Aslmua'lykum wbt
Ape khabar sidang pembace budiman sekalian. Halim harapkan agar anda semue berade dlm keadaan sihat sejahtera. Hari ni halim mcm tibe2 terase ingin menulis sbg pembuke post utk bulan November tahun ini. Sekian lame mencari isu, halim rase, halim ingin bawekan sedikit isu berkaitan tajuk di atas. Maklum la, halim sekarang ni berade di medan perjuangan dlm bidang ini. So, halim sekadar nak berkongsi informasi dan maklumat utk tatapan anda sekalian. Ape yg halim boleh katekan, isu yg halim bawekan ini, bukanlah fakta yg tepat yg boleh digunepakai dan dibawe utk perbicaraan di dalam mahkamah. Ini hanyelah sekadar perkongsian melalui pengamatan, pembacaan dan pelajaran yg halim perolehi.
Adepun, ramai yg berpendapat bahawe kami sbg dentist atau pegawai pergigian (mengikut jawatan tersebut di Malaysia) kerjenye hanye melihat gigi orang. Mcm dah takde keje lain kate mereke. Kalau pergi jumpe dentist, sah2 derang mesti check gigi, pastu gune mesin ape ntah yg bunyi seram semcm, sampai ngilu gigi.. buat lubang, pastu tampal dgn besi. Kate mereke mengikut kefahaman derang. Kadang-kadang tu.. senang-senang je derang cabut gigi. Mcm takde sbb. Nak duit la tu. Tuduhan mereke lagi. Rate2 semue saudare mare dan kawan-kawan mengatekan demikian.
Bagi yg tahu lebih sikit, tidak lain berkaitan rawatan orthodontik. Dan ape yg mereke ketahui hanyelah pemakaian braces, atau kami dalam bidang pergigian kenali sbg fixed orthodontic appliance. Selain itu, bagi mereka yg sudah berumur, dan kehilangan beberape gigi.. mereke mendapatkan rawatan gigi palsu boleh tanggal. Yg kami kenali sbg removable partial denture. Lebih drp itu, ramai yg tidak mengetahuinye. Maka, ramai yg tersalah anggap tugasan dan peranan dentist ini. Lalu, mereke hanye akan mendapatkan rawatan sekirenye mempunyai masalah yg serius spt gigi sakit sehingge tidak mampu makan, minum minuman sejuk atau panas menyakitkan atau sehingge tidak dapat tidur malam. Apabile tibe di klinik, mereke pula yg memberikan opsyen rawatan. Kate mereke "cabut je la gigi saye doktor, sakit beno ni". Maka, yg membuat tanggapan salah terhadap tugas seorang dentist, bukan la dentist itu sendiri. Tetapi masyarakat. Lantas, tidak ramai yg ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan gigi dan mulut mereke.
Begini la, pandangan halim begini.. Sekirenye pegawai perubatan deal dgn keseluruhan sistem2 badan, maka, tidak lain tidak, dentist juge terlibat dgn sistem2 yg terdapat dalam rongga mulut dan sekitarnye. Bidang kami tidak terfokus kpd gigi semate-mate, tetapi keseluruhan sistem yg berkaitan rapat dgnye, spt oral mucosa, lidah, tisu-tisu sokongan gigi, tulang dan sendi, kelenjar liur, sistem limfa, saraf dan salur darah. Maka, apabile bercakap tentang kesihatan gigi dan mulut, kami perlu melihat kpd keseluruhan sistem ini. Sekirenye berlaku masalah, pasti memerlukan rawatan. Dan sudah tentu, setiap sistem tersebut ade pengkhususannye yg tersendiri. Spt jantung dgn kardiologistnye, spt saraf dgn neurologistnye, spt darah dgn hematologistnye, hati dgn bidang hepatology, gastroentrology, otorhinolaryngology dan sbgnye. Begitu juge dgn kami, tisu-tisu sokongan gigi atau ape yg dikenali sbg periodontology, masalah kesihatan mulut dgn oral medicine and pathology, masalah saraf dan salur darah gigi dgn endodontology nye, masalah rawatan gigi palsu dgn bidang prosthodontic nye dan lain-lain lg.
Dan halim sesungguhnye tidak menafikan bahawe sistem gigi dan oral ini sentiase saling berkait rapat dgn sistem badan yg lain. Benar, jarang masalah yg berlaku pada gigi dan mulut membawe kpd masalah sistem badan yg lain, tetapi masalah sistem-sistem badan ini seringkali memberi impak kpd kesihatan gigi dan mulut. Dalam ceramah yg pernah halim berikan, telah halim nyatekan beberape fungsi mulut. Antarenye terlibat dalam sistem penghadaman yg mane gigi dan mulut adelah organ pertame terlibat dalam fungsi ini. Rongga mulut juge terlibat dlm sistem pernafasan bagi pertukaran gas yg sempurna. Terlibat dlm derie rase dan bau yg sgt penting bg kehidupan manusia. Dan antare lain, terlibat dlm pembentukan psikologi individu termasuk percakapan dan keyakinan diri. Dalam beberape sistem yg terlibat, sekirenye berlaku masalah, kadang kale the 1st presentation of the underlying condition berlaku pada mukosa dan rongga mulut. Atau masalah tersebut akan memberi kesan kepada struktur, susunan dan keseragaman gigi dan oklusi.


Halim sentiase ingt akan pesanan doktor kami;
"u r not treating the teeth, u r treating the patient. So, it's a must to take a great concern about the health and welfare of the patient..U r not a good dentist, if a patient comes to the clinic to have simple filling or extraction, but u cause him to die.."
Kite tidak mahu pesakit yg dtg ke klinik utk mendapatkan rawatan pergigian umum atau biase, tetapi kite menyebabkan mereka mendapat infective endocarditis atau pneumonia. Perkare tersebut adelah sesuatu yg tidak patut terjadi. Atau kerane kite tidak berhati-hati dgn sejarah penyakit pesakit yg akhirnye mengundang kpd kes-kes emergency dan memerlukan bantuan drp pegawai perubatan. Harus diingat bahawe di sebalik gigi yg dirawat, ade pesakit yg bernyawa. INGAT!
Walaupun dah sedikit lari drp tajuk, ayuh kembali kpd track asal.. Kalau ikut halim, pandangan halim terhdp bidang ini tidak hanye kpd kesihatan gigi. Gigi yg sihat drp sebarang kerosakan atau karies gigi, atau gigi sakit kerane radang saraf akar gigi.. Tetapi halim lebih suke mengalihkan sedikit fokus, selain kepada gigi semate-mate, terhadap kesihatan tisu-tisu sokongan gigi juga yg merangkumi gusi, tulang sokongan, periodontal ligament dan cementum. Yg pada halim punca ke-2 sebab gigi terpakse dicabut adalah disebabkan oleh masalah pada tisu-tisu ini. Maka, perlu kepade penekanan akan aspek kesihatan tisu sekeliling gigi ini. Kadang kale, gigi terpakse dicabut, walhal tiade kerosakan atau masalah salur akar pada gigi tersebut. Hanye kerane gigi bergoyang pada kedudukannye dan gusi merosot, yg memberikan prognosis buruk hatta sekalipun diberikan rawatan yg terbaik. Kan di situ memperlihatkan peri pentingnye penjagaan kesihatannye.
Selain itu, halim tidak juge menafikan betape perlunye juge penekanan terhadap kesihatan tisu-tisu lain dlm rongga mulut atau sekelilingnye. Bayangkan hidup seseorg yg mengidap RAS, itulah recurrent apthous stomatitis, di mane sering mendapat ulser mulut. Nak makan, sakit. Nak berus gigi, tak selese. Sekirenye ulser tersebut bertebaran dlm rongga mulut, kadang kale nak melalui hari demi hari pun tak sanggup, lalu bagaimane?! Atau penyakit yg dikenali sbg Behcet's disease, ulser mulut dgn manifestasi2 lain pade organ badan yg lain.. Yg memerlukan kolarborasi Oral medicine specialist dgn dermatologist dan doktor2 perubatan lain. Begitu juge dgn mereke yg mengidap kanser mulut, dan tempat yg paling selalu being affected adelah lantai mulut (floor of the mouth). Dgn prognosis kurang drp 5 tahun survival.. Bagaimane kehidupan individu ini menghadapi hari-hari mendatang..? Lalu masih lagi merokok, walaupun tetap genetic predisposition adelah antare faktornye.
Ini belum lg melibatkan kelenjar liur. Pesakit yg mengalami ape yg dikenali sbg xerostomia, kekurangan rembesan liur yg menyebabkan mulut kering. Pesakit ini sgt terdedah kepade jangkitan terutama sekali jangkitan kulat (fungal infection), spesifiknye candidosis. Mukosa pesakit ini juge sgt mudah terluke dan mendapat ulser walaupun sekadar kesan drp trauma yg minor. Bahkan pesakit ini juge mungkin mengalami ape yg kite kenali sbg altered taste sensation krne air liur sgt diperlukan dlm sbg pelincir dan membolehkan individu merase dan menikmati makanan mereke. Betape indah lagi berhikmah bukan ciptaan Allah swt ini. Dan bagaimane kesan masalah pade kelenjar liur ini kpd kehidupan manusie.
Bagi yg mengkhususkan perkhidmatan dan kemahiran mereka dlm bidang maxillofacial, antare bidang yg halim minat, ruang kerje mereke lebih luas. Melibatkan rahang, tulang yg bersambung dgn rahang dan sekitarnye. Terpakse menangani masalah sumbing. Berhadapan dgn masalah trauma lebih-lebih lg akibat kemalangan. Terpakse menangani masalah yg melibatkan sendi temporomandibular --/ yg halim tersalah diagnosis sedangkan chief complaint and its history was already suggestive to the probelm.. seb baik doktor tak marah mase tu. Begitulah sebenarnye bidang pergigian ini. Tidak terfokus kpd gigi semate-mate, tetapi melibatkan semue sistem berkaitan dgn gigi dan mulut yg halim telah sebutkan sebelum ini.
Adepun, di bawah ini halim ingin kongsikan bersame pembace sekalian akan peranan dan tanggungjawab kami sbg pegawai pergigian (terhad kpd gred U41 dan U44 sahaje, gred-gred atasan ade tanggungjawab mereke yg lebih khusus lg)
1. Membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada semua golongan pesakit.
2. Mengadakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian.
3. Membuat tugas panggilan untuk kes-kes kecemasan (oncall).
4. Membantu Pakar merawat pesakit di dewan bedah.
5. Menyertai program khidmat kemasyarakatan pergigian
6. Bertanggungjawab memastikan bahan dan peralatan pergigian mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna.
7. Menyelia staf bawahan.
8. Membuat laporan kerja bulanan
9. Berpengetahuan hal-hal medical-legal
Dengan tambahan:
1. Menentukan jenis penyiasatan dan rawatan yang diperlukan pesakit
2. Membuat prosedur lanjutan dalam penyiasatan penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi dan pemeriksaan darah.
3. Memberi rawatan dan ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit.
4. Memberi penerangan kepada pesakit tentang penyakitnya.
5. Menentukan pesakit yang memerlukan rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan.
6. Membuat laporan pergigian bagi pesakit yang memerlukan.
7. Menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu, perkembangan terbaru tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.
8. Membantu dalam penggubalan dan perancangan unit.
9. Membantu dalam pemantauan perkhidmatan klinikal
10. Membantu dalam pengurusan kes-kes “medico-legal”
1 comment:
bleh ganti Dr.Haydar. muahahaha
Post a Comment