Saye menolehkan pule bayangan, khayalan dan pandangan saye kpd situasi mahasiswa Melayu di Timur Tengah, saye spesifikkan lagi di JORDAN. Di sini, perkataan mahasiswa seolah-olah menjadi kepantangan bg mereka. Mgkin pada pandangan mereka, apelah sgt seorg mahasiswa. Tetap belajar, mengambil peperiksaan dan di akhir sekali, setelah 4-5 tahun belajar, mendapat segulung ijazah utk bekerja. Ini adalah suatu kegagalan. Sayang nye mereka tidak dapat melihat peranan mahasiswa dgn lebih jauh. Saye scre peribadi sering berfikir bahawe dlm setiap peringkat umur dan pembelajaran saye, saye mesti lakukan sesuatu dan memberi khidmat tenage serta mase saye kpd masyarakat.
Di sini juga, terdpt segelintir pelajar yg telah melabelkan diri mereka sbg mahasiswa, namun masih tidak jelas ape yg mereka ingin bwkan diri mereka sbg mahasiswa. Mereka berbangge laksanekan mereka dijulang dgn jubah kemahasiswaan mereka, tp mereka tidak tahu bahawe siape yg akan menyambut mereka, akhirnye mereka jatuh ke tanah jua. Ramai di sini yg pandai berkate-kate, hebat, penuh emosi dan bersemangat, tp ke mane akhirnye kate-kate tersebut. Masih dalam lingkungan diri sendiri.
Hatta perihal mahasiswa di sini yg ingin saye beritahu, bahawe mereka terlalu bergantung dan memberi kepercayaan kpd persatuan yg mereka sertai. Tiada langsung nilai inginkan perubahan, inginkan suatu yg lebih unggul, keterbukaan, kekritisan dan kekreatifan. Bahkan pimpinan persatuan di sini juga, seolah-olah bertindak bahawe merekalah yg lebih berkuase menentukan itu dan ini, begitu dan begini. Maka, ahli harus turuti dan patuhi. Ini anggapan yg silap, ahli lah yg terlebih penting bg tiap-tiap persatuan, tanpa ahli manakan adenye persatuan. Hatta ahli juga berkuase untuk mengubah perlembagaan dan lebih hebat lagi membubarkan persatuan sekirenye persatuan gagal dlm peranannye. Ape yg jelas adalah bg setiap kegagalan persatuan, pimpinan menyalahkan ahli kerana tidak mahu bekerjasama, tp ahli masih tidak sedar! Sesungguhnye pimpinan juga bersalah. Mereka gagal membawe perubahan, mereka gagal merencane arah tuju persatuan, mereka kekal dgn ideologi-ideologi lame. Smpai ahli yg memberi sumbang saran baru, dianggap liberal. Kate mereka bertentangan dgn hukum Islam. Waah, jatuhkan hukum pula. Keterbukaan yg ahli minta, kerterbukaan pimpinan?!! dipersoalkan...
Hakikat sbnrnye, saye melihat bhwe rate-rate persatuan di sini gagal merencanekan arah tuju mereka. Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) Jordan, yg hadir dgn visi 3 tahun pengantarabangsaan mereka juge ke mane perginye. Perpaduan persatuan-persatuan di bawah mereka tidak jelas, tidak synchronize.. bukan maksud saye dr segi pelaksanaan aktiviti tp dr segi peranan dan matlamat mereka. Saye juga pernah menjadi ahli Majlis tersebut, tp ape shj yg boleh saye suarekan. Saye bersuare, namun masalah hakikat bhwe majlis tertinggi lebih berkuase utk menentukan ssuatu itu membataskan. Pernah berjuang supaye ahli lebih tidak lena dan perlu bersuare, tp ahli tetap same.. ape yg mereka tahu buat, adelah mengate kat belakang, nyetekan ketidakpuasan hati di belakang..
Ape pun, kite tinggalkan persoalan dan ragam-ragam mahasiswa dan kemahasiswaan kerane kali ini saye ingin bicarekan tentang tajuk kite di atas. Ape ceritenye di sebalik Pelan Tindakan 5 Tahun ini, siapa punye dan bagaimane kedudukan pelan tindakan ini setakat ini.

Pelan Tindakan 5 Tahun ini adalah pelan yg dirangka utk menggerak Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) ke arah mencapai matlamat, dasar, gerak tumpu dan slogan penubuhannya. Merupakan idea mantan Yang di Pertuan BKPJJ sesi 2007/2008, (N__h_____ bin A___) melihatkan kpd suasana pengurusan dan pentadbiran BKPJJ yg selame ini lemah dan tenggelam, sedangkan BKPJJ merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yg pertama ditubuhkan di Jordan ini bg menguruskan hal ehwal pelajar Johor yg menuntut di Jordan. Adalah dimaklumkan suatu ketika dahulu jumlah ahli yg berdaftar mampu mencecah angka 500 org dgn jumlah kewangan mampu mencecah 10 000JD. Namun, rentak kecemerlangan ini tidak berterusan terutama ketike krisis kewangan global yg melanda yg merentet ke awal abad ke-21 pada tahun 2001/2002. Bilangan ahli berdaftar menyusut dan masalah kewangan yg tidak stabil membantutkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti badan kebajikan ini.
Pendahuluan pelan tindakan tersebut mengatekan begini; "BKPJJ merupakan sebuah badan kebajikan yg cukup optimis mengambil langkah awal mencerna idea dan mengerah keringat membudayakan nilai-nilai baik untuk meningkatkan kualiti dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan agar faedah hidup berpersatuan ini dapat dinikmati oleh semua ahli. Pelan tindakan yg dirancang menerapkan elemen kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama dan profesionalisme utk melahirkan para pelajar yg cemerlang dlm akademik dan gemilang dalam aspek kehidupan yg lain merangkumi hubungan sosial dgn masyarakat, keupayaan memimpin dan menjadi cth teladan serta mempuyai jati diri yg mantap. Maka, produk yg diharap dpt dihasilkan melalui pelan tindakan ini adalah pelajar atau mahasiswa yg dpt menjadi koordinator kpd masyarakat apebile kembali ke tanah air dan bersaing dalam arus modenisasi ini"
Pendahuluan tersebut nmpk gah, apebile membace terase bersemangat.. kite lihat dulu visi dan misi BKPJJ;
i. visi
Bahawe menjelang tahun 2012, BKPJJ akan menjadi sebuah badan kebajikan paling berperanan terhadap kebajikan ahli, perkhidmatan kpd masyarakat serta sumbangan kepada agama, bangsa dan negare
ii. misi
- Perlaksanaan perlembagaan rasmi secare keseluruhan
- Pengurusan persatuan yg sistematik, profesional dan teratur
- Penerapan nilai-nilai murni dalam gerak kerja persatuan
- Perkhidmatan yg cemerlang

dgn slogan Ke Arah Memperkasakan Profesionalisme dan Kecemerlangan, barisan organisator BKPJJ mengharapkan agar segale gerak kerja badan ini akan lebih tersusun dan teratur. Pentadbiran persatuan lebih kemas, pengurusan aset, maklumat ahli dan semue dokumen lebih tertib dan kebajikan ahli menjadi fokus utame pelan tindakan ini. Semue ini agar selaras dgn motto BKPJJ itu sendiri iaitu, Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah.
Mengambil berat akan fungsi motto dan slogan pelan tindakan inilah, BPKJJ telah merencane setiap gerak kerja dan gerak tumpunye sepanjang 5 tahun, bermula dr 2007 hingga 2012. Sbhgian ahli dan rakan-rakan memandang rendah usahe yg dilakukan, namun, perkare tersebut tidak mematahkan smgt barisan kepimpinan BKPJJ merealisasikan visi ini. Kite akan lihat antare pencapaian yg kite telah perolehi sepanjang 2 tahun pelan ini berjalan dan kite akan lihat juge rompong2 kegagalannye. Ape yg menarik, sejak pelan ini dilancar dan dicanang-canang, persatuan dan bkan2 lain turut sebuk mencorak persatuan mereka sbgmane kami. Satu perkare yg membanggekan kami, kerane mereka kini baru sebuk memikirkan mase depan persatuan masing-masing.
Lihat juga, bahawe kami sedar akan peranan kami, bukan sahaje menjage kebajikan setiap pelajar Johor yg berade di Jordan ini, tetapi juga kami perlu memberi sumbangan kepade masyarakat. Semue ini adalah hasil resolusi dlm mesyuarat dan perjumpaan yg pernah diadakan. Sbg cth; dlm Mesyuarat Agung BKPJJ kali ke-10 pernah dibincangkan bhwe BKPJJ didapati kurang peka terhadap isu-isu semase yg berlaku di Johor. Ahli yg memberi komentar sedemikian mengambil contoh ketika mane Johor pernah dilanda banjir pada tahun 2006/2007 dulu. Maka, hasil drp komentar dan resolusi mesyuarat tersebut, kami sedar yg kami juga perlu turut serta dalam kerja2 khidmat masyarakat khususnye di Johor. Dan kini kite sedang mencari usaha utk merealisasikan perkare ini. Kerane mahasiswa kini perlu mencari ruang utk mendekati masyarakat.



