INDIVIDUALISME KE KERJASAMA-risme
(mati la, potong markah tatabahase..)
Ni mungkin adelah penutup post utk Mei 2009, andai katenye takde pape lg sblm 31 Mei ni utk dikongsikan bersame lg. Post kali ni dibuat ala-ala tak sedar diri esok exm. Tp kerane melihatkan beberape peristiwe yg berlaku lewat kebelakangan ini, lalu terpakse juga berbicare sesuatu di sini. Post kali ini diambil drp satu pertandingan yg dijalankan sempena satu program. Itulah pertandingan pengucapan awam dlm program pra-PERTAMA. Program yg hadir dgn sesuatu yg lain drp yg lain, cuba utk mengubah corak pemikiran mahasiswa Malaysia Jordan, yg antara lain objektifnye; Melahirkan mahasiswa yg berFIKIRAN TERBUKA dan KEHADAPAN, BERANI dan TIDAK TAKUT dalam memberi pandangan terhadap isu-isu semase setempat, nasional dan antarabangsa. Tahniah buat pengarah program dan ajk beliau.
Ayuh dengarkan --/ terus ala-ala naik stage, pegang mic dan test2 mic takut2 org sabotaj ke kan.. senyum sikit kat juri dan...
KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK
Pembuka bicara, hadirin yg dihormati sekalian,
Tajuk pidato saye pada hari ini; "KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK"
Pinjamkan saya konsentrasi anda buat seketika sidang hadiri yg dihormati sekalian utk kita sama-sama renungi sebuah cerita bagi memberi pemahaman yg jelas kepada anda akan maksud individualistik.
Pada suatu musim panas sblm datangnya musim dingin (Ziana Zain, tetap), kedapatanlah sekumpulan semut yg sedang tekun bekerja mencari makanan utk menampung keperluan harian mereka dan sbg bekalan menghadapi musim sejuk yg bakal tiba tidak lama lg. --/ cerite kanak-kanak sgt kan.. Sang semut begitu rajin bekerja, perihal mereka tidak seperti sang belalang. Sang belalang terlalu suka berhibur. Bahkan belalang-belalang ini menghina pekerjaan sang semut "wahai kawan-kawan semut ku sekalian, kalian terlalu rajin bekerja. Bukankah musim sejuk akan tiba lambat lagi. Berhiburlah seperti kami selagi belum tibanya musim sejuk. Tidak perlu utk rajin bekerja, memenatkan badan dan berpeluh di bawah pancaran cahaya matahari yg terik begini"
Begitu sang belalang, namun sang semut tidak mengendahkannya dan berlalu membiarkan sang belalang yg terlalu suka berhibur.
Hadirin yg dihormati sekalian,
Daripada cerita sebentar td, apakah yg dapat kite simpulkan?! Siapakah sebenarnya antara 2 golongan ini yg individualistik?! Sang belalangkah atau sang semutkah?! Adakah individualistik itu ditujukan kpd seorang individu sahaja?!
Menjawab persoalan tersebut sidang hadirin yg dihormati sekalian, ayuh diungkai satu per satu
PenDEFINISIan saya,
Individualistik menggambarkan sikap, tingkah laku atau perilaku manusia (sbg makhluk yg diciptakan oleh Allah s.w.t utk merase dan mempunyai perasaan) yg cuba memisahkan diri mereka daripada naungan penyatuan, bekerjasama, hidup bermasyarakat dan kebersamaan. Individualistik tidak hanya dilihat sbg mengasingkan diri drp jemaah, tetapi haruslah diketahui bahawa apa-apa jua usaha atau perbuatan cuba menguasai perbuatan, budaya, hasil usaha dan hasil bumi, corak pemikiran dan gerak kerja insan-insan lain juga dapat diinterpretasikan sbg individualistik kerana akhirnya nnti merekalah yg berkuasai dan merekalah yg beraja.
Maka, daripada cerite yg saye bawekan terdahulu, pada pandangan saya, sang semut bersikap individualistik dan begitu juga sang belalang yg terlalu individualistik.
Penerangan saye sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Sang semut terlalu sombong bekerja dan mereka melupakan tanggungjawab mereka utk mengajak belalang menyertai mereka dalam usaha mencari bekalan makanan. Sekiranya sang semut mempunyai prinsip hidup bersatu padu, mereka akan tentunya mengajak sang belalang bersama-sama mencari makanan. Nah, kan barulah di situ keharmonian hidup bekerjasama dapat dirasa.
Sang belalang pula tidak harus memperlekeh dan mempersendakan usaha murni dan rajin bekerja sang semut, bahkan tidak boleh pula menghasut sang semut mengikut sikap mereka yg suka berhibur. Maka, mereka telah cuba mempengaruhi dan menguasai budaya dan cara kerja sang semut. Kan jelas di situ gambaran sikap individualistik masing-masing.
Lalu di sini, saya lontarkan pula persoalan individualistik ini kepada anda semue. Lihatlah sekeliling, perhatikanlah suasana persekitaran. Amati-amatikanlah kondisi dan keadaan hidup kita di sini. Lalu, jawablah dgn kebenaran. Aura manakah yg lebih kuat baranya dan marak nyalanya.. Hidup berpersatuan dan berpasukan atau individualistik dan PLASTIK. Simpanlah jawapan itu di hati, jangan diluah tanpa permisi, takut ada yg tersinggung tersentaplah diri.
Dan kerana bicara saya ketika ini adalah kita semakin individualistik, makan jelas, individualistik ini bukanlah suatu nilai yg statik iaitu adanya individualistik ini dgn sbb adenye atau sudah sedia ada --/ ape istilah dalam Aqidah, aku lupe la plak, jawabkan z... Tetapi, semakin individualistik ini membawe maksud satu proses yg dinamik. Bermula dgn penyatuan, nikmat hidup dirasa bersama; engkau gembire aku bahagia, angkau sedih aku pedih. Namun, akhirnya kacang hijau menjadi bubur kacang, nilai-nilai individualistiklah yg bertandang; aku duduk di Am3ari punye bangunan kau duduk di sakan. Aku pergi ke jami3ah dulu naik bas, kau tertinggal kelas. Ape pula hal nya dgn "AKU BELAJAR SYARI3AH, KAU BELAJAR LUGHAH 3ARABIAH, DIA PELAJAR IQTISAD WAL MASARIH ISLAMIAH, KAMI PULA PELAJAR KULIYYAH TIBBIAH"
Hancur-punahlah fungsi dan peranan persatuan, khususnya PERMAI yg menjulang cogan kata "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" sekiranya individualistik di kalangan ahli semakin tidak keruan. Ya, bersatu dan penyatuan.. Dan benar juga, individualistik dan perpecahan
Kalaulah dulu ya sidang hadirin yg dihormati sekalian; aku masak ayam kari, kau masak nasi dan die masak sayur sawi, lalu makanan itu kita bersama nikmati. Kini, aku masak nasi lauk ayam masak merah, kau nak makan sekali?!! Tak payah!!! Pinggan dan mangkuk terbiar, periuk dan senduk tidak berbasuh. Nah, apakah sikap yg digambarkan tersebut?!! TOLERANSI dan KESALINGAN?!! Atau SOMBONG dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?!! Maka, tidak melampau sekiranya nnti satu usul akan diutarakan utk meminda perlembagaan persatuan, fasal 5, perkara 5.1; moto persatuan "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" kpd "INDIVIDUALISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN". Mahukah kita?!! Sesuatu yg tidak mustahil sekiranya kondisi dan suasana inilah yg berlaku di kalangan kita.
Justeru, apakah yg perlu kita lakukan?! Apakah tindakan kita?! Jgn biarkan sikap ini berleluasa, kelak meranalah kita, ummat Islam dan kemajuaannya pula tidak terbela. Hadirin sekalian, ayuh kita buangkan segera semangat enau, di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buangkan juga semangat menara, di dalam bandar melepaskan puncak masing-masing drp kamus peribahasa kita.
Paluan gendang semangat mentera,
Wassalamua'lykum penutup kata,
Salam undur diri
--/ dgn muka konfiden sambil tarik nafas dalam2.. mic dilepaskan.. dan turun stage perlahan-lahan.. smbil perhatikan juri memberi komen sesame mereka; "juare ni, best pidato die, insyaAllah juare ni.." dan di luar dewan, tersenyum kepuasan.. HAHAHAHAHA.. perasan sgt
PENGAJARAN;
1. Kenape tahun ni program pra-PERTAMA takde?! Adekah kerane hasil laporan yg dikeluarkan oleh pengarah berdasarkan pencapaian matlamat program?! Sedangkan pengarah hanye berkate jujur, tidak seperti pengarah program lain.. skdr meletak matlamat2 program yg biasa dgn laporan mengatekan matlamat tercapai.. lalu program itu berterusan dijalankan tahun demi tahun.. suatu yg tidak menunjukkan kematangan pemikiran.. sedangkan dlm program tersebut, pengarah telah dtg dgn idea dan matlamat yg berbeza, bukan spt kebiasaannye.. dan pengarah berkate benar dalam laporan beliau terhadap pencapaian objektif.. tp lihat, ke mane perginye program tersebut?!! tidak berterusan
2. Sekarang ni ade pulak program yg dijalankan atas sbb peribadi. Nak adekan program atas kepentingan diri sendiri.. Individualistik sgt.. Atas sbb nak name, sanggup ni melobi ydp/presiden persatuan.. tp tak nak jd pengarah.. pengarah ngan ajk org lain . Ape yg pelik lg, semue keje pulak die nak buat.. KISAH BENAR ni
3. beruntung jugak kan ade sahabat yg mithali.. semue org suke die, semue org terime ape yg die lakukan.. demi kebaikan..
4. ya mmg situasi dah berubah.. baik ke buruk itu, memasing ade pandangan memasing.. bile berlaku perubahan ni, ramai pulak yg memberi komenan kan. Bagus lah. Tp komen-komen org tak tgk diri sendiri. Pentingkan diri ke.. individualistik ke.. TAK TAU.. ape yg diketahui, mereka yg dikomen tu sekurang-kurang nye ade kelebihan diorg. Tp kite yg dok asyik komen org ni, ke mane?! Ape kelebihan kite. Dulu betul, kite ade kelebihan.. tp sekarang semakin renggang sebenarnye..
5. Apehal la gaye penulisan aku ni kali ni.. mcm dah terikut-ikut gaye penulisan seseorang je..
No comments:
Post a Comment