Sunday, May 17, 2009

))- PeRNaH DIcABar -((

MENJADI PELAJAR UNGGUL

Awal kalam, Aslmua'lykum w.b.t

Thani kalam, post kali ni bukanlah nak membangga diri. As what i've mentioned several times before, ni namenye meluahkan perasaan. So, it depends on ur perception sama ada nak menjatuhkan hukum membangge diri, atau poyor atau yg same waktu dgnnye. Personally, inilah cerite yg berlaku pd diri ini suatu ketike dulu yg masih diingati. All of this, definitely related to my beloved teachers sempena HARI GURU yg diraikan semalam, 16 Mei --/ tetap 16 Mei setiap tahun tu adelah Hari Guru, jd takyah mention tahunnye la kan

Ceritenye begini --/ sambil toleh kiri kanan dan mengimbas kembali tahun 2004
Tengahari ketike rehat, aku pergi ke pejabat asrama berjumpe dgn Pn. Zawidah --/ rindukan Pn. Zawidah, tahun lepas pi sekolah, tp die dah bersare.. die adelah penyelia asrama paling baik, memahami dan byk membantu. Mcm biase la, kalau pi pejabat asrama tghari selalunye aku nak tnye pasal kebersihan asrama hari tu la, di samping kene tgk carta kebersihan asrama.. Pin warna ape paling banyak. Amat menyampah kalau pin warna kuning dan merah yg merajai carta. Aku juga yg kene bersoal jawab ngan penyelia asrama.

Dah berbual, dah bersoal jawab, dah dengar sgle penjelasan dan nasihat drp kak idah (pggilan mesra Pn. Zawidah), aku pun mcm nak beransur kembali ke kelas. Dalam pd nak beransur tu la Pn. Rahmah atau mak mah suh tunggu kejap plak. Ingtkan ape, nak ckp pasal die tak puas hati kebersihan keceriaan asrama ke ape, tp rupenye nak bg keje lagi la plak. Aku naik bingung, bengang ngan sewel la plak jadinye mase tu. Kerje nye mcm ni

1. ptg nak siapkan teks syarahan agama peringkat negeri ngan berlatih yg mane dah siap tu

2. mlm nak berlatih disertakan skali kuarantin kat bilik guru tu utk pertandingan bahas Bahasa Melayu

3. ptg juga ni, nak siapkan presentation utk pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, bhgn Fizik, Jerayawara Sains dan Teknologi. pastu latihan pembentangan depan Pn. Norliya dan Pn. Nor'in

Tambah 1 lg keje, keje asrama plak la, iaitulah mak mah ckp hujung minggu ni ade Karnival Asrama, peringkat negeri kalau tak silap aku. Aku disuruh siapkan carta-carta panorama dan beberapa maklumat tentang asrama sekolah kami, SMKA Maahad Muar. Mase tu kan, mcm nak pitam dah kple ni.

"eii, mak mah.. ape plak tibe2 kene wat carta ni"
"ala, mcm tahun lepas tu, kan awak tahu kan.. awak tolong rahim tak wat carta asrama tahun lepas?"
"ade la sy nyebuk mase tu"
"ha mcm tu la yg sy nak"
"mak mah nak yg baru punye ke? nape tak gune je yg lame punye? tp klu nak gune pun, mcm tak best sbb dah byk perubahan dah"
"ha tau pun, ala yg mane leh gune balik, awak gune. ni sy dah minta tolong helmi amik gambar utk awak. nnti masukkan dlm carta tu"
"byk keje lain la mak mah"
"awak je yg pandai wat keje2 ni.. sy tak tau yg lain.. awak kan pegang keceriaan" --/ bile mak mah ckp keceriaan tu je, terus rase mcm nak hagul kepale kat dinding.. arrrggghh.. sbb tu berkaitan tanggungjawab..
"ye la mak mah, tp nnti sy nak gune bilik gerakan tau"

Tau tak yg hujung minggu ni pulak ade Kem Kepimpinan Pengawas, dan Karnival Asrama pun berlangsung hujung minggu tersebut. Terus aku berbelah bahagi nak pegi yg mane satu.

So, slps je tamat sesi persekolahan, gap antara sekolah dgn kelas persediaan (prep) ptg, aku gunekan utk pi berjumpe ngan beberape org guru berkaitan di bilik guru. Alhamdulillah dlm bilik guru tu, masih ade lagi cikgu yg aku nak jumpe. Naseb baik mereka lum balik. Cikgu Norliya, Utzh Zaleha, Utzh Rohana, Cikgu Husnul Khatimah, Cikgu Farah Hayati, Utzh Rubiah dan beberape org cikgu yg lain.. Aku bertemu dgn Cikgu Norliya dulu, yg duduk berbual dgn Utzh Rohana;

"Cikgu, boleh tak klu pembentangan hari ni takde.."
"Sbb ape, sy dah minta tolong kat Pn. Nor'in ni jd evaluator pembentangan grup awak"
"Sy ade keje lain la cikgu nak kene wat"
"Keje ape?! keje tu tak boleh tangguh"
"Erm.. Utzh Rohana plak ade.. "
"eh, malu plak nak ckp" - celah Utzh Rohana, merupakan warden asrama
"kene siapkan carta keceriaan utk karnival asrama"
"awak kene siapkan?! takde org lain ke nak wat bende tu"
"penyelia suruh sy, td baru cakap.. kan utzh"
"ha ah, dah buat ke belum?! budak2 bola tampar perempuan dah berlatih lame dah, carta asrama tak siap lg" - Utzh Rohana mohon penjelasan lak
"lum, baru dpt gambar, mak mah baru bagi td"
"esok awak pegi tak, bukan ade kem kepimpinan ke kamu orang"
"tu la pasal, pening ni.. carta asrama lg, latihan syarahan lg, bahas lg.. skang ni nak tau drp cikgu Norliya dulu"
"ok cam ni la, kalau awak boleh start buat pembentangan tu awal, sblm kelas tambahan awak atau latihan ape2 pertandingan awak tu, kite jalan.. ikut mcm ne kate grup awak la.. semue dah siap kan?! tinggal nak bentang je kan?!"
"ha ah, insyaAllah siap.. ok je kot cikgu mcm tu"

TIBE2, cikgu Norliya jd mcm berang la pulak
"eh, awak ni kan, semue keje awak buat?! awak ni dah la kurus, kecik.. tp semue keje awak kene wat"
"awak belah badan awak tu halim.. die ni dah la kecik, tp semue bende die nak masuk" - cikgu Husnul tibe2 menyampuk menambah perise keadaan
"die ni kak serbe boleh, awak belah je la badan awak tu halim.." seloroh cikgu Husnul
"ha tu la, pelik. tp awak tak tolak pulak bile org bg keje"
"mcm mane cikgu, dah cikgu2 minta tolong, penyelia minta tolong.. wat je la keje tu"
"DIE NAK JADI PELAJAR UNGGUL KOT?! Aktiviti-aktiviti pertandingan byk dah masuk. Hebat la tu. Pelajaran setakat ni ok, tp SPM punye result nnti belum tahu. Kite tgk mcm mane nnti. Boleh tak die jd pelajar UNGGUL?!" - Utzh Zaleha plak amik port, tambah gula ngan garam bg sedap
"Tak hebat pun utzh, masih belajar berlatih syarahan ngan utzh gak"
"Ni cabaran la maksudnye. Kene jd pelajar unggul, nak jadi contoh kat adik-adik, junior-junior" kate Utzh Zaleha lembut smbil tersenyum manis. Utzh paling aku hormat seumur hidup.

Kemudian, perbualan diteruskan lg sehingga aku dpt keputusan yg muktamad drp cikgu2 tersebut. Jadual hari tersebut amat penuh. Ptg pula terpakse keluar bandar Muar, TANPA KEBENARAN tp diselamatkan keadaan tersebut dgn bantuan Ust. Zaman. Ust. Zaman bawak pi bandar Muar menaiki keretenye utk beli beberape cardboard baru utk aku menyiapkan carta asrama. Seingat aku, malam tu takde latihan bahas. So, aku gunekan utk siapkan carta. Tak tidur malam, terpakse bersengkang mate. Itupun naseb baiklah ade junior merangkap AJK kecil sanggup nak tolong. Tp mereke pun penat dan masing2 pun lena, bile dah tak tahan sgt, kat bilik gerakan tu. Aku ni ha yg teruskan bekerje, smpai subuh, smpai azan berkumandang kat surau tu. Tak ingt la plak sape yg laungkan azan tu, kalau boleh mcm nak suh die postponekan je azan tu..

Cayalah Ust. Zaman, kite geng! Terime kasih Ust.

Hari tu la aku kene submit keje aku siapkan carta. Aku balik asrama, gosok pakaian jumaat, pi surau dan balik asrama semule kemaskan ape yg patut. Pastu aku tinggalkan semue dan kembali semule ke bilik gerakan. Yg aku ingt aku tak turun surau utk bacaan Al-Quran pg jumaat tu, aku tak pi kelas jugak hari tu.. aku ponteng sepanjang hari dan aku tido kat bilik gerakan asrama. Yg tahu aku ponteng hanye 2 org sahaje.. Itulah ketue asrama mase mencari aku minta carta yg dah aku siapkan sbb die nak pi bawak ke tempat pertandingan berlangsungnye Karnival Asrama tu. Dan seorang lg adelah Mak Mah, sbb die check bilik gerakan tu kenape kipas terbuka, rupenye aku terbongkang tido kat situ. Aku ngantuk, aku penat dan aku tak jadi ikut ke tempat Karnival Asrama berlangsung. Means, aku tak join Karnival Asrama tu, tp aku join Kem Kepimpinan Pengawas. Mak mah cakap;

"Mak mah tau je kamu tido kat bilik gerakan. Mak mah tak kejut. Mak mah tau kamu tak tido malam semalam. Kan mak mah ade kejap kat pejabat asrama malam td. Mak mah pun tak kejut kan sbb tau kamu penat.."

Cayalah mak mah. Kite geng! Terime kasih mak mah.

Nak ceritenye. Mcm mane agaknye aku?! Begitulah, pernah dicabar menjadi pelajar unggul. Namun, jawapan kpd persoalan hidup tersebut masih belum ketemui, walaupun sesudah keputusan SPM telah pun diumumkan. Jawapan persoalan tersebut masih lg di dalam pengetahuan Utzh dan pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Mungkin sekirenye kite dipertemukan, akan utzh berikan jawapan itu kpd sy?! Atau biarlah utzh terus mendiamkannye agar sy terus berusaha bersungguh-sungguh utk mencapai kecemerlangan dlm setiap perkare yg sy lakukan.

************************
Ape pun, byk cerite sebenarnye ingin dikongsikan berkaitan guru-guru yg memberi didikan dan ajaran kpd aku. Terlalu besar jasa mereka. Seolah-olah ingin disebut-sebut 1 per 1 name mereka dlm post ini. Mereka terlalu aku hormati dan sayangi. Hmmm... terlalu byk kenangan yg sukar dilupekan.

Bayangkan shje mcm mane utk diceritekan kenangan menjadi murid selame 8 tahun kpd seorang guru ini. Dipertemukan sejak sekolah rendah, akhirnye masih lg menjadi muridnye di sekolah menengah. Hebat bukan perencanaan Allah s.w.t. Aku terlalu bersyukur. Melalui guru tersebut, aku mula aktif dgn aktiviti2 pentas dan persembahan. Paling diingati adalah persembahan kuda kepang semase darjah 4 dan 5. Setiap program besar-besaran di sekolah, kami akan membuat persembahan kuda kepang, dah latihan telah diberikan oleh guru-guru yg pandai dalam kebudayaan ini termasuklah cikgu tersebut.

