Wednesday, May 27, 2009

^v^ AMIK IKTIBAR ^v^

INDIVIDUALISME KE KERJASAMA-risme
(mati la, potong markah tatabahase..)

Ni mungkin adelah penutup post utk Mei 2009, andai katenye takde pape lg sblm 31 Mei ni utk dikongsikan bersame lg. Post kali ni dibuat ala-ala tak sedar diri esok exm. Tp kerane melihatkan beberape peristiwe yg berlaku lewat kebelakangan ini, lalu terpakse juga berbicare sesuatu di sini. Post kali ini diambil drp satu pertandingan yg dijalankan sempena satu program. Itulah pertandingan pengucapan awam dlm program pra-PERTAMA. Program yg hadir dgn sesuatu yg lain drp yg lain, cuba utk mengubah corak pemikiran mahasiswa Malaysia Jordan, yg antara lain objektifnye; Melahirkan mahasiswa yg berFIKIRAN TERBUKA dan KEHADAPAN, BERANI dan TIDAK TAKUT dalam memberi pandangan terhadap isu-isu semase setempat, nasional dan antarabangsa. Tahniah buat pengarah program dan ajk beliau.

Ayuh dengarkan --/ terus ala-ala naik stage, pegang mic dan test2 mic takut2 org sabotaj ke kan.. senyum sikit kat juri dan...

>> eh baru nek stage, baru nak start.. org dah tepuk tangan dah <<

KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK

Pembuka bicara, hadirin yg dihormati sekalian,

Tajuk pidato saye pada hari ini; "KITA SEMAKIN INDIVIDUALISTIK"

Pinjamkan saya konsentrasi anda buat seketika sidang hadiri yg dihormati sekalian utk kita sama-sama renungi sebuah cerita bagi memberi pemahaman yg jelas kepada anda akan maksud individualistik.

Pada suatu musim panas sblm datangnya musim dingin (Ziana Zain, tetap), kedapatanlah sekumpulan semut yg sedang tekun bekerja mencari makanan utk menampung keperluan harian mereka dan sbg bekalan menghadapi musim sejuk yg bakal tiba tidak lama lg. --/ cerite kanak-kanak sgt kan.. Sang semut begitu rajin bekerja, perihal mereka tidak seperti sang belalang. Sang belalang terlalu suka berhibur. Bahkan belalang-belalang ini menghina pekerjaan sang semut "wahai kawan-kawan semut ku sekalian, kalian terlalu rajin bekerja. Bukankah musim sejuk akan tiba lambat lagi. Berhiburlah seperti kami selagi belum tibanya musim sejuk. Tidak perlu utk rajin bekerja, memenatkan badan dan berpeluh di bawah pancaran cahaya matahari yg terik begini"

>> kurang ajar sungguh kan kate-kate sang belalang <<

>> sang semut membalas; "berhiburlah kau sebelum azab Allah sampai kepada mu" <<

Begitu sang belalang, namun sang semut tidak mengendahkannya dan berlalu membiarkan sang belalang yg terlalu suka berhibur.

Hadirin yg dihormati sekalian,
Daripada cerita sebentar td, apakah yg dapat kite simpulkan?! Siapakah sebenarnya antara 2 golongan ini yg individualistik?! Sang belalangkah atau sang semutkah?! Adakah individualistik itu ditujukan kpd seorang individu sahaja?!

Menjawab persoalan tersebut sidang hadirin yg dihormati sekalian, ayuh diungkai satu per satu

PenDEFINISIan saya,
Individualistik menggambarkan sikap, tingkah laku atau perilaku manusia (sbg makhluk yg diciptakan oleh Allah s.w.t utk merase dan mempunyai perasaan) yg cuba memisahkan diri mereka daripada naungan penyatuan, bekerjasama, hidup bermasyarakat dan kebersamaan. Individualistik tidak hanya dilihat sbg mengasingkan diri drp jemaah, tetapi haruslah diketahui bahawa apa-apa jua usaha atau perbuatan cuba menguasai perbuatan, budaya, hasil usaha dan hasil bumi, corak pemikiran dan gerak kerja insan-insan lain juga dapat diinterpretasikan sbg individualistik kerana akhirnya nnti merekalah yg berkuasai dan merekalah yg beraja.

>> bicare kite pada hari ini sidang hadirin sekalian <<

Maka, daripada cerite yg saye bawekan terdahulu, pada pandangan saya, sang semut bersikap individualistik dan begitu juga sang belalang yg terlalu individualistik.

Penerangan saye sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Sang semut terlalu sombong bekerja dan mereka melupakan tanggungjawab mereka utk mengajak belalang menyertai mereka dalam usaha mencari bekalan makanan. Sekiranya sang semut mempunyai prinsip hidup bersatu padu, mereka akan tentunya mengajak sang belalang bersama-sama mencari makanan. Nah, kan barulah di situ keharmonian hidup bekerjasama dapat dirasa.

Sang belalang pula tidak harus memperlekeh dan mempersendakan usaha murni dan rajin bekerja sang semut, bahkan tidak boleh pula menghasut sang semut mengikut sikap mereka yg suka berhibur. Maka, mereka telah cuba mempengaruhi dan menguasai budaya dan cara kerja sang semut. Kan jelas di situ gambaran sikap individualistik masing-masing.

>> individualistik sgt!!! <<

>> rajin cek mut kite.. contohi lah mereka <<

Lalu di sini, saya lontarkan pula persoalan individualistik ini kepada anda semue. Lihatlah sekeliling, perhatikanlah suasana persekitaran. Amati-amatikanlah kondisi dan keadaan hidup kita di sini. Lalu, jawablah dgn kebenaran. Aura manakah yg lebih kuat baranya dan marak nyalanya.. Hidup berpersatuan dan berpasukan atau individualistik dan PLASTIK. Simpanlah jawapan itu di hati, jangan diluah tanpa permisi, takut ada yg tersinggung tersentaplah diri.

Dan kerana bicara saya ketika ini adalah kita semakin individualistik, makan jelas, individualistik ini bukanlah suatu nilai yg statik iaitu adanya individualistik ini dgn sbb adenye atau sudah sedia ada --/ ape istilah dalam Aqidah, aku lupe la plak, jawabkan z... Tetapi, semakin individualistik ini membawe maksud satu proses yg dinamik. Bermula dgn penyatuan, nikmat hidup dirasa bersama; engkau gembire aku bahagia, angkau sedih aku pedih. Namun, akhirnya kacang hijau menjadi bubur kacang, nilai-nilai individualistiklah yg bertandang; aku duduk di Am3ari punye bangunan kau duduk di sakan. Aku pergi ke jami3ah dulu naik bas, kau tertinggal kelas. Ape pula hal nya dgn "AKU BELAJAR SYARI3AH, KAU BELAJAR LUGHAH 3ARABIAH, DIA PELAJAR IQTISAD WAL MASARIH ISLAMIAH, KAMI PULA PELAJAR KULIYYAH TIBBIAH"

Hancur-punahlah fungsi dan peranan persatuan, khususnya PERMAI yg menjulang cogan kata "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" sekiranya individualistik di kalangan ahli semakin tidak keruan. Ya, bersatu dan penyatuan.. Dan benar juga, individualistik dan perpecahan

Kalaulah dulu ya sidang hadirin yg dihormati sekalian; aku masak ayam kari, kau masak nasi dan die masak sayur sawi, lalu makanan itu kita bersama nikmati. Kini, aku masak nasi lauk ayam masak merah, kau nak makan sekali?!! Tak payah!!! Pinggan dan mangkuk terbiar, periuk dan senduk tidak berbasuh. Nah, apakah sikap yg digambarkan tersebut?!! TOLERANSI dan KESALINGAN?!! Atau SOMBONG dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?!! Maka, tidak melampau sekiranya nnti satu usul akan diutarakan utk meminda perlembagaan persatuan, fasal 5, perkara 5.1; moto persatuan "BERSATU KE ARAH KECEMERLANGAN" kpd "INDIVIDUALISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN". Mahukah kita?!! Sesuatu yg tidak mustahil sekiranya kondisi dan suasana inilah yg berlaku di kalangan kita.

Justeru, apakah yg perlu kita lakukan?! Apakah tindakan kita?! Jgn biarkan sikap ini berleluasa, kelak meranalah kita, ummat Islam dan kemajuaannya pula tidak terbela. Hadirin sekalian, ayuh kita buangkan segera semangat enau, di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buangkan juga semangat menara, di dalam bandar melepaskan puncak masing-masing drp kamus peribahasa kita.

Paluan gendang semangat mentera,
Wassalamua'lykum penutup kata,


Salam undur diri
--/ dgn muka konfiden sambil tarik nafas dalam2.. mic dilepaskan.. dan turun stage perlahan-lahan.. smbil perhatikan juri memberi komen sesame mereka; "juare ni, best pidato die, insyaAllah juare ni.." dan di luar dewan, tersenyum kepuasan.. HAHAHAHAHA.. perasan sgt

>> tgk terus dpt standing ovation drp juri.. terime kasih (2x) <<

>> terime kasih, terime kasih.. saye ucapkan terime kasih.. jumpe lagi <<

PENGAJARAN;

1. Kenape tahun ni program pra-PERTAMA takde?! Adekah kerane hasil laporan yg dikeluarkan oleh pengarah berdasarkan pencapaian matlamat program?! Sedangkan pengarah hanye berkate jujur, tidak seperti pengarah program lain.. skdr meletak matlamat2 program yg biasa dgn laporan mengatekan matlamat tercapai.. lalu program itu berterusan dijalankan tahun demi tahun.. suatu yg tidak menunjukkan kematangan pemikiran.. sedangkan dlm program tersebut, pengarah telah dtg dgn idea dan matlamat yg berbeza, bukan spt kebiasaannye.. dan pengarah berkate benar dalam laporan beliau terhadap pencapaian objektif.. tp lihat, ke mane perginye program tersebut?!! tidak berterusan

2. Sekarang ni ade pulak program yg dijalankan atas sbb peribadi. Nak adekan program atas kepentingan diri sendiri.. Individualistik sgt.. Atas sbb nak name, sanggup ni melobi ydp/presiden persatuan.. tp tak nak jd pengarah.. pengarah ngan ajk org lain . Ape yg pelik lg, semue keje pulak die nak buat.. KISAH BENAR ni

3. beruntung jugak kan ade sahabat yg mithali.. semue org suke die, semue org terime ape yg die lakukan.. demi kebaikan..

4. ya mmg situasi dah berubah.. baik ke buruk itu, memasing ade pandangan memasing.. bile berlaku perubahan ni, ramai pulak yg memberi komenan kan. Bagus lah. Tp komen-komen org tak tgk diri sendiri. Pentingkan diri ke.. individualistik ke.. TAK TAU.. ape yg diketahui, mereka yg dikomen tu sekurang-kurang nye ade kelebihan diorg. Tp kite yg dok asyik komen org ni, ke mane?! Ape kelebihan kite. Dulu betul, kite ade kelebihan.. tp sekarang semakin renggang sebenarnye..

5. Apehal la gaye penulisan aku ni kali ni.. mcm dah terikut-ikut gaye penulisan seseorang je..

Thursday, May 21, 2009

== Mengenali kehidupan ==

ATAS SEBAB AKU YANG MELATA DI BUMI

Cerite kali ini, bukanlah diadaptasi daripada cerite dan berite yg pernah tersiar di The Jordan Post (Mohd Tarmizi). Cerite ini juga bukanlah cerite yg dapat di-Photografy-kan (yg terlibat). Cerite kali ini hanye lah sebuah cerite Aspirasi Mahasiswa (Muhammad Naqeb) utk kite bersame Renung-renungkan dan Selamat Beramal (Ahmad Faaiz Hijry) dengannye.

>> sedarlah bodoh.. boleh ke mcm tu?!! tak kasar kan.. <<

Cerite kali ini mungkin hanyelah sebuah cerite yg pernah tertulis dalam Royal Diaries (Wan Mohamad Izham) hidupku. Mungkin juga cerite kali ini pernah terjelma dalam 2 Evil Minds, from Our Bedroom Windows (Dr. Muhammad Faiz) setelah digali gemburkan dari lokasinya Tobek Ardi (Semue yg duk kat sane). Inilah mungkin cerite Sahibul Hikayat (Saifullah) utk sama-same Kite Mencari Keredhaan Dalam Kehinaan (Asmi Syabil)..

>> kau pilih sendiri.. tp jgn salah bakar plak, kang kesian org nak lintas sungai rajang.. dah la ade buaya.. kang mati je la kesudahan nye --/ sungai rajang ade jambatan kew?!! terus check buku geografi, boleh?!! <<

Aku sering bertanya kpd diri, benarkah Life??? it's NOT all about me (Mohd Shazrin). Sedangkan kerap kali aku melihat mereka mengatakan "It's my life, it's my style"(Muhammad Rifai). Acapkali juga aku terkenang-kenangkan hidup ini "justME::20082010171 (Faiq Nabil) --/ sedangkan ID universiti aku len eh, atau kadangkala fikiran sering mengumpamakan diri sbg marsteello20052010339 (Marwah Hadiid). BENARKAH BEGITU..

>> is either..... <<

Namun, aku tidak pernah buntu dalam Perjalanan Kehidupan (Muhammad Syamil) ku mencari jawapan. Kata-kata "Life is Peachy" (Mohammad Halfi) telah cukup utk memberi penjelasan kepada ku tentang erti kehidupan. Lalu, aku terus menanamkan kepercayaan dan azam bahawa setiap hari yg berlalu adalah kehidupan baru bg diriku, seperti madah mereka "New day >>> New Life" (Muhammad Abdullah). Sungguh setiap bicara pujangga ini amat bermakna dan telah menjadi Sentuhan jiwa (Aiman Rosli) ini utk memahami bahawa ** It is not the length of life but the depth of life** (Lina Farhana).

>> dream the future.. SYURGA Allah s.w.t!! <<

Maka, pastinya aku akan Terus Melangkah (Abdul Muner) meniti hari demi hari menyingkap persoalan demi persoalan kehidupan yg sesungguhnye "perfectly undone" (Fatin Akmal), selagi mana diri ini tidak dijangkiti Klamidomonas (Muhammad Taufeq). Berpegang kpd itulah, I Never Stray Too Far From the Sidewalk (Nadzeem Aidil) lantas terus aku melaungkan seruan; Jom.. Keluar dari Kotak (Ahmad Hamdi).

Sememangnya, inilah The Mechanism of Mine (Muhamad Ideris) yg sukar utk dimengertikan, tetapi.. itulah What I Call My Life (Kevin Zahri). Semuenya atas sebab aku yang melata di bumi namun tegar mendaki bukit menuju ke puncak gunung dan terus menongkah awan agar suatu hari nnti aku bisa juga tiba di Langit Ilahi (Hilal Asyraf). Biarpun mungkin dalam kehidupan yg lain...

>> kesimpulannya; begitulah kehidupan <<

p/s: aku mengambil risiko kehidupan nih.. takut2 terbocorlah rahsia blog ni yg tak ramai org tau dgn sbb post kali ni.. terus doa2 Allah selamatkan aku drp bala bencana dan fitnah manusia..!!

Sunday, May 17, 2009

))- PeRNaH DIcABar -((

MENJADI PELAJAR UNGGUL

Awal kalam, Aslmua'lykum w.b.t

Thani kalam, post kali ni bukanlah nak membangga diri. As what i've mentioned several times before, ni namenye meluahkan perasaan. So, it depends on ur perception sama ada nak menjatuhkan hukum membangge diri, atau poyor atau yg same waktu dgnnye. Personally, inilah cerite yg berlaku pd diri ini suatu ketike dulu yg masih diingati. All of this, definitely related to my beloved teachers sempena HARI GURU yg diraikan semalam, 16 Mei --/ tetap 16 Mei setiap tahun tu adelah Hari Guru, jd takyah mention tahunnye la kan

Ceritenye begini --/ sambil toleh kiri kanan dan mengimbas kembali tahun 2004
Tengahari ketike rehat, aku pergi ke pejabat asrama berjumpe dgn Pn. Zawidah --/ rindukan Pn. Zawidah, tahun lepas pi sekolah, tp die dah bersare.. die adelah penyelia asrama paling baik, memahami dan byk membantu. Mcm biase la, kalau pi pejabat asrama tghari selalunye aku nak tnye pasal kebersihan asrama hari tu la, di samping kene tgk carta kebersihan asrama.. Pin warna ape paling banyak. Amat menyampah kalau pin warna kuning dan merah yg merajai carta. Aku juga yg kene bersoal jawab ngan penyelia asrama.

Dah berbual, dah bersoal jawab, dah dengar sgle penjelasan dan nasihat drp kak idah (pggilan mesra Pn. Zawidah), aku pun mcm nak beransur kembali ke kelas. Dalam pd nak beransur tu la Pn. Rahmah atau mak mah suh tunggu kejap plak. Ingtkan ape, nak ckp pasal die tak puas hati kebersihan keceriaan asrama ke ape, tp rupenye nak bg keje lagi la plak. Aku naik bingung, bengang ngan sewel la plak jadinye mase tu. Kerje nye mcm ni

1. ptg nak siapkan teks syarahan agama peringkat negeri ngan berlatih yg mane dah siap tu

2. mlm nak berlatih disertakan skali kuarantin kat bilik guru tu utk pertandingan bahas Bahasa Melayu

3. ptg juga ni, nak siapkan presentation utk pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, bhgn Fizik, Jerayawara Sains dan Teknologi. pastu latihan pembentangan depan Pn. Norliya dan Pn. Nor'in

Tambah 1 lg keje, keje asrama plak la, iaitulah mak mah ckp hujung minggu ni ade Karnival Asrama, peringkat negeri kalau tak silap aku. Aku disuruh siapkan carta-carta panorama dan beberapa maklumat tentang asrama sekolah kami, SMKA Maahad Muar. Mase tu kan, mcm nak pitam dah kple ni.

"eii, mak mah.. ape plak tibe2 kene wat carta ni"
"ala, mcm tahun lepas tu, kan awak tahu kan.. awak tolong rahim tak wat carta asrama tahun lepas?"
"ade la sy nyebuk mase tu"
"ha mcm tu la yg sy nak"
"mak mah nak yg baru punye ke? nape tak gune je yg lame punye? tp klu nak gune pun, mcm tak best sbb dah byk perubahan dah"
"ha tau pun, ala yg mane leh gune balik, awak gune. ni sy dah minta tolong helmi amik gambar utk awak. nnti masukkan dlm carta tu"
"byk keje lain la mak mah"
"awak je yg pandai wat keje2 ni.. sy tak tau yg lain.. awak kan pegang keceriaan" --/ bile mak mah ckp keceriaan tu je, terus rase mcm nak hagul kepale kat dinding.. arrrggghh.. sbb tu berkaitan tanggungjawab..
"ye la mak mah, tp nnti sy nak gune bilik gerakan tau"

Tau tak yg hujung minggu ni pulak ade Kem Kepimpinan Pengawas, dan Karnival Asrama pun berlangsung hujung minggu tersebut. Terus aku berbelah bahagi nak pegi yg mane satu.

So, slps je tamat sesi persekolahan, gap antara sekolah dgn kelas persediaan (prep) ptg, aku gunekan utk pi berjumpe ngan beberape org guru berkaitan di bilik guru. Alhamdulillah dlm bilik guru tu, masih ade lagi cikgu yg aku nak jumpe. Naseb baik mereka lum balik. Cikgu Norliya, Utzh Zaleha, Utzh Rohana, Cikgu Husnul Khatimah, Cikgu Farah Hayati, Utzh Rubiah dan beberape org cikgu yg lain.. Aku bertemu dgn Cikgu Norliya dulu, yg duduk berbual dgn Utzh Rohana;

"Cikgu, boleh tak klu pembentangan hari ni takde.."
"Sbb ape, sy dah minta tolong kat Pn. Nor'in ni jd evaluator pembentangan grup awak"
"Sy ade keje lain la cikgu nak kene wat"
"Keje ape?! keje tu tak boleh tangguh"
"Erm.. Utzh Rohana plak ade.. "
"eh, malu plak nak ckp" - celah Utzh Rohana, merupakan warden asrama
"kene siapkan carta keceriaan utk karnival asrama"
"awak kene siapkan?! takde org lain ke nak wat bende tu"
"penyelia suruh sy, td baru cakap.. kan utzh"
"ha ah, dah buat ke belum?! budak2 bola tampar perempuan dah berlatih lame dah, carta asrama tak siap lg" - Utzh Rohana mohon penjelasan lak
"lum, baru dpt gambar, mak mah baru bagi td"
"esok awak pegi tak, bukan ade kem kepimpinan ke kamu orang"
"tu la pasal, pening ni.. carta asrama lg, latihan syarahan lg, bahas lg.. skang ni nak tau drp cikgu Norliya dulu"
"ok cam ni la, kalau awak boleh start buat pembentangan tu awal, sblm kelas tambahan awak atau latihan ape2 pertandingan awak tu, kite jalan.. ikut mcm ne kate grup awak la.. semue dah siap kan?! tinggal nak bentang je kan?!"
"ha ah, insyaAllah siap.. ok je kot cikgu mcm tu"

TIBE2, cikgu Norliya jd mcm berang la pulak
"eh, awak ni kan, semue keje awak buat?! awak ni dah la kurus, kecik.. tp semue keje awak kene wat"
"awak belah badan awak tu halim.. die ni dah la kecik, tp semue bende die nak masuk" - cikgu Husnul tibe2 menyampuk menambah perise keadaan
"die ni kak serbe boleh, awak belah je la badan awak tu halim.." seloroh cikgu Husnul
"ha tu la, pelik. tp awak tak tolak pulak bile org bg keje"
"mcm mane cikgu, dah cikgu2 minta tolong, penyelia minta tolong.. wat je la keje tu"
"DIE NAK JADI PELAJAR UNGGUL KOT?! Aktiviti-aktiviti pertandingan byk dah masuk. Hebat la tu. Pelajaran setakat ni ok, tp SPM punye result nnti belum tahu. Kite tgk mcm mane nnti. Boleh tak die jd pelajar UNGGUL?!" - Utzh Zaleha plak amik port, tambah gula ngan garam bg sedap
"Tak hebat pun utzh, masih belajar berlatih syarahan ngan utzh gak"
"Ni cabaran la maksudnye. Kene jd pelajar unggul, nak jadi contoh kat adik-adik, junior-junior" kate Utzh Zaleha lembut smbil tersenyum manis. Utzh paling aku hormat seumur hidup.

Kemudian, perbualan diteruskan lg sehingga aku dpt keputusan yg muktamad drp cikgu2 tersebut. Jadual hari tersebut amat penuh. Ptg pula terpakse keluar bandar Muar, TANPA KEBENARAN tp diselamatkan keadaan tersebut dgn bantuan Ust. Zaman. Ust. Zaman bawak pi bandar Muar menaiki keretenye utk beli beberape cardboard baru utk aku menyiapkan carta asrama. Seingat aku, malam tu takde latihan bahas. So, aku gunekan utk siapkan carta. Tak tidur malam, terpakse bersengkang mate. Itupun naseb baiklah ade junior merangkap AJK kecil sanggup nak tolong. Tp mereke pun penat dan masing2 pun lena, bile dah tak tahan sgt, kat bilik gerakan tu. Aku ni ha yg teruskan bekerje, smpai subuh, smpai azan berkumandang kat surau tu. Tak ingt la plak sape yg laungkan azan tu, kalau boleh mcm nak suh die postponekan je azan tu..

Cayalah Ust. Zaman, kite geng! Terime kasih Ust.

Hari tu la aku kene submit keje aku siapkan carta. Aku balik asrama, gosok pakaian jumaat, pi surau dan balik asrama semule kemaskan ape yg patut. Pastu aku tinggalkan semue dan kembali semule ke bilik gerakan. Yg aku ingt aku tak turun surau utk bacaan Al-Quran pg jumaat tu, aku tak pi kelas jugak hari tu.. aku ponteng sepanjang hari dan aku tido kat bilik gerakan asrama. Yg tahu aku ponteng hanye 2 org sahaje.. Itulah ketue asrama mase mencari aku minta carta yg dah aku siapkan sbb die nak pi bawak ke tempat pertandingan berlangsungnye Karnival Asrama tu. Dan seorang lg adelah Mak Mah, sbb die check bilik gerakan tu kenape kipas terbuka, rupenye aku terbongkang tido kat situ. Aku ngantuk, aku penat dan aku tak jadi ikut ke tempat Karnival Asrama berlangsung. Means, aku tak join Karnival Asrama tu, tp aku join Kem Kepimpinan Pengawas. Mak mah cakap;

"Mak mah tau je kamu tido kat bilik gerakan. Mak mah tak kejut. Mak mah tau kamu tak tido malam semalam. Kan mak mah ade kejap kat pejabat asrama malam td. Mak mah pun tak kejut kan sbb tau kamu penat.."

Cayalah mak mah. Kite geng! Terime kasih mak mah.

Nak ceritenye. Mcm mane agaknye aku?! Begitulah, pernah dicabar menjadi pelajar unggul. Namun, jawapan kpd persoalan hidup tersebut masih belum ketemui, walaupun sesudah keputusan SPM telah pun diumumkan. Jawapan persoalan tersebut masih lg di dalam pengetahuan Utzh dan pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Mungkin sekirenye kite dipertemukan, akan utzh berikan jawapan itu kpd sy?! Atau biarlah utzh terus mendiamkannye agar sy terus berusaha bersungguh-sungguh utk mencapai kecemerlangan dlm setiap perkare yg sy lakukan.

************************
Ape pun, byk cerite sebenarnye ingin dikongsikan berkaitan guru-guru yg memberi didikan dan ajaran kpd aku. Terlalu besar jasa mereka. Seolah-olah ingin disebut-sebut 1 per 1 name mereka dlm post ini. Mereka terlalu aku hormati dan sayangi. Hmmm... terlalu byk kenangan yg sukar dilupekan.

Bayangkan shje mcm mane utk diceritekan kenangan menjadi murid selame 8 tahun kpd seorang guru ini. Dipertemukan sejak sekolah rendah, akhirnye masih lg menjadi muridnye di sekolah menengah. Hebat bukan perencanaan Allah s.w.t. Aku terlalu bersyukur. Melalui guru tersebut, aku mula aktif dgn aktiviti2 pentas dan persembahan. Paling diingati adalah persembahan kuda kepang semase darjah 4 dan 5. Setiap program besar-besaran di sekolah, kami akan membuat persembahan kuda kepang, dah latihan telah diberikan oleh guru-guru yg pandai dalam kebudayaan ini termasuklah cikgu tersebut.

Bayangkan juga, kenangan menyertai pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi, Jerayawara Sains dan Teknologi Daerah Muar. Guru bimbingan kami Cikgu Norliya, membawa kami menaiki kereta barunya ketika itu, Kia Carnival yg baru berusia entah 2-3 minggu. Tp kami la pelajar pertama yg merasai nye, kami menjadikan seolah-olah kereta tersebut spt kami punya, kami cube semue yg ade dlm kerete tersebut, sehingga beliau mengatakan;
"hei.. ni baru seminggu ni sy bawak kamu.. habis rosak kereta baru sy"
.. sebuah kenangan indah

Belum lagi cabaran yg beliau berikan kpd kami --/ byk tau cabaran demi cabaran yg cikgu2 kitorg berikan. Kate beliau;
"Sy ni tak tamak eh. Sy tak nak byk pun drp pelajar sy, bg la sy 1 je. Sy tak nak 2, sy tak nak 3 lg kan sy tak nak 8 ke 9". Maksudnye beliau nak kami berikan A1 kpd beliau dlm subjek fizik.

Dan Alhamdulillah, kami pulak katekan kpdnye slps result SPM; "Kami pun tak pemurah cikgu, kami bg cikgu 1"

Terlalu byk lg kenangan. Rombongan dgn Cikgu Husnul di akhir pengajian kami, kite menang pertandingan Kelas Tercantik dan Kreatif sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Kemenangan di peringkat daerah dlm pertandingan bahas yg membuatkan cikgu pembimbing kami, Cikgu Mastura begitu gembire. Sesungguhnye cikgu, sy ingin membalas jase cikgu, sy ingin membantu pula pasukan bahas SMKA Maahad Muar kini, tp sy tidak tahu caranya. Kenangan bersame Utzh Wan Hakimah, menjadi guru kelas 3 Mujahid dgn aku sbg ketue tingkatan. Utzh la utzh bahase Arab sy yg THE BEST!!! Ingt lg utzh, kelas 3 Mujahid menang kelas paling terceria hampir saban minggu. Berkat pertolongan dan bantuan drp utzh juga. Sy tak boleh lupekan. Kad ucapan yg utzh tampal di kelas kami sblm peperiksaan PMR ade pade sy lagi. Sy rindukan utzh. Begitu juga dgn Cikgu M.Zulkifli, masuk2 kelas, tulis tajuk di papan hitam dan terus bercerite. Ingt lg ayat cikgu "ni kalau aku cerite 3 hari 3 malam ni pun tak habis lg ni". Dan cerite cikgu dlm bab2 makanan. Cikgu Jalis, cikgu kemahiran hidup yg paling SEMPOI!!! Best la cikgu, jd anak murid cikgu. Jasa cikgu ketike kami ingin menyudahkan projek KH dulu mmg tak boleh dilupekan. Kalau cikgu bercerite di depan, mmg sy akan tido punye. Hahaha

Cikgu Sharipah Paan, cikgu Add Math kesayangan. Sy ingt lagi cikgu, 2 kali sy ganggu cikgu semate-mate nak tnye soalan Add Math. Sekali tu, mase cikgu kat kantin, tgh makan. Sy dah tnye cikgu, kalau cikgu nak makan dan sebuk, sy jumpe lain kali. Tp cikgu tetap nak bantu sy, ajar kan sy soalan Add Math tu. Sekali yg lain tu plak, sy jumpe cikgu kat bilik guru, nak minta ajarkan care nak jawab soalan Add Math gak. Tp mase tu, cikgu tak sihat. Cikgu masih nak tolong tp cikgu mcm tak berdaye dan minta cikgu Husnul ajarkan. Sy sayang sgt cikgu. Sy ingt juga mase SPM, jas sblm paper Add Math tu, personally cikgu ckp kat sy; "A1 eh halim". Itu yg paling tak boleh sy lupekan.

Ust. Mahyuddin mmg sy tak boleh lupekan. Ust mmg hebat la ust. Walaupun dlm kelas, soklan ust kadang2 susah nak dijawab, tp ust tetap best! Kene berdiri sbb tak dpt jawab soklan i3rab tu mmg biase. Tp ape yg ust ajarkan tu sgt bermakne, terutame skali bile sy cube aplikasikan ketike membace al-Quran. Sy masih boleh ingt lg. Dan buku yg ust berikan kpd kami dulu mmg sungguh bermanfaat, sekali sekala sy buka, sy rujuk, beerti masih dlm simpanan sy atau mungkin adik sy telah gunekannya.

Sy juga tidak boleh lupekan Ummi, mentor sy ketike form 5 dulu, Utzh Pauziah Mohamed. Ummi mmg baik, ummi sgt amik berat akan perihal kami mentee ummi. Jasa ummi mmg sukar utk sy lupekan. Ingt sgt kenangan ummi belanja kami makan di Hotal Pelangi slps SPM dan harapan ummi agar kami berjaya. Sy rindukan ummi sgt2. --/ terus teringt dan menangis.

Begitu juga dgn kenangan guru yg penah mengajar aku selama 3 tahun. Betape selama itu kite menghormatinye, kite menyayanginye, tp rupenye hubungan cikgu dan anak murid ini juga tidak berkekalan. Bg yg tahu ceritenye, bahkan telah diungkit cerite ini pun sblm nye, sbnrnye kenangan ini amat menyedihkan dan memedihkan. Setiap kali teringt, bergenang air mate, seterusnye melimpah ke pipi. Begitu kesudahan hubungan guru dan anak muridnye setelah memberi ilmu dan didikan, yg mane menjadikan nilai keberkatan ilmu dan didikan itu berkurangan dan mungkin tiada nilainya.

Begitula dan begitula. Hakikatnye utk diceritekan semue perihal dan kenangan kite dgn cikgu-cikgu adalah suatu yg mustahil, kerana mana mungkin lembaran ini akan berakhir utk menulis cerite-cerite kite dgn cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu tetap tidak akan sy lupe. Cikgu la yg terbaik, cikgu la yg paling cemerlang, cikgu yg yg hebat!!!

Di kesempatan ini, sy mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semue guru-guru yg pernah mengajar sy, yg mengenali sy dan sy kenali mereka, yg sy hormati lg kasihi, yg telah memberikan bantuan, pertolongan, tunjuk ajar, nasihat, teguran dan pedoman. Kpd semue guru bermula drp sy tadika di Tadika Kemas Pt. Hj Zain, Cikgu Rohaya. Kpd cikgu-cikgu di Sek. Keb. Bakri Bt. 5 dan Sek. Keb. Pt. Hj Zain, Cikgu Rosiah, Cikgu Normah, Cikgu Noraini, Cikgu Jamaliah, Cikgu Habibah dan ramai lg. Serta cikgu-cikgu di sekolah kesayangan sy yg byk mengajar erti kehidupan, SMKA Maahad Muar. Tidak dilupekan guru-guru di KISAS, cikgu Aini Arifah Ariffin dan lain-lain. Guru-guru di Sek. Agama Bakri Bt. 6 serta semue yg pernah mengajar sy selame hidup sy yg berkelana dan melata di atas Bumi Allah ini. TERIMA KASIH CIKGU! Terima kasih. JASAMU di kenang. Jasa mu mana mungkin terbalas oleh diri sy, anak didikmu yg lemah ini, semoga Allah memberkati kehidupan cikgu-cikgu semua.

Friday, May 15, 2009

%- SANTAI JENAKE -%

ARTIS KITA DAN ARTIS LUAR NEGARA

1. Afdlin Shauki


Ramai yg tidak tahu bahawe sblm menjadi artis Afdlin adelah pekerja kilang di sebuah kilang membuat peralatan elektrik. Semase bekerja Afdlin selalu sahaje mendengar lagu drp MP3 nye. Dan dgn sbb itu ramai yg cakap Afdlin syok sendiri. Nak jadikan ceritenye, suatu hari oleh kerane terlalu 'syok sendiri' mendengar lagu2 drp MP3 nye itu, Afdlin telah menyambung plug perkakas elektrik utk dicube dgn tangan yg basah. Serentak itu, Afdlin terkene renjatan elektrik dan terus melatah "oh, SHOCKING!".. Ramai yg melihat kejadian tersebut menggelarkan Afdlin dgn gelaran Afdlin Shocking. Dan sejak menjadi artis, Afdlin telah menukar gelaran menjadi Afdlin Shauki.

>> Afdlin Shauki <<

2. Mariah Carey

Mariah Carey adalah sebenarnye artis Malaysia yg telah menempa name di persada antarebangse. Ramai yg tidak tahu tentang perkare tersebut. Walaupun name beliau gah di persade antarebangsa, namun, beliau masih tidak lupe asal-usul beliau. Kerane pepatah melayu ade menyebut, ke mane tumpahnye kuah kalau tidak ke nasi serta di mane bumi dipijak di situ langit dijunjung. Berpegang pepatah melayu itu, Mariah Carey tetap menyukai makan tradisi masyarakat kita. Sbb itu, apabile Mariah masak je 'KARI' konfem 'MERIAH' punye.. Selaras itulah name MARIAH CAREY diambil, sedangkan name asal beliau hanyelah Melati. --/ hah?!! pitam!!!!!!

>> Mariah Carey <<

3. Sheila Majid


Tahukah anda bagaimana sheila majid boleh mendapat gelaran Dato'? Apekah pingat kebesaran yg telah diperolehinye? Tentu ramai yg tahu bukan. Tp tahukah anda bagaimane Sheila Majid mendapat name yg sedap sedemikian. Ceritenye begini, Sariah (name asal) adelah seorang anak yg baik, sering membantu ibu bapanye dgn kerja-kerja rumah. Sariah juga adalah seorang yg taat dgn suruhan agama. Setiap kali masuk waktu solat, Sariah akan bergegas menyiapkan diri utk bersolat di masjid. Suatu hari, Sariah agak terlewat utk ke masjid lantaran tertidur kerane penat membersihkan halaman rumah. Tuntas, die cepat-cepat menyiapkan diri memakai telekung dan berlari-lari anak menuju ke masjid. Kerane terlalu kelam-kabut dgn situasi tersebut, Sariah tidak perasan yg lantai di tempat wudhu' masjid basah. Lalu, die tergelincir dan jatuh terbongkang di situ dgn bunyi yg amat dahsyat sehingge mengganggu jemaah. Terus imam memberhentikan solat dan jemaah ramai-ramai ke tempat kejadian utk melihat ape yg berlaku. Melihat Sariah, masing2 ketawe berdekah2 dan mengeji "Sariah jatuh di masjid" (3x). Lantaran itu, Sariah mengambil keputusan utk menjadi artis dan menukar name kpd Sheila Majid atas peristiwe nye jatuh di masjid dan terus popular..

>> Dato' Sheila Majid <<

4. Jackie Chan

Ali berasal drp Kampung Sri Pahlawan, Melaka. Pun begitu, Ali terkenal di kalangan kawan-kawannye dengan name Jackie atas kehandalannye bersilat dan hebat dalam seni mempertahankan diri. Namun, kehidupannye tidaklah sekaye orang lain. Menyedari kehidupan keluargenye yg miskin, ali selalu menolong ibunye berniaga. Ibunye pula sgt hebat membuat belacan. Setiap ptg Ali akan berjalan sekeliling kampung utk menjaja belacan2 yg dibuat oleh ibunye. Kawan-kawannye pula sering mengejek "ei, Jackie belacan, jackie belacan.. hakhakhak". Kerane itulah name Jackie Chan kekal sehingge sekarang, di samping menjadi pelakon aksi, Jackie Chan masih lagi menjual belacan. Hebatkan produk tempatan, boleh smpai ke luar negare..

>> Jackie Chan <<

5. Rihanna

Pernahkah org tau bahawe Rihanna adelah peminat setia kumpulan nasyid Raihan. Lagu paling disukai Rihanna adalah Puji-pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Ching Ai dan banyak lagi. Rihanna pula sering menjadikan lirik2 lagu2 ini sbg pedoman dan pengajaran buat dirinya dan menjadikan lagu2 tersebut contoh utk menerbitkan albumnye. Utk pengetahuan semue, Rihanna sbnrnye mempunyai kawan-kawan drp negara Arab. Dan dgn sbb minatnya kpd kumpulan Raihan ini, kawan-kawan arabnye telah memberi name gelaran kepadenye sbg Raihanah. Namun, kerane ingin mengkomersialkan name itu spt dirinye, die telah menukar dan memperelok name Raihanah kpd Rihanna spt sekarang --/ menyampah sgt kan, semate-mate nak popular, komersial katekan, sggup tuka name. Lagu Umbrella pula adelah hasil kerje kerasnye mendalami lagu-lagu Raihan yg antare lain juga adelah peringatan kpd Ummat spye bersedie dgn bekalan dan beramal ibadat sblm ajal menjemput spt pepatah melayu "sediekan payung sblm hujan".

>> Rihanna <<

6. Ziana Zain

Name Siti Roziana mmg meletup sejak tahun 92/93 lagi. Semue org mmg kenal Siti Roziana yg mesra dipanggil Ziana krn single pertame beliau "Madah Berhelah" yg berjaye memberi variasi dlm industri muzik tanah air. Sejak diri beliau meletup spt lagu beliau, Ziana sering dijemput utk membuat persembahan di beberape buah negare termasuk Indonesia, Singapura dan paling jauh ke Timur Tengah. Selain menyanyi, Ziana juga hebat dlm bidang modelling dan telah diambil sbg duta produk spt Slimworld, Nutrimetics dan Rafflesia. Namun begitu, ramai yg tidak tahu, Ziana juga adalah duta bg rangkaian telekomunikasi di Jordan, ZAIN. Ziana telah membuat persembahan bg pihak Zain ketika promosi besar-besaran syarikat telekomunikasi ini. Smse persembahan, Ziana telah menjerit "Ziana utk siape?!!".. lalu semue penonton dan peminat yg hadir menjerit pula "ZAIN". Berulang-ulang kali. Begitulah hebatnye Ziana sehingga peminat memberi jolokan kpdnye Ziana Zain. Dan satu lagu beliau telah didedikasikan utk syarikat telekomunikasi Zain itulah "Setia Zain di sini"--/ aiyo.. matila..

>> Ziana Zain <<

Wednesday, May 13, 2009

...Dia Cakap... (kisah sentap!)

"He is selfish"

Drp semalam aku asyik terfikir tentang perkare ni. Betul ke tak.. mcm ye mcm tak.. Mcm ne lak aku leh jual ikan ni?!! Aku bele ikan pun tak penah --/ ha, ape yg korang pikir, speku sgt kan. Penah je dulu ingt nak beli balang kace ngan bele ikan dlm nye. Tp semangat bele ikan tu tak berterusan, terus smpai skang tak jadi. Tp tetap aku suke je kalau dpt bele ikan. InsyaAllah satu hari nnti.

Tp tu pasal bele ikan. Ni bukan pasal bele ikan. Ni pasal attitude aku mungkin atau org lain. Mcm ni ceritenye, smlm kan kami exm pracktikal ortho, wire bending kat JUST di lab cons. Aku amik tempat duduk/meja yg suatu ketike dulu pernah di situ. Aku berjiran ngan akhawat arab, sorang tu Madiha, budak Iraq yg aku sendiri tak bape senang dgn die. Sblh kanan aku lak, aku tak tau sape name die dan die berjiran lak berjiran ngan kawan Melayu yg duk asyik panggil ustaz, ustaz.. Die je sorang yg bising. Hahahaha. --/ Matila aku kene bebel ngan die nnti.

Di depan aku lak, adelah Fatum, akhawat arab gak ngan slbh Fatum adelah kawan baik die iaitulah Lamya'. Antare tujuan aku duk tempat yg aku amik tu adelah kerane tempat tu ade Adam's plier, so senang la nnti nak wat Adam's clasp, which is antare task yg kitorg kene setelkan. So, dlm kelompok tu aku mmg diam je la mase bekerje. Sedangkan yg len ade kawan2 duk nak berbual ke ape kan. Yg paling asyik berbual adalah team Madiha, Fatum ngan Lamya' la. Aku dgr je derang berbual smbil tgn bekerje gak siapkan 2 bende yg diminta tu.

>> Adam's clasp <<

>> double cantilever <<

Actually, plier yg disediekan tu tak mencukupi utk semue org. Jd, kene share, berkongsi dan tukar-tukar terutamenye kalau dah siap gune plier tu. Slalunye org gune Adam's plier utk Adam's clasp and Loop plier plak tuk wat double cantilever. Mmg aku gune pun ke2-2 pliers tu. So, ape masalahnye kan?!! --/ Loop plier adelah aku punye, aku bw sendiri tau

>> Adam's plier <<

>> Loop plier <<

Nak gitau hal senanye, aku gunekan la pliers tu utk me'wire-bending'kan ke2-2 appliances yg kitorg kene wat tu. Ntah mase buat tu kan, jiran-jiran aku tu bebual la. At first aku mcm tak amik berat sgt ape yg derang bualkan. Bak kate org tue berjanggut "ANA TAK IHTIMAM" la dgn perkare tu. Tp ade suatu ketike tu org duk sebuk tukar-tukar plier, aku lak tgh gunekan Adam's plier tu. Termasuklah antare jiran itu, menukar plier utk buat appliance yg len. Then, tak semene-mene aku tertangkap perbualan, soklan drp kawan (M) nye tu aku tak berape dgr, aku assume mcm pasal plier tu jugak la. Ye la sbb org len sebuk bertukar-tukar plier kan mase tu. Tp jawapannye drp (F) aku mmg aku dgr dgn jelas; "HE IS SELFISH!!"

Smpai tang tu, aku terpana la kan. Coz die gunekan kate ganti diri 'He' n nak maklumkan kat situ aku je sorang lelaki. Dan mase tu gak aku tgh gunekan plier. Terus serentak tu, hati aku berkate; "ayat tu utk aku ke?!". Tp aku takde la tibe2 naik angin terus serang jiran tu n cakap kat die "ARE YOU TALKING ABOUT ME?!!!". Nampak sgt aku gile kalau mcm tu. Hmm.. senanye smpai habis exm tu, Adam's plier masih pade aku. Sbb kenape masih pade aku, aku gunekan gak Adam's plier tu utk wat guard utk double cantilever.. Tu yg membuat aku betul-betul terase.

Sepanjang malam dan pagi ini aku duk terfikir. Pasal peristiwe smlm ngan kehidupan aku ni. Kadang2 ade betulnye ape yg derang cakap. Bukan berkaitan peristiwe tu je, tp kehidupan aku ni. Mcm mase aku tgh tulis post ni, ade sorang kawan tu msg, pasal cat umah die. Tp aku mls la plak nak pegi mengadap 'Duli Yang Mulia' tu kan.. opss.. plak tu td die tnye klu aku ade kelas, mase balik tu, die minta tolong aku belikan masking tape. Mcm mane des nak wat.. tu satu contoh.

Amik contoh lain, mcm ne ek.. mgkin drp segi stadi atau drp segi ibadat.. Sbb ade gak org ckp kat aku, "ooo.. ko nak pi umrah tak ajak aku". Mcm ape lg, mcm contohnye aku masak kat umah, ade aku ajak org len makan? Ade?!! Mcm kalau aku beli coklat, aku lebih suke makan sorang2. Mcm tu kot.. ape lg contoh yg menunjukkan aku ni senanye adelah seorg yg pentingkan diri sendiri?! Rasenye korang lg tau kot. Org kate, mereka yg berkawan ngan kite lg nampak senanye kelemahan kite. Org luar lg nmpak siape sebenarnye kite. Sbb kite lebih suke melihat kelebihan kite sedangkan kite kurang nampak kekurangan kite. Hadis nabi s.a.w penah menyebutkan

"Org mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yg paling mulia akhlaknya"; (HR At-Tirmizi)

Aku di sini, secare peribadi, takde isu pun utk membidas dan mempertahankan diri. Sbb kalau aku membidas, maka, aku akan nyatekan semue usahe dan tingkah laku aku yg menjelaskan nilai tidak pentingkan diri aku. Maka, di situ timbul plak nilai membangga diri dan riya'. Jadi aku pun tak nak la mempertahankan diri dan membidas ape-ape. Aku anggap, kate-kate yg mereka luahkan tersebut adelah nasihat dan bukannye tuduhan utk aku membersihkan diri drp sifat-sifat mazmumah.. Dan dalam hadis nabi s.a.w yg lain penah pula menyebutkan

"Tidak akan masuk syurga, org yg dalam hatinye takabbur walau seberat biji sawi" (HR Muslim)

Aku sesungguhnye mengakui kelemahan dan kekurangan diri utk diperbaiki. Sesungguhnye juga aku amat berterime kasih atas luahan kate-kate demikian (walaupun aku sendiri tak tau kate-kate tu utk diri aku atau org lain- tp anggap utk diri sendiri je la) kerane kate-kate tersebut telah mengingatkan diri ini. Maka, sesiape yg tidak menyenangi diri ini dgn sikap-sikap buruk diri ku, bolehlah diluahkan terus. Sesungguhnye, aku malu dgn diri sendiri atas kezaliman yg dilakukan. Sesungguhnye aku malu kpd Tuhan Yg Maha Perkasa, Allah s.w.t atas kekurangan dan kelemahan diri berakhlak dgn akhlak2 mazmumah. Ampunilah aku Ya Allah dan ampunilah aku wahai sekalian manusia..

~TAUBAT DAN MUHASABAH~ smbil menyanyikan lagu Rahimah Rahim: 'Doa'

Friday, May 8, 2009

-#- TIDAK MUSTAHIL SEKIRANYA -#-

MEMPUNYAI PSIKOLOGI CEMERLANG (part 3)

KHUSUS KPD TEAM VOLLEYBALL IRBID


Ye, kite hadir ke Mu'tah dgn semangat juang ingin menebus kekecewaan kalah kpd team Mu'tah A dlm KARISMA 2008. Maka, tidak boleh tidak (la budda), emas tahun ini seharusnye menjadi milik kite. Usah menjadi spt brazil, yg telah memenangi emas dlm Olympic Athens 2004 tetapi tumbang kpd USA ketike Olympic Beijing 2008. Kite tidak mahu seperti itu. Kite mahukan kejuaraan pada tahun ini. Kerane itu latihan intensif telah pun dijalankan seawal mungkin.

Drp latihan yg kite jalankan selame ini, kite telah berjaye memperbaiki mutu permainan kite khususnye yg berkaitan teknikal. Byk penambahbaikan yg kite perolehi sepanjang sesi latihan dijalankan berutama drp sudut terime bola (digging), hantaran (serve), mengumpan / menetapkan bola (set) membuat bola rejam (spike) dan menghalang bola rejam pihak lawan (block). MANTAP. Itulah seharusnye dilafazkan bg menggambarkan corak permainan pasukan bola tampar Irbid, baik team A mahupun B hasil drp latihan selame lebih 2 bulan. Ini tidak ditambah lagi dgn strategi permainan yg nyate memberi penangan terhebat kpd pasukan pihak lawan. Jelas diketahui, bahawe pasukan bola tampar lelaki Irbid tahun ini, terdiri drp pemain-pemain bola tampar yg hebat-hebat belake. Kenyataan ini disetujui sendiri oleh pasukan lawan kami.

Maka, berkat hasil usahe gigih dan berterusan, kite berjaye memperbaiki keputusan pertandingan. Kalau KARISMA 2008, kite sekadar mengkalungkan pingat perak dan gangsa di leher. Tapi, Alhamdulillah, KARISMA 2009, kite berjaye merubah kalungan pingat. Kite membawe pulang emas dan masih juga gangsa.

Utk pengetahuan semue, pertandingan bola tampar KARISMA 2009 kali ni menetapkan corak perlawanan bersifat liga sepenuhnye. Kumpulan dgn kemenangan tertinggi menjadi juara dan seterusnye kpd kumpulan yg kalah keseluruhan perlawanan di tempat terakhir. Walaupun corak pertandingan didapati tidak memuaskan hati, tp keputusan drp pihak penganjur diterime seadanye. 5 kumpulan bertanding dalam pertandingan tersebut bg merebut Piala Kenari, tajaan MPKJ; adalah seperti berikut - Mu'tah A, Mu'tah B, Irbid A, Irbid B dan Mafraq, manakala team Amman menarik diri saat akhir --/ awal2 tahu nak kalah , tarik diri awal2 la.. bagus kan derang

>> sekadar menyaksikan perlawanan pertame pertemuan ke2-2 pasukan Mu'tah <<

>> bg kuliah subuh boleh?!! takde maknenye.. sebuk berbincang kot, ke sebuk bincangkan cakap kelemahan org lain tp tak sedar kelemahan diri sendiri.. MUHASABAH kan.. <<

Pertandingan dimulakan dgn perlawanan antare Mu'tah A dan Mu'tah B. Pertandingan pembukaan yg lengai dan tidak memerlukan mase yg panjang bg menentukan kemenangan. Mu'tah B yg membariskan beberape pemain handalan KARISMA 08 ditambah dgn muka-muka baru yg cukup bersemangat sememangnye menjadi pasukan yg sudah dijangke kemenangannye dlm perlawanan ini, sekali gus menjadi pencabar utame pasukan bola tampat Irbid. Namun, persembahan dan permainan pemain-pemain Mu'tah A hasuslah dipuji kerane menunjukkan peningkatan yg ketare.

>> biase la tu, awal2 sblm perlawanan, amik gambar dulu <<

Pertandingan seterusnye adelah antare Irbid A melawan ... Irbid B. Musuh digelanggang sewaktu dlm latihan. Musuh digelanggang juga sewaktu pertandingan ini. Pertemuan seawal begini dgn pasukan drp mantiqah yg same sememangnye tidak disenangi. Namun, undian malam sblm perlawanan tidak boleh diubah lg. Lalu berentap la kami di atas gelanggang demi memburu kejuaraan. Seawal perlawanan bermula ke2-2 pasukan bertindak garang, masing-masing mempamerkan persembahan yg mantap. Nyate susah utk menentukan siape yg bakal menang dalam perlawanan ini. Pun begitu kami Irbid B tewas di tangan Irbid A pada set pertame dgn 25 berbalas 16. Set ke-2 menyaksikan pasukan kami bangkit utk menebus kekecewaan kpd pasukan Irbid A dgn mendahului mate ke sekian mase. Tetapi, masalah teknikal kerap mengganggu persembahan kami dan akhirnye kami akur juga dgn kekalahan pada set ke-2 dgn 25 berbalas 20. Aku sesungguhnye menyangkal dakwaan seorg penulis blog mengatekan kekalahan kami adalah atas kurangnye pengalaman --/ hangguk sgt kan. eleh mcm byk sgt pengalaman korg. org len pun same je. Kerane kekalahan kami bukan la disebabkan pengalaman, nyate dlm ke2-2 pasukan, pemain-pemain sememangnye sudah mempunyai pengalaman bertanding sblm ini. Ape yg menjadi masalahnye adelah drp sudut teknikal. Setting didapati byk membawe masalah, block kurang sempurne menyebabkan hampir 5 mate habis begitu shje apebile setiap halangan yg dilakukan, bola tertampan keluar gelanggang. Pasukan kami juga byk kehilangan mate akibat hantaran (serve) bola yg tidak melepasi net. Aiyo..

>> pertemuan pasukan drp kontijen yg same.. masing2 berhempas pulas <<

>> "block!!"; jerit setter.. block yg tidak kemas.. wing spiker terlambat sikit nak block sesame. bola terlepas. inilah bukti kpd yg beranggapan sy tak mampu block.. hakikatnye saye mampu.. <<

>> block lg.. bola lepas atas jari je.. kalau tidak, ia akan menjadi block yg sempurne <<


Pertemuan kali ini adalah antare Mu'tah A melawan Mafraq. Tidak byk yg perlu dibicarekan berkaitan perlawanan antare 2 pasukan ini. Walaupun Mafraq sbnrnye garang di atas gelanggang tetapi Mu'tah A menang kerane pasukan mereka berjaye menguasai gelanggang dgn menggunekan taktik yg penuh DAHSYAT. Ape pun, team Mafraq sememangnye hebat kerane mempunyai seorang pemain yg power. Sekali tamparan bola boleh memecahkan dinding bangunan. Namun, masalah komunikasi adelah kekurangan mereka.

Perlawanan seterusnye, Irbid A melawan Mu'tah B. Kali ini kite dapat menyaksikan buat kali ke-2 perlawanan penuh mencemaskan. Ke2-2 pasukan adelah hebat. Ke2-2 pasukan ini pernah bertemu dlm perlawanan akhir KARISMA 08 yg menyaksikan Irbid A tewas di tangan Mu'tah. Lalu, bagaimane keputusannye kali ini. Perlawanan dimulakan dgn cemas apebile Mu'tah yg membuke perlawanan berjaye mendahului mate sedangkan Irbid A masih lg mencari-cari rentak permainan. Mungkin mereka gugup seketike kerane belum biase dgn keadaan, tidak spt berhadapan dgn kami Irbid B. Akhirnye mereka bangkit dan penutup set pertame disudahi dgn deuce dan akhirnye Irbid A menang pada mate 26-24. Set ke2 juga Irbid A ketinggalan pade awalnye. Keadaan ini agak membimbangkan apebile mereka ketinggalan agak jauh dgn jurang mate 9 berbalas 3. Namun, permain cantik dlm tempoh waktu ini dgn terime bola 1 yg kemas, setting yg bagus dan spike yg MENGGAMAMKAN pasukan lain serta penonton menyaksikan mereka menang ke atas Mu'tah B dgn mate 25-20.

-permainan dihentikan bg solat jumaat dan rehat. walaupun tak rehat, tetap berlatih dan bermain gak gamaknye org2 yg bermusafir tu kan..

Perlawanan Irbid B menentang Mafraq, berlangsung dlm suasane yg begitu bersemangat. Masing2 ingin mencari kemenangan atas pasukan lawan. Selain masing2 geram, marah dan lapar kerane makan belum tibe waktu itu. Permainan Irbid B pula kali ini lebih kemas dgn sokongan padu drp team Irbid A dan penonton-penonton di gelanggang. Kami akhirnye mengalahkan Mafraq dalam ke2-2 set dgn mate 25-16 dan 25-13.

>> bersedia menerime bola <<

Perlawanan berengsot dgn perlawanan Irbid A menentang Mu'tah A. Sekilas ikan di air sudah kite jangka jantan betinenye --/ betul ke mcm tu. Kemenangan yg sudah dijangkekan sedari awal perlawanan. Ini jelas dilihat apebile team Irbid A seolah-olah mempersendekan pihak lawan. Memberi mate demi mate pade peringkat awal kpd pihak lawan. Namun, di saat-saat akhir barulah mereka mempamerkan persembahan yg serius. Corak permainan mereka ini berlaku dlm ke2-2 set dan akhirnye mereka menang ke atas Mu'tah A.

>> perbincangan ketue pasukan A dgn ketue pasukan B.. mantap la <<

>> kite untuk menang.. jerit wing spiker kiri.. ececeh <<

Bagaimane pula dgn perlawanan seterusnye. Perlawanan yg mencetuskan keresahan dan kegundahan, serta huru-hare dlm perasaan nan berpanjangan. Itulah perlawanan kami team Irbid B menentang Mu'tah B. Ye, pertemuan kami dgn musug ketat kami. KEJAM!!! Lalu, perlawanan tetap perlawanan. Hantaran bola dimulekan oleh kami. Tetapi mereka mendahului mate demi mate. Kami cube mengikat perlawanan namun, permainan kami tidak sekemas mane. Tidak seperti permainan di pagi hari td. Semue pemain kelihatan bertenage dlm lesu. Dalam hati; "mane makanan ni, tak sampai2 lagi ni". Lalu, di set pertame ini kami kandas dgn mate 25-17. Kami teruskan perlawanan ke set ke-2. Set ke-2 nyate berpihak kpd kami. Mungkin krn azam kami tibe2 membuak tinggi. Kami kene MENANG. Kami harus membawe balik pingat perak. Lantas, permainan set ke-2 ini semuenye menjadi. Hantaran dan terime bola sgt kemas, halangan bola junam yg menakjubkan, pukulan bola junam juga menjadi. Lalu kami menang dgn mate 25-20. Hal ini membawe kami ke set penentuan. Tetapi persembahan kami dlm set ke2 td terlalu bersungguh dan menghabiskan sbhgian besar tenage. Apetah lg perut kosong sejak awal pagi. Tibe2 dlm perlawanan set penentuan ini, makanan tgh hari smpai dan fokus terhadap perlawanan berkurang. Pelbagai kekurangan berlaku. Terime bola pertame tidak tepat, setting tidak menjadi dan hantaran bola junam mudah diterime pihak lawan. Aku selaku setter utame sbnrnye menjadikan hal ini bertambah teruk. Mengakui kesilapan sendiri. Ke mane sahaje hayunan bola umpan, makin menyusahkan spiker utk menyudahkan bola ke gelanggang pihak lawan. Kami tewas dgn menyedihkan, 15-9.. ape lagi, berderai airmate ni di luar gelanggang. Aku menyesali usahe tidak bersungguh, permainan diri sendiri yg mengecewekan dan stamina yg lelah dlm perlawanan. Buat kali seterusnye, air mate mengalir kerane kalah lagi dgn musuh ketat pasukan kami. Begitulah ceritenye.

>> menghargai permainan pihak lawan yg membanggekan.. tahniah <<

Perlawanan antara Irbid A menentang Mafraq pula, hampir same seperti menentang Mu'tah A. Mereka semakin mendekati gelaran juare. Ye benar. Kemenangan ke atas Mafraq meletakkan mereka di tangga teratas sbg juare pertandingan dan membawe pulang Piala Kenari.

Perlawanan kami terakhir demi memberi mate kpd kontijen Irbid, walaupun gangsa, diteruskan juga. Perlawan sudah tidak selincah spt sblmnye. Kami pula spt dipermainkan. Bayangkan kite sudah berlatih dan biase dgn corak permainan kite, tetapi diasak mengikut rentak permainan mereka. Matila. Permainan mereka amat janggal, terime shje bola satu terus ditolak ke gelanggang kami. Kami pula bermain spt biase dgn gerakan 3 bola. Tetapi kami seakan-akan dibayangi, seperti gile dgn perlawanan kaedah atau konsep "rogol" mereka. Walaupun agak sukar meng'counter' gerakan lawan, tetapi tetap kami menang dalam ke2-2 set perlawanan meletakkan kami sbg pemenang pingat gangse kerane Mu'tah B dlm perlawanan selepas kami menentang Mafraq menang lagi menduduki tempat ke-2 sbg pemenang pingat perak.

Ape pun, TAHNIAH pasukan bola tampar Irbid dgn kemenangan pingat emas dan pingat gangse. Kami juga memuji pasukan Mu'tah B yg bermain secare bersih dan sgt2 cemerlang. Satu PENGHARGAAN buat mereka, buat semue pemain pasukan Irbid dan semue pemain bola tampar KARISMA 2009. Janji kami utk mengulang kembali kejuaraan dan memperbaiki pingat yg dimenangi tahun hadapan!!!

Janji, dan sglenye tidak mustahil andai mempunyai psikologi yg cemerlang.
TAMAT!!

Analisis permainan bola tampar team Irbid B --/ pandangan peribadi;

1. Terime bola / Menyangga bola / Digging ; C - baik semate-mate (masalah teknikal yg paling utame)
2. Hantar bola / Servis ; B - sangat baik
3. Menghalang / Blocking ; A - cemerlang
4. Bola junam / Spike ; B - sangat baik
5. Bermain di net ; C - baik semate-mate
6. Menetap mengumpan bola / Setting ; C - baik semate-mate, boleh jadi D (setter memang hampeh)

7. Hubungan pemain dlm pasukan ; B - sangat baik
8. Sorakan ; D - nak tak nak je, sekejap ade sekejap takde
9. Semangat pasukan ; B dan boleh jd C, B lebih sesuai kot - sangat baik tetapi terpsiko dan hilang fokus bile makanan tgh hari lambat sampai



Namekan pemenang anugerah (pertandingan bola tampar KARISMA 2009);

1. Pemain terbaik
2. Spiker terbaik
3. Setter terbaik
4. Ketue pasukan terbaik

Berikan jawapan kpd saye ye..

Thursday, May 7, 2009

-#- TIDAK MUSTAHIL SEKIRANYA -#-

MEMPUNYAI PSIKOLOGI CEMERLANG (part 2)

Biar ape pun rintangan yg melanda, taufan badai yg menggempur perkasa, tsunami menggunung cuba membelah bumi, tp kite tetap teguh mempertaruhkan sgle kudrat yg ade utk menjulang semula kejuaraan yg sebelum ini milik kita. Ye, kite datang ke Mu'tah bukan sekadar tetamu. Hakikatnye kite merealisasikan harapan dan slogan "Kita dtg bukan sekadar tetamu, tp kite dtg sbg juara".

>> simbolik pelepasan merpati oleh KPP JPT, menjulang tinggi.. itulah menjulang kejuaraan <<

Ke mane perginye kita sekiranye kite terus berase selesa dgn corak permainan dan pertaruhan tenaga spt karnival sukan ini tahun lepas? Tentunye kite akan terperangkap dgn dilema Mu'tah unggul di gelanggang pertandingan. Tetapi sekirenye kite mampu membina psikologi cemerlang ini, buktinye jelas bahawe kite mampu menjulang kejuaraan dlm pelbagai acara.

>> respect all, fear none!!! we are irbid!! <<

Tahun ini, KARISMA 2009 ini, menjadi saksi betape pembinaan psikologi dan semangat juang yg tinggi memberikan hasil yg positif. Kite telah diasak mengikut percaturan permainan pihak penganjur, tetapi ape yg jelas, biar setegar mane mereka cube menghalang kejuaraan kite, tetap emas itu tidak jauh drp kite utk dibawe balik ke mantiqah kesayangan kite Irbid. 5 emas, Alhamdulillah telah berjaye diperolehi. 2 drp pasukan pingpong (syabab dan akhawat), 1 drp pasukan badminaton (akhawat), 1 drp pasukan bola tampar (syabab) dan 1 lg drp pasukan bola jaring. Kemenangan 5 emas ini, bukan lah semudah melafazkan aku juara. Tetapi adelah berkat usahe gigih, latihan dan pengorbanan mase serta tenage, TOLERANSI dan kerjasame berpasukan, permuafakatan tetapi bukan salah faham, kritikan, sokongan dan doa --/ tau tudo, nak bicare sgtkan.. berkobar-kobar

>> badminton <<

>> pasukan bola sepak <<

Kan setelah semue ini dicapai, kite merasai nikmat keseronokan dlm permainan. Kite merasai nikmat ukhuwah yg dilaungkan. Masing-masing bersorak meraikan kemenangan di gelanggang perlawanan. Masing-masing menghargai usahe teman-teman dlm pasukan. Masing-masing bersalaman selepas perlawanan walau bukan sepasukan sbg tanda tahniah atas persembahan mantap pihak lawan ketika pertandingan. Kesabaran dlm perlawanan, walau diasak ganas pihak lawan sehingga menggugat keimanan atau dihentam dgn kate2 pemutus semangat, akhirnye terbalas dgn kemenangan. Kerane ape, kerane kite percaye dengan keadilan Tuhan, Allah s.w.t.

Maka, tidak boleh tidak, dlm setiap perkare, pertandingan atau perlawanan, asas kpd kejayaan adalah pembentukan psikologi yg cemerlang. Dengan psikologi yg cemerlang inilah semangat perjuangan tidak betah dirobek, daya saing di tahap tertinggi, matlamat inginkan kejayaan kekal di kemuncak, kudrat dikerah mengerah keringat di padang perlawanan, semue nye demi menyahut seruan KITA JUARA. --/ selain mungkin kite muhasabah drp kaffarah dosa sblm ni.. tak gitu..

>> ketua kontijen terbaik.. dah dapat anugerah dulu dah <<

>> penyokong dan sorakan terbaik + presiden paling sporting.. anugerah lagi <<

Masing-masing membawe pingat kembali ke Irbid. Yg cemerlang dgn pingat emasnye. Telah disebutkan di atas. Tidak ketinggalan pasukan-pasukan lain drp kontijen yg same, ade juga yg membawe balik pingat perak dan gangsa. Rate2 masing2 yg pergi memburu pingat di Mu'tah membawe balik pingat utk diri sendiri, teman sepasukan dan persatuan kita, PERMAI. Bayangkan pula, ketua kontijen dan pembantu lega dgn persembahan mantap anak2 buah mereka, tidak sia-sia usahe mereka selame sblm hari pertandingan. Tidak perlu berhadapan dgn kate-kate org lain, sekirenye gagal mengekalkan kejuaraan. Presiden persatuan pula, betape gembire meraikan kemenangan kontijen Irbid dalam setiap acare. Sorakan dan sokongan presiden amat dihargai. Kibaran bendera biru oleh presiden PERMAI begitu bermakna dan menaikkan semangat. Begitulah hebatnye pemimpin dan pengaruhnye kpd kepimpinannye.

>> kite juare.. biase jer <<

JUSTERU TERUSKAN KECEMERLANGAN
TAHNIAH BUAT KALIAN


AYUH MEMBINA PSIKOLOGI CEMERLANG!!!



NEXT...