Saturday, June 14, 2008

Kalau musuh pun dah sanggup berkawan...

Kini dia bergelar teman

Kami telah lame berkenalan senanye. Dari form 1 lagi kami dah berkenalan. Dan dulu, kami tak mengambil keputusan utk berkawan baik. Hanya sesekali sahaje kami berteguran. Tidak banyak kisah yg berlaku antara kami semasa di sekolah dulu. Setahu aku kami selesa membawa diri masing2. Sorang ke timur, sorang ke barat. Sorang mengikut arah dan sorang lagi menyonsang arah.

Ye. Kerana kami di sekolah dulu mempunyai kumpulan masing2. Aku ingt lagi, awal form 4 mmg begitu mencabar. Kami terpaksa memilih kumpulan masing2. Bukan kene isi borang pun utk memasuki kumpulan tersebut, apa yg paling penting adalah, setiap ahli dalam kumpulan tersebut haruslah sebulu dalam byk perkare.

Korang mesti leh tau aku termasuk dalam kumpulan ape… Hahaha… ape lagi kalau bukan kumpulan BYK MULUT, kumpulan yg dikatekan suke mengumpat, paling byk buat mesyuarat, kumpulan papaREZI, kumpulan paling byk AJK tingkap. Kumpulan mulut tajam, mulut laser, kumpulan tak sayang mulut. Itulah kumpulan kami. Alah, mcm kumpulan AMN la kalau kat Jordan tuh… hehehe

Well, haruslah aku di situ. Bahkan mendapat jawatan sbg perisik, pengorek rahsia dan penyimpan mohor/cerite2 kumpulan kami. Itulah jawatan aku. Memasing dalam kumpulan kami ade jawatannye. Ade yg jadi bendahari, setiausaha, presiden dan timbalannya. Tetap ade gak adalah AJK makanan. Ye la kalau ade mesyuarat, kenelah ade makan2 nye kan.

Dan kumpulan kami mempuyai 3 kumpulan musuh yang lain. Antarenye adalah kumpulan ‘Budak2 Macho, kegemaran pelajar, kebanggan sekolah’, kumpulan ‘Kami nampak diam, tp ade keropok lekor disebalik selimut’ dan kumpulan terakhir adalah kumpulan ‘kami mmg budak nakal’. Teman aku yg sorang ini adalah ahli kumpulan ‘kami budak nakal’

Kumpulan ahli budak nakal nih, terkenal gak di sekolah dulu kerana merekalah masyarakat yg sering menimbulkan masalah disiplin. Merokok, buli pelajar, fly, datang kelas lmbt, tak pegi prep dll. Kerana itu dulu aku bermusuh sgt dgn kumpulan ni, spesifically ngan kawan aku yang sorang nih. Kami walaupun mmg terkenal dgn kedegilan dan kehandalan mulut berlawan, tp segale peraturan sekolah, kami patuhi. Cume beberape perkare sahaje yg kami selalu langgar, cth paling ketare adelah we r flying without wings ! Tapi kami selalu bernasib baik. Tak macam kumpulan ‘kami mmg budak nakal’ nih yg selalu kantoi ngan cikgu disiplin dan warden, PADAN!

Utk pengatahuan korang gak, kumpulan ‘budak macho, kegemaran pelajar, kebangga sekolah’ nih pula terdir drp mereka yg perasan derang tu baik, MALAIKAT kate orang, perasan org suke derang nih, suke bodek cikgu, mengampu, suke cakap hasil kerje org tuh kerje die, nak kan publisiti tapi tutup publisiti yg patut org lain dapat. Kumpulan ni la, kumpulan nih. Kerje2 keji camni, mmg derang suke wat. Tp cakap kumpulan kitorg lak lagi hine. Tak sedo diri. Muke depan cikgu2, depan junior2 nmpak BAAAAAAAAAIIIIIIIIKKKK sgt. Tp senanye JAHANAM ! Kumpulan nih adelah musuh paling ketat, musuh paling dibenci kumpulan kami. Kumpulan kitorg paling tak dapat terime ahli2 kumpulan nih. Paling byk isu yg timbul dlm mesyuarat kumpulan kami, pasal derang lah. Byk yg kami tak puas hati ngan derang. Blah la kumpulan nih.

Dan kumpulan terakhir, kumpulan ‘kami nmpk diam, tp ade keropok lekor dalam selimut’ paling berbahaye. Pergerakan mereka senyap. Tak de modus operandi yg nyata. Tp sasaran mereka jelas. Mereka nak jatuhkan kumpulan kami. Pengikut mereka ramai, tp rate2 bute yg mereka telah dipermainkan. Mereka nih pandai korek rahsia, lagi hebat drp kami. Peringkat awal kitorg tak perasan, tp selepas beberape kejadian kami dimalukan depan junior2, kami terus amik langkah penstrukturan semula gerak kerja. Lepas tu, kami lebih mapan dan dapat menangkis byk isu yg cube memperkotak-katikkan kehebatan kami. PADAN muke derang tak merase senang!

Macam tu la keadaan sekolah kitorg, terutamanya batch kami. Hmmmm…. Pelbagai sindiket ade. Memasing nak jatuhkan memasing. Walhal aku dah terlalu jauh drp cite sebenarnye. Oh aku nak cite yg aku dah berkawan semula ngan teman/kawan yg pernah menjadi musuh aku tu. Tak sangkekan, musuh pun boleh jadi kawan. Bahkan lebih rapat lagi. Tp kawan yg dulu ngaku berkawan tuh smpai akhir hayat, dah tak ngaku kawan. Tak sangke sgt.

Aku redha ngan ketentuan ini. Dan aku bersyukur sbb dpt berkawan ngan die. 5 tahun di sekolah, peluang berkawan disia-siakan. Setelah 4 tahun tamat pengajian di SMKA Maahad Muar, barulah kami berbaik semula. Alhmdulillah. Bg aku itulah rahmat kurnian. Itulah kehidupan. Manis dan pahitnye boleh berubah bile2.

Mcm aku ngan die nih. Aku doakan die sentiasa bahagia, ceria dan cemerlang dalam ape jua bidang yg diceburi. Dan dia yg aku maksudkan adalah Fizzuan Hamdan, atau nama yg cukup sinonim kepada kami adalah Bad. Salam perjuangan dan persahabatan bad. Semoga kekal hendaknye…


No comments: