
DALAM KEMESRAAN YANG BERTAUT..
Semakin tua
Semakin bertaut
Dulu semua muda
Belum kenal sisi tua
Belum bersedia
Untuk bekerjaya
Untuk berumah tangga
Belum berupaya
Menyusun atur kehidupan
Sebaiknya
Masing-masing memikirkan
Hanya untuk bergembira
Kerana itulah
Peluang masa
Sekali ini
Untuk menjadi muda
Semakin tua
Semakin bertaut
Walau muka
Belum pun lesu berkedut
Namun masing-masing
Terlalu sibuk
Untuk bersama-sama
Dalam keraian kita duduk
Hanya bertemu
Di warung Ust. Din
Membeli nasi dengan lauk
Atau betah berbual
Melalui facebook
Ya, kita terlalu sibuk
Semakin tua
Semakin bertaut
Destinasi tautan kita
Rupanya sehamparan laut
Bukan sekadar laut
Namun laut
Yang menjadi peringatan
Daripada ummat terdahulu
Yang berajakan toghut
Dan untuk kita
Yang semakin tua ini
Sebelum dijemput maut
Sebenarnya..
Destinasi cinta kita
Yang bertaut ini
Adalah Laut Mati
Mungkin akan disinggahi lagi
Sebelum sebahagian kami
Nanti
Akan pergi.. (siape tahu kan..)
2 comments:
meow meow
hape2 la muner ni..
Post a Comment