Ayuh kite telusuri susur galur pelan tindakan 5 tahun BKPJJ ini. Bg tahun pertama, tahun pelan tindakan ini dilancarkan, kerane masalah yg begitu ketare dalam pentadbiran BKPJJ, kami mengambil inisiatif utk;
1. Memastikan bahawe setiap perkare yg berlaku dlm persatuan sama ada aktiviti mahupun pengurusan, mematuhi dasar, objektif penubuhan dan gerak tumpu BKPJJ
2. Memperkasekan Perlembagaan dan memperkukuh perlaksanaannye
3. Semakan, analisa, memperelok dan menambah baik pengurusan persatuan
4. Aktiviti yg dilaksanakan hendaklah konstruktif (membine), membawe konsep muhibbah dan mencerminkan signifikasi badan kebajikan ini kepada ahli-ahlinye.
dan itulah yg barisan kepimpinan BKPJJ 2007/2008 laksanekan. Kite cube seboleh mgkin menyusun aktiviti dan gerak kerja supaye menepati ape yg termaktub dalam perlembagaan BKPJJ, termasuk juge, kite telah memperkasekan perlembagaan dan dirasmikan semule dlm mesyuarat agung BKPJJ kali ke-11 Julai 2008. Kite telah menyelaraskan semula bidang tugas setiap ahli Majlis Tertinggi dan melantik ahli Majlis Eksekutif menjadi ketua lujnah2 yg terdapat dlm BKPJJ. Serta kite telah melaksanekan aktiviti yg lebih berkualiti seperti Hari Apresiasi Sejarah dan Budaya negeri Johor dan Hari Keluarge BKPJJ yg sarat dgn aktiviti2 yg mampu meningkatkan thaqafah ahli serta pengetahuan mereka. Di samping sbhgian drp aktiviti ini sebenarnye bertepatan dgn gerak tumpu BKPJJ dlm perlembagaan agar BKPJJ menjadi saluran mengetengahkan budaya dan adat resam negeri Johor slagi mane tidak bercanggah dgn syariat agama Islam. Tahun pertama BERJAYA bg saye.. walaupun sesi pentadbiran hanye 8 bulan (tidak spt biase 12 bulan.. memori yg betul2 dirindukan)

Manakala, bg tahun ke-2 pula, kite menggariskan seperti berikut;
1. Fokus ke arah pemantapan pengurusan, iaitu pengurusan yg sistematik, teratur dan profesional
2. Menitikberatkan kebajikan ahli melalui pinjaman kewangan, khidmat nasihat, kaunseling, aktiviti-aktiviti khairat, kesihatan dan keselamatan
3. Tautan ukhuwah yg erat di kalangan ahli
Kite masih lagi nmpak rompongnye. Ape yg saye nmpak, Yang di Pertua sesi ini begitu bersungguh-sungguh melaksanekan setiap tuntutan yg terdpt dalam pelan tindakan ini. Tp yg menjadi kelemahanye adelah kerjasama drp AMT yg lain. Saye sedikit kecewe, marah dan tersinggung mendgr keluhan drp YDP sesi ini terhdp sikap AMT yg sambil lewe. Tp ape yg saye boleh lakukan. Hubungan saye dgn BKPJJ kini, hanye sbg ahli biase.. Peringkat awalnye saye nmpk bahawe mase depan BKPJJ akan lebih cemerlang, tp kini semakin malap, ibarat pelita seakan habis sumbunye. Kepimpinan lepas terlalu berusahe utk mengatasi punca kemurungan yg dialami oleh BKPJJ khususnye kedaan kewangan yg tidak stabil. Stlh perkare ini bukan lagi menjadi masalah, lain pula hal jadinye. Puncenye jelas di mate saye. Tp elok didiamkan, smpai mase akan saye beritahu juge kpd pemilik empunye diri.


Ape pun masih ade perkembangan positif yg berlaku. Aktiviti-aktiviti khairat saye kire berjalan, kerane kite mampu memberi sumbangan kpd ahli yg mempunyai masalah dan kehilangan ahli keluarge. Dan penggal pentadbiran sesi ini, seharusnye berbesar hati kerane menerime kunjungan yg selame ini dinantikan oleh BKPJJ, iaitu kunjungan Exco Kerajaan Negeri, Jawatankuase Pembanguan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, YB Maulizan bin Bujang bersame delegasi beliau drp Majlis Agame Islam Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Yayasan Warisan Johor. Kunjungan yg cukup2 ditunggu. Hasil surat dan kertas kerja yg dikirim sejak tahun pertame lagi, tp tahun ke-2 perlaksanaan pelan tindakan ini telah memberi kesan positif dgn kehadiran dan kunjungan delegasi2 kerajaan negeri Johor. Hakikatnye, kami telah mencapai perkare ini terlebih awal. Kami menyasarkan utk menjalin, memperbaharui dan memperkase hubungan dgn Kerajaan Negeri dan badan-badan naungan kerajaan negeri pada tahun ke-4 perlaksanaan pelan tindakan ini, ttp harapan dan cite-cite ini telah dipercepat prosesnye. Kami telah menjalinkan hubungan secare rasmi dgn Kerajaan Negeri dan beberape badan naungan kerajaan negeri Johor.

Itu adalah kejayaan BKPJJ yg pertame. Antare lain, sejak mengambil alih pentadbiran BKPJJ, kami bermule dgn memiliki tiada. Tiada aset yg dimiliki oleh BKPJJ. Sblm ini, apebile ingin melaksanekan ape-ape aktiviti kami terpakse meminjam aset drp persatuan zon. Kdg2 dapat barang2 yg ingin dipinjam, kdg2 tak dapat kerane barang2 tersebut mgkin digune oleh persatuan zon itu sendiri atau mgkin juge dipinjam oleh persatuan-persatuan lain. Kini, kami berbangge kerane sudah mampu memiliki aset sendiri. Keseluruhan berjumlah hampir 300 JD merangkumi periuk, tungku, pinggan dan cawan. Hasil usahe keras bertungkus-lumus mendapatkan bantuan kewangan, inilah semue utk kegunaan dan faedah BKPJJ dan ahli.
Selain itu, BKPJJ juga kini mampu memberi pinjaman kewangan kepada ahli. Dulu tiada duit utk dipinjamkan. Kini sbhgian kewangan yg ade diasingkan utk memberi pinjaman kpd ahli dan memberi sumbangan juge. Walaupun timbul masalah berkaitan pinjaman, kite akan menyusun semule prosedur dan proses pinjaman ini agar memberi manfaat kpd ahli dan tidak pule memberi masalah kpd persatuan (paling penting).
Kerane tahun ke-3, ke-4 dan ke-5 masih belum dilalui, kite tidak dapat membincangkan gerak kerja pada tahun tersebut, mgkin kite akan tggu atau diberitahu kemudian, insyAllah. Bg tahun ke-2 yg baru shje 5 bulan pentadbiran, masih ade baki 7 bulan utk memperbetul sgle kekurangan dan kelemahan serta memperkemas mane-mane yg tidak elok. Ape-ape yg digeraktumpukan adalah diharapkan dapat dilaksanekan, setiap permasalahan dirujuk kembali kpd perlembagaan dan pelan tindakan ini akan menjadi tunjang perlaksanaan dasar-dasar, objektif, matlamat dan gerak kerja BKPJJ.. jgn lupekan lah pelan tindakan ini.
Ketahuilah bahawe BKPJJ telah memasuki usia 15 tahun sbg badan kebajikan anak negeri pertame ditubuhkan di Jordan. Harapan kami agar kami juga bukanlah badan kebajikan anak negeri pertame yg dibubarkan. Kami harapkan agar BKPJJ akan terus menaungi pelajar-pelajar Johor di Jordan, menjadi wadah menyatukan pelajar-pelajar Johor di Jordan ini dan memberi perhatian terhadap kebajikan ahlinye. Segale gerak tumpu yg diwacanekan menunjukkan ketegasan dan kesungguhan yg tersebut dalam melaksanekan tugas dan tanggungjawab dan diharap agar ape-ape yg dirancang dalam pelan tindakan tersebut menjadi nadi penggerak kemajuan BKPJJ. Pelajar Cemerlang Memimpin Ummah..