Saturday, December 11, 2010
Ketahuilah..
Aslmua'lykum wbt.. dan salam pertemuan
Telah berlalu purnama demi purnama. Telah senyap seketika blog ini tanpa sebarang berita cerita. Telah mengembara penulis blog ini daripada bangku universiti ke persada kerjaya. Telah mendampingi penulisnya suatu kehidupan baru, berhadapan secara langsung dengan manusia. Telah merindui penulis blog ini kehidupannya tatkala mana berkelana utk ilmu itu ditimba. Oh, betapa dunia baru alam pekerjaan ini dirasa. Terus merencana dan merencana, krn masa ligat berputar, tanpa sedar manusia akan tertinggal.
Hmm.. (sambil menegang2kan urat saraf, salur darah, otot dan sendi segale)
Halim dah penah beberape kali cube ingin menulis dan mencoretkan bingkisan baru dlm blog ni. Cume selame ini tak berjaye. Tp, dlm kekosongan mase yg ade sempena menghabiskan cuti yg berbaki, halim rase, halim kene juge meluahkan sedikit-sebanyak dlm blog ni. Paling tidak pun, menyape dan mengucapkan salam kan. Betape dalam kecamuk dunie, kecamuk politik dan kehidupan sosial masyarakat sekarang, takkan la utk menyape kalian dan mengucapkan salam, memberitahu mereka bahawe kite masih bernyawe pun susah kan.. haha.. Itulah.. itulah yg halim selalu fikirkan ketika ini.
Masyarakat.
Klu halim tulis ni, mungkin tak semua org boleh memahami. But, lesson i learned from siri Ugly Betty, cukuplah sekadar 'to inspire at least one person' kan. Tak semua org boleh rasai daripada penulisan kita. Tp, akan ade juga org yg mengerti.
Dulu lagi, sejak halim belajar. Sejak belajar di sekolah, sejak belajar biologi, kepada physiology, kpd pathology, genetics etc2.. membawa kpd subjek2 dentistry. Halim tak nampak disebalik setiap kalimah, setiap ayat, setiap halaman muka surat, buku2 dan kertas2, bahawa semue itu hanyalah tulisan dakwat. Tetapi jauh di dalam setiap buku2 dan kertas2 dan di sebalik tulisan2 ayat dan huruf itu, adelah manusia. Manusia dan manusia pula = masyarakat. Lantas, dalam diri halim sntiase letakkan bahawe the biggest thing i've to do with this ilmu, faedahnye utk masyarakat.
Dulu klu kat sekolah, at least bende yg boleh halim lakukan adelah utk masyarakat sekolah. Tak cukup dengan program dan pertandingan yg halim sertai, halim cube utk memberikan lg buat warganye, halim buat kelas tusyen. Walau pun sekejap shje peluang tersebut, tp halim dah cukup berpuas hati. Kemudian, halim cube bawe bende yg same semase menuntut di universiti. Masyarakatnye lg luas. Segenap raye. Paling tidak pun, cukup la dengan masyarakat Malaysia yg berada di sane. Mungkin bukan dengan sumbangan yg jelas, tak jd AJK program ke hape. Tp memadai la bagi halim dengan sumbangan idea dan saranan. Klu tidak halim bercakap secare langsung, halim gunakan media secara tidak langsung. Klu org lain berkobar-kobar ceramah amar ma'ruf nahi mungkar. Halim buat perkara yg same juga, cume pendekatan halim mungkin berlainan. Halim harapkan mereka agar membudayakan nilai profesional, mengajak mereka agar fleksibelkan diri dan masa agar masa yg ada itu diperah dan diisi sebaik mungkin, halim buat seruan mengamalkan budaya hidup sihat; "Hidup sihat masyarakat sejahtera", halim minta mereka berfikiran terbuka dan berlapang dada, ikhlaslah dalam membuat kerja, jagalah tingkahlaku dan attitude kita, bertoleransi dan sbgnye.
Halim melihat keperluan diri untuk berkerje demi masyarakat. Walaupun halim tahu, hubungan itu bukan selalunya mutual. Masyarakat mungkin tidak menerima kita kan. Tp halim puas, paling tidak pun dapat menolong mereka dlm beberapa masalah mereka. Klu satu ketika persatuan itu menghadapi masalah kewangan, halim cube sedaya mungkin dapatkan dana utk persatuan tu. Tanpa sedikit pun halim nak berkira. Krn halim fikir, itulah sumbangan halim utk masyarakat tersebut. Walaupun halim tak suka guna tagline ni, erti hidup pada memberi, tp halim amat2 mengakui hikmahnya. Tak la besar, sampai boleh pergi mukhaiyam refugee, kumpul dana ini dana itu, sampai boleh ade persatuan tertentu dgn aktiviti kebajikan tertentu. Cukuplah dan syukur kpd Allah, merasai diri halim as a small part of the world that at least give something to this world.
Bile dah bekerja nih.. Maha Besar Allah, Maha Suci dan penuh dengan kemulian-Nya. Halim berasakan ade ruang, ade peluang yg lebih besar utk bertemu dgn masyarakat. Utk memberi khidmat bakti kpd mereka. Cumenye byk keterbatasan2 yg menyukarkan kite utk memahami dan mendengar kehendak, keperluan dan pemikiran mereka. Antaranye :
1. Waktu yg dpt diluangkan bersame pesakit terlalu singkat, hal ini disebabkan kebanjiran pesakit2 di klinik utk mendapatkan rawatan. Klu sehari dekat 100 pesakit, kita tidak mampu melayan karenah mereka sedangkan kadang kala mmg terdpt pesakit yg sgt willing utk mendengar nasihat kita. Mereka juga suka bertnya kalau kita menerangkan. Klu mereka mendengar kata-kata kita, tp amat sukar utk kita kadang kala mendengar keluhan pesakit.
2. Ruang yg terbatas. Mmg dalam klinik, satu hall surgeri menempatkan 4-5 dental chair. Tiada penghadang (cubicle) seperti yg di dapati ketika di klinik universiti dulu. Rawatan diberikan dalam keadaan bersempit2 itu dan tiada privacy. Pesakit kadang kala amat sukar utk memberitahu secara keseluruhan masalah yg ada pd mereka dan kita pula terpaksa berhati-hati agar percakapan kita tidak memalukan mereka di khalayak. Adakala kita terpaksa melupakan hasrat utk memberitahu masalah mereka yg lain juga.
3. Kelengkapan dan perkakas di klinik amat terhad. Kita tidak mampu memberikan rawatan komprehensif kpd mereka. Sekadar mendahulukan komplen2 utama pesakit. Kadang kala pesakit juga mempunyai masalah lain, tetapi kerana kekurangan ini, kite tidak mampu memberikan rawatan2 yg lain.
dan pelbagai lagi kesukaran serta halangan yg menyebabkan kita susah utk mendengar keluhan dan suara hati pesakit yg mewakili masyarakat kita ini.
Pun begitu, halim menganggap inilah cabarannya. Stlh beberape bulan bekerja ni, halim telah mula cuba utk senyap seketika di hadapan patient, dan biarkan patient bercakap dan meluahkan masalah mereka. Sedikit2 ada juga celahannya, krn kadang kala kita perlu memberi pandangan kita akan masalah mereka scra terus / langsung. Perkara ini halim lakukan terutama sekali melibatkan kes kanak2, ibu mengandung dan beberapa kes2 appointment. Halim sgt seronok melakukannya. Walaupun kadang kala halim tak menang tgn menangani. Kadang kala pula mereka 'terlebih sudah', byk karenah dan ragam. Minta itu dan ini. Dan klu sekalipun halim tidak mampu memenuhi permintaan mereka, halim akan cuba memberi nasihat dan alternatif lain.
Masyarakat. Masyarakat. Byk ragamnya. Memahami mereka bukannya mudah. Menuntut kesabaran. Sbb kadang kala memeningkan. Cukupla halim skdr buat yg termampu. Jauh di sudut hati, halim mengharapkan halim dpt buat lebih baik drp ini. Biar balasannya bukannya balasan yg baik. Tp klu ikhlas, insyAllah ada ganjarannya. Halim amat mengharapkan dpt memberi sesuatu yg lebih lg buat masyarakat, mereka bukan siapa. Mereka manusia juga seperti kita. Manalah tau suatu hari nnti harapan halim ini diperkenankan Allah, dpt menjadi doktor pakar bidang yg halim minati. InsyAllah halim cuba berikan yg terbaik. Doa2kan la ya..
Halim melihatkan masyarakat pada ruang / peringkat halim berada. Klu di sekolah, warga sekolah la masyarakatnya. Klu di universiti, kelab dan persatuan, kawan2 dan ahli persatuan la masyarakatnya. Dan dalam pekerjaan ini, tentunya org awam masyarakatnya. Sejujurnya dulu, halim mempunyai sejarah hubungan yg tidak baik dgn mereka. Hubungan kami tidak mutual. Halim sgt tidak suka keluar rumah, tidak mahu mengetahui kehidupan sosial. Malu, krn punya kekurangan diri. Yg anda semua ketahui. Sehingga kini, masih ada persepsi kurang baik mereka terhdp halim. Tp, sejak memahami bahawa dunia ini luas utk diterokai, halim kuatkan diri. Pekakkan saja telinga dan keringkan saja hati dgn nilaian2 mereka. Apa yg halim tahu dan mahu, is to contribute something to them, to the community. Dgn jalan halim, bukan dgn jalan org lain.
If only u r willing to stop talking and listen to the community, anda akan dgr sgla mcm keluhan, aduan, kehendak dan keperluan mereka.. If only............... n if only anda boleh lakukannya.............
Krn bukankah anda telah bersumpah............
Serta sumpah Oath to the Profession in Arabic (Islamic Oath).. halim tak dpt jumpe petikannye. Dan Prof. Dr. Ma'mon dulu sebut laju sgt, tak sempat hafal.. Apepun, di akhir oath tersebut, segalanya semata-mata "Utk mendapat rahmat Allah dan keredhaan-Nya".. Maka, penuhilah sumpah anda ini.
Wednesday, January 13, 2010
:: MENGIMBAU AKTIVITI ::
Halim nak ajak anda semue mengimbau semule aktiviti yg sempat halim sertai dlm bulan Disember dan awal Januari lepas.. Mgkin byk gambar.. halim ingt nak upload kat Facebook, tp tak pasti lg.. tgk la mcm ne nnti k.. kat sini halim lebih senang nak komen, nak luah perasaan drp kat FB tu.. jom..
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
>> mase persiapan kat Dewan Banquet Al-Sharq, utk kami MC synchronizekan everything ngan AJK teknikal n multimedia <<
>> Ni la mereka, para pelajar cemerlang.. Semoge berjaye dan cemerlang lg.. klu tahun depan tak dpt tu, lumrah laaaaa... hahaha <<
>> bile waktu makan.. tgk ni, yg ade bunge biru tu, AJK persegaran.. die la yg paling sibuk ri tu.. paling sibuk makan pun ade gak.. haha <<PROGRAM MEGA, MALAYSIA DAY di Universiti Yarmouk
>> halim diberi kerje utk menyiapkan pelamin n hantaran.. so semuenye bermule dgn design la kan.. btw, design ni serbe ringkas sbb nak katenye, nak dptkan barang2 kat sini bukan senang.. bukan de duit byk pun.. bukan mcm kat Mesia sane, skang ni semue nye senang.. pi butik, hntr design, bincang ngan perunding, esok siap.. brg2 kat Mesia senang nak dpt.. so tak usah la nak kutuk ni design pelamin tradsional je.. org skang pelamin moden.. KAU BAGI DUIT sini biar aku buat, ingt tak boleh buat ke?!!! DUIT JE TAKDE.. <<
>> Sebahagian drp barang2 hantaran.. RAMA2 AKU BILE LA NAK PULANGKAN?!!! hahaha.. tak puas lg ke?!!! <<
>> malam persiapan utk aturcara perasmian esok.. bertungkus lumus.. walhal esoknye exm.. biar la kan.. kalau kite dah sedie utk 2-2 perkare.. biar la.. tgk bagaimane kite mampu memfleksibelkan mase.. bukan bg alasan je.. <<
>> tu diaaaaa.. pelamin siap penuh.. thanks a lot kpd mereke yg menolong.. seronok sgt.. design ke-5 ni tp baru kali pertame dpt direalisasikan.. nak design lg utk wedding angah nnti <<
>> tu diaaaa.. Malaysia Day kite.. siap ade zapin.. walaupun 2-3 org tu tempang sikit die nye gerakan.. mcm robot pun ade gak.. tak sie-sie usahe perkenalkan zapin.. tak sie-sie jd pelopor Hari Apresiasi Sejarah dan Budaya BKPJJ.. dulukan ade org jatuhkan hukum haram la bid'ah la.. ni MSD sendiri sokong.. salah ke nak tampilkan keunikan budaye mcm ni?!! kan masih lg terpandu dan terpimpin oleh agama.. <<
>> bile mereka yg telah diijabkabulkan pun bersanding atas pelamin.. indahnye menjadi raja sehari.. kite yg siapkan pelamin ngan hantaran plak yg sgt2 teruje.. Cume paling tak memuaskan hati, susunan hantaran tu.. bersepah.. tgk gambar2 hari persandingan tu.. dah cantik dah pelamin, pengantin ngan pengapit.. tgk hantaran punye sususan.. malu sgt.. klu boleh nak cari gambar yg tak nmpk hantaran.. berterabur.. <<**kadang2 tu, halim hairan dgn org yg tak reti menghargai nih.. halim rase die ade penyakit hati kot.. ntah pe la die tak puas hati.. perlu ke smpai nak kutuk orang.. nak kutuk hasil kerje org.. tak boleh ke menghargai usahe org len ek?!! halim simpan je dlm hati ni.. jgn sampai halim hembur kat depan2 org tu, atau paling tidak.. halim sentap dlm blog ni nnti..
SMART STUDY PROGRAM, WAY TO THE FUTURE
>> dapat dtg awal.. semate-mate nak dgr talk drp Dr. Jumana Karashneh.. walhal esoknye pun exm lg <<
>> ni la Dr. Jumana yg halim sgt2 kagumi, hormati lg sayangi.. Oral Medicine and Diagnosis Specialist.. tenang je.. talk beliau pun cukup ringkas tetapi menusuk kalbu.. penangan ayat-ayat Al-Quran yg diselitkan dlm talk beliau cukup membangunkan jiwe.. mantap, mantap.. <<
>> finally, dah jom azam.. kite balik.. pikap dah sampai.. nek pikap je.. itu pun org nak pertikaikan ke.. ade pengangkutan pun dah cukup syukur dah dapat balik Irbid <<Kesimpulan nye, dlm semue program yg dpt halim sertai bulan Disember dan awal Januari ni, semue esoknye ade exm menanti.. result exm, ade yg ok dan ade yg tidak.. tp, halim tetap puas hati, dan tak perlu la salahkan program.. tak payah ckp "sbb ko ikut program la, klu ko tak ikut program, markah ko leh lg tggi kot".. TAK PAYAH ckp mcm tu.. sbb keputusan utk semue perkare itu, halim yg buat.. halim yg buat keputusan utk ikut program, dan tentunye la halim tau esok de exm.. Bab syukur tak syukur, puas tak puas.. semue tu dlm hati halim.. Hati dan iman halim yg mengetahui dan semue ini dlm pengetahuan Allah s.w.t jue.. Dalam halim merancang jadual hidup dan membuat keputusan, Dia yg menentukan segalanye.. waAllahhu a'lam..
** halim akan terus menyeru agar ade antare kite yg boleh memfleksibelkan mase dan tenage kite utk hal-hal seperti ini.. ganjarannye pasti la atas hak Allah s.w.t utk menentukan klu benar keimanan kite..
Wednesday, July 8, 2009
)) KINI SUDAH MENJALAR SEGENAP ((
Sblm aku menulis bicara hari ini, aku tetibe la pulak suke kat satu lagu tu.. Lagu lama pun, tp aku tetap nak kongsikan di sini. Terimelah drp saye utk anda semue..
KETULUSAN HATI, Marshanda
Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah
Demi rahmat-Mu ya Allah.. aku memohon petunjuk utk dan drp penulisan ini..
Baik, ape sebenarnya yg aku nak bicarekan hari ini. Ade beberape perkare yg ingin diluahkan pada pertemuan kali ini. Tengok la bape byk yg mampu aku tulis nnti kan.. sbb aku ni kalau dah bercerita, start menulis, habis la. Mane penah pendek entri aku buat. Kalau tak lebih 3 perenggan tu mmg tak puas lagi la tu. Pantang ye jari-jemari ni. Bile bertemu je papan kekunci laptop, pasti akan menari-nari ligat di atasnya sehingga sukar utk berhenti. --/ aceceh aku.. tak nak kalah namenye.. dah tu yg sblm ni buat post-post batal ape hal kan.. Nak dikatekan bakat terpendam. Tak mungkin, sbb aku ni bukan sasterawan yg mampu nak menghasilkan novel dan cerpen yg hebat, shingga penyunting pun gamam dgn penulisannye. Siap dihebohkan lagi serate dunia hebatnye penulisan die dan di mana boleh mendapatkan novelnya di pasaran. Haruslah aku tidak sehebat org itu. Tettaapi!!!!!!! sbg mane yg aku katekan, aku akan tetap menulis, biarpun musim panas ini, selalunye kering kontang dah dgn penulisan, entri dan post sgle. Namun, musim panas kali ini berlainan la pulak. Ibarat air hujan pulak yg mencurah-curah sbg rahmat drp langit dgn izin Allah s.w.t yg membasahi bumi. Begitulah hubungan bumi dgn langit..

>> aku bukan drp kalangan mereka. Mereka hebat! <<
Amik nafas jap. Tarik dalam-dalam. Hembus kan.. --/ mati la bau kentot org.. hahaha.. laarriiiii
Semalam, satu peristiwa besar berlaku dlm hidup aku. Selama mane hari demi hari yg dilalui ini, sekian lama aku diamkan, semenjak awal permulaannya. Semalam menoktahkan sgle nye. Ibarat sebuah cerpen yg dikarang dgn baik. Ayat-ayat dan plot cerite disusun dgn cantik. Latar masa, tempat dan peristiwa diceritakan dgn penuh teliti dan kesopanan. Cerita dibina dgn permulaan yg berkesan, kemuncak / klimaks yg menggemparkan dan penutup yg mantap. TETAP tanda '.' ini menjadi kesudahannya. Begitulah ibaratnya situasi yg berlaku kpd ku semalam.
Sekembali drp kelas, dgn penuh kepenatan. Pakaian ke klinik disalin dgn pakaian basahan di rumah. Lantas, diri direbahkan ke katil dan berlalu bersama mimpi-mimpi di siang hari. Tetapi, bgun sahaja drp lena. Tgn menggapai tetikus laptop --/ boleh kan aku gune istilah Bahasa Melayu bab2 komputer ni.. Kursor dihalakan ke penanda buku (bookmark), dihalakan pula ke folder bloggerzz... 26 senarai blog dlm pengetahuan --/ tu pun kau nak mention la.. tau dah, ade yg lagi byk drp aku.. SURRENDER, tak nak lawan!!! Tetap, blog sendiri yg menjadi pilihan.. Perkare pertama aku lakukan bile aku buka blog aku ade lah ape?!! Siape boleh teka.. haruslah aku tgk visitors counter tu dulu.. mulai sekarang kene bersedia utk menerima visitor ke 4444.. so bagi sesiape yg menjadi pengunjung bertuah itu, sile la amik gambar no tersebut dan serahkan kpd aku. HAHAHAHAHAHA.. Poyo kan aku.
Perkare seterusnya yg perlu dilakukan adalah meneliti sekirenya terdapat komen pada post atau komenan di chatbox "Saling berborak" aku itu. TADA!!!!!! Ade org datang merepot, atau dlm bahase kami di sekolah; me'retort'.. sehingge mereka yg duk asyik mengadu ini dipanggil kaki retort --/ asbestos sungguh kan gelaran tersebut!! asbestos pula adalah bahase sopan yg membawe maksud CILAKAK = CELAKA. Hebat tak kitorg mencipta perkataan. TERUS MEMPERJUANGKAN BAHASA! Oh ya, kate org itu di chatbox tersebut, blog aku telah dilinkkan di blog terbaru blogger Irbid. Mamai kepale hotak. Terus menjerit ala2 filem KL Menjerit. Tp kali ni, adalah filem Irbid Menjerit. TTIIIIIIIIIIIIIIDDDAAAAAKKK.. tidak dilupekan, haruslah mengucapkan ribuan terime kasih kpd yg MERETORT itu. Kene bagi hadiah sagu hati kew?!! --/ opsss.. opsss.. jgn sebut.. kang ade org demand

>> kaki retort sungguh.. tungku kaki tiga betul kan.. cari la maksudnye <<
Ape pun, urusan dgn blogger tersebut dah pun selesai. Tak perlu la nak diperbesarkan kan.. AC.. Tak gitu. Kite ni kene la berbuat baik sesame kite. Chewah aku. Boleh perasan?!! Cukup la aku nyatekan isunye, aku terangkan prinsip dan kehendak aku. Dan aku yakin, org tersebut paham dan mengambil tindakan sewajarnya. Bravo utk die drp aku. --/ suke la tu kan..
Daripada cerite pepanjang kat atas tu, paham ke tak?!! Maksud aku, blog aku ni tak pernah pun aku publish secare terang-terangan selama ini. Tibe2 je semalam, blog ini dilinkkan di blog blogger tersebut dgn penuh keTATASUSILAan. Hebatkan blogger tu. So, secare gempaknye pulak, blog aku ini dah tak berape nak privasi. Boleh tu pulak, aku pergi program semalam.. ade org ni duk tanye. Org tu pulak duk menganjeng beberape kalimah pernah aku gunekan. Org lain pula, duk perli-perli aku. Makhluk asing pula duk kononnye NAK SENTAP aku la?! Hah?!! kau ingat aku ni makan sentap org la. Aku ni landasan terhempas geseran tau --/ dah kan.. aku gune balik kalimah-kalimah kat sek dulu.. kitorg mmg suke gune istilah2 makmal ni.. Dah puas dah org hina aku, org jatuhkan hukuman kat aku. Cukuplah aku masih lagi sabar.

>> thanks kpd mereka yg menjadi pelangut setia.. Setia ku di sini kan.. Ziana Zain sgt <<
Aku tak kisah la pasal blogger tu kan. Antare aku ngan die dah selesai urusan. Aku tau dan aku terus berbincang dgn die. Selesai CERPEN kisah aku n die. HAL ANA QESSOH?! LA, ANA LA QESSOH.. boleh?!! Paham tak.. Ade aku kesah ke?! tu maksud die --/ ni budak2 bertuah semalam la ni mengajar ayat-ayat pelik ni.. Yg aku kesahkan la.. Aku rase aku pernah je buat kenyataan sblm ini, bahawe sesungguhnya, aku tidak mahu blog aku ni dilinkkan.. Aku tak publish pun blog aku, aku tak mahu org lain publishkan. Aku tegas ni. Permohonan ini dilakukan scare bertulis ini.. Kat blog aku ni.. Kepada pelangut-pelangut kat blog aku ni, adelah sesungguhnye aku tak kesah korang melangut, menjadi pengunjung, pembace blog aku. Tetapi aku memohon dgn sbnr2 permohonan agar blog ini TIDAK DILINKKAN di mana-mana blog, website atau apa-apa jua medium sebaran am. Aku tak mahu, aku tak nak!! Jadi lah pembace, jadi lah pengomen, jadi lah penjatuh hukuman terhadap aku. Aku tak pernah salahkan korang. Tp tak perlu la aku nye blog ini dilinkkan.. TOLONG!!

>> kalau korang tak leh terime.. aku buat surat permohonan nak.. hitam putih lagi <<
Selagi mane aku rase, aku masih belum bersedia utk ke hadapan dalam arena berblogging ini, selagi mane aku tidak bersedia utk canangkan blog ini kpd umum. Maka, aku harap org lain turut memahami aku. Penuh KETULUSAN HATI ini aku cakap. Tolong la sesiape yg telah berbuat demikian, lepaskan la link yg anda buat terhadap blog aku ni.

>> setulus hati ni aku minta.. nk merintih mcm mane lagi?! <<
Penyelesaiannya, aku telah memikirkan beberape perkare yg mungkin aku akan laksanekan sekirenye hal ini berterusan.
1. aku tukar domain blog ini.. termasuk akaun blogspot aku.. so, sesiape yg nak membace, cari la balik blog ni.. peduli hape aku kan.. boleh ke camtu?!! ke tak strong tindakan aku ni?!!
atau
2. aku tukar setting, allow only certain manusia yg aku pilih utk menjadi TETAMU blog aku..
atau
3. aku tutup je la blog ni.. dan cari alternatif lain nak meluah perasaan dlm bentuk penulisan mcm ni.. sbb aku tak leh berhenti menulis gamaknye ni.. tp wordpress bukan alternatif pilihan aku.. haha.. --/ tapi sayang uuu.. dah 3 tahun blog ni bergerak.. bukan beginner mcm sesetengah org tu kan.. tuptup dah ade follower.. menyampah la plak aku


ISU AKU ISU KECIL
Ermm.. ade org cakap kat aku
"Pehal yg kau rase bagus sgt tulis sgle mcm bende kat blog kau. Isu kecik je pun. Bukan cerite pasal ummat pun. Bukan boleh bine negare pun. Yg kau rase hebat sgt tulis mcm tu pehal?! Kau cari gaduh ngan org ade la. Pehal kau nak sentap org plak?! Blah la wei kalau bg alasan nak meluah perasaan.."
1st of all, aku nak bgtau kat yg mempertikaikan tersebut la ye. Aku ni, baik orgnye. Org tak cakap, tp aku tau. Dah korang juga kan yg suruh aku SEDAR DIRI. Aku sedar diri la ni. Aku masih bersabar la ni. Masih kawal diri lagi. Masih lagi berada pada stage pemikiran yg waras, sbb aku belum lagi masuk level loss of conciousness (LOC). Level LOC aku ni, bukan atas disbbkan oleh epilepsy ke, anaphylactic shock ke.. hypertension ke.. Tang aku punye LOC ni, die len sikit. So, tak payah la menguji kesabaran aku. Kalau kau konsep cakap jujur, aku pun konsep cakap paling jujur antare korang.. Baik kan care aku memberi balasan dan tindak balas. Tak payah la puji aku ni. Nak buat ape la melakukan kezaliman dgn membalas pulak dgn kejahatan kan. Pujangga melayu pernah menyebut
~ Membalas kebaikan dgn kejahatan adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan. Membalas kejahatan dgn kejahatan adalah perbuatan hina dan kezaliman. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah perkara biasa. Membalas kejahatan dgn kebaikan adalah toleransi dan berpekerti mulia ~

>> sedar diri dan kembali ke pangkal jalan.. dalam mencari redha-Mu <<
2nd notation.. kalau kau tak anggap ape yg aku tulis ini adalah luahan perasaan aku, aku paham je. Sbb manusia mmg ade pelbagai persepsi. Aku sedari awal lagi mengatekan, penulisan aku adalah luahan perasaan aku. Dan terpulang kpd pembace nak menginterpretasikan ia sebagai mane rupe, menerima atau menolaknye juga adelah terpulang kpd pembace. Aku memberi nilai aku terhadap penulisan aku. Kau pun ade penilaian kau tentang penulisan aku. Kau yg duk sebuk membace, dah la tak malu membace.. Tak bagi salam masuk umah org. Aku ulang sekali lagi, tak payah la duk bg alasan.. dah terjumpe blog aku ni, kau bace je la pula. Pendirian aku, kalau dah kau tak suke bace penulisan aku, aku dgn baik kate, kau tak payah la bace.. berundur diri. Dgn penegasan aku, tak payah la nak bagi lecture pulak kat aku. Dah jelak la.. dah muak, paham?! Cukup la sgle lectures aku kat u, khutbah jumaat lagi, ceramah lagi, tazkirah sgle, Al-Kuliyyah, bicare siswa, forum perdana dan sgle mcm bentuk wahana dakwah yg aku dengar dan tonton utk aku sendiri bermuhasabah diri. Kau tu khutbah jumaat pun tido, dtg masjid lmbt, ala2 org nak iqamat baru nak terhegeh-hegeh dtg. Ade hati nak jadi direct sounder --/ aiyo.. matila.. ade ke kalimah ni?! lantak la.. aku gune je

>> aku bukan ekstremis, lelagi pasal isu kepartian.. change!!! berubah!!! <<
3rd point. Aku nak mengaku, sesungguhnya aku bertanggungjawab terhadap penulisan aku secara total. Ape-ape sahaje yg terdapat dlm blog ini, pada dasar nya adalah kehendak aku menulis mengikut kehendak dan keperluan semasa. Aku yg menulis, maka, aku bertanggungjawab. Aku merepek ke, aku menyentap ke, aku menghebahkan ke.. tanggungjawab aku. Dan atas sbb tanggungjawab aku, maka, penulisan aku hakikatnya bukanlah didasari sepenuhnye oleh emosi, perasaan dan akal fikiran. Sbhgian isu yg ditulis didasari oleh kajian dan penyelidikan. Dan fokus aku, tidak mahu memperkatekan isu-isu besar spt yg dibawa oleh sesetgh blogger yg lain. Fokus aku adalah isu-isu yg melingkari kehidupan. Yg mana, bagi mereka yg bijak pandai, akan nmpk bahawe isu tersebut sbnarnye boleh membawe kpd isu yg lebih besar. Relasi antare isu yg aku bawe dgn isu-isu "besar" adalah secara tidak langsung bg mereka yg mempunyai akal fikiran utk menilainya.
Aku amik satu contoh; isu sekarang, kedptan kelompok masyarakat yg ikhlas ingin memperjuangkan isu Palestin. Wacana pemikiran mereka, pada aku hebat. Tiupan smgt dan ruh jihad mereka bersungguh. Aku mengandaikan mereka inilah syabab yg diperlukan oleh agama Islam demi memartabatkan kesucian Agama Islam di atas muka bumi. Dan bagaimane pulak hal nye sekirenye aku mengaitkan isu ini dgn isu yg pernah aku tulis suatu ketika dahulu, membincangkan berkenaan isu PEMBINAAN PSIKOLOGI CEMERLANG.. Hari ini ummat Islam bagaimane, diserang drp segale bentuk.. fizikal, mental, spiritual dan material. Lantaran serangan segenap segi ini, ummat Islam lemah, ummat Islam ditindas dan dimomokkan dgn pelbagai ideologi yg akhirnye menjadikan ummat Islam itu takut dgn diri mereka sendiri. Namun, hebatnya ummat Islam spatutnye daripada sudut psikologi yg cemerlang. Hadis Nabi s.a.w dan Kalam Allah telah memberi pelbagai rangsangan buat golongan Muslimin lagi Mu'minin ke arah pembentukan psikologi cemerlang ini, tetapi ummat Islam sendiri gagal membinanye. Ke mane perginya psikologi ummat Islam kini, spt hadis Nabi s.a.w, yg diriwayatkan drp Thauban dgn mafhumnya;
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama. Sahabat bertanya; "adakah pada ketika itu ummat Islam lemah dan sedikit sedang musuh sangat kuat?". Sabda Nabi s.a.w lagi; “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya tentang perihal ummat seperti buih di lautan. Jawab Nabi s.a.w; “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn. Itulah cintakan dunia dan takutkan kematian"
Begitu juga dgn isu yg pernah berbangkit dlm blog aku, terhadap nilai dan sikap membeze-beze?! Ke mane perginye ruh Islam, dalam ketike mane kite sebuk melaung-laungkan isu UKHUWAH, tp kite juga sebuk membeze-bezekan antare satu same lain. Aku mengaku, aku tidak mampu membawe isu kenegaraan dgn baik. Tetapi, bg yg membuke mate, membace dgn mate hati mampu melihat relasi antare isu "HARI INI KITA MENCIPTA SEJARAH" dgn kemajuan dan peradaban negare. Dan yg paling penting, aku tidak mahu menjadi seperti sbhgian manusia, yg ekstrem membidas itu ini dgn mempertahankan pendirian berbentuk kepartian. Itu bukan prinsip aku!

>> menggoncang dunia.. mencipta sejarah.. lirik lagu sgt.. <<
Mudahnye, ingin membincangkan isu-isu besar spt keagamaan, politik dan kepartian, kenegaraan dan sbg nye, bukan lah minat aku. It's jas not my taste. Aku sesungguhnye tidak mahu bertanggungjawab sekirenye berlaku kesalahan dan pembohongan dalam penulisan aku berkaitan isu-isu besar ini. Kerane ingin menulis artikel berkaitan isu-isu sebegini memerlukan kajian yg sgt2 mendalam dan teliti dgn fakta-fakta yg betul, agar penulisan berkaitannya tidak terlalu didasari oleh emosi dan nilai ekstremisme. Sesungguhnye aku khuatir jika aku telah merintis jalan pembohongan terhadap fakta andainya aku menulis isu-isu besar spt yg mereka pertikaikan. Saham pembohongan itu, pemegang share terbesar nye akan menjadi aku dan aku TAK NAK perkare itu terjadi pada diri aku. So, bagi mereka yg suke sgt menulis artikel berkaitan isu-isu ini, berhati-hatilah dgn penulisan anda. Aku telah menyatekan pendirian aku dan aku yakin, anda pasti kekal dgn pendirian anda.
nota:
1. selalunye lepas 5 Julai takkan ade cerite kat blog ini sehingge raye berkunjung tibe.. booom!! pecah tradisi
2. puas hati dgn pengumuman isu PPSMI?!! aku terime seadanye.. (n_n)smile..
Saturday, June 6, 2009
"> Kasih KU PERTAHANKAN <"


Tau tudo.. aku mulekan bicare kali ni dgn beberapa gambar.. demi mengungkap satu kata mutiara --/pernah kau dengar?!! bace la ape lg..
"SETITIK DAKWAT MAMPU MEMBUAT SEJUTA MANUSIA BERFIKIR"
Aslmua'lykum wbt..
Sidang pembace yg dihormati sekalian. Kite bertemu sekali lg..
Sebenarnye, post ni patut dipublishkan sblm post drama dakwah tu. Tp atas sbb2 teknikal, post ini ditangguhkan. Demi mengkaji dan mencari lagi maklumat utk santapan minda dan SENTAPAN rasa hati yg membacenye.
Sebahagian drp kite mungkin suke mencari kate-kate mutiare, kate-kate hikmah atau pujangga yg boleh diletakkan dalam penulisan mereka. Hal ini supaye menjadikan penulisan mereka lebih menarik. Kate-kate mutiare ini bukan hanye boleh digunekan dalam penulisan, tetapi boleh juge digunekan dalam percakapan harian, pidato, syarahan atau pun laporan berite. Kerane itu tidak hairan Karam Singh Walia mampu menghasilkan laporan berite yg menarik kerna meletakkan kate-kate mutiare bagi memperindah bahase dan sbg TEGURAN kpd masyarakat.
>> Karam Singh Walia.. idola ni.. dah la penah dpt Anugerah Tokoh Maal Hijrah.. kite penah dpt?!! << Begitu juge kpd bidang penulisan, penggunaan kate-kate hikmah sbgini sememangnye mempercantik penulisan kite. Kite juga mampu memberi pengajaran yg bergune kpd org yg membace penulisan kite. Bahkan kadang kale mutiare kate ini digunekan sbg SENJATA dan PERISAI bg menujah mengjahanam memotong mencantas meMANTIS seseorang atau mempertahankan diri dan pendirian kite --/ haaaah!!!! kan.. dapat kau paham maksudnye tak..
Kite ambil satu cth; dulu dgr cerite adelah seorg blogger tu tulis pidato beliau dlm blognye.. nex time nye pulak blogger tu tulis wawancare beliau utk satu anugerah tu, sbb die adelah calonnye. Tuptup, ade la plak blogger satu lg ni, duk prongprang2 kat blog die pasal blog blogger yg calon anugerah tu.. Ape yg perlu dilakukan?!! Hah jawab....!!!! --/ mati la aku, dah cube nak wat post ni nmpak neutral, tak jadi kot.. hahahaha.. tolong aku!!
Begitulah sidang pembace ye, sebenarnye setitis dakwat itu, mampu membuatkan sejuta bahkan lebih lg manusie lain berfikir. Walaupun hakikatnye, kite ni dah maju. Tulis tangan ni dah tak main dah, skang ni semue computerized kan. Tak kesahlah.. yg penting adelah penulisan. Kau gune dakwat, kau tulis kat komputer, kau gune air liur --/ mcm Imam As-Syafie, kau gune ape lagi, pasir ke, arang ke, kat batu ke.. yg penting semue itu adelah penulisan dan ade org yg membace. Maka, dgn penulisan itu akan membuat manusie yg membacenye berfikir.
Cthnye; orang zaman batu --/ contohnye.. kalau ade yg terase dirinye tu org zaman batu, tak tau la plak kan. Bercawat sgle kan. Duk amik batu pastu conteng kat dinding gue. Kite nmpak mcm bodoh kan tindakan derang. Tp kalau bodoh tindakan derang kenape org skang sebuk duk cari, mengkaji jumpaan, menyelidik dan menterjemah penulisan org zaman batu tu. Tak bodoh ke org yg mengkaji memerah otak memikir nak terjemah lukisan2 org zaman batu kat dinding gue tu?! Tidak. Kerane dah mmg itu bidang tugas mereka. Bahkan mereka yg menjalankan kajian arkeologi ini bukan calang-calang orang nye. Masing2 dah ade Ph.D.. Hakikatnye begitulah sesebuah penulisan. Bukan sesuatu yg sia-sia, tetapi dibace supaye mengajak manusia berfikir.
Dan sbg penulis atau blogger atau sasterawan atau lain-lain yg sewaktu dgnnye, haruslah kreatif dlm setiap karya. Tgk kpd penulisan oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said.. kalau beliau tidak kreatif dlm penulisannye, masakan setiap karya yg dihasilkan oleh beliau mendapat perhatian sehingga dipentaskan dan dilagukan. Begitu juga dgn penulis muda dlm website nye, LI --/ perlu ke mention website nye yg sebenar, tak payah kan.. dan novelnye yg berjaye dipasarkan di pasaran dan mendapat sambutan begitu menggalakkan, haruslah kreatif utk novel2 dan penulisannye yg lain. Tak lupe ade seorg blogger yg lain, turut ingin memberi peringatan dan mengajak manusie kembali ke pangkal jalan dgn penulisan Ayat-ayat Cinta part 1, memetik ayat-ayat Al-Quran utk penulisan blognye dan disudahi dgn "SodaqAllahhul Al-Adzim". --/haha.. mati la aku. Mengambil pendekatan tersebut la, blogger ini cube membawe pembace kpd pelbagai situasi, agar blog nye mendapat perhatian dan KOMENAN --/ nak org komen, tak nak kalah namanye.. bersedielah kau!!!
Hakikat itulah yg cube dibawe oleh blogger tersebut. Kerane blogger dan setiap entri yg dibuat adalah seperti seorg artis dan persembahan mereka --/ hah.. die mengaku artis la pulak.. Kan, begitu bukan. Setiap artis terpakse memikirkan sesuatu yg baru dan segar dlm setiap persembahan mereka utk para peminat agar mereka tidak bosan. Begitu juga dgn blogger. Haruslah memikirkan sesuatu yg segar lg kan menceriekan suasane, kreatif dan kritis agar mereka yg duk MELANGUT kat blognye terus MELANGUT dan menjadi peminat yg boleh VOTE blogger tersebut dlm anugerah yg disertai blogger tersebut --/ boleh?!!! Di samping itu, ingt fokus utame penulisan adalah utk mengajak manusie berfikir.
Secare peribadi, blogger tersebut ingin menyatekan, tidak lebih penulisan yg dipostkan dlm blognye, adalah utk mengajak mereka yg membace berfikir dan mendalami luahan rase blogger.. Bagi yg tak suke, blogger tak pun suruh kau suke.. Jd sile la tinggalkan blog ini dan tak payah nak MEMBERI SYARAHAN pulak kat blog ini. Perlukah nak SEKOLAHkan blogger yg lame dah tamat sekolah. Lecturing blogger pun tak perlu sbb blogger dan penat dan bosan. Cukup2 la dgn lectures kat universiti tu, khutbah jumaat, ceramah agama, Al-Kuliyyah TV3, Forum Perdana Ehwal Islam, Al-Hidayah dan beberape program yg lain, sama ade kat media elektronik atau semase di sini.
Bagi yg perasan, gaya penulisan blogger juga semakin berubah. Ke arah kematangan katenye. Sejak penulisan tentang bidang pergigian, prospek dan bidang pengajian serta Pelan Tindakan 5 Tahun BPKJJ, blogger berasekan bahawe perlu kpd bentuk dan gaya penulisan yg lebih baik dan pelbagai. Lalu beginilah, semakin hari semakin berubah. Setiap penulisan didasari dgn sbb munasabah dan ditulis utk berbeza dgn penulisan sblmnye. Ditambah kate-kate picisan utk MENYEDAPKAN lagi luahan rase tersebut, dan buat org tersentap serte DEMI menyedarkan orang yg membace tu. --/ pernah kau sedar?!! tak penah kan.. sbb korang bukan paham ape yg aku tulis pun.. konon2 je melangut kat sini.. kalau cerite tu tak best, sah2 la kau tinggalkan blog ni..
Blogger akan terus menulis tidak kire la dlm bentuk ape pun, kerane bg blogger setiap kata-kata dan penulisan itu ibarat RINTIK-RINTIK HUJAN, yg bertakung dan boleh menyebabkan byk perkare;

a. BANJIR
b. BERTAKUNG DAN MENGALIR MENUJU SUNGAI
c. LALU MEMBENTUK LAUTAN YANG LUAS, walau faktanye mane mungkin mengatasi Bijaksana, Luasnya Pengetahuan, Kehebatan, Kekuasaan, Kebesaran dan Kalam Allah s.w.t spt mane yg termaktub di dalam Al-Quran,
(Surah Al-Kahfi; Ayat 109)
dan di akhir surah Al-Kahfi adelah peringatan utk ummat manusie agar tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Ingat!!!
ATAU RINTIK-RINTIK HUJAN YANG BERTAKUNG ITU HANYA TERSEJAT KERING --/ bagi yg buat tak tau.. tak amik kesah..
Sunday, May 17, 2009
))- PeRNaH DIcABar -((
Awal kalam, Aslmua'lykum w.b.t
Thani kalam, post kali ni bukanlah nak membangga diri. As what i've mentioned several times before, ni namenye meluahkan perasaan. So, it depends on ur perception sama ada nak menjatuhkan hukum membangge diri, atau poyor atau yg same waktu dgnnye. Personally, inilah cerite yg berlaku pd diri ini suatu ketike dulu yg masih diingati. All of this, definitely related to my beloved teachers sempena HARI GURU yg diraikan semalam, 16 Mei --/ tetap 16 Mei setiap tahun tu adelah Hari Guru, jd takyah mention tahunnye la kan
Ceritenye begini --/ sambil toleh kiri kanan dan mengimbas kembali tahun 2004
Tengahari ketike rehat, aku pergi ke pejabat asrama berjumpe dgn Pn. Zawidah --/ rindukan Pn. Zawidah, tahun lepas pi sekolah, tp die dah bersare.. die adelah penyelia asrama paling baik, memahami dan byk membantu. Mcm biase la, kalau pi pejabat asrama tghari selalunye aku nak tnye pasal kebersihan asrama hari tu la, di samping kene tgk carta kebersihan asrama.. Pin warna ape paling banyak. Amat menyampah kalau pin warna kuning dan merah yg merajai carta. Aku juga yg kene bersoal jawab ngan penyelia asrama.
Dah berbual, dah bersoal jawab, dah dengar sgle penjelasan dan nasihat drp kak idah (pggilan mesra Pn. Zawidah), aku pun mcm nak beransur kembali ke kelas. Dalam pd nak beransur tu la Pn. Rahmah atau mak mah suh tunggu kejap plak. Ingtkan ape, nak ckp pasal die tak puas hati kebersihan keceriaan asrama ke ape, tp rupenye nak bg keje lagi la plak. Aku naik bingung, bengang ngan sewel la plak jadinye mase tu. Kerje nye mcm ni
1. ptg nak siapkan teks syarahan agama peringkat negeri ngan berlatih yg mane dah siap tu
2. mlm nak berlatih disertakan skali kuarantin kat bilik guru tu utk pertandingan bahas Bahasa Melayu
3. ptg juga ni, nak siapkan presentation utk pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, bhgn Fizik, Jerayawara Sains dan Teknologi. pastu latihan pembentangan depan Pn. Norliya dan Pn. Nor'in
Tambah 1 lg keje, keje asrama plak la, iaitulah mak mah ckp hujung minggu ni ade Karnival Asrama, peringkat negeri kalau tak silap aku. Aku disuruh siapkan carta-carta panorama dan beberapa maklumat tentang asrama sekolah kami, SMKA Maahad Muar. Mase tu kan, mcm nak pitam dah kple ni.
"eii, mak mah.. ape plak tibe2 kene wat carta ni"
"ala, mcm tahun lepas tu, kan awak tahu kan.. awak tolong rahim tak wat carta asrama tahun lepas?"
"ade la sy nyebuk mase tu"
"ha mcm tu la yg sy nak"
"mak mah nak yg baru punye ke? nape tak gune je yg lame punye? tp klu nak gune pun, mcm tak best sbb dah byk perubahan dah"
"ha tau pun, ala yg mane leh gune balik, awak gune. ni sy dah minta tolong helmi amik gambar utk awak. nnti masukkan dlm carta tu"
"byk keje lain la mak mah"
"awak je yg pandai wat keje2 ni.. sy tak tau yg lain.. awak kan pegang keceriaan" --/ bile mak mah ckp keceriaan tu je, terus rase mcm nak hagul kepale kat dinding.. arrrggghh.. sbb tu berkaitan tanggungjawab..
"ye la mak mah, tp nnti sy nak gune bilik gerakan tau"
Tau tak yg hujung minggu ni pulak ade Kem Kepimpinan Pengawas, dan Karnival Asrama pun berlangsung hujung minggu tersebut. Terus aku berbelah bahagi nak pegi yg mane satu.
So, slps je tamat sesi persekolahan, gap antara sekolah dgn kelas persediaan (prep) ptg, aku gunekan utk pi berjumpe ngan beberape org guru berkaitan di bilik guru. Alhamdulillah dlm bilik guru tu, masih ade lagi cikgu yg aku nak jumpe. Naseb baik mereka lum balik. Cikgu Norliya, Utzh Zaleha, Utzh Rohana, Cikgu Husnul Khatimah, Cikgu Farah Hayati, Utzh Rubiah dan beberape org cikgu yg lain.. Aku bertemu dgn Cikgu Norliya dulu, yg duduk berbual dgn Utzh Rohana;
"Cikgu, boleh tak klu pembentangan hari ni takde.."
"Sbb ape, sy dah minta tolong kat Pn. Nor'in ni jd evaluator pembentangan grup awak"
"Sy ade keje lain la cikgu nak kene wat"
"Keje ape?! keje tu tak boleh tangguh"
"Erm.. Utzh Rohana plak ade.. "
"eh, malu plak nak ckp" - celah Utzh Rohana, merupakan warden asrama
"kene siapkan carta keceriaan utk karnival asrama"
"awak kene siapkan?! takde org lain ke nak wat bende tu"
"penyelia suruh sy, td baru cakap.. kan utzh"
"ha ah, dah buat ke belum?! budak2 bola tampar perempuan dah berlatih lame dah, carta asrama tak siap lg" - Utzh Rohana mohon penjelasan lak
"lum, baru dpt gambar, mak mah baru bagi td"
"esok awak pegi tak, bukan ade kem kepimpinan ke kamu orang"
"tu la pasal, pening ni.. carta asrama lg, latihan syarahan lg, bahas lg.. skang ni nak tau drp cikgu Norliya dulu"
"ok cam ni la, kalau awak boleh start buat pembentangan tu awal, sblm kelas tambahan awak atau latihan ape2 pertandingan awak tu, kite jalan.. ikut mcm ne kate grup awak la.. semue dah siap kan?! tinggal nak bentang je kan?!"
"ha ah, insyaAllah siap.. ok je kot cikgu mcm tu"
TIBE2, cikgu Norliya jd mcm berang la pulak
"eh, awak ni kan, semue keje awak buat?! awak ni dah la kurus, kecik.. tp semue keje awak kene wat"
"awak belah badan awak tu halim.. die ni dah la kecik, tp semue bende die nak masuk" - cikgu Husnul tibe2 menyampuk menambah perise keadaan
"die ni kak serbe boleh, awak belah je la badan awak tu halim.." seloroh cikgu Husnul
"ha tu la, pelik. tp awak tak tolak pulak bile org bg keje"
"mcm mane cikgu, dah cikgu2 minta tolong, penyelia minta tolong.. wat je la keje tu"
"DIE NAK JADI PELAJAR UNGGUL KOT?! Aktiviti-aktiviti pertandingan byk dah masuk. Hebat la tu. Pelajaran setakat ni ok, tp SPM punye result nnti belum tahu. Kite tgk mcm mane nnti. Boleh tak die jd pelajar UNGGUL?!" - Utzh Zaleha plak amik port, tambah gula ngan garam bg sedap
"Tak hebat pun utzh, masih belajar berlatih syarahan ngan utzh gak"
"Ni cabaran la maksudnye. Kene jd pelajar unggul, nak jadi contoh kat adik-adik, junior-junior" kate Utzh Zaleha lembut smbil tersenyum manis. Utzh paling aku hormat seumur hidup.
Kemudian, perbualan diteruskan lg sehingga aku dpt keputusan yg muktamad drp cikgu2 tersebut. Jadual hari tersebut amat penuh. Ptg pula terpakse keluar bandar Muar, TANPA KEBENARAN tp diselamatkan keadaan tersebut dgn bantuan Ust. Zaman. Ust. Zaman bawak pi bandar Muar menaiki keretenye utk beli beberape cardboard baru utk aku menyiapkan carta asrama. Seingat aku, malam tu takde latihan bahas. So, aku gunekan utk siapkan carta. Tak tidur malam, terpakse bersengkang mate. Itupun naseb baiklah ade junior merangkap AJK kecil sanggup nak tolong. Tp mereke pun penat dan masing2 pun lena, bile dah tak tahan sgt, kat bilik gerakan tu. Aku ni ha yg teruskan bekerje, smpai subuh, smpai azan berkumandang kat surau tu. Tak ingt la plak sape yg laungkan azan tu, kalau boleh mcm nak suh die postponekan je azan tu..
Cayalah Ust. Zaman, kite geng! Terime kasih Ust.
Hari tu la aku kene submit keje aku siapkan carta. Aku balik asrama, gosok pakaian jumaat, pi surau dan balik asrama semule kemaskan ape yg patut. Pastu aku tinggalkan semue dan kembali semule ke bilik gerakan. Yg aku ingt aku tak turun surau utk bacaan Al-Quran pg jumaat tu, aku tak pi kelas jugak hari tu.. aku ponteng sepanjang hari dan aku tido kat bilik gerakan asrama. Yg tahu aku ponteng hanye 2 org sahaje.. Itulah ketue asrama mase mencari aku minta carta yg dah aku siapkan sbb die nak pi bawak ke tempat pertandingan berlangsungnye Karnival Asrama tu. Dan seorang lg adelah Mak Mah, sbb die check bilik gerakan tu kenape kipas terbuka, rupenye aku terbongkang tido kat situ. Aku ngantuk, aku penat dan aku tak jadi ikut ke tempat Karnival Asrama berlangsung. Means, aku tak join Karnival Asrama tu, tp aku join Kem Kepimpinan Pengawas. Mak mah cakap;
"Mak mah tau je kamu tido kat bilik gerakan. Mak mah tak kejut. Mak mah tau kamu tak tido malam semalam. Kan mak mah ade kejap kat pejabat asrama malam td. Mak mah pun tak kejut kan sbb tau kamu penat.."
Cayalah mak mah. Kite geng! Terime kasih mak mah.
Nak ceritenye. Mcm mane agaknye aku?! Begitulah, pernah dicabar menjadi pelajar unggul. Namun, jawapan kpd persoalan hidup tersebut masih belum ketemui, walaupun sesudah keputusan SPM telah pun diumumkan. Jawapan persoalan tersebut masih lg di dalam pengetahuan Utzh dan pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Mungkin sekirenye kite dipertemukan, akan utzh berikan jawapan itu kpd sy?! Atau biarlah utzh terus mendiamkannye agar sy terus berusaha bersungguh-sungguh utk mencapai kecemerlangan dlm setiap perkare yg sy lakukan.
Bayangkan shje mcm mane utk diceritekan kenangan menjadi murid selame 8 tahun kpd seorang guru ini. Dipertemukan sejak sekolah rendah, akhirnye masih lg menjadi muridnye di sekolah menengah. Hebat bukan perencanaan Allah s.w.t. Aku terlalu bersyukur. Melalui guru tersebut, aku mula aktif dgn aktiviti2 pentas dan persembahan. Paling diingati adalah persembahan kuda kepang semase darjah 4 dan 5. Setiap program besar-besaran di sekolah, kami akan membuat persembahan kuda kepang, dah latihan telah diberikan oleh guru-guru yg pandai dalam kebudayaan ini termasuklah cikgu tersebut.
Bayangkan juga, kenangan menyertai pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, Jerayawara Sains dan Teknologi Daerah Muar. Guru bimbingan kami Cikgu Norliya, membawa kami menaiki kereta barunya ketika itu, Kia Carnival yg baru berusia entah 2-3 minggu. Tp kami la pelajar pertama yg merasai nye, kami menjadikan seolah-olah kereta tersebut spt kami punya, kami cube semue yg ade dlm kerete tersebut, sehingga beliau mengatakan;
"hei.. ni baru seminggu ni sy bawak kamu.. habis rosak kereta baru sy"
.. sebuah kenangan indah
Belum lagi cabaran yg beliau berikan kpd kami --/ byk tau cabaran demi cabaran yg cikgu2 kitorg berikan. Kate beliau;
"Sy ni tak tamak eh. Sy tak nak byk pun drp pelajar sy, bg la sy 1 je. Sy tak nak 2, sy tak nak 3 lg kan sy tak nak 8 ke 9". Maksudnye beliau nak kami berikan A1 kpd beliau dlm subjek fizik.
Dan Alhamdulillah, kami pulak katekan kpdnye slps result SPM; "Kami pun tak pemurah cikgu, kami bg cikgu 1"
Terlalu byk lg kenangan. Rombongan dgn Cikgu Husnul di akhir pengajian kami, kite menang pertandingan Kelas Tercantik dan Kreatif sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kemenangan di peringkat daerah dlm pertandingan bahas yg membuatkan cikgu pembimbing kami, Cikgu Mastura begitu gembire. Sesungguhnye cikgu, sy ingin membalas jase cikgu, sy ingin membantu pula pasukan bahas SMKA Maahad Muar kini, tp sy tidak tahu caranya. Kenangan bersame Utzh Wan Hakimah, menjadi guru kelas 3 Mujahid dgn aku sbg ketue tingkatan. Utzh la utzh bahase Arab sy yg THE BEST!!! Ingt lg utzh, kelas 3 Mujahid menang kelas paling terceria hampir saban minggu. Berkat pertolongan dan bantuan drp utzh juga. Sy tak boleh lupekan. Kad ucapan yg utzh tampal di kelas kami sblm peperiksaan PMR ade pade sy lagi. Sy rindukan utzh. Begitu juga dgn Cikgu M.Zulkifli, masuk2 kelas, tulis tajuk di papan hitam dan terus bercerite. Ingt lg ayat cikgu "ni kalau aku cerite 3 hari 3 malam ni pun tak habis lg ni". Dan cerite cikgu dlm bab2 makanan. Cikgu Jalis, cikgu kemahiran hidup yg paling SEMPOI!!! Best la cikgu, jd anak murid cikgu. Jasa cikgu ketike kami ingin menyudahkan projek KH dulu mmg tak boleh dilupekan. Kalau cikgu bercerite di depan, mmg sy akan tido punye. Hahaha
Cikgu Sharipah Paan, cikgu Add Math kesayangan. Sy ingt lagi cikgu, 2 kali sy ganggu cikgu semate-mate nak tnye soalan Add Math. Sekali tu, mase cikgu kat kantin, tgh makan. Sy dah tnye cikgu, kalau cikgu nak makan dan sebuk, sy jumpe lain kali. Tp cikgu tetap nak bantu sy, ajar kan sy soalan Add Math tu. Sekali yg lain tu plak, sy jumpe cikgu kat bilik guru, nak minta ajarkan care nak jawab soalan Add Math gak. Tp mase tu, cikgu tak sihat. Cikgu masih nak tolong tp cikgu mcm tak berdaye dan minta cikgu Husnul ajarkan. Sy sayang sgt cikgu. Sy ingt juga mase SPM, jas sblm paper Add Math tu, personally cikgu ckp kat sy; "A1 eh halim". Itu yg paling tak boleh sy lupekan.
Ust. Mahyuddin mmg sy tak boleh lupekan. Ust mmg hebat la ust. Walaupun dlm kelas, soklan ust kadang2 susah nak dijawab, tp ust tetap best! Kene berdiri sbb tak dpt jawab soklan i3rab tu mmg biase. Tp ape yg ust ajarkan tu sgt bermakne, terutame skali bile sy cube aplikasikan ketike membace al-Quran. Sy masih boleh ingt lg. Dan buku yg ust berikan kpd kami dulu mmg sungguh bermanfaat, sekali sekala sy buka, sy rujuk, beerti masih dlm simpanan sy atau mungkin adik sy telah gunekannya.
Sy juga tidak boleh lupekan Ummi, mentor sy ketike form 5 dulu, Utzh Pauziah Mohamed. Ummi mmg baik, ummi sgt amik berat akan perihal kami mentee ummi. Jasa ummi mmg sukar utk sy lupekan. Ingt sgt kenangan ummi belanja kami makan di Hotal Pelangi slps SPM dan harapan ummi agar kami berjaya. Sy rindukan ummi sgt2. --/ terus teringt dan menangis.
Begitu juga dgn kenangan guru yg penah mengajar aku selama 3 tahun. Betape selama itu kite menghormatinye, kite menyayanginye, tp rupenye hubungan cikgu dan anak murid ini juga tidak berkekalan. Bg yg tahu ceritenye, bahkan telah diungkit cerite ini pun sblm nye, sbnrnye kenangan ini amat menyedihkan dan memedihkan. Setiap kali teringt, bergenang air mate, seterusnye melimpah ke pipi. Begitu kesudahan hubungan guru dan anak muridnye setelah memberi ilmu dan didikan, yg mane menjadikan nilai keberkatan ilmu dan didikan itu berkurangan dan mungkin tiada nilainya.
Begitula dan begitula. Hakikatnye utk diceritekan semue perihal dan kenangan kite dgn cikgu-cikgu adalah suatu yg mustahil, kerana mana mungkin lembaran ini akan berakhir utk menulis cerite-cerite kite dgn cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu tetap tidak akan sy lupe. Cikgu la yg terbaik, cikgu la yg paling cemerlang, cikgu yg yg hebat!!!
Di kesempatan ini, sy mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semue guru-guru yg pernah mengajar sy, yg mengenali sy dan sy kenali mereka, yg sy hormati lg kasihi, yg telah memberikan bantuan, pertolongan, tunjuk ajar, nasihat, teguran dan pedoman. Kpd semue guru bermula drp sy tadika di Tadika Kemas Pt. Hj Zain, Cikgu Rohaya. Kpd cikgu-cikgu di Sek. Keb. Bakri Bt. 5 dan Sek. Keb. Pt. Hj Zain, Cikgu Rosiah, Cikgu Normah, Cikgu Noraini, Cikgu Jamaliah, Cikgu Habibah dan ramai lg. Serta cikgu-cikgu di sekolah kesayangan sy yg byk mengajar erti kehidupan, SMKA Maahad Muar. Tidak dilupekan guru-guru di KISAS, cikgu Aini Arifah Ariffin dan lain-lain. Guru-guru di Sek. Agama Bakri Bt. 6 serta semue yg pernah mengajar sy selame hidup sy yg berkelana dan melata di atas Bumi Allah ini. TERIMA KASIH CIKGU! Terima kasih. JASAMU di kenang. Jasa mu mana mungkin terbalas oleh diri sy, anak didikmu yg lemah ini, semoga Allah memberkati kehidupan cikgu-cikgu semua.
Friday, January 16, 2009
Kerane Membeza-beza...
Lama kirenye saya tidak 'post' cerite2 terkini yg berlaku di sekeliling. Byk yg telah berlaku, di situ ade perubahan, di situ juga masih di takuk lama. Di situ kite kehilangan, di situ juga kite kedapatan. Di situ ada kasih dan sayang, di situ juga ada benci dan dendam. Di situ ada perpaduan, di situ juga perpecahan. Di situ ada penerimaan, dan di situ ada penolakan. Semuanye di situ, di sebalik setiap perkare yg berlaku. Sama ada kite sedar mahupun tidak.. kerana mgkin kite terlalu sebuk membeze-bezekan diri kite dgn org lain.
Semalam mentari di dada langit. Hari ini, tiada mentari.. yg ada, cume gumpalan awan tebal gelap yg menjadi atap bumi Irbid ini. Itu satu perbezaan. Kerana semalam cerah, hari ni mendung dan mungkin akan hujan malam ni. Esok bagaimana..?!! Semlm byk perkare yg boleh sy lakukan. Sy akhirnye berjaya mendapatkan service internet di rumah. Malam nye sy dapat ke rumah kawan lama (F), masak-masak, makan, berbual, gosip -org kate la, menonton muvi dan sebagainye. Tp, hari ni.. sy nak kluo beli brg umah pun susah. Awam gelap di luar, angin kencang sgt, keadaan di luar pun sgt2 sejuk hari ni. Jd terpakse membatalkan rncangan utk berkumpul di umah sy lak hari ni. Itulah bezanye hari ni dan semalam. Esok?!!...
Dulu, dtg sini same2. Takde beze, semue adalah pelajar MEP5 (Middle East Program, batch 5th) Menongkah hari demi hari di Jordan ini, menyusuri dunia pre-clinical juga same2. Dulu, gelak ketawe same2. Dulu, pergi makan popeye, buat jamuan, ulang kaji pelajaran, pergi jami'ah, semue same2. Kite lah yg meriah dulu. Kite lah yg menceriakan suasana di sini. Tp itu dulu..
Dah masuk clinical years ni. Lain pulak rase. Org ckp mcm ni; "Dentist ngan grup dentist je, kitorg ngan kitorg je". Oh, kite tak same lah?!! Org ckp lagi; "Dentist kan byk cuti, cuti awal..". Oh, kami kah yg tentukan jadual?!! Org cakap lagi; "Dentist dawam kat markaz sihhi je, jalan kaki 10 min dah smpai.. tak yah nek bas, amik teksi ke ape nak pi hospital". Org smbung lagi percakapan mereka; "Lecture pun kat Dewan Al-Farabi je, tak payah pergi JUST". Org ckp lagi; "Dentist takde stetoskop, tak penting sgt physical examination, tgk gigi org je". Oh begitu rupenye sekarang. Sekarang bukan lagi kite. Sekarang kamu kamu, kami kami. Dan org terus bercakap; "Dentist nnti kan graduate awal drp kitorg, tak tunggu kitorg".
Begitu juge sekarang, kite membeze-bezekan diri kite dengan mereka. Derang dgn grup derang je, ala yg perasan diri derang tu best. Ala yg poyo tu. Mereka pun dgn grup mereka, ala yg tunjuk baik depan org, pure2 betul, hipokrit, manis nye mulut tu, sbb depan org! belakang org, hmm.. spray nyamuk pun tak mati. Kamu lak dgn grup kamu, sesuatu, byk ckp, mulut terlebih. Begitulah perbezaan, dgn karakter dan entiti masing2. Akhirnye semue ini menjadikan nilai kawan dan persahabatan itu tidak ikhlas. Kenape.. kerane membeze-bezekan..
Seperti dulu.. kite ni berkwn insyaAllah dunia akhirat. Ke kantin bersama, ke dewan makan bersama, ke surau bersama, ke koperasi bersama.. pendek kate, seolah-olah semue dilakukan bersama. Suatu ketika, kite tidak lagi bersama. Mereka katekan begini; "Alah ko budak pandai, no 5 terbaik sekolah.. wat pe nak kawan kitorg ni". Mereka katekan la begini; "ko kan nak pegi Jordan, kitorg belajar kat M'sia je.. tak sesuai la nak berkawan ngan ko". Mereka kate begini juga; "erm.. mak aku tak kasi berkawan ngan ko la". Oh begitu rupenye kawan. Di situ lah letaknye perbezaan
Seperti dulu.. ketika masih menuntut di bgku sekolah. Guru mohon dihormati, tetapi pelajar memberi lebih drp penghormatan, itulah kasih dan sayang. Guru minta pertolongan, pelajar berikan pertolongan dan kerjasama. Guru tak minta hadiah semase smbutan hari guru, tetapi pelajar rase perlu hargai pengorbanan dan penat lelah guru, berikan hadiah dan kegembiraan. Guru nasihatkan belajar bersungguh-sungguh, itulah yg pelajar laksanekan. Tp, suatu ketika.. guru berkate begini; "oh buat ape cari die lagi, awak kan dah berjaye.. die tak dpt ape2 pun, ade 8 lagi dlm keputusan die". Guru tu kate begini; "takpe la, die kan pandai, nak mengajar, nak jadi cikgu". Sedangkan pelajar tersebut mohon pertolongan drp guru, kerana die buat kelas tuisyen utk pelajar sekolah tersebut gak. Guru tu berkate lagi begini; "oh, saye ade keje, ade pegawai PPD dtg", dan terus berlalu. Walhal, pelajar tersebut dtg utk mohon restu dan doa sblm pegi ke suatu tempat menuntut ilmu, lantaran nmpk guru tersebut di kantin baru shje amik air utk diminum tp sudah ingn berlalu. Nilai seorg bekas pelajar mgkin begitu. Dibeze-bezekan..
Ingt lagi, dulu.. apabile cdgn diberi oleh ahli, pimpinan kate begini; "Kite ade isu lebih besar utk disetelkan dulu. isu2 kecil, kite tinggalkan dulu pun takpe kot". Oh demikian. Hari ni, ahli beri lagi cdgn kpd pimpinan, mereka kate pula begini; "isu itu terlalu besar, kite takut tak boleh laksanakan. lgpun masih ade isu kecil yg perlu kite selesaikan". Demikian perbezaan antare ahli dan pimpinan.
>> alangkah indah tanpa perbezaan dalam persatuan. itulah perSATUan. tiada diskriminasi dan proksi << Perkare ini tampak remeh. Tp kerane sikap membeze-bezekan inilah membuatkan sekitaran tidak selese. Kite gagal melihat keistimewaan insan, kerane ape yg kite nmpk adelah kelemahan. Kite mahu kawan2 melihat kelebihan kite, sedangkan kite sebuk memperkatekan kekurangan nye. Kite gagal mengenali kawan, kerane pada kite ade nilai ketidak ikhlasan. Kite tidak nmpk persamaan, tp yg kite nmpk perbezaan. Kite gagal memupuk nilai berkasihan kerane pd diri kite terselit kebencian.
Kerana kita bukanlah dentist yg merawat gigi, tp kami seperti juga pegawai perubatan yg merawat pesakit yg dtg ke klinik atau hospital dengan penyakit. Kerana kita bukanlah kawan pandai, tp kita turut bersame-same anda berusaha dan mengulang kaji pelajaran demi kejayaan. Kerana kita bukan la bekas pelajar yg sia-sia, tp masih tersemat di sanubari ingin berkorban jiwa dan raga demi kegemilangan sekolah tercinta. Kerana kami bukan ahli semate-mate, ttp turut serta memberi idea dan mengerah tenage utk kemajuan persatuan kite. Kerana kite bukanlah hambe kepada manusia dan mereka, tetapi kite semue adelah hamba kepada Yang Maha Pencipta.
Dan kalau lah masing2 mengerti, bahawa kite tetap menatap langit yg sama. Berpijak di bumi Tuhan yg sama. Menyaksikan mentari yg terbit dan tenggelam yg same dan bulan yg menerangi bumi ini yg sama. Tidak seperti marikh dan zuhrah atau musytari dan zuhal. Rupenye kita tidak byk bezenye. Itulah hikmahnye. Kerane membeze-beze itu derite. Dan bahawe setiap sesuatu itu istimewe. Dan keamanan itu juga istimewe... :)






















