Friday, April 18, 2008

nasib dunia, kebuluran bakal melanda

Daku melewati akhbar2 nasional beberapa jam sblm ini. Bahkan akhbar2 nasional dlm minggu ini juge mengeluarkan isu yg same. Akal, minda dan hati lantas terpaut dgn isu ini (sebagai anggota dunia ini di kalangan manusia yg prihatin dan rase bertanggungjawab), iaitulah ISU KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN PERINGKAT GLOBAL... antara lain, negare kite Malaysia juge terase seksanya (lalu terpikirlah nasib daku di Bumi Jordan ini yg sedia maklum tiada produk keluaran sendiri mahupun tiada sumber semula jadi yg boleh diusahakan)

>> krisis makanan betul2 menghantui penduduk dunia ketika ini, kajian dan tindakan diperlukan bg mengatasi masalah ini secepat mungkin, jika tidak, ramailah penduduk dunia yg mati kebuluran <<

Perkare yg meruncing kebelakangan ini berkaitan Krisis Makanan bukanlah perkare baru yg muncul setelah krisis-krisis lain berlaku di dunia spt krisis kemanusiaan, bencane alam, peperangan dan jenayah. Tetapi krisis makanan yg melanda dunia ketika ini telah diramal sejak seawal melangkah ke alaf baru. Memetik Dewan Kosmik keluaran Mac 2001; dunia bakal hadapi krisis makanan dan mendapatkan bekalan air bersih. Kajian demografi menunjukkan bahawa tanda2 kekurangan makan berkhasiat sudah pun berlaku khususnya di negare-negare membangun dan miskin. Data yg dikumpulkan sejak tahun 1996-2001 mengaggarkan lebih 800 juta orang seluruh dunia mengalami masalh kebuluran. Negare2 miskin khususnya Afrika, Somalia dan Ethopia menghadapi masalah kekurangan makanan dan kebuluran yg serius. Bahkan dikatekan baru2 ini, negare maju seperti China juge bakal berhadapan dengan masalah yg same (ade faktor disebaliknye). Hal ini jelas menunjukkan betape serius dan runcingnye masalah yg berlaku, jike tidak masakan isu ini menjadi isu global dan PBB menggesa setiap negare dunia mengambil tindakan sepatutnya...

>> bisakah kelazatan nasi dan lauk ini dirasai lagi sekiranya dunia terus berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan <<

Ayuh kite selongkari beberape faktor yg menyebabkan kekurangan bekalan makanan dunia;

1. faktor utama yg menyebabkan krisis makanan dunia adalah pertambahan populasi penduduk dunia yg dasawarsa ini amat pesat. Dianggarkan kini jumlah penduduk dunia antare 6.5 billion dan jumlah ini dijangkekan meningkat kepada 7 billion menjelang tahun 2012. Pertambahan populasi juge dijangke akan terus meningkat sehingga 8 billion pada tahun 2025 dan mungkin berterusan ke angka 9 billion pada tahun 2040... Sekiranya pertambahan penduduk terus berlaku, dunia akan menjadi tempat yg padat dan sendat dengan manusia. Natijah drp pertambahan populasi penduduk dunia ini akan menyebabkan persaingan yg ketare bg mendapatkan bekalan makanan, minuman dan segale keperluan asas yg lain. Akhirnya, pasti masalah kebuluran di kalangan warge dunia sukar dibendung lagi...

>> kepadatan penduduk dunia penyumbang krisis makanan global <<

2. Kesinambungan pertambahan populasi penduduk dunia, keluasan tanah pertanian semakin surut. Lebih byk rumah kediaman dibine, lebih byk kilang-kilang industri didirikan, lebih byk menare2 pencakar langit dipasakkan ke bumi. Perkare ini jelas dilihat terutama di negare2 yg telah mengalami proses transformasi drp negare pertanian kepade negare industri. Lihat negare China (sbgmane yg diperkatekan di atas) mengalami masalah kepadatan penduduk yg tinggi, lantaran itu ramai warganegarenye yg merantau ke negare lain, mengalami masalah kekurangan makanan yg serius. Ini ditambah lagi dengan kepesatan pembangunan di negare "bagai naga yg tidur" - mengikut glosari pertahanan dan peperangan, sehingga tanah pertanian terpakse dibuke utk perindustrian. Lalu mengalami krisis makanan yg ketare... Malang bg negare ini yg selama ini dikatekan sbg negare pertanian terbesar dunia namun tidak dpt menampung bekalan makanan kepada penduduknya sendiri. Malaysia juga sebenarnye mengalami masalah yg sama, namun tidak begitu ketare kerana negare telah mengambil langkah mengimbangkan sektor perindustrian dengan sektor pertanian. Pun begitu, kite belum cukup selesa dengan keadaan ini, jika tidak masakan Pelan Strategi Jaminan Makanan dirancang dan dilaksanakan? semuanye kerana tempias krisis makanan yg berlaku di peringkat global, dan kite sebagai warge dunia turut berasekannya

>> keluasan tanah pertanian yg semakin surut, perlu fikirkan alternatif lain utk meningkatkan keluaran sektor pertanian <<

3. Faktor ke-3 yg menyebabkan krisis makanan seDunia adalah ketidakseimbangan pada nerace Kadar kelahiran + kadar hayat manusia kepade Kadar kematian di beberape negare khususnya negare maju dan membangun. Kadar kelahiran didapati terlalu tinggi di beberape negare khususnye di rantau Asia, begitu juge dengan kadar hayat manusia yg terus meningkat antare 65-75 sebelum ini kepade 80-85. Hal ini berlaku ekoran kemajuan yg dicapai dalam bidang perubatan (bukan salah kan bidang ni, kemajuan bidang perubatan adalah sgt baik dan diperlukan). Berbanding kadar kematian yg rendah pada saat ini, justeru, tidak mustahillah masalah kekurangan bekalan makanan dan air bersih begitu merisaukan. Ingin dimaklumkan di sini, kerane kadar kematian yg rendah peringkat global, kuase2 besar dunia (yg sedie nmpk masalah yg timbul ini) merencanekan dan melaksanakan peperangan terhadap beberape negare di dunia semate-mate ingin menghapuskan jiwe yg hidup di bumi sekali gus merendahkan populasi masyarakat dunia. Lalu fokus mereka, adalah menghapus masyarakat Islam yg menghuni bumi Tuhan ini, sehingge datang kepade mereka azab seksa drp Allah s.w.t. Ini adelah hakikat...

Kerisauan terhadap krisis makanan berade di tahap yg paling "severe" sekali. Bayangkan makanan asas manusia (utk mendapatkan sumber karbohidrat), seperti gandum, beras, jagung dan soya merosot bekalannya. Penduduk2 di beberape negare mule mengadakan mogok dan tunjuk perasaan lantaran kekurangan makanan yg ketare di negare mereka. Antarenye, di Filipina, penduduk2 terpakse melakukan tunjuk perasaan lantaran krisis bekalan beras semakin meruncing. Penduduk Argentina juge melakukan mogok terhadap krisis makanan yg berlaku di negare mereka selain dasar kerajaan Argentina yg mengenakan cukai yg tinggi terhadap barangan ekspot/import makanan.

>> rakyat merusuh dan melakukan tunjuk perasaan terhadap masalah kekurangan makanan, meminta kerajaan mereka mengambil tindakan sepatutnye mengatasi masalah ini <<

Beberapa lagi faktor menyumbang kepada krisis makanan telah dikenal pasti, namun hanye terdapat di beberapa bahagian dunia. Faktor tersebut perlu dianggap penting utk mencari langkah mengatasinye... insya-Allah akan dikemukakan kemudian

Pelbagai kesan dapat dilihat akibat krisis makanan global

1. kebuluran adalah impak utama masalah kekurangan makanan yg dihadapi negare2 dunia. Beberapa siri kebuluran sebelum ini telah berlaku kesan kekurangan makanan, antara masalah kebuluran yg pernah berlaku dicatatkan di Scotland, Ireland, Itali, Mesir, India dan China. Dan kerane kebuluran yg melande ini, dunia menyaksikan satu fenomena dahsyat iaitu amalan kanibalisme, orang makan orang. Dalam satu sumber lain juga, kebuluran dahsyat yg pernah berlaku dalam dunia moden hari dilaporkan di Benggala Barat pada tahun 1943. Selain itu, Iraq juge pernah berhadapan dengan masalah kebuluran kesan kekurangan bekalan makanan, air bersih dan perubatan sehingga mengorbankan hampir 1.4 juta penduduknya, 500 ribu drp jumlah itu adalah kanak2.

>> anak2 yg kebuluran makanan. entah apelah nasib mereka??? <<

2. kenaikan harge barangan makanan yg melampau. Permintaan yg tinggi terhadap barangan makanan dan kepayahan mendapatkan bekalan tersebut oleh peniaga, menyebabkan peniage meningkatkan harge barangan makanan tersebut. Ambil satu contoh, harge beras di Malaysia; harge beras naik sehingga RM 1-2... harge sekampit beras berat 10 kg ketike ini berade pada paras RM 17.50 sekampit berbanding RM 15.50 sebelum ini, sekampit beras 5kg Herbal Poni Taj Mahal sekarang dijual pada harge 15.90 yg sebelum ini dijual pada harge 12.30, begitu juge harge beras jenis dan jename lain... semuenye menunjukkan kenaikan harge. Tidak terkecuali harge roti jename terkemuke negare, Gardenia, naik sebanyak 10%. Kesannya, penggune terpakse menanggung kenaikan harge barang apetah lagi penduduk negare kite kebanyakkannye datang drp keluarge berpendapatan rendah dan sederhana. Pasti perkare ini membebankan mereka

3. selain itu, peniaga pula kini berani menyorokkan simpanan/bekalan beras yg mereka perolehi drp pihak pengeluar. Perkara ini tampak remeh, namum besar natijahnya selain salah di sisi undang2. Jika demikian, bagaimana pengguna boleh mendapatkan bekalan sekiranya peniaga bertindak menyorokkan bekalan bahan makanan sekadar ingin memenuhkan perut mereka di saat masyarakat lain terpakse berhadapan dengan situasi kritikal sebegini.

>> tindakan menyorokkan beras atau bahan makanan lain haruslah dikenekan tindakan yg keras terhadap peniage terbabit, tande mereke terlalu mementingkan diri sendiri <<

4. jenayah penyeludupan pula berleluasa ekoran krisis makanan yg menimpa ditambah kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan kenaikan harge barang. Sama ada keluar dari atau masuk ke dalam negare, pasti keadaan ini amat2 membimbangkan...

>> jenayah penyeludupan ketika krisis makanan ini pasti akan meningkat dan perlu tindakan sewajarnye oleh pihak berkuase <<

Justeru apakah peranan kite sbg mahasiswa yg berwibawa, warganegare Malaysia dan warge dunia amnya terhadap isu global yg sgt2 memeningkan ketika ini... sama2 lah kite fikirkannya..

laungkan suara anda dengan slogan
" KAMI PRIHATIN"
**sile rujuk kempen (side bar)

p/s: byk lagi ingin diperkatekan tntg isu ini, daku terpakse pendekkan karangan demi kemaslahatan pembace... (n_n)

No comments: