PART 1
Bismillahirrahmanirrahim..
Kite mulekan bicare kite ye pd hari ini.
Waaaaaah.. setelah sekian lama halim mncari ruang mase utk mencoretkan sesuatu di ruang maya ini. Akhirnye, hari ni, berjaye juge halim. Ya Allah, susahnye nak cari mase dalam bulan Disember lepas. Halim try nak curi2 mase pun tak dpt. Bebanan kerja dunia memang menguji kekuatan hati dan iman kite. Ape yg halim harapkan agar kerje2 tersebut diganjari sbg bekalan utk kehidupan kite di alam yg lain. InsyAllah kan.. Setuju tak ngan halim?!! --/ mesti la korang kene setuju kan.. :)
Ok la pembace sekalian. Hari ni halim mcm nak membebel panjang. Tgk la mcm mane nnti bebelan halim. Klu panjang, panjang la. Biar jenuh korg nak bace. Klu tak.. sekadar itu je la utk tatapan korang. Atau mungkin klu halim penat ke nnti, kite buat yg bersiri punye. Boleh kan?!! Boleh la sbb blog ni blog halim.. Sukati halim la nak wat cam ne ye tak?!!
Pembace sekalian ye, beberape hari lepas, halim berkesempatan utk terlibat same dalam satu program yg dijalankan setiap tahun anjuran MMJ dan MSD. Halim sekadar org biase, diberi tanggungjawab sbg panelis forum yg membincangkan isu berkaitan persediaan dan keperluan pelajar yg menyambung pengajian mereka dalam bidang pergigian di Jordan ini. Tiadalah halim ini hebat sgt utk menjadi lebih drp itu. Bukannya fasilitator bukan pula pembentang kertas kerje. Kerane mereka yg terlibat utk perkare yg tersebut lebih hebat utk dibandingkan dgn diri ini yg kerdil lg kecil --/ tapi comel.. haha. Ape yg penting dlm kite nak memberi ilmu dan berkongsi pengalaman ini adalah keikhlasan. Klu bg forum, bercakap best mcm mane skali pun, tp hati tak ikhlas kerane Allah, make takde faedah nye. Tak dapat la nnti kite " al-ilmu yuntafaum bih" (ilmu yg dimanfaatkan) oleh mereka yg mendgr dan mengikut program tersebut kan..
Baikla pembace sekalian ye
Halim buke bicare halim kali ini, utk halim memperjelaskan semule ape yg halim utarekan dlm perbincangan kite mase forum hari itu.. So, soalan moderator forum berkenaan dgn hakikat, keadaan atau situasi kerjaye dalam bidang pergigian ni.. Mcm mane?! So... ade yg nak jawab?!!
Dalam round pertame ini, halim pecahkan butir bicare halim kpd 3 bahagian, dan di bawah setiap bahagian itu halim pecahkan lg kpd beberape point. Oleh kerane terdpt byk pecahan2 ini, halim rase mungkin ramai yg bingung mase halim perkatekan tentang isu yg dipersoalkan oleh moderator tempoh hari. Biar halim jelaskan sedikit dalam ruangan yg terbatas ini.
Pertama, berkaitan hakikat yg berlaku atau situasi semase berkaitan bidang pergigian ini;
1. Halim mengatekan bahawe bidang pergigian ini dipandang sbg profesion kelas ke-2 berbanding dgn profesion dalam bidang perubatan --/ awal2 lg halim memohon maaf kpd mereka yg berade dlm bidang perubatan, no offense.. Ini adelah ape yg disebutkan dlm beberape lama web/blog yg sempat halim buka dan kaji. Kerane kate mereka, rate2 para pelajar lepas SPM/Matrikulasi/STPM akan mengambil keputusan utk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan. Itu mereka yg ingin menyambung pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi. Cube tanye adik2 kite yg masih kecil yg masih menuntut di sekolah rendah, ape pula cite2 mereka, pasti hampir stgh drp kelas akan mengatekan cite2 mereka adalah utk menjadi doktor. Bagus la tu.. Betul! Cumenye bg mereka yg ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana mude ini, mereka kekurangan idea, kekurangan maklumat berkaitan bidang pergigian ini, maka, tentunye mereka memilih utk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan lebih2 lagi dgn situasi semase, dgn media2, cerite2, drama dan sbgnye yg lebih byk memaparkan kehidupan doktor atau pegawai perubatan dan hospital.
2. Orang menganggap bahawe bidang pergigian ini, satu bidang yg sempit, tidak luas dan tidak boleh pergi jauh. Sampai satu tahap juge, masyarakat look down to dentistry. Kate mereka, ape sgt yg boleh dilakukan oleh seorang doktor gigi. Balik2, kalau org sakit gigi, dentist tentunye akan cabut gigi mereka. Kalau ade kerosakan gigi, dentist akan buat tampalan. Itu je la kerja dentist. Tak lebih drp itu. Maka, kite dapati tuduhan tersebut datangnye drp masyarakat, sedang mereka tidak tahu akan bidang kerja dan tugasan seorang dentist. Lebih drp itu, bukan sekadar mengadap gigi. Bahkan dentist juga memainkan peranan memastikan kesihatan sistem2 yg terdapat dalam oral cavity dan sekitarnye, termasukla memastikan bahawe fisiologi gigi dan mulut ini dapat berfungsi secare harmoni dgn sistem2 badan yg lain.
3. Fakta daripada akhbar mengatekan bahawe rakyat Malaysia sukar dan tidak mahu menerime pemeriksaan dan rawatan pergigian. Kata mereka "eiii.. takut la nak pi jumpe dentist. Kang nnti die cabut gigi sy kang. Tak nak la.. Klu tak cabut pun, nnti mesti gune mesin yg bunyi seram tu.. Gigi sy dah la sakit, makin tambah ngilu plak nnti.. tak nak la, takuuuut". Semate-mate kerane perkare tersebut, tak mahu dah dtg klinik gigi, walau sekadar nak dptkan pemeriksaan awal.
4. Lagi fakta dan situasi semase, mengatekan bahawe hanye 6% daripada rakyat Malaysia yg berjumlah 28 juta sahaje yg mendapatkan perkhidmatan pergigian. Maka, lebih kurang hanye 1.7 juta sahaje rakyat Malaysia yg nak gunekan khidmat kesihatan pergigian ini. Bakinye, tak tau mcm mane. Dan kalau kire bilangan pesakit yg mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian secare tetap/regularly.. lagi la sedikit. Yg 6% tu pun, pasti atas sebab ade symptoms drp masalah pada gigi mereka. Tu yg baru nak dtg jumpe doktor gigi, nak dptkan rawatan.
5. Dan yg terbaru ye sidang pembace sekalian, mengatekan bahawe masyarakat kite menolak perkhidmatan pergigian awam dan lebih suke memilih perkhidmatan swasta, walaupun kos rawatan lebih mahal berbanding rawatan di klinik-klinik pergigian awam. Dan ini disebabkan oleh beberape faktor (yg klu sempat halim sebutkan nnti, akan halim sebutkan)

Baik, utk mengulas dgn lebih lanjut perkare di atas, halim nak bawekan kpd anda sebab mengapa kemeruncingan atau kekusutan di atas berlaku..
1. Pertamanya, kerana memang masyarakat kite ni kurang kesedaran akan peri pentingnye penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut. Halim pernah sebutkan hal ini dalam ceramah yg halim sampaikan tahun lepas kpd mahasiswa2 MMY, mengatekan bahawe masyarakat kite ni mcm tak kisah, kurang kesedaran akan perkare2 berkaitan kesihatan ni. Kesihatan yg umum pun, dah kurang. Lg kan masalah kesihatan gigi. Bile dah sakit terlentang, baru nak dptkn rawatan, baru nak pergi hospital. Kalau berkaitan gigi plak, bile dah tak boleh tido malam, baru nak pi jumpe dentist. Sedangkan sekalipun mereka tidak sakit, ape masalahnye pergi ke hospital, klinik (kesihatan awam atau gigi) utk mendapatkan pemeriksaan. At lis, boleh dptkan nasihat dan doktor pun dpt memberi langkah pencegahan kpd penyakit.
2. Berlakunye salah faham masyarakat akan peranan seorang dentist. Sbg mane tuduhan mereka di atas (yg telah halim perkatekan sblum ini). Tetapi mereka tidak tahu, bahawe kerja kami bukan sekadar nak mengadap gigi. Malah lebih luas daripada itu. Walaupun tidak la se'complicated' mcm bidang perubatan. Klu pegawai perubatan, deal dgn keseluruhan sistem badan manusia, maka, tidak lain tidak, dentist juga deal dgn seluruh sistem yg terdapat di dalam rongga mulut dan sekitarnye. Jd, kerja kita bukan sekadar mengadap gigi, buat tampalan atau cabut gigi sahaje. Kite kene buat rawatan gigi palsu utk pesakit yg memerlukannye, kite kene buat rawat kanal akar, kite kene bg nasihat dan rawatan utk tisu2 sokongan gigi, kite kene amik tahu masalah kelenjar liur serta masalah melibatkan sendi temporomandibular. Bahkan more advance bidang kerjaya, melibatkan struktur tulang maxillofasial dan tisu-tisu limfoid. Maka, adekah dgn begini kerje dentist terlalu sempit. Hatta sebenarnye juge menjadi tanggungjawab dentist utk mencari relasi antare penyakit2 sistemik dgn keadaan pada oral tissues.
3. Dan punca seterusnye berlaku kekusutan ini adalah disebabkan oleh sikap dentist itu sendiri. Jgn la salahgunekan lesen memberi rawatan dgn rawatan yg sesuke hati je. Plan rawatan harus mengikut keadaan pesakit.. sekirenye mempunyai opsyen terhadap sesuatu masalah, maka, harus diberitahu kpd pesakit, diterangkan sgle kelebihan dan keburukan bg satu-satu kaedah rawatan tersebut. Dan pesakit mempunyai hak memilih rawatan yg sesuai. Jgn musnahkan harapan pesakit. Sekadar irreversible pulpitis, terus nak cabut gigi?! Lalu rawatan susulan adelah rawatan bridge atau implant dgn kos rawatan yg mahal?! Sedangkan mungkin dgn skdr membuang kerosakan gigi dan tampalan yg mudah atau mungkin rawatan kanal akar, mampu menyelesaikan masalah tersebut. Tp, masalahnye dentist ketike ini, suke mengambil jalan mudah. Sedangkan adelah lebih baik sekirenye gigi tersebut dapat dikekalkan dlm oral cavity, kerane itulah satu-satunye gigi yg dikurniekan Allah swt utk digunekan spnjang hayat. Jika tiade justifikasi kukuh utk mencabutnye, usah dicabut. Preserve it inside the oral cavity. Bahkan inilah yg dinasihatkan oleh Presiden FDI yg baru, mengatekan; "if we still can preserve the teeth, then we shud preserve. It's just like medicine, people do not like to have prosthetic leg or joint. Same goes to dental problem. Why bother to put implant if the teeth can still be preserved"
Dan utk perkare ke-3 yg ingin halim bawekan hari ini, adelah berkaitan cabaran mereka yg berkecimpung dalam bidan kesihatan umumnye dan pergigian khasnye..
1. Cabaran pertama, adalah utk menyedarkan masyarakat akan peri-pentingnye penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut, the importance to get regular check up and all the necessary treatment. Jgn sampai dah tak boleh nak buat ape, gigi terpakse dicabut, baru nak cari dentist dapatkan rawatan. Kan elok kalau gigi free yg diberikan oleh Allah swt ini dapat di jage sebaik mungkin. Kalau tak jage, tgk semue rawatan kene gune duit. Habis duit utk rawatan pergigian semate-mate. Lgpun, kalau masyarakat / orang awam tak mampu nak menjage kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut mereka, kami yg dentist ni pun susah. Ape pun rawatan, seolah-olah tak bermakna, no benefit klu mereka tak mampu nak amik berat akan perihal ini. Complications and consequences nye nnti gonna be much severe n worst.
