Wednesday, April 2, 2008

Sambil mengelamun sebelum exm esok...

Sesuatu yg aku impikan sekian lama, mempunyai rumah yg mempunyai landskap yg cantik dan menenangkan. Rumah aku di Malaysia mungkin tidak la semewah banglo di Damansara, sekadar rumah teres taman yg terletak berhampiran Bandar Muar. Tetapi aku bersyukur kerana rumah milik mama, merupakan rumah lot tepi. Tandanya, ade ruang yg sederhana besar boleh dimanfaatkan untuk landskap idaman.

>> rumah teres satu tingkat je rumah kami <<

Tapi, setelah hampir 2 thn setengah mendapatkan semula rumah tersebut drp penyewe yg tidak bertanggungjawab, tidak byk perubahan yg berlaku. Perubahan paling ketara adalah seawal mama merampas rumah tersebut drp penyewe (merampas dengan care menghalau ye penyewe itu, padan muke). Oh ye, ketike itu mama wat renovation kat umah tu. Mama tambah dapur yg lebih besar dan elegen, adekan ruang stor, ade kan bilik mandi yg tidak menghadap ruang makan (ade ke patut umah asal dulu, bilik mandinye ngadap ruang makan, tak senonoh langsung), ade kan ruang memasak dan membasuh di luar rumah. Dan yg paling menarik adelah kami tukar pagar besi biase (ala yg petak2 kosong tuh) dengan tembok batu yg agak elegen.

>> ni la sebahagian drp kawasan lapang yg tidak digunakan sepenuhnye, tiada rancangan utk landskap dan pokok2 di tanam secare bertaburan <<

Saat awalnya, aku agak gembire dengan rumah tersebut, bahkan aku berangan-angan inginkan kolam ikan di kawasan lapang tepi rumah.. Maklumla aku ni mmg suke ngan unsur2 seperti kolam, batu sungai, rumput karpet dan tumbuh-tumbuhan renek di kawasan rumah. Lagi2 kalau ade wakaf dan pergola yg menghiasi laman rumah. Sehingga sekarang, masih lum ade ape-ape perubahan di kawasan lapang tersebut, sekadar beberapa tumbuh-tumbuhan yg di tanam oleh mama seperti pisang hutan dan cepit udang.

>> adalah projek yg aku rancang, akan di'proposal'kan kepada mama, ayuh kite cantikkan taman kite ngan projek halim nih... InsyaAllah kalau ade wang dan tenage <<

No comments: