ini masuk kali ke3 aku coretkan sesuatu, aku meluahkan perasaan aku di tempat yang aku rasa boleh... aku tak tahu ape sebabnya pada hari ini aku begitu sedih dan aku berase tidak tenang... aku tak tau...
dan kali ini aku menulis di sini dalam keadaan aku yang masih menitiskan air mata...bagaikan ade sesuatu yang telah berlaku dalam diriku, keadaan begini, kalau mak aku cakap: macam ade orang mati ke?! tapi tak, aku tak mendengar khabar kematian seseorang pun... tapi aku memang bersedih...
kesedihan aku kali ini mengingatkan aku suatu ketika dahulu, aku pernah menangis seperti ini... ketika itu surau sekolah menjadi saksi tangisan aku... dan aku pasti banyak juga manusia yang menyaksikan tangisan keperitan yang aku alami... ketika itu usia aku 15 tahun, manusia yang sudah faham erti kehidupan... juga faham maksud perasaan. tapi ada manusia yang tidak faham... mungkin kefahaman kami tidak sama... aku dimalukan oleh beberapa orang senior di surau... anda bayangkanlah kalau orang lain sibuk membaca al-Quran, aku menerima 'tarbiyah' bodoh makhluk bernama senior... akhirnya air mata keperitan dan sakit hati menitis... insan yang mengetuai bacaan al-Quran memberhentikan bacaan, seraya itu melihat aku menangis... begitu juga dengan ratusan manusia yang mengikut bacaannya, semua memalingkan muka ke belakang. lalu, saat itu digunakan sebaiknya oleh senior tadi untuk terus memalukan aku... pedih hatii aku... karakter dan sifat aku dianggap sebagai tidak normal, aku dianggap sebagai insan yang tidak patut berada dalam kumpulan manusia seperti mereka... kata2 senior tadi yang cukup kuat, bahkan surau yang sunyi pada ketika itu, pasti dapat didengari dengan jelas oleh jemaah surau... semahunya aku menangis... habis koyak buku rujukan yang aku pegang, pada awalnya ingin dibaca selepas bacaan al-Quran, gara-gara marah dan sakitnya hati yang tidak boleh digambarkan...
tangisan aku tidak berakhir ketika itu saja, aku dibawa keluar dari surau oleh beberapa senior yang masih bertimbang rasa dan baik denganku... mereka mententeramkan ku... aku menangis lebih esak lagi di hadapan mereka... biarlah aku lepaskan tangisan kesedihan aku ini, manusia yang tidak setaraf mereka... azan isya' pula begitu menyayat hati seolah-olah tidak mahu aku berhenti manangis... tangisan ku terus sehingga solat pun aku masih terkedu-kedu kesedihan... aku mengambil masa yang cukup lama untuk kembali seperti sedia kala, rupanya manusia memang begini... peristiwa paling awal membuatkan air mata aku begitu murah... selepas itu, air mata ini terus mangalir... menjadi saksi betapa aku berjuang di atas muka bumi ini untuk hidup....
begitulah saat ini... tangisan aku masih lagi berlagu...kerana ape aku tidak faham, kerana ape aku tidak tahu, ketahuan aku pun mungkin biarlah rahsia... aku sedih menjadi manusia sebegini... baiklah aku menjadi seekor rama-rama, biarpun umurnya tidak panjang, namun dirinya tidak akan dihisab di hari perhitungan... menjadi manusia berakal begitu susah, kerana akal sering tersasar... bila untuk ku hentikan tangisan ini, aku tidak tahu... dan biarkanlah aku dengan tangisan yang masih......?!!
3 comments:
erm.. orang tak tau nak cakap macam mane. tapi nak cakap jugak. tapi takut plak nnti kalau ade orang lain bace.. ade ke?
cakap ape? kalau bende2 'ngarut' tak yah la... nnti org bace susah gak...
ngarut kot. tkpe la. ikut ym je :)
Post a Comment