Membace akhbar hari ini, sgt2 menggamit perasaan. Pelbagai perkare berlaku, pelbagai peristiwe berlaku. Sama ada perkare tersebut sememangnye dinantikan, atau terjadi atas ketentuan.. Semuenye dlm pengetahuan dan perencanaan Yang Maha Kuasa. Akhbar nasional hari ini menceritekan pelbagai peristiwe bersejarah, melakar kekaguman dan kebanggaan, membolehkan setiap warganegare Malaysia mendabik dada dengan mengatakan "Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia". Pernah terfikirkah kite, mendiami sebuah negare yg dianugerahi dgn kemakmuran sumber hasil bumi, keamanan hidup bersama sbg masyarakat majmuk berbilang bangsa, kesejahteraan untuk pergi jauh ke hadapan menuju wawasan negare maju.
Betape, kesyukuran itu tidak mungkin terlintas di hati mahupun akal fikiran buat rakyat Malaysia yg terlalu berase senang dengan kenikmatan. Pernah kita tahu jerih payah mencapai kesenangan dan kemakmuran tersebut. Pernah kita renungkan usaha tidak pernah kenal putus asa insan2 yg mencari peluang bersaing dlm arus modenisasi ini dan mempunyai wacana pemikiran ke arah kemajuan. Ape yg kite tahu, ape yg kite dpt adalah kesenangan drp hasil usahe mereke. Berape ramai antare 27 juta rakyat Malaysia yg mempunyai pemikiran begini? Utk kite bandingkan dgn jumlah mereke yg terlalu bersenang dgn kemakmuran yg dikecapi.
Adekah dgn kemajuan yg dikecapi sehingga kini, adalah satu bentuk daye yg memusnahkan? Siape yg bersetuju, sile nyatekan. Bandingkan pembangunan sedie ade dlm negare kite dgn kemelesetan dan keperitan hidup negare2 yg dikategorikan sbg negare dunia ke-3, negare mundur. Ke mane tenggelamnye mereka dgn kemajuan negare-negare atas angin? Adakah itu yg dikatekan zuhud atau bersederhane? Sedangkan makanan sukar diperolehi, meminta bantuan drp negare2 yg sanggup menghulurkan bantuan. Taraf kesihatan yg membimbangkan, wabak penyakit menular sehingga kite yg ingin melawat negare tersebut perlu mengambil vaksin bg mengelakkan diri dijangkiti. Prasarana sosial spt sekolah, bekalan air dan elektrik, perumahan hatta sehingga peluang pekerjaan dgn pendapatan yg sempurna juga mane mungkin diperolehi. Mahu begitukah kite? Itukah yg dikatekan perlu redha, tanpa usahe, tanpa kehendak utk meningkatkan taraf hidup ke arah yg lebih selese.
Benar kate seorg teman
"kite perlu merase bangge dan bersyukur. Namun, bukan dgn syukur itu, kite berase PUAS."
Erti nye kite bersyukur dgn rezeki yg Allah s.w.t kurniakan kpd kita, pada ketike kite menerime kurniaan tersebut. Namun, dihati dan minda sepatut tertanam rase ingin berusahe lebih, ingin berkerja lebih kuat, perlu lebih berwawasan, perlu lebihkan tumpuan dgn tugas dan tanggungjawab kerane itulah kesyukuran yg sebenanrye. Semue ini adalah bertepatan dgn kehendak dan saranan Al-Quran Al-Karim
"Dia lah Allah, yang melimpah-ruahkan rezeki bg sesiape yg dikehendaki dan menyekat / menyedikitkan rezeki sesiape yg dikehendaki"
Dan dalam ayat yg lain, yg sering dilagukan oleh penceramah2, namun sedikit sungguh aplikasi oleh yg memberi dan yg mendengar;
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah nasib diri mereka"
Bertepatan lagi dgn saranan Al-Quran;
"Dan carilah drp ape2 yg Allah berikan kpd kamu utk kehidupan Akhirat mu, tetapi jgn lupekan nasib / untung rugi / tuah kamu hidup di dunia"
Pernah sekali mendengar ucapan ketike di sekolah dulu, ucapan drp Pengarah Pendidikan Negeri Johor, melalui GPK Pentadbiran sekolah; antare lain menyebutkan
"berusahalah mencipta sejarah baru utk diri, keluarge, sekolah, masyarakat, Agame dan negare"
Siape yg mengambil iktibar drp ucapan ini. Lalu mereka lah yg berusahe bersungguh-sungguh melakukan ape shje, semate-mate untuk mencipte sejarah baru sbg mane yg dikatekan. WALAUPUN USAHA ITU TIDAK TERZAHIR DI PANDANGAN MATA, TIDAK DIHARGAI OLEH MASYARAKAT SEKELILING. TETAPI PUAS KERANE BENAR KETIKE ITU SEJARAH BARU BERJAYE DICIPTA. Semoga usahe itu diganjari dgn kebaikan oleh Allah s.w.t
Itu baru sejarah kecil, pencapaian dlm bidang akademik di sekolah. Bagaimane sejarah ketamadunan dan kemajuan sesebuah masyarakat, negare dan tidak dilupekan Agame? Hendak tunggu bile lagi? Hendak tunggu ketamadunan Greek bangkit semule setelah menjadi lipatan sejarah cume? Hendak tunggu kemajuan negare2 atas angin itu runtuh dan hancur-lebur?! Tp bile, kalau bukan kite yg bangkit dicelah2 ketamadunan dan kemajuan itu, walau masih dlm pembangunan, tetapi tanda aras kemuncaknye semakin jelas.
