Monday, August 31, 2009

KEMERDEKAAN

MALAYSIA KE-52

Terimalah daripada halim untuk anda; BICARA MERDEKA


Bicara Merdeka itu
Telah kita laungkan
Atas kejayaan
Tanah kita dibebaskan
Daripada penjajahan

Bicara Merdeka itu
Menjadi saksi dan bukti
Rentetan sejarah pahlawan
Sedia berkorban
Menuntut kemerdekaan
Atas nama perjuangan

Bicara Merdeka itu
Menjadi titik permulaan
Episod baru pemerintahan
Menujah kegemilangan
Menuju wawasan

Tapi sayang..
Bicara Merdeka itu
Hari ini dalam tangisan
Melihat awan-awan baru
Penjajahan
Yang gelap
Mengurung
Ummat kealpaan
Dalam sangkar kejahilan

Bicara Merdeka itu
Hari ini dalam kesedihan
Lantaran kita
Dijajahi pemikiran
Kerana jati diri
Sekadar di pinggiran
Tidak lagi subur
Dalam jiwa insan
Yang mahukan keharmonian

Bicara Merdeka itu
Hari ini dalam kepiluan
Disebabkan oleh iman
Yang bukan lagi pegangan
Tetapi hanya
Sampah di jalanan
Tanpa pembelaan
Lalu
Agama kita dipersendakan

Bicara Merdeka itu
Hari ini sungguh dalam dukacita
Kerana akhlak ummat
Ketandusan..
Tiada lagi nilai-nilai murni
Sebagai hiasan
Ukuran rasmi peradaban
Sepanjang zaman

Benar..
Bicara Merdeka itu
Dambakan satu lagi perjuangan
Daripada insan-insan
Yang sanggup berkorban
Diri dan harta kebendaan
Biar ranjaunya
Sedia menanti di hadapan

Bicara Merdeka itu
Menyeru
Agar jati diri dikukuhkan
Agama Islam ini dilindungi
Dengan perisai keimanan
Yang megah menawan
Dengan akhlak sulaman

Sahutlah seruan
Bicara Merdeka itu
Wahai insan
Menurut panduan
Sunnah Rasul dan Al-Quran
Nescaya
Akan kita ketemui nanti
Erti sebenar kemerdekaan
Yang hakiki
Di bawah naungan keredhaan Tuhan

Pasti..
Aman, makmur dan bahagia itu
Adalah kenikmatan
Melestarikan kesyukuran
Demi kesejahteraan..
Bicara Merdeka


Nurhalim bin Ahmad
29 Ogos 2006
2.10 am

Sajak ini telah halim deklamasikan sempene sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-49, anjuran MPPM Jordan dan MSD yang bertempat di MSD itu sendiri. Sajak ini nmpk klise mengikut penulisan dan sajak2 halim yg lain, tp ade keistimewaan nye tersendiri yg halim sendiri dpt rasai.. Nampak tak kat side bar halim tu, bhgian aspirasi.. inilah die bicare merdeka yg halim senaraikan di situ. Sajak Bicara Merdeka ini la terjemahan aspirasi halim suatu ketike dulu.

Hmm.. halim skang tgh dlm bercuti.. dah nk bertolak pulang ke tanah air Malaysia yg baru saje menyambut kemerdekaannye yg ke-52, begitu mase berlalu. Hidup merantau di tanah org, tetap kembali ke tanah kelahiran kite juge. InsyAllah, andai cuti ini diberi kesempatan utk menulis dan meluahkan perasaan dlm blog ni, akan halim coretkan. Tp, cukuplah setakat ini, halim dpt persembahkan buat pembace sekalian, sbg penutup bulan Ogos, penutup pengajian halim di tahun 4 utk melangkah ke tahun akhir dan halim akan terus melata di bumi ini dgn harapan dan impian.. :)

No comments: