tp material sikit. Kan semue tu perencanaan Allah s.w.t yg Maha Adil. Percayela dgn name dan sifat Allah yg Maha Sempurne ni.

>> medicine dan dentistry ke, medicine atau dentistry.. bingung <<

Minta maap la ye, bile bercakap pasal ni, aku mmg emosi skit. Tu yg pernah nak nangis bile sebut perkare ni dlm 1 majlis tu. Sbb tak de sbb pun utk kite membeze-bezekan ni. Tp kenape terjadi. Tak bersyukur ke kite?! Rase kekurangan ke kite, atau lebihkah org lain?! Jd, tolong la hentikan dan fikir2kan lah..

p/s:
1. masih tak dpt lupe kejadian di klinik semalam.. aiyo, pehal la keje aku ni sememeh lak smlm ek. 1st patient; habis -->> PULP EXPOSURE. 2nd patient la -->> trauma tu the gingiva. Matila aku.. --/pengsan

Friday, April 11, 2008

dalam berkawan ade kompromi ker?!!!

ntah mengape saat ini aku masih lagi terpikir-pikir tntg kalimah KOMPROMI, ape mksudnye secare total aku tak tahu. Tapi ape yg aku akan perkatekan kat sini adalah kompromi MENGIKUT KEFAHAMAN aku.

sebenarnye sekian lame ini aku mencari gak definisi kawan yg sebenar... kate org kawan, teman dan rakan itu same. entahlah, mgkinkah aku menjadi kwn kepade sesorg, mgkinkah aku menjadi teman buat seseorg, mungkinkah juge aku menjadi rakan buat seseorg... aku tak tau...

>> sedang dalam dilema, adekah aku antare mereka adelah kawan, teman atau rakan?? <<

bg aku, setelah perkenalan itu bermula, maka, di situlah kawan. dan apebile berkawan, tiade akhirnye. tidak boleh kawan itu terpisah dengan permusuhan, walhal permusuhan ade kalenye membawe kepada persahabatan. tidak boleh kawan itu terpisah, walaupun tidak seharian bertegur. tiadak lah kawan itu berpisah walaupun tiada di menaip msg kpd kawannye walaupun seminggu. tidaklah kawan itu terputus oleh sempadan dan batasan mase. bahkan bg aku, kawan akan tetap kawan selamenye...

>> suasana saat perkenalan mmg indah, melalui detik2 bersame mmg indah... tetapi adekah keindahan ini akan berkekalan andai ade aral yg merentang di laluan persahabatan <<

biarpun tidak lagi kawan bersame dalam institusi pengajian, biarpun tidak lagi kawan itu sama dalam lapangan yg diceburi, biarpun kawan itu tidak lagi bersama dalam tahap pendidikan, biarpun kawan itu tidak lagi bersame dalam satu bangunan, biarpun kawan itu tidak lagi bersame dalam komitmen kehidupan... kawan tetap kawan.


kawan hendaklah berkawan dengan kawannye seade kawannye. kawan tidak sepatutnye membelengu kawannye dengan paksaan. kawan sepatutnye bebas berkawan. kawan sepatutnye memberi kebebasan kepada kawan memilih kehidupan... kawan sepetutnye tidak menuntut kesetiaan sebab kesetiaan diberikan oleh kawan bukan dituntut oleh kawan...

>> kawan adelah kawan selamenye.. tidak dipisahkan oleh sempadan dan mase, hanye dipisahkan oleh kematian utk mengadap Tuhan <<

1. kawan yg mahu kawannye berkawan dengannye mengikut kemahuan kawannye itu adalah kompromi

2. kawan yg membelengu kawannye dengan paksaan adalah kompromi

3. kawan yg tidak memberikan kebebasan kepade kawannye utk berkawan dengan org lain adelah kompromi

4. kawan yg tidak memberi kebebasan terhadap kawannye utk memilih jalan kehidupan adalah kompromi

5. kawan yg menuntut kesetiaan dengan janji, sedangkan kesetiaan sepatutnye diberikan oleh kawannye, sekirenye kawan menuntut kesetiaan itu adalah kompromi...

>> andai kite berkawan, tidak perlulah ade kompromi nye <<

tapi aku tak nafikan kawan perlu berade di sisi tatkala kesenangan dan kepahitan... tak aku nafikan kawan perlu memberi panduan tatkale kawan tidak berade di landasan...(tp sekali lagi bukan dengan paksaan, tetapi berilah ruang dan peluang). berkawan biarlah atas dasar terbuke dan terbuke, memberi dan menerime - memberi dan menerime, atas dasar kawan itu adalah kawan dan die juge mempunyai kehidupannye. berkawan juge memerlukan toleransi dan beralah, bukan keras kepale dan "aku sahaje yg betul".

>> kerana kadang kale dgn kompromi dalam berkawan, kite mgkin hilang kepercayaan, maka putuslah kawan, jadilah permusuhan... bukan itu yg kite mahukan <<

ntah kenape, beberape kali aku menghadapi situasi berkawan yg seolah-olah bersifat kompromi.
kedamaian idaman aku tatkale ini (sbg mane yg laungkan beberape kali), adelah kedamaian dalam berkawan yg aku tak temui keseluruhannye... seringkali berkawanlah yg mengganggu ketenteraman jiwe dan sanubari...

>> semoge hati-hati ini disatukan dalam satu tautan, di bawah naungan rahmat-Mu Tuhan <<

oh Tuhan, ya Allah... mgkinkah sukar utk insan lain fahami perilaku dan peribadiku... lalu sekirenye begitu, aku harapkan agar Engkau ya Allah kuatkan semangatku meneruskan kehidupan ini kerane Engkau lah yg lebih memahami dan maha Mengetahui keadaan hambe-hambe-MU...

>> dan semoge teman mengerti ape yg aku mahukan, adelah kedamaian dalam persahabatan, yg bebas drp kompromi dan paksaan... yg ade adalah kite lalui jalan kehidupan ini dengan persahabatan sepanjang zaman... <<