2. Seterusnye adelah utk kite menukar persepsi masyarakat akan bidang pengajian dan kerjaya serta peranan seorang dentist. Kite punye hubungan dgn masyarakat luas sebenarnye. Maka, kalau tak gunekan sebaiknye, maka sia-sialah. Kerja kite bukan sekadar membuat tampalan dan mencabut gigi atau memberi gigi palsu kepade pesakit. Bahkan more beyond that. Mcm mane menangani masalah sumbing, masalah trauma kepade gigi di kalangan kanak-kanak, preventive issue regarding all dental problems, sistemic diseases with oral manifestations and etc..etc..
3. Bahawe bidang kesihatan ini, tidak kire perubatan atau pergigian, terhimpit dgn beberape perkare;
- terdedah kpd usahe mengindustrikan perkhimatan kesihatan kpd masyarakat, sedangkan khidmat kesihatan adelah sesuatu yg essential for life. So, klu berlaku la perkare ini, maka, semue rawatan dan pemeriksaan kesihatan memerlukan bayaran yg mahal, yg mungkin tidak termampu oleh masyarakat. Khidmat kesihatan sepatutnye diberikan dlm kadar yg tidak membebankan masyarakat terhadap tanggungan kos pemeriksaan dan rawatan yg diberikan. Tetapi kini bagaimane?! Bersame kite fikirkan --/ dlm persidangan, bagaimane?!
- kite juge terhimpit dgn isu-isu dan hal-hal berkaitan medico-legal. Sekali berlaku kecuaian dalam operasi, maka, habisla kerjaye pegawai perubatan/pergigian tersebut. Hal ini lah yg semakin menjadi-jadi sekarang. Buke sahaje akhbar, memaparkan kes doktor disaman sebanyak sekian-sekian juta --/ juta tuuu.. bukan main ribu. Akta-akta kite belum kuat utk menyokong tindakan, kecuaian, salahfaham, tuduhan dan lain-lain lg bersangkut-paut dgn bidang kerja pegawai perubatan/pergigian.
- begitu juga peranan dan tanggungjawab kite, harus la didasari serta seiring dengan panduan-panduan yg telah ditentukan oleh agama. Kadang kale kite mungkin disoal oleh pesakit, meminta penjelasan berkaitan rawatan dan pandangan menurut agama, lalu bersediekah kite menghadapi persoalan-persoalan ini.. maka, di situ letak cabaran utk kite.
4. Dan cabaran yg terakhir, adelah mungkin pertindanan kerja oleh pegawai pergigian dengan jururawat pergigian, technician dan lain-lain lg. Maka, perlulah bersikap profesional dan bijaksana dalam hal2 sebegini..
utk kite mengharungi cabaran-cabaran ini dan menjadi seorang dentist yg berjaya
Sengaje halim dalam forum ini membawekan isu yg agak serius dan boleh dikatekan berat. Asyik nak ringan2 je, sesekali tu biar rase terbeban, rase bertanggungjawab dan rase tercabar sikit. Kadang2 nak bine psikologi cemerlang kene la mcm ni kan.. Dan apa yg halim harapkan suatu mase nnti, isu ni boleh dibawe dan didiskusikan dgn lebih mendalam, melalui program2 yg lebih baik, persidangan ke, meeting ke, konvensyen ape2 ke.. Biar bukak sikit minda kite, selame ni kite nmpak ke tidak, selame ini kite rase bertanggungjawab ke tidak dgn perkare2 mcm ni..

semoge kite bertemu nnti dalam bahagian ke-2..
No comments:
Post a Comment