Bayangkan juga, kenangan menyertai pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, Jerayawara Sains dan Teknologi Daerah Muar. Guru bimbingan kami Cikgu Norliya, membawa kami menaiki kereta barunya ketika itu, Kia Carnival yg baru berusia entah 2-3 minggu. Tp kami la pelajar pertama yg merasai nye, kami menjadikan seolah-olah kereta tersebut spt kami punya, kami cube semue yg ade dlm kerete tersebut, sehingga beliau mengatakan;
"hei.. ni baru seminggu ni sy bawak kamu.. habis rosak kereta baru sy"
.. sebuah kenangan indah

Belum lagi cabaran yg beliau berikan kpd kami --/ byk tau cabaran demi cabaran yg cikgu2 kitorg berikan. Kate beliau;
"Sy ni tak tamak eh. Sy tak nak byk pun drp pelajar sy, bg la sy 1 je. Sy tak nak 2, sy tak nak 3 lg kan sy tak nak 8 ke 9". Maksudnye beliau nak kami berikan A1 kpd beliau dlm subjek fizik.

Dan Alhamdulillah, kami pulak katekan kpdnye slps result SPM; "Kami pun tak pemurah cikgu, kami bg cikgu 1"

Terlalu byk lg kenangan. Rombongan dgn Cikgu Husnul di akhir pengajian kami, kite menang pertandingan Kelas Tercantik dan Kreatif sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kemenangan di peringkat daerah dlm pertandingan bahas yg membuatkan cikgu pembimbing kami, Cikgu Mastura begitu gembire. Sesungguhnye cikgu, sy ingin membalas jase cikgu, sy ingin membantu pula pasukan bahas SMKA Maahad Muar kini, tp sy tidak tahu caranya. Kenangan bersame Utzh Wan Hakimah, menjadi guru kelas 3 Mujahid dgn aku sbg ketue tingkatan. Utzh la utzh bahase Arab sy yg THE BEST!!! Ingt lg utzh, kelas 3 Mujahid menang kelas paling terceria hampir saban minggu. Berkat pertolongan dan bantuan drp utzh juga. Sy tak boleh lupekan. Kad ucapan yg utzh tampal di kelas kami sblm peperiksaan PMR ade pade sy lagi. Sy rindukan utzh. Begitu juga dgn Cikgu M.Zulkifli, masuk2 kelas, tulis tajuk di papan hitam dan terus bercerite. Ingt lg ayat cikgu "ni kalau aku cerite 3 hari 3 malam ni pun tak habis lg ni". Dan cerite cikgu dlm bab2 makanan. Cikgu Jalis, cikgu kemahiran hidup yg paling SEMPOI!!! Best la cikgu, jd anak murid cikgu. Jasa cikgu ketike kami ingin menyudahkan projek KH dulu mmg tak boleh dilupekan. Kalau cikgu bercerite di depan, mmg sy akan tido punye. Hahaha

Cikgu Sharipah Paan, cikgu Add Math kesayangan. Sy ingt lagi cikgu, 2 kali sy ganggu cikgu semate-mate nak tnye soalan Add Math. Sekali tu, mase cikgu kat kantin, tgh makan. Sy dah tnye cikgu, kalau cikgu nak makan dan sebuk, sy jumpe lain kali. Tp cikgu tetap nak bantu sy, ajar kan sy soalan Add Math tu. Sekali yg lain tu plak, sy jumpe cikgu kat bilik guru, nak minta ajarkan care nak jawab soalan Add Math gak. Tp mase tu, cikgu tak sihat. Cikgu masih nak tolong tp cikgu mcm tak berdaye dan minta cikgu Husnul ajarkan. Sy sayang sgt cikgu. Sy ingt juga mase SPM, jas sblm paper Add Math tu, personally cikgu ckp kat sy; "A1 eh halim". Itu yg paling tak boleh sy lupekan.

Ust. Mahyuddin mmg sy tak boleh lupekan. Ust mmg hebat la ust. Walaupun dlm kelas, soklan ust kadang2 susah nak dijawab, tp ust tetap best! Kene berdiri sbb tak dpt jawab soklan i3rab tu mmg biase. Tp ape yg ust ajarkan tu sgt bermakne, terutame skali bile sy cube aplikasikan ketike membace al-Quran. Sy masih boleh ingt lg. Dan buku yg ust berikan kpd kami dulu mmg sungguh bermanfaat, sekali sekala sy buka, sy rujuk, beerti masih dlm simpanan sy atau mungkin adik sy telah gunekannya.

Sy juga tidak boleh lupekan Ummi, mentor sy ketike form 5 dulu, Utzh Pauziah Mohamed. Ummi mmg baik, ummi sgt amik berat akan perihal kami mentee ummi. Jasa ummi mmg sukar utk sy lupekan. Ingt sgt kenangan ummi belanja kami makan di Hotal Pelangi slps SPM dan harapan ummi agar kami berjaya. Sy rindukan ummi sgt2. --/ terus teringt dan menangis.

Begitu juga dgn kenangan guru yg penah mengajar aku selama 3 tahun. Betape selama itu kite menghormatinye, kite menyayanginye, tp rupenye hubungan cikgu dan anak murid ini juga tidak berkekalan. Bg yg tahu ceritenye, bahkan telah diungkit cerite ini pun sblm nye, sbnrnye kenangan ini amat menyedihkan dan memedihkan. Setiap kali teringt, bergenang air mate, seterusnye melimpah ke pipi. Begitu kesudahan hubungan guru dan anak muridnye setelah memberi ilmu dan didikan, yg mane menjadikan nilai keberkatan ilmu dan didikan itu berkurangan dan mungkin tiada nilainya.

Begitula dan begitula. Hakikatnye utk diceritekan semue perihal dan kenangan kite dgn cikgu-cikgu adalah suatu yg mustahil, kerana mana mungkin lembaran ini akan berakhir utk menulis cerite-cerite kite dgn cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu tetap tidak akan sy lupe. Cikgu la yg terbaik, cikgu la yg paling cemerlang, cikgu yg yg hebat!!!

Di kesempatan ini, sy mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semue guru-guru yg pernah mengajar sy, yg mengenali sy dan sy kenali mereka, yg sy hormati lg kasihi, yg telah memberikan bantuan, pertolongan, tunjuk ajar, nasihat, teguran dan pedoman. Kpd semue guru bermula drp sy tadika di Tadika Kemas Pt. Hj Zain, Cikgu Rohaya. Kpd cikgu-cikgu di Sek. Keb. Bakri Bt. 5 dan Sek. Keb. Pt. Hj Zain, Cikgu Rosiah, Cikgu Normah, Cikgu Noraini, Cikgu Jamaliah, Cikgu Habibah dan ramai lg. Serta cikgu-cikgu di sekolah kesayangan sy yg byk mengajar erti kehidupan, SMKA Maahad Muar. Tidak dilupekan guru-guru di KISAS, cikgu Aini Arifah Ariffin dan lain-lain. Guru-guru di Sek. Agama Bakri Bt. 6 serta semue yg pernah mengajar sy selame hidup sy yg berkelana dan melata di atas Bumi Allah ini. TERIMA KASIH CIKGU! Terima kasih. JASAMU di kenang. Jasa mu mana mungkin terbalas oleh diri sy, anak didikmu yg lemah ini, semoga Allah memberkati kehidupan cikgu-cikgu semua.

1 comment:

siredi said...

saye ade tlg ke ar yg wat carta tu? cam takde jek.haha..tak ingt pun..

skolah parit zain ke? cam same ngan skolah anip sahair je.ingt die tak?