Adalah benar, sejarah, ketamadunan dan kemajuan itu senang dibine, tetapi sukar dipelihare. Itu adalah suatu hakikat. Namun ape perlunye perkare tersebut dipertimbangkan sekirenye sejarah belum tercipta.. Nah, cipta lah sejarah ketamadunan itu dahulu, kemudian, setingkat sebelum bertapak di kemuncak itulah kite gunekan utk berikhtiar memelihara kemajuan dan ketamadunan yg dibine. Mampukah kita?!
Kite mungkin terkenal dgn sikap berlengah, sedangkan peralihan mase itu semakin tidak jelas. Tetapi tetap kurniaan mase yg diberikan kpd manusia yg mendiami Bumi ini selame 24 jam sehari. Hentikanlah sikap terlalu bersenang, tak perlu memikirkan perkembangan diri, keluarge dan masyarakat, berlengah-lengah dlm kerja, sikap acuh-tak-acuh, sikap keras kepale, sikap berpuas hati dengan keadaan semase sedangkan mase depan belum ditentukan, sikap pesimis dan prejudis serta sikap jatuh-menjatuhkan sesame bangse dan seagame. --/ PENTING
Hari ini sejarah yg tercipta;
1. Peralihan kuasa Perdana Menteri Malaysia, drp Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yg ke-5 kpd Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sbg Perdana Menteri Malaysia yg ke-6. Sama ada peralihan ini disukai atau tidak, disenangi atau tidak, dilihat sbg baik atau buruk.. peralihan ini tetap terjadi. Berterusan atau tidak, itulah yg dipersoalkan, kitelah rakyat yg bertanggungjawab menentukan tampuk pentadbiran negare.. --/ neutral je ayat ye, tak memihak sesape

2. Pasaran saham ditutup tinggi, setelah sekian lame menanggung bebanan kelembapan ekonomi dunia
3. Malaysia Airlines, rangkaian penerbangan utama Malaysia menerime penganugerahan "Kakitangan Kabin Terbaik Dunia / World's Best Cabin Staff" buat kali yg ke-6 semenjak 2001. Walaupun akhbar menyatekan, itu adalah peluang terbaik utk melayakkan MAS mendapat pengiktirafan penerbangan 5 bintang (5 stars), namun dlm website Skytrax, airlinequality.com telah pun memberi 5 bintang kpd syarikat penerbangan ini. Belum lagi dilihat kpd pencapaian sistem penerbangan ini pd tahun 2007 dan 2008. Telah diundi sbg Top 10 Airlines 2008 MAS (posisi 9) dan Asia's Leading Business Class Airline 2007 dan lain-lain. Ditinggalkan dibelakang Singapore Airlines (jiran) yg menduduki tempat pertame beberape tahun ini. Tp, pengiktirafan pada hari ini adalah satu kebanggan bahawe dunie tetap mengenali Malaysia dan mempercayai serta mengakui keupayaan kita.
4. Pembanguan bandar Enstek, sbg bandar perubatan dan kesihatan di Malaysia. Suatu yg ditunggu-tunggu dan diharap utk melihat kesan pembangunan bandar perubatan ini terhadap khidmat kesihatan dan perubatan rakyat Malaysia. Sejauh mane mampu perginya projek yg menelan belanja 1.7 billion ringgit. Hati masih sukar menerime bahawe perkhidmatan kesihatan negara akan bertambah elok. Krn mengikut perbandingan dgn perkhidmatan tempat menuntut ilmu di sini, khidmat kesihatan dan perubatan di Malaysia masih lemah. Bahkan fenomena ini menjadi igauan ngeri utk dihadapi suatu ketika nnti. Tp kite optimis dgn usahe tersebut dan kite harapkan penambahbaikan. Kerane kite cube mencipta sejarah pada hari ini, demi kemakmuran di mase hadapan.
Ayuh kite cipta sejarah, bermula hari ini! Kerane jika tidak hari ini, bile lagi?!!
No comments:
Post